Anda di halaman 1dari 2

POLISI PEMINJAMAN, PEMULANGAN,

PEMBAHARUAN DAN GANTIAN HILANG/ROSAK


UNTUK BAHAN RUJUKAN UTMSPACE
(Pusat-Pusat Pembelajaran Yang Tiada Sistem Perpustakaan)
PEMINJAMAN
Peminjaman buku hendaklah dibuat di kaunter sirkulasi melalui Person in Charge (PIC) /
Pustakawan yang dilantik oleh pihak Perpustakaan UTMSPACE. (sila rujuk Web Pelajar untuk
senarai PIC yang dilantik).
1. Untuk membuat peminjaman, pelajar hendaklah menggunakan kad matrik UTM yang
terdapat barkod di belakangnya. Bagi pelajar di pusat-pusat pembelajaran yang tidak
menggunakan sistem perpustakaan, mereka hendaklah mendaftar secara manual dan
menggunakan kad keahlian perpustakaan untuk membuat peminjaman.
2. Kelayakan / jumlah pinjaman bagi setiap pelajar adalah sebanyak 10 buah (maksimum)
untuk tempoh 2 minggu.
3. Peminjam adalah bertanggungjawab keatas semua bahan yang dipinjam dan sentiasa
menyemak tarikh pemulangan untuk mengelakkan daripada dikenakan denda kelewatan.
4. Setiap bahan yang hendak dibawa keluar dari perpustakaan mestilah melalui proses
peminjaman yang sah.

PEMULANGAN
1. Buku hendaklah dikembalikan di kaunter sirkulasi perpustakaan setelah tamat tempoh
peminjaman bagi membolehkan ianya disusun dirak semula dan memberi peluang kepada
pengguna lain merujuk dan menggunakannya.
2.

Kelewatan memulangkan bahan akan mengganggu hak pengguna perpustakaan yang lain.
Oleh itu, bahan yang dipinjam mestilah dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan
yang ditetapkan. Pengguna yang gagal berbuat demikian akan dikenakan denda kelewatan.

3. Denda yang dikenakan adalah seperti berikut:


RM 0.20 - dikira dari hari pertama kelewatan untuk setiap satu bahan
Pengguna yang tidak membayar dendaan akan digantung kemudahan peminjaman.

PEMBAHARUAN
1. Pembaharuan dibenarkan sekiranya bahan yang dipinjam tidak ditempah oleh pelajar lain.
2. Pembaharuan dibenarkan sebanyak dua (2) kali sahaja.
3. Pembaharuan hendaklah dilakukan di kaunter perpustakaan.

GANTIAN BAHAN HILANG / ROSAK


1. Bahan yang hilang / rosak hendaklah dilaporkan di kaunter perpustakaan / PIC. Tempoh dua
(2) minggu diberikan kepada peminjam untuk mencari / menggantikan bahan berkenaan.

BAHAN
Buku

GANTIAN / DENDAAN
GANTIAN BAHAN
GANTIAN NILAI HARGA
BAHAN
Edisi sama / terkini
Harga buku terkini +
RM25.00
(bayaran
prosesan)

CATATAN
-

Buku kulit tebal


tidak
boleh
digantikan dengan
buku kulit nipis

Anda mungkin juga menyukai