Anda di halaman 1dari 51

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurniaNya, saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan
kepada pensyarah GERKO, Tn Hj. Razak kerana tunjuk ajar dan garis panduan yang
telah diberikan kepada saya sepanjang tempoh kami menyiapkan folio ini. Tanpa tunjuk
ajar beliau tidak mungkin tugasan ini dapat saya siapkan dengan jayanya.
Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang telah memberi sumbangan berbentuk
idea kepada saya untuk menambahbaikkan lagi kerja kursus ini. Segala pendapat dan
tunjuk ajar rakan-rakan sememangnya amat membantu kami untuk menyiapkan
tugasan ini dengan begitu sempurna. Kepada rakan sekelas, saya mengucapkan ribuan
terima kasih atas bantuan yang telah anda berikan secara langsung mahupun tidak
langsung.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu bapa yang telah
membantu dari segi kewangan dan sokongan moral. Sesungguhnya tanpa penglibatan
daripada kedua ibu bapa saya sudah tentu usaha saya tidak mendapat restu dan siasia.Sekali lagi saya ingin memanjatkan doa kesyukuran kepada Allah SWT agar segala
usaha dan sumbangan yang telah diberikan mendapat keberkatan dari Nya di dunia
mahupun akhirat.Sekian, terima kasih

PENGAKUAN

Saya akui bahawa hasil karya yang saya hasilkan ini adalah hasil ciptaan saya sendiri,
bukan diciplak atau diplagiat daripada sumber yang belum/ pernah diterbitkan.

Tandatangan : .......
Nama

: NOOR SHARINA BT MOHAMMED ZUHAIR

Tarikh

: 21 MAC

Pengenalan
Permainan ping pong atau table tennis adalah satu sukan yang dimainkan oleh dua
atau empat orang bermain, dan menggunakan raket (juga dikenali sebagai bats atau
paddles) untuk memukul bola (bola pingpong) ke kawasan lawan. Permainan ini
memerlukan meja khas untuk ping pong dan di tengah-tengah meja perlu diletakkan
jaring (net) setinggi lebih kurang 15 cm.

Semasa permainan berlangsung, pemain perlu membenarkan bola melantun hanya


sekali sahaja dalam kawasan sendiri sebelum dapat memukul bola tersebut ke
kawasan pihak lawan. Mata pula akan dikira bila pemain gagal mengembalikan bola
mengikut peraturan yang telah ditetapkan

Permainan pingpong sedang berlangsung

SEJARAH & PERKEMBANGAN PING PONG


Sejarah & Perkembangan Di Dunia
Pada mulanya permainan ping pong merupakan kegiatan masa lapang yang
digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain. Corak dan bentuk permainan ini
telah didaftarkan pada tahun 1891 oleh Charles Barter dari Gloucestershire, dan lebih
kurang pada masa yang sama James Gibb, seorang pelopor Persatuan Olahraga
Amatur Britain telah membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang
kemudiannya diperkenal sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus yang
digunakan pada masa itu. Tindakan ini membawa kejayaan serta-merta dan beberapa
pengilang mula memasarkan satu rangkaian nama-nama seperti Gossima, Whiff Waff,
Flim Flamdan Table Tennis.

Disalut getah yang dibawa oleh james gibb.


Apabila raket yang kosong disaluti velum diperkenalkan, istilah pingpong pun
dicipta. Ia diambil daripada bunyi ping apabila bet bertembung dengan bola dan bunyi
pong terhasil akibat dari bunyi bola melantun di meja permainan. Dan sekali lagi
James Gibb telah mencadangkan kepada pengilang John Jaque Ltd. bahawa nama ini
sesuai untuk bet, bola dan jaring keluaran mereka.

