Anda di halaman 1dari 11

No.

Kod : 2051 P (R)

PMM
BAHAGIAN A
(30 markah)

1.

16.

2.

17.

3.

18.

4.

19.

5.

20.

6.

21.

7.

22.

8.

23.

9.

24.

10.

25.

11.

26.

12.

27.

13.

28.

14.

29.

15.

30.

30 x 1 markah = 30 markah

No. Kod : 2051 P (R)

PMM
BAHAGIAN B
(10 markah)

Jawab semua soalan.


1.

Teori perkembangan kognitif Jean Piaget merupakan sesuatu yang perlu


diambil kira oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
(a)

Beri empat peringkat perkembangan mengikut teori kognitif Jean


Piaget.
Empat peringkat teori kognitif Jean Piaget

Peringkat motor deria

Peringkat pra-operasi

Peringkat konkrit

Peringkat formal
4 fakta x 1 markah = 4 markah

(b)

Berikan tiga implikasi teori Piaget kepada guru untuk meningkatkan


perkembangan aspek-aspek kognitif di kalangan murid sekolah
rendah.
Tiga implikasi teori Piaget untuk meningkatkan perkembangan
aspek kognitif di kalangan murid sekolah rendah

Pemeringkatan isi dari senang ke sukar, konkrit ke abstrak,


yang diketahui kepada sesuatu yang baru

Pengetahuan baru dan komplek boleh digunakan untuk


mengubah struktur kognitif (skemata) untuk proses
akomodasi dan asimilasi

Perkembangan individu berlaku pada kadar yang berbeza,


oleh itu guru perlu kenal pasti peringkat perkembangan murid

Melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan


pembelajaran
3 fakta x 2 markah = 6 markah

No. Kod : 2051 P (R)

PMM

BAHAGIAN C
(60 markah)
Jawab tiga soalan.
Soalan 1 wajib dijawab dan pilih mana-mana dua soalan lain.
1.

Tugas guru tidak terhad kepada pengajaran dan pembelajaran sematamata. Mereka juga bertanggungjawab memberi bimbingan secara
berterusan kepada setiap murid di kelas masing-masing. Malah,
seseorang guru juga perlu memastikan rutin bilik darjah dipatuhi oleh
murid-muridnya.
(a)

Huraikan lima peranan guru biasa dalam bimbingan di bilik darjah.


(10 markah)

Lima peranan guru biasa dalam bimbingan di bilik darjah

Menolong murid membuat penyesuaian dari aspek peribadi, sosial,


emosi, akademik, perkembangan mental dan akhlak.

Menolong murid dalam pelajaran mereka misalnya cara belajar.

Menolong murid menyediakan perancangan persekolahan sesuai


dengan kebolehan.

Memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi tentang


kepentingan pelajaran.

Menolong murid dalam proses menyelesaikan masalah


pembelajaran.

Menolong murid membuat keputusan yang rasional.

Menolong murid membina sifat-sifat personaliti yang sempurna


Fakta sahaja: 5 x 1 = 5 markah
Fakta dan huraian: 5 x 2 =10 markah

No. Kod : 2051 P (R)


(b)

PMM

Terangkan lima faedah rutin bilik darjah.


(10 markah)

Lima faedah rutin bilik darjah

segala aktiviti dalam bilik darjah akan dijalankan dengan lebih teratur

menjimatkan masa dan tenaga guru dan murid-murid

membantu murid-murid mengetahui akan tugas masing-masing


mengikut jadual tugas yang disediakan

peraturan-peraturan bilik darjah membantu mengawal dan


meningkatkan disiplin murid

memupuk nilai murni di kalangan murid

rutin menolong murid-murid mengamalkan pemindahan


pembelajaran
Fakta sahaja: 5 x 1 = 5 markah
Fakta dan huraian: 5 x 2 =10 markah

No. Kod : 2051 P (R)


2.

PMM

Mengikut teori pembelajaran Humanis, setiap individu mempunyai potensi


dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Oleh itu, guru
hendaklah membina potensi kendiri murid.
(a)

Bincangkan lima implikasi teori pembelajaran humanis kepada


guru dalam melaksanakan pengajaran pembelajaran di bilik darjah.
(10 markah)

Lima implikasi teori pembelajaran humanis kepada guru

Mengutamakan strategi berpusatkan murid

Membentuk iklim bilik darjah yang kondusif

Memastikan keperluan asas murid telah dipenuhi

Bersifat penyayang

Memupuk nilai kendiri positif di kalangan murid

Mengamalkan prinsip kebebasan dan demokrasi

Mengutamakan pembelajaran diri sendiri

Mengamalkan konsep pendidikan terbuka

Jawapan-jawapan lain yang munasabah


Fakta sahaja: 5 x 1=5 markah
Fakta dan huraian: 5 x 2 =10 markah

No. Kod : 2051 P (R)


(b)

PMM

Jelaskan lima ciri strategi pemusatan murid dalam pembelajaran.


(10 markah)

Lima ciri strategi pemusatan murid dalam pembelajaran

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan


peranan penting, guru hanya membimbing sahaja.

Komunikasi dan interaksi antara guru dan murid adalah secara dua
hala

Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan


pencapaian objektif pembelajaran murid

Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari


segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

Ujian formatif lebih ditekankan untuk mengkaji kelemahan murid

Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna

Peluang interaksi antara murid adalah banyak

Strategi pengajaran lebih kepada kaedah kumpulan

Jawapan-jawapan lain yang munasabah


Fakta sahaja: 5 x 1 = 5 markah
Fakta dan huraian: 5 x 2 =10 markah

No. Kod : 2051 P (R)


3.

