Anda di halaman 1dari 5

CUE

TEKS
Para hadirin yang saya hormati sekalian.
Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya
para hadirin dapat mengambil tempat masing-masing.
Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan
puan-puan serta hadirin sekalian dapat mematikan
telefon bimbit atau tukarkan ke mod senyap sepanjang
majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis.
Diminta para hadirin untuk berdiri sewaktu ketibaan
YBhgia Datin Nawal bt Salleh.
Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima
kasih

Mengumumkan ketibaan YBhgia Datin Nawal bt


Salleh masuk ke dewan. Mohon para hadirin untuk
berdiri.
Para hadirin dijemput duduk.
Mega berarak indah berbalam
Dipuput bayu ke pepohon ara
Pemanis kalam selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara
Bismillah hirohman nirrohim.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam Satu


Malaysia.

Yang Berbahagia
Datin Nawal bt Salleh
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
Yang Dihormati

MC

Datin Hjh Faizah bt Shamsudin


Guru Besar SK Wangsa Maju Zon R10
Yang Berusaha
En. Mohd Suhaimi b Abdul Hamid
Pengerusi PIBG SK Wangsa maju zon r10
Seterusnya yang dihormati
Guru-guru penolong kanan,guru-guru,ajk pibg serta
ibu bapa sekalian.
lembut bicara mengucapkan salam
tangan dihulur penuh kemesraan
majlis bermula bersulamkan kalam
ahlan wa sahlan saya ucapkan
Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke
hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
hidayahnya jua, dapat kita sama-sama berhimpun di
Dewan pada pagi yang barakah ini, bagi menjayakan
Mesyuarat Agong PIBG SK Wangsa Maju Zon R10
kali ke-19 .
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran
Yang Berbahagia, Datin Nawal bt Salleh, Pengarah
Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur ke majlis perasmian Mesyuarat Agung
PIBG kali ke 19.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
dengan kehadiran ibu bapa, guru-guru dan para
tetamu dalam menunaikan amanah sebagai Ahli
PIBG. Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik
untuk kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari
titik persamaan bagi menjulang dan meledakkan
kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik,
kokurikulum, disiplin dan sahsiah.
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-

sama kita menadah tangan memohon keberkatan


Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat.
Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Ustaz
Mohamad Izzat b Mohd Nasir untuk tampil seketika untuk
memimpin bacaan doa pembuka majlis pada pagi ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Aamin, Ya Robbal Aalamiinn..


Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara.
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara.
Hadirin yang dihormati,
Meneruskan aturcara pada pagi ini, dengan segala
sukacitanya dijemput Yang Berusaha En.Suhaimi b
abdul hamid pengerusi pibg sk wangsa maju zon r10
bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya di persilakan ..
Jutaan terima kasih diucapkan atas ucapan tadi.
Hadirin yang dihormati,
Meneruskan lagi aturcara pada pagi ini, dengan
segala sukacitanya dipersilakan Yang Berbahagia
Datin
Hajah
Faizah
bt
Shamsudin
bagi
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya di
persilakan ..
Jutaan terima kasih diucapkan atas ucapan tadi.
Daun semulur di pekan sari
Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami
Majlis dengan sukacitanya menjemput Datin Nawal
bt Salleh bagi menyampaikan ucapan serta

merasmikan Mesyuarat Agong PIBG & Galeri dan Bilik


Gerakan PIBG. Dengan segala hormatnya dipersilakn.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan
kepada Yang Berbahagia Datin Nawal bt Salleh kerana
ucapan perasmian sebentar tadi.

Dengan ini, maka rasmilah sudah Mesyuarat Agong


PIBG SK Wangsa Maju Zon R10 kali ke-19 pada pagi
ini.
Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini
mempersilakan Datin Hjh Faizah bt Shamsudin guru
besar SK Wangsa Maju ZOn R10 untuk menyampaikan
cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada Yg
Berbahagia Datin Nawal bt Salleh atas kesudiaan beliau
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan
Wangsa Maju Zon R10 kali ke 19. Dipersilakan

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Datin Nawal bt Salleh dengan diringi oleh Datin Hjh
Faizah bt Shamsudin guru besar SK Wangsa Maju Zon
R10,En.Suhaimi b Abdul Hamid YDP PIBG SK Wangsa
maju ZOn R10 serta guru-guru penolong kanan untuk
merasmikan galeri dan bilik gerakan PIBG SK Wangsa
Maju Zon R10 di Blok A.Majlis mempersilakan.
Majlis berhenti berehat seketika.
Majlis dengan ini bersambung semula.
Agenda seterusnya ialah Mesyuarat Agung PIBG SK
Wangsa Maju Zon R10 kali ke 19 akan dipengerusikan
oleh, Encik Mohd Suhaimi b Abdul Hamid, Yang DiPertua
PIBG.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan


Kalau tiada jarum yang patah,
Harap simpan di dalam peti,
Kalau benar madah dan tingkah,

Harap sematkan di dalam hati.


segala kelemahan dan kekurangan mohon dimaafkan
yang benar itu datangnya daripada Allah SWT, silap
dan salah adalah melalui kelemahan diri saya sendiri.
Akhirul kalam ...semoga kita berjumpa lagi...wabillahi
taufiq wal hidayah.....assalamualaikum WBT...

Anda mungkin juga menyukai