Pada tahun 1902, seorang professor pelawat Jepun telah membawa balik
permainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti di
sana. Tidak lama kemudian seorang penjual berbangsa British, iaitu Edwards Shires
telah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang Vienna dan Budapest.
Dengan ini benih untuk perkembangan sukan ini telah tersemai dan ia kini telah
mendatangkan sambutan hampir di semua tempat di dunia. Persatuan Pingpong (The
Pingpong Association) telah dibuka

Meja Pingpong Keluaran Gossima yang mempunyai jaring penghadang setinggi 30cm
di tepi kiri dan kanan meja.
Kejohanan Sedunia yang pertama telah diadakan di London pada tahun 1927.
Pemenangnya ialah seorang yang berbangsa Hungary, iaitu Dr. Jacobi. Selain daripada
Fred Perry dari England, yang memenangi pada tahun 1929, pemain-pemain Hungary
boleh dikatakan menguasai permainan ini sepanjang tempoh tahun 1930-an. Pasukan
mereka diketuai oleh pemain terkenal, Victor Barna, yang mana kemahiran dan
inspirasi beliau telah banyak membantu membawa sukan ini ke tahap semakin
mendapat perhatian serius masyarakat dunia. Pemain-pemain eropah boleh dikatakan
telah menguasai dunia pingpong sehingga akhir tahun 1940-an menggunakan cara
berjabat tangan untuk mementingkan corak pertahanan lebih dari corak menyerang.
Permainan ini telah mengalami corak perubahan yang besar pada tahun 1950an dengan kemunculansandwich atau span terbalik (inverted sponge) iaitu satu bahan

baru untuk membuat muka pukulan bet. Sebelum ini muka pukulan yang diperbuat
daripada getah berbintik nipis (pimpled rubber) telah banyak digunakan. Sehingga
masa itu putaran (spin) hanya memainkan peranan kecil dalam permainan yang
dikuasai oleh corak pertahanan. Tetapi senjata-senjata baru ini yang diperkenalkan oleh
orang-orang Jepun amat menakjubkan. ITTF sebagai badan pengawal (the rulling body)
dengan cepat mengadakan peraturan untuk mengawal perkembangan baru ini kerana
pada pandangan sesetengah pihak ia membekalkan kelebihan yang tidak adil kepada
sesetengah pemain.
Ketebalan span dan getahsandwich adalah dalam kawalan dan ia kekal
sedemikian hingga kini. Tetapi sifat permainan ini telah pun berubah. Para juara kini
telah mengukuhkan gaya kepantasan dan putaran serangan laju (fast attacking speed
and spin).
Pada tahun 1950-an, pemain Jepun telah menguasai dunia pingpong dengan
corak permainan dan cara cekak pen (pen-holder) yang mementingkan corak
menyerang dan gerak kaki yang pantas. Pasukan lelaki Jepun telah menjadi johan
dunia pada tahun 1954 hingga 1959. Dalam tahun 1960-an negara China muncul
sebagai sebuah negara kuasa pingpong yang handal. Mereka menguasai dunia
pingpong melalui penggunaan corak laju dan dekat dengan meja. Dalam tahun 1970an, pemain-pemain Eropah menunjukkan kebolehan dan keyakinan mereka sekali lagi
dan bertanding hebat dengan pemain-pemain Asia dalam beberapa pertandingan
penting dunia.
Dalam tahun 1980-an, pemain-pemain Eropah dianggap lebih handal daripada
pemain-pemain Asia, terutamanya pemain-pemain Sweden yang telah menewaskan
pasukan China dalam perlawanan antara pasukan lelaki walaupun China masih
menguasai negara-negara lain dalam bahagian wanita. Pemain-pemain perseorangan
Eropah seperti Grubba, Waldner, Applegren, Persson, dan Lindh, manakala Guo
Yuehua, Jiang Jialiang, Chen Longcan, Chen Xinhua dan Yoo Nam Kyu dari asia