(a)

PMM

Sekumpulan 40 orang murid telah menduduki satu ujian. Jadual


berikut menunjukkan keputusan yang mereka peroleh dalam
ujian tersebut.

(i)

Gred

Markah

Bilangan
Murid

80 -100

70 - 79

12

50 - 69

16

40 - 49

Peratus Murid

Lengkapkan jadual di atas dengan mengira peratus murid


yang memperoleh gred A, B, C dan D.
(2 markah)

Peratus murid yang memperoleh gred A, B, C dan D


Gred

Markah

A
B
C
D

80 -100
70 - 79
50 - 69
40 - 49

Bilangan
Murid
8
12
16
4

Peratus Murid
20
30
40
10

4 jawapan x markah = 2 markah

No. Kod : 2051 P (R)


(ii)

PMM

Lukiskan satu graf histogram untuk mewakili keputusan


dalam jadual di atas
(2 markah)

Graf histogram untuk mewakili keputusan dalam jadual di atas

label skala x dan y yang betul = 1 markah


bentuk histogram = 1 markah
2 markah
(iii)

Hitungkan min.
(2 markah)

Min
[(90X8) + (74.5X12) + (59.5X16) + (44.5X4)] 40
= 68.6

1 markah
1 markah
2 markah

No. Kod : 2051 P (R)


(iv)

PMM

Tuliskan komen berasaskan penilaian rujukan norma bagi


seorang murid yang telah mendapat 85 markah.
(2 markah)

Komen berasaskan penilaian rujukan norma bagi seorang murid


yang telah mendapat 85 markah.

Antara markah tertinggi dalam kumpulan

Di kalangan 20% murid terbaik dalam kumpulan

Melebihi min kumpulan


1 fakta x 2 markah = 2 markah

(v)

Bincangkan dua kelemahan penilaian rujukan norma


berbanding dengan penilaian rujukan kriteria.
(2 markah)

Dua kelemahan penilaian rujukan norma

Tidak spesifik kepada kelemahan / kekuatan murid

Kurang membantu dalam perancangan aktiviti susulan


misalnya aktiviti pemulihan dan pengayaan

Terlalu mementingkan perbandingan antara murid

Persaingan yang tidak sihat

Sikap sombong atau perasaan rendah diri di kalangan murid


2 fakta x 1 markah = 2 markah

No. Kod : 2051 P (R)


4.

PMM

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) berhasrat mewujudkan insan


yang harmonis dan seimbang melalui perkembangan individu yang
menyeluruh serta pembelajaran sepanjang hayat.
(a)

Bincangkan lima cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan


oleh seseorang guru dalam merealisasikan hasrat FPK tersebut.
(10 markah)

Lima cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh seseorang


guru dalam merealisasikan hasrat FPK tersebut.

Mengamalkan pengajaran-pembelajaran berpusatkan murid seperti


simulasi, inkuiri, perbincangan dan projek

Mengadakan aktiviti kumpulan

Mengintegrasi aktiviti kurikulum dengan kokurikulum

Melaksanakan penyerapan nilai merentasi kurikulum

Menyediakan objektif pengajaran-pembelajaran yang merangkumi


domain kognitif, psikomotor dan afektif

Merancang bahan / sumber pembelajaran dan proses pengajaranpembelajaran yang mengambil kira perbezaan individu murid

Mengenal pasti dan mengembangkan kecerdasan pelbagai (MI)


murid dalam pengajaran-pembelajaran

Menyebatikan kemahiran berfikir dalam proses pengajaranpembelajaran

Menganjurkan lawatan sambil belajar / pembelajaran melalui


pengalaman
Fakta sahaja: 5 x 1markah = 5 markah
Fakta dan huraian: 5 x 2 markah = 10 markah

No. Kod : 2051 P (R)


(b)

PMM

Huraikan lima cara guru dapat meningkatkan tahap


profesionalisme mereka melalui pembelajaran sepanjang hayat
seperti masa yang ditekankan dalam FPK.
(10 markah)
Lima cara guru dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka
melalui pembelajaran sepanjang hayat seperti mana yang
ditekankan dalam FPK

Menghadiri kursus dalam perkhidmatan anjuran Kementerian


Pelajaran dan lain-lain badan berkaitan seperti RECSAM,
SEAMEO, RELC dll

Mengamalkan budaya ilmu seperti budaya membaca, budaya


berkarya

Menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti


ijazah, sarjana, PhD melalui kursus sepenuh masa, separuh
masa atau PJJ

Mengamalkan budaya penyelidikan seperti penyelidikan


tindakan

Menghadiri kursus dalaman (in-house training) anjuran


jabatan atau sekolah

Mengamalkan kolaborasi dalam pengajaran dan


pembelajaran bagi menggalakkan perkongsian ilmu pedagogi
dengan rakan sekerja

Menghadiri seminar, forum dan ceramah berkaitan pendidikan


anjuran pihak lain / kementerian / jabatan lain yang berkaitan

Mengamalkan sikap reflektif dan penulisan jurnal / buku log


Fakta sahaja: 5 x 1 markah = 5 markah
Fakta dan huraian: 5 x 2 markah = 10 markah

Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2004

Anda mungkin juga menyukai