Anda di halaman 1dari 6

http://cikgunano.blogspot.com/2011/09/isl-minggu-1-konsep-pentaksiran.

html
ISL MINGGU 1 : KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN
KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini,kita tidak lari daripada membuat
keputusan. dalam membuat keputusan, samada sukar atau mudah, penilaian
wajar dilakukan terlebih dahulu. dalam konteks ini penilaian akan melibatkan
penentuan objektif, mendapatkan maklumat, membuat kesimpulan dan
membuat keputusan. apabila proses yang dijalankan itu dibuat secara
sistematik dan sistematik, maka keputusan yagn diperoleh menjadi tepat dan
seterusnya tindakan yang diambil adalah bebar-benar besesuaian.

PENTAKSIRAN
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya
membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses
pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod
dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang
pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga
merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi
pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran.
Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Pentaksiran juga adalah
suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu
ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.
Tujuan Pentaksiran
1.
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran
2.

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

3.
Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
4.
. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan
sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
5.
Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara
efektif.
6.

Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

7.

Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

Pengertian Penilaian

Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian


adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat
berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada
kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan
dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan. Penilaian
merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan
seseorang membuat keputusan.

Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar


seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan
Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat
keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan
pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan
keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi
pengajaran dan pembelajaran, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas
sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dicapai.

Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti
terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat
berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal
pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan
pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun,
perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh
menilai pengajaran guru. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering
dilakukan di universiti adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes,
portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara
sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan.
Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran
dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan
nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.
Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian
Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan
kualifikasi. Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti
empirikal penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi
menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan

pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan


pembelajaran dicapai atau tidak.
Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh
dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian. Keperluan ini adalah
kerana setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal
membantu kita membuat keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin tepat
pensyarah mengukur pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian guru
terhadap keberkesanan pengajarannya.
Pengertian Pengukuran
Kesahan bukti empirikal yang digunakan bagi penilaian sangat bergantung
kepada sejauh mana pensyarah berupaya mengkuantifikasikan dengan tepat
kewujudan atribut atau ciri penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas
penilaian. Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah
untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang
individu. Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi
nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan
pembelajaran di universiti, kewujudan ciri penguasaan sesuatu isi kursus
yang diajar oleh pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi
skor ujian.
Penguruan membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian.
Pengukuran membawa definisi sebagai "suatu proses untuk mendapatkan
penjelasan secara numerik tentang sebanyak mana individu mempunyai
sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Dalam erti kata
lain, pengukuran adalah proses menentukan sejauh mana seseorang individu
miliki ciri-ciri tertenru.
Pengukuran boleh dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh,
kemahiran melukis seseorang boleh di ukur melalui pemerhatian sementara
pengetahuan dan sikap boleh diukur melalui temubual.
Pengertian Pengujian

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk


diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar
dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan
bagi mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian

mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan


sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk menunjukkan tahap
penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar
biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
Pengujian dianggap sebagai proses penyerahan ser soalan yang piawai yang
perlu dijawab atau satu set instrumen bersama satu prosedur yagn sistematik
bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang pelajar.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk


mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan
pembelajaran, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu,
mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan
tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh
dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan
menjalankan
pengujian
yang
berkualiti.
kesimpulannya, pengesanan hasil pembelajaran dan pembelajaran boleh
dibuat melaui penguian pengukuran dengan tepat yang dilaksanakan guru
dalam bilik darjah. justeru kecekapan guru terhadap kurikulum diajar bagi
menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran,.
Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran
Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh
digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran di
universiti. Penilaian di bilik kuliah dan makmal boleh membantu para
pensyarah menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar.
Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian
digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling
dan bimbingan pelajar.
Diagnosis
Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk kesukaran yang dihadapi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis pengajaran diperlukan bagi
mengesan sejauhmana pengajaran guru berkesan. Sekiranya berkesan,guru
akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya.
Sekiranya tidak berkesan, guru boleh menganalisis dan mengesan
kelemahan yang ada supaya strategi dan kaedah pengajaran guru boleh

diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.


Diagnosis terhadap pembelajaran pelajar pula diperlukan bagi mengesan
sejauhmana pembelajaran berlaku. Sekiranya berkesan, kita boleh
meneruskan strategi dan gaya pembelajaran sedia ada. Sekiranya tidak
berkesan, kita perlu menganalisis dan mengenal pasti apakah kelemahan
yang berlaku supaya strategi dan gaya pembelajaran pelajar boleh
diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.
Pengredan
Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh mengred
pencapaian pelajar kepada kategori lulus atau gagal, lemah, sederhana
atau cemerlang atau gred A, B C, D atau E. Melalui pengredan pelajar,
kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang prestasi
akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain.
Dengan adanya maklumat gred, Guru dan ibu bapa boleh memainkan
peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan
pelajar. Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan
dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar
khususnya ibu bapa sangat penting bagi meransang kemajuan dan
pembangunan pelajar di universiti.
Pemilihan dan Penempatan
Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran kerana guru
perlu meninjau sejauh manakah pelajarnya mengusai pengatahuan dan
kemahiran asas kepada tajuk yang diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa
Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli Melayu, perlu
mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka
kuasai,seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat
ini pentign untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang
bersesuaian untuk memulakan pengajaran.
Selain itu, guru perlu memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesautu
kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan
mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut keperluan
mereka yang berbeza-beza itu.
Kaunseling dan Bimbingan

Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya
berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru boleh membantu
pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing supaya
program dan tindakan intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar.
Keputusan ujian juga membantu guru untuk memberi khidmat bimbingan.
Penilaian yang dijalankan dari masa ke masa dapat meninkatkan motivasi
pelajar untuk belajar lebih gigih bagi mendapatkan pencapaian terbaik
mereka. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan terus berusaha
untuk mengekalkan prestasi mereka. Sebaliknya pelajar yang lemah akan
dapat mengenalpasti kelemahan mereka dan berusaha memperbaiki
kelemahan mereka.

Anda mungkin juga menyukai