adalah pemain lelaki yang menguasai dunia pingpong. Dalam bahagian wanita pula,
pemain-pemain dari China, Korea Utara, Korea Selatan, Kepun, Hong Kong dan
sebagainya masih mendahului pemain-pemain dari Sweden, Hungary dan Rusia.
Kini baik di Malaysia ataupun di peringkat dunia kedudukan sukan ini semakin
kukuh dan ia terus berkembang dari setahun ke setahun. Kemuncak daripada
perkembangan ini ialah pengiktirafan yang diberikan kepada permainan ini sebagai
salah satu acara olimpik dan ia mula diperkenalkan di Sukan Olimpik di Seoul pada
tahun 1988. Menurut laporan, liputan televisyen ke atas pertandingan akhir
perseorangan lelaki telah menarik seramai 2 bilion penonton di seluruh dunia.
Pada 1927, Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) yang ditubuhkan pada tahun
itu hanya mempunyai 9 ahli sahaja. Tetapi pada tahun 1990, ITTF mempunyai 145
persatuan di bawahnya. Di samping itu ada pula empat persekutuan peringkatbenua,
iaitu Recognised Continental Federation di bawah naungan ITTF, Persekutuan
tersebut terdiri dari :
1. African Table Tennis Federation
2. Asian Table Tennis Union
3. Europian Table Tennis Union
4. South American Table Tennis Confederation

Perkembangan di Malaysia
Pada tahun 1952, sebuah persatuan pingpong ditubuhkan dan persatuan ini
dirasmikan pada tahun 1958 dan dikenali sebagai Persatuan Pingpong Malaya. Pada
tahun 1964, Persatuan Pingpong Malaysia (TTAM) pula ditubuhkan dan selepas itu
perkembangan pingpong di negara ini dipesatkan. Ini terbukti dengan aktiviti-aktiviti
persatuan tersebut. Persatuan ini telah melaksanakan banyak kegiatan dalam negeri
mahupun luar negara. Pada masa sekarang, semua kaum telah kenal dengan
permainan pingpong dan ramai penduduk di negara ini menjadikannya sebagai rekreasi
ringan.Sehingga tahun 1974, boleh dikatakan semua yang terlibat dalam pertandingan
antara negeri-negeri Malaysia adalah daripada keturunan cina. Pada tahun 1974, dan
sehingga 1982, pertandingan untuk kaum lain (bukan cina) dimulakan. Ini adalah satu
langkah yang baik dan diharapkan kelama-lamaan, tidak akan wujud perasaan
perkauman dalam permainan ini. Pada tahun 1982, pertandingan bukan cina ditukar
menjadi pertandingan perpaduan di mana pemain-pemain cina yang belum pernah
mewakili dibenarkan bertanding. Diharap juga dengan lebih ramai pemain bukan cina
bermain pingpong, pemilihan pemain untuk pasukan negara kita akan diperluaskan dan
bakat-bakat baru dapat dicungkil.
Pada tahun 1972, satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang pemain lelaki telah
pertama kali dapat menyertai Kejohanan Pingpong Dunia di Nagoya, Jepun dan kita
telah mencapai tempat ke-25 daripada 39 pasukan yang mengambil bahagian. Dalam
Kejohanan Pingpong Dunia ke-32 di Yugoslavia pada tahun 1973, Malaysia telah
mencapai tempat ke-18 daripada 52 buah negara dalam bahagian lelaki manakala ke19 daripada 40 buah negara bagi wanita. Di samping itu, Persatuan Pingpong Malaysia
juga menjadi pengasas Asian Table Tennis Union pada tahun 1972 dan sejak
itu Malaysia telah memainkan peranan penting dalam perkembangan pingpong di Asia.
Dalam kalangan negara-negara Asean pula, Malaysia pernah menjadi pengerusi
dan jawatankuasa teknik untuk mengelola Kejohanan Pingpong Belia Asean. Pada
tahun 1979, buat kali pertama seorang wakil dari Malaysia, Dato Michael Chen telah
dilantik menjadi ahli ITTF, sebuah badan sukan pingpong tertinggi dunia. Pada tahun

