Anda di halaman 1dari 14

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak seluruh pihak sekolah
khasnya pengetua SMK Semerah Padi ,Tuan Haji Rashid Bin Ahmad dan guru sejarah
saya yang amat bertauliah,Encik Abang Arif Bin Abang Marzuki kerana memberikan
tunjuk ajar dan bimbangan yang amat berguna sepanjang menjalankan kajian ini.Ucapan
terima kasih juga saya tujukan kepada kedua ibubapa saya yang selama ini memberi
sokongan dan bimbing tidak putus-putus kepada saya.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
sekelas atas kerjasama yang dihulurkan .Tanpa mereka ini, saya tidak mungkin dapat
menyempurnakan kajian ini dengan jayanya.

Objektif Kajian

Tujuan saya menjalankan kajian ini adalah untuk:-

Mengetahui dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional kita


Menimbulkan rasa bangga dan cinta akan negara yang kaya dengan
khazanah warisan yang tidak ternilai harganya.
Mengetahui asal usul permainan tradisional yang masih dimainkan
sehingga ke hari ini

Kaedah Kajian

Sepanjang menjalankan kajian ini saya menggunakan kaedah seperti berikut:-

Rujukan internet:saya telah mengumpulkan maklumat yang


berkaitan dengan permainan tradisional Malaysia.
Rujukan pusat pelancongan Kelantan :saya telah mengumpul
risalah risalah yang berkaitan sepanjang tempoh melancong ke
Kelantan
Pemerhatian :saya telah menyaksikan sebuah dokumentari mengenai
permainan tradisional pilihan

Hasil Kajian
Nama permainan
Wau atau nama lainnya mengikut sumber internet, layang-layang
merupakan sebuah permainan tradisional yang terkenal di negeri-negeri
pantai barat dan jelapang padi seprti di Kelantan,Terengganu,Kedah dan
Perlis.Permainan merupakan permainan masa lapang yang dimainkan oleh
rakyat biasa dan golongan raja.Pada kebiasaannya,wau dimainkan oleh
golongan petani selepas musim menuai padi.

Latar belakang

Menurut sejarahnya yang diceritakan orang,permainan ini telah wujud


pada zaman Kesultanan Melayu Melaka ,iaitu pada zaman pemerintahan
Sultan Mahmud Shah Melaka,sekitar tahun 1500 Masihi.Pada ketika
itu,wau tidak kerap dimainkan.Walaubagaimanapun,wau tetap wujud dan
dikenali ramai.Bahkan sehingga kini wau masih wujud meskipun hanya
dijadikan hiasan yang melambangkan kebudayaan Malaysia.

Berdasarkan sumber yand diperoleh,wau merupakan suatu permainan


sejagat.Permainan wau khabarnya bermula di negara China tetapi
permainan ini juga terdapat di Greece,Rome Kuno dan Jepun.Sejarah
permainan wau bermula sejak 3000 tahun yang silam.Wau di China dicipta
untuk menerbangkan makanan barang makanan kepada mereka yang
terperangkap di bukit mahupun gunung.Manakala di Rome Kuno dan di
Greece pula,permainan wau merupakan hobi biasa.Di negara Eropah
pula,seperti di Ameruka,wau bukanlah hanya sekadar dijadikan suatu
hobi,malahan digunakan sebagai satu kajian oleh Alexander Wilson dan
Thomas Mervill dari Scotland.

Di Malaysia pula,wau lazimnya dimain selepas musim menuai dan


ketika nelayan tidak pergi kelaut untuk mencari mata pencarian mereka
.Apabila mereka kelapangan waktu,wau akan dimainkan,terutamanya
ketika angin bertiup kencang.Selain dijadikan suatu permainan
tradisional,wau dikaitkan dengan semangat angin dan langit malah ada
yang mengaikan permainan wau denga semangat padi.
Di negara kita, wau amat sinonim dengan negeri-negeri pantai barat
seperti Kedah,Terengganu,Kelantan dan Perlis.Permainan Wau ini
dimainkan dan amat terkenal dikalangan masyarakat melayu di negara
kita.

Tujuan Dimainkan

Tujuan wau dimainkan majoritinya hanyalah semata-mata untuk mengisi


masa lapang .Manakala di negara China suatu ketika dahulu seperti yang
telah dikatakan,wau dimainkan untuk menerbangkan bahan makanan
kepada mereka yang terperangkap di bukit atau gunung.

Alat-alat yang Digunakan

Alat-alat yang digunakan dalam proses penghasilan wau ini adalah seperti
buluh,

Cara Dimainkan
Terdapat 2 elemen penting yang diperlukan semasa menaikkan wau iaitu
angin ,kesabaran serta teknik untuk menaikkan wau.Ramai yang
berpendapat proses untuk menaikkan wau amt sukar.Sebaliknya,untuk
menaikkannnya sebenarnya tidak sukar seperti yang dikatakan
.Umumnya,proses menaikkan wau ini memerlukan sekurang-kurangnya 2
orang.Seorang diperlukan untuk memegang wau sementara seorang lagi
diperlukan(yang digelar juru anjung) untuk memegang tali wau tersebut.

Apabila angin bertiup, maka tali akan ditarik melawan arus angin
dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut
tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau
yang dihias berwarna-warni.Semakin besar wau,semakin ramailah orang
yang diperlukan untuk menaikkan wau.Sebagai contoh,wau yang besarnya
melebihi 6 meter memerlukan kira-kira sepuluh orang bagi menerbangkan
nya.

Rumusan.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan,apa yang dapat saya simpulkan


disini ialah:# Permainan ini melatih diri dengan sikap sabar dan usaha berterusan
untuk mencapai sesuatu perkara.
#Wau juga mengajar kita kepentingan kerjarsama antara satu sama lain
dalam sesebuah masyarakat negara majmuk .
#Permainan wau dapat menimbulkan rasa bangga dan cinta akan negara
yang kaya dengan kebudayaan dan warisan permainan tradisionalnya.
# Perpaduan merupakan elemen terpenting dalam usaha kearah
pembangunan negara yang mapan.

LAMPIRAN

Gambar1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 1, 2 , dan 3: Wau dinaikkan.

Gambar 4:Proses menghias wau

Gambar 5:Kerjasama diperlukan untuk menaikkan wau.

Gambar 6

Gambar 7
Gambar 6 dan7:Kreativiti yang ditonjolkan pada wau yang mempunyai nilai estetika.

Rujukan

1. Warisan Permainan dan kebudayaan Wau,Gendang ,Gamelan (Warisan Negeri


Terengganu) Pustaka Murni,2003
2.

Permainan
Tradisional
Wau

Anda mungkin juga menyukai