Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 1(individu)

Berdasarkan pernyataan di atas, buat pembacaan dan kumpulkan


maklumat

berkaitan

dari

sebuah

syarikat

telekomunikasi

yang

menawarkan pakej pra bayar. Maklumat yang dikumpulkan harus


mempunyai:
i.

Pelbagai pakej pra bayar yang ditawarkan oleh syarikat


tersebut dan paparkan maklumat ini dalam bentuk yang

ii.

bersesuaian.
Buat perbandingan terhadap setiap pakej yang ditawarkan,
anggarkan perbelanjaan anda untuk penggunaan telefon
untuk setiap pakej dan pilih pakej yang bersesuaian dengan

anda. Justifikasikan pilihan anda.


1.0. Pendahuluan
Penggunaan telefon bimbit di negara kita, Malaysia semakin
meluas, sama ada dalam kalangan orang dewasa atau remaja.
Tambahan

pula,

telefon

pintar

yang

diperkenalkan

telah

memudahkan urusan kita serta memajukan negara kita. Selaras


dengan

kewujudan

telefon

pintar,

aplikasi-aplikasi

seperti

WhatsApp, Wechat, Line, Instagram, dan Facebook telah dicipta dan


membolehkan pengguna berhubung dengan cepat dan maklumat
disebar dan dikongsi dengan mudah. Sehubungan itu, syarikatsyarikat komunikasi, seperti Digi, Celcom, Hotlink, Maxis telah
menawarkan pelbagai pakej prabayar dan pasca bayar untuk
menarik minat pengguna. Saya merupakan salah seorang pengguna
yang ingin memilih pakej yang paling sesuai di antara beberapa
syarikat komunikasi. Dalam konteks ini, saya telah memutuskan
untuk memilih Digi sebagai syarikat pilihan saya dan beberapa
tawaran pra bayar yang telah ditawarkan oleh syarikat tersebut
telah dikaji berdasarkan jangkaan saya, iaitu panggilan selama 10

minit sehari , 10 sms sehari. Saya juga ingin melanggan plan data
sekurang-kurangnya 1 GB sebulan.

2.0. Pakej yang Ditawarkan


Tawaran pakej pra bayar yang telah ditawarkan oleh Digi adalah
seperti berikut:
1. Digi Easy Prepaid
2. Digi Best Prepaid
3. Digi Prepaid Smart Plan
2.1. Digi Easy Prepaid
Digi Easy Prepaid merupakan satu pakej yang ditawarkan
oleh Syarikat Komunikasi Digi bagi pelanggan yang selalu
membuat panggilan dan menghantar SMS kepada orang tertentu
yang juga menggunakan pakej yang ditawarkan oleh Digi. Dalam
pakej ini, pelanggan boleh memilih 3 nombor telefon Digi yang
selalu dihubungi untuk dijadikan Buddyz. Dengan ini, pelanggan
dapat menelefon dan menghantar SMS kepada ketiga-tiga
Buddyz tersebut secara percuma sehingga limitnya 1000 minit
panggilan dan 1000 SMS dicapai. Bukan itu sahaja, ketiga-tiga
Buddyz

juga

pelanggan

dapat

menerima

menambah

nilai.

Buddyz
Sekiranya,

Bonus

setiap

pelanggan

kali
ingin

melanggan plan data, dia akan mempunyai peluang untuk


menjadikan 2 nombor telefon Digi

sebagai Buddyz secara

percuma. Maklumat lebih lanjut dapat diteliti melalui Jadual 1.1.


2.2. Digi Best Prepaid

Digi Best Prepaid merupakan satu pakej yang ditawarkan


terutamanya kepada pelanggan yang selalu membuat panggilan
dan menghantar SMS kepada orang yang berlainan. Dalam pakej
ini, pelanggan dapat membuat panggilan kepada orang dengan
kos yang murah dengan menjadikan 11 nombor Digi dan 4
nombor bukan Digi yang selalu dihubungi sebagai friends and
family. Dengan ini, pelanggan dapat menikmati kos panggilan
dan SMS yang paling minimum. Pakej ini tidak disertai dengan
plan data. Namun, pelanggan boleh menambah pakej Prepaid
Mobile Internet untuk menikmati plan data yang sesuai.
Maklumat lebih lanjut boleh dirujuk melalui Jadual 1.2.
2.3. Digi Prepaid Smart Plan
Digi Prepaid Smart Plan merupakan satu pakej yang lebih
mengutamakan

penggunaan

plan

data.

Pakej

ini

sesuai

digunakan oleh pelanggan yang selalu melayari internet dengan


menggunakan telefon pintar. Walaupun pakej ini disertai plan
data, namun panggilan dan SMS adalah terhad. Maklumat lebih
lanjut boleh diperolehi melalui Jadual 1.3.

Anda mungkin juga menyukai