1983 pula, seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Encik Yap Yong Yih telah dilantik menjadi
ahli ITTF.
Oleh demikian, Persatuan Pingpong Malaysia berjaya memainkan peranan aktif
dalam sukan pingpong dunia. Kepercayaan yang diberikan ITTF kepada Malaysia untuk
menjadi tuan rumah Piala Dunia ke-2 (1981), ke-5 (1984) dan ke-12 (1991) dengan
jelasnya membuktikan Malaysia mempunyai kebolehteknikal yang tinggi. Sejak tahun
1990, Malaysia telah menghantar beberapa pemain muda ke luar negeri seperti ke
Jepun dan Korea Selatan untuk mendapat latihan intensif yang lengkap. TTAM juga
berhasrat untuk mencari bakat baru yang terdiri dari pelbagai latarbelakang kaum untuk
menganggotai persatuan ini.
Kini TTAM mempunyai 15 ahli gabungan termasuklah 14 negeri dan Majlis
Sukan Angkatan Tentera. Keahliannya adalah seramai 20 000 orang. Selain itu, TTAM
telah menghasilkan 35 orang pengadil bertaraf antarabangsa dan 400 pengadil
kebangsaan yang menjalankan tugas mereka di persatuan masing-masing dan juga
pertandingan kebangsaan.

PERALATAN PERMAINAN
Sebelum memulakan permainan pingpong, setiap peralatan haruslah disediakan
dengan teliti dan teratur. Pingpong dapat dimainkan sama ada di dalam ataupun di luar
dewan kerana ia hanya memerlukan sedikti sahaja ruang dan tidak memerlukan
penyelenggaraan yang tinggi. Permainan pingpong memerlukan sebuah meja, sebiji
bola pingpong, dua buah bet (bagi permainan secara individu) dan jarring.
Meja

Meja pingpong mestilah berbentuk segiempat tepat, berukuran 2.74 m panjang


dan 1.56 m lebar dan tingginya dari lantai ialah 76 cm. Permukaan meja boleh
diperbuat dari pelbagai bahan tetapi mestilah memberi lantunan (bounce) bole lebih
kurang 23 cm tinggi apabila bola dijatuhkan dari ketinggian 30 cm. Permukaan meja
mestilah berwarna gelap dan pudar keseluruhannya dengan satu garisan putih yang
tebalnya 2 cm di setiap empat sisi meja itu. Permukaan meja dibahagi kepada dua
bahagian yang sama oleh satu jaring yang selari dengan kedua-dua garisan permukaan
meja. Untuk permainan beregu, kedua-dua permukaan meja itu dibahagi kepada 2
bahagian yang sama oleh garisan tengah yang tebalnya 3 mm dan selari dengan
garisan tepi meja.

Bola

Bola pingpong mestilah berdiameter 38 mm dan berat 2.5 gram. Bola pingpong
boleh diperbuat daripada seluloid atau bahan plastik yang sama dan berwarna putih
atau kuning yang pudar. Bola pingpong digred kepada satu bintang sehingga tiga
bintang, masing-masing untuk latihan dan pertandingan. Bola pingpong mudah
diperolehi dan harganya tidaklah mahal.

Jaring

Jaring untuk permainan pingpong terdiri dari jaring dan peralatan untuk memasangnya
ke meja pingpong, dan sering disebut gabungan jaring (net assembly). Panjang jaring
ialah 1.83 m dengan 1.525 di atas meja dan 15.25 panjang di luar setiap garisan tepi.
Tinggi jaring adalah 15.25 cm di atas permukaan

Bet

Oleh

kerana terdapat berbagai-bagai jenis bet di pasaran pada masa kini,

sehingga untuk memilih bet boleh menjadi satu masalah. Bagi mereka yang baru
belajar bermain terutamanya terdapat beberapa panduan mudah yang boleh diikuti.
Bet berbeza mengikut bentuk dan corak tetapi keselesaan patut diutamakan.
Jika ia kelihatan cantik sahaja tetapi tidak selesa dipegang, kita tidak harus memilihnya.
Bet sepatutnya sepatutnya natural apabila digunakan tanpa menghalang atau
menggangu teknik permainan kita dan membenarkan kita mengekalkan kawalan
maksimum ke atas permukaan bola.

Jenis getah pada bet pingpong


Berat bet dan jenis bet yang digunakan juga harus membenarkan keselesaan
dan bersesuaian dengan corak permainan kita. Sesuatu bet serba boleh adalah
diperbuat daripada kayu lembut yang tidak melebihi lima lapisan getah. Getah yang
digunakan boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama ialah getah terbalik
reverse yang licin dan rata dengan lapisan berbintik-bintik terbalik (inverted pimples) di
bawah dan diikuti oleh satu lapisan span. Jenis kedua ialah getah berbintik keluar
(pimples out) dengan atau tanpa satu lapisan span. Untuk pertandingan, semua getah
yang digunakan mestilah mempunyai logo ITTF.
Getah yang digemari ramai ialah getah yang terbalik (reverse) yang boleh
mengubah sifat-sifat kelajuan dan putaran bola secara meluas. Secara am, semakin
tebal dan keras lapisan span, semakin cepat bola memantul (rebound) daripada bet. Di
bawah undang-undang pingpong, tebal keseluruhan getah dan span tidak boleh
melebihi 4 mm.
Jika getah digunakan pada kedua-dua permukaan bet, maka warnanya mestilah
sebelah berwarna hitam dan sebelah lagi berwarna merah. Jika kayu digunakan pada
salah satu permukaan, warnanya mesti warna hitam atau merah yang dicelup tetapi
bukan dicat. Getah berbintik keluar dari span, boleh dibahagi lagi kepada bintik-bintik
pendek dan bintik-bintik panjang. Getah berbintik pendek digunakan oleh pemain corak
penyerang untuk memukul balik putaran lawannya kerana getah jenis ini mempunyai
darjah kawalan yang tinggi. Kelemahannya ialah putaran yang dijanakan adalah tidak
sekuat putaran getah terbalik. Seorang pemain pakar menggunakan jenis ini ialah Jiang
Jiliang dari China, johan perseorangan dunia pada tahun 1985 dan 1987.
Getah berbintik panjang digunakan oleh pemain yang menggunakan corak
permainan bertahan. Kelebihannya ialah ia boleh membalikkan putaran atas dan
memulangkan putaran bola belakang. Kelemahannya ialah ia amat susah dikawal

dengan baik. Seorang pemain pakar dalam bidang ini ialah Li Gun Sang dari Korea
Utara dan beliau sekarang mewakili Great Britain.

Pemain & Pakaian


Seperti yang dimaklumkan, pingpong boleh dimainkan secara perseorangan
lelaki dan wanita dan beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran. Pakaian untuk
seorang pemain lelaki dan wanita termasuk baju lengan pendek, seluar pendek, stoking
dan kasut. Warna baju dan seluar bergantung pada kehendak pemain atau pasukan
yang diwakilinya. Pakaian yang sesuai dan selesa dapat membantu sewaktu
permainan.

Kawasan (Arena) Permainan


Permainan pingpong boleh dijalankan di mana-mana tempat yang berdaftar,
seperti di kaki lima, tepi jalan, di dalam bilik, di dewan dan sebagainya. Arena
permainan pingpong berubah-ubah bergantung kepada keadaan pertandingan atau
perlawanan dan pihak penganjur. Tetapi dalam pertandingan antarabangsa, arena ini
tidak boleh kurang dari 14 meter panjang, 7 meter lebar, dan 4 meter tinggi untuk satusatu gelanggang.
Arena ini mestilah dikelilingi oleh pelindung (surrounds) yang tingginya 75 cm.
lantai arena mestilah berwarna gelap. Lampu mesti dipasang dengan jarak tidak kurang
dari 4 meter dari lantai. Di negara kita terdapat banyak dewan dan stadium tertutup
yang sering digunakan juga untuk perlawanan dan pertandingan pingpong sama ada di
peringkat negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa. Umpamanya Stadium Negara
dan Stadium Badminton Kuala Lumpur pernah dijadikan arena pertandingan bertaraf
dunia.

CARA BERMAIN
Pengenalan
Permainan pingpong boleh dimainkan secara perseorangan atau berpasangan
atau beregu dan sama ada dalam kalangan lelaki sahaja, wanita sahaja atau campuran
(lelaki dan wanita)
Untuk memulakan servis, bola mesti dipukul oleh bet permainan yang membuat servis
supaya bola melantun pada kawasan sebelah jaring pembuat servis dan kemudian
pada kawasan sebelah penerima sebelum penerima dibenarkan memukulnya.
Kebanyakan permainan mempunyai 3 permainan (game) walaupun dalam pertandingan
antarabangsa biasanya dipanjangkan sehingga 5 permainan terutamanya dalam
pertandingan perseorangan. Sesuatu permainan dimenangi oleh pemain pertama atau
beregu pertama yang berjaya memungut 21 mata, atau sekiranya pungutan mata terikat
20 sama, pemain pertama yang berjaya mengutip dua mata berturut-turut dikira sebagai
pemenang.
Memulakan Permainan
Undian secara lambungan duit syiling akan memberi hak kepada pemain untuk
membuat beberapa pillihan. Pilihan-pilihan ini termasuklah hak memilih salah satu
daripada berikut :
1. Membuat servis terlebih dahulu
2. Menerima servis terlebih dahulu
3.Memilih sebelah mana meja untuk bermain (gelanggang permainan)
4. Memilih pemain lawan membuat pemilihan terlebih dahulu
Sekiranya anda telah memilih salah satu cara di atas, misalnya pilihan hendak
menerima servis permulaan terlebih dahulu, pemain lawan berhak memilih sebelah
mana meja
menerima).

untuk bermain dan juga membuat servis (kerana anda memilih

Jika anda menang dalam undian dengan cara melambung duit syiling dan
memilih untuk memulakan servis dalam permainan pertama, anda akan menjadi
penerima pada permulaan permainan kedua dan dalam permainan ketiga pula anda
sekali lagi berpeluang untuk memulakan servis.
Selepas setiap lima set, servis akan berpindah tangan ke pihak lawan sehingga
lima servis dan proses ini berterusan sehingga permainan tamat. Walaubagaimanapun,
sekiranya pungutan mata terikat pada 20 sama, servis akan bertukar tangan secara
bergilir-gilir sehinggalah berjaya memungut dua mata berturut-turut. Dalam permainan
pingpong, mata boleh dipungut oleh mana-mana pemain pada sesuatu servis, tidak kira
siapa yang membuat servis.
Beberapa peraturan yang ditetapkan khusus untuk melakukan servis, jika tidak
dikaji dengan berhati-hati boleh menyebabkan anda didenda dengan pemberian mata
percuma kepada pihak lawan. Berikut adalah peraturan-peraturan tersebut :
1. Servis bermula dengan bola diletakkan dalam tapak tangan bebas yang pegun,
terbuka dengan jari tertutup dan ibu jari bebas
2. Tangan bekas yang membawa bola mesti sentiasa berada di atas permukaan
meja dan di belakang garisan belakang meja
3. Semasa membuat servis, bet mestilah berada di atas permukaan meja dan
memukul bola di belakang garisan belakang meja
4.Bola mestilah dilempar tegak sekurang-kurangnya 16 cm ke atas oleh tapak
tangan tanpa menjanakan sebarang putaran
5.Bola mestilah dipukul semasa ia menurun kecuali :
Dalam permainan perseorangan, ia melantun di kawasan penerima servis
(pemukul) dan kemudian di kawasan penerima
Dalam beregu ia melantun di kawasan kanan pembuat servis (pemukul) dan
kemudian di kawasan kanan penerima
1. Pemain yang membuat servis perlu memastikan bahawa tindakannya dapat dilihat

sepenuhnya ooleh pengadil


2. Servis tidak boleh terlalu jauh dari bahagian badan kecuali lengan, kepala atau
kaki apabila diukur dari jaring
3. Jika bola menyentuh net maka servis terpaksa dilakukan semula.

Gerakan membuat dan menerina servis dalam gerakan perseorangan


Pertukaran tempat
Selepas tamat setiap permainan, sama ada perseorangan atau beregu, pemainpemain akan membuat pertukaran tempat bermain. Jika perlawanan itu berlarutan
hingga ke permainan penentu, pertukaran tempat permainan akan dilakukan apabila
salah seorang pemain atau salah satu pasangan memungut mata ke-10.

Rali (Rally)
Rali boleh berterusan sehingga salah seorang pemain membuat kesilapan.
Terdapat beberapa cara bagaimana pemain boleh melakukan kesilapan ini dan cara
yang paling lazim ialah seperti berikut :
1.Terlepas bola sama sekali
2. Kegagalan memukulnya mencecah jaring
3. Bola tidak mencecah kawasan meja sebelah penerima akibat pukulan terlalu
kuat.

Kiraan dan Pungutan Mata


Dalam permainan pingpong, pemain boleh mendapatkan mata sama ada atas
usahanya ataupun disebabkan kesilapan lawan. Walaupun mata penamatnya
ditentukan, setiap pemain berpeluang membuat servis, iaitu lima kali berturut-turut
dengan diselang-seli antara pasangan tersebut. Mata yang dipungut oleh pemain yang
memulakan servis, disebut dahulu. Selepas servis berpindah tangan setiap lima servis,
sebutan mata bertukar daripada pemain pertama kepada pemain kedua. Mata tamat
ialah 21. Jika kedudukan terikat 20-20, permainan diteruskan dan pemenang
ditentukan oleh mana-mana pemain yang berjaya mendahului dua mata dari lawannya

BEREGU

Gerakan pemain dalam beregu


Beregu bermaksud berpasangan sama ada lelaki dengan lelaki, perempuan
dengan perempuan ataupun lelaki dengan perempuan. Terdapat beberapa peraturan
yang dikhaskan kepada pemain-pemain beregu seperti berikut :
1. Anda mesti memulakan servis dari sebelah kanan permukaan meja (kawasan permainan
anda) dan servis anda mestilah melantun di sebelah kanan permukaan meja lawan
2.Anda dan pasangan anda mesti memukul bola secara bergilir-gilir mengikut urutan
(sequence) yakni berselang-seli antara satu sama lain sehingga tamat rali. Jika anda
gagal memukul dengan giliran yang betul, pasukan anda akan kehilangan mata secara
automatik
3. Selepas anda membuat lima servis, anda dikehendaki bertukar tempat dengan
pasangan anda supaya dia menjadi penerima kepada lima servis lawan sebelum dia
sendiri memulakan lima servis

4.Pada permulan permainan kedua, anda mestilah memastikan bahawa anda tidak
menghantar servis atau menerima servis daripada pemain yang sama dalam permainan
pertama. Jika perlawanan ini berlarutan hingga permainan penentu dan anda bertukar
tempat pada mata ke-10, penerima mesti menukar tempat dengan pasangannya.

KEMAHIRAN ASAS
Pengenalan Kemahiran Asas
Dalam permainan pingpong, masa yang dihabiskan untuk mempelajari
kemahiran-kemahiran asas merupakan masa yang paling berfaedah untuk kita
gunakan. Jika kita berjaya menguasai asas-asasnya dengan cepat, kemungkinan besar
kita dapat menghasilkan satu permainan yang baik.
Pingpong adalah sejenis permainan yang mempunyai pukulan yang beraneka
jenis. Oleh kerana pukulan yang berlainan, maka kemahiran asas pun berubah dengan
pukulan tertentu. Kemahiran asas boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu :
Kemahiran asas tertentu sahaja, misalnya kemahiran untuk membuat servis.
Kemahiran-kemahiran seperti ini mesti dimahirkan oleh pemain-pemain yang baru
belajar atau pemula Kemahiran-kemahiran gabungan, misalnya daripada kemahiran
membuat servis dan menyerang.
Kemahiran-kemahiran gabungan ini adalah asas untuk mempergunakan dan
mempraktikkan taktik-taktik selanjutnya.
Umumnya, kemahiran asas boleh dibahagikan kepada lima jenis atau peringkat,
iaitu cara memegang bet, kesediaan untuk bermain, servis dan menerima servis, jenisjenis pukulan dan pergerakan kaki.

Cara Memegang Bet

Cara memegang bet akan menentukan cara pukulan bola dan cara pukulan bola
pula akan menentukan cara kita memegang bet. Dengan itu adalah sangat penting
untuk memegang bet mengikut cara pukulan yang diiingini. Cara memegang bet boleh
dibahagikan kepada 2 iaitu cara cekak pen dan cara cekak sudu
Cekak Pen

Cara cekak pen(cara jepun) dan (cara cina)


Cara ini digemari oleh pemain-pemain Asia, dan tidak hairanlah ia dikenali juga sebagai
cekak Asia. Ia dikenali sebagai cekak pen kerana bet dipegang oleh ibu jari dan jari
telunjuk sebagaimana sebatang pen dipegang. Tiga batang jari lain sama ada
direhatkan ataupun dibentangkan (Spread Across) menyeberangi sebelah belakang bet,
yang mana tidak seperti cara cekak sudu (Shakehand Grip), cara ini tidak atau jarang
digunakan untuk memukul bola. Bagaimanapun cara pegangan ini telah digunakan
secara berkesan oleh juara dunia.

Cekak Sudu

Cara memegang bet yang digemari oleh pemain-pemain eropah ataupun


barat.ia kelihatan seolah-oleh berjabat tangan dengan pemegang bet dan dicirikan oleh
jejari telunjuk yang memanjang sepanjang belakang (base) mata bet (blade) dan ibu jari
diletakkan di sebelah yang bertentangan. Tiga batang jari lain mengelilingi bahagian
pemegang dan bahu bet seharusnya berada dalam lingkungan kulit yang terletak di
antara ibu jari dan jari telunjuk.
Salah satu kelebihan cekak sudu ini ialah ia membenarkan penyesuaian sertamerta ke atas sudut bet semasa bermain. Darjah kawalan yang baik ini berupaya
dilakukan kerana kedudukan ibu jari dan jari telunjuk.

Kesediaan Untuk Bermain


Dalam permainan ini, seorang pemain itu haruslah mempunyai penumpuan
yang tinggi terhadap permainan untuk memastikan kedudukan pukulan, putaran dan
kepantasan bola pihak lawan. Kemudian barulah ia boleh menggunakan cara pukulan
yang bersesuaian dan pergerakan kaki yang kuat untuk memulangkan pukulan dengan
tepat dan betul.

Berdiri Tindak (Stance)


Satu kedudukan yang betul akan memberi kita satu dasar (base) yang baik untuk
beroperasi. Ia dapat membantu untuk mengekalkan keseimbangan, mengalih berat
badan, memelihara penglihatan yang elok dan membolehkan pemain melompat dengan
cepat untuk membalas pukulan.
Tapak haruslah mempunyai kangkangan seluas bahu dan membiarkan lutut
belok sedikit. Halakan badan ke hadapan dengan membongkokkan tulang belakang
dan membiarkan dagu berada dalam garisan tegak dengan lutut. Tangan yang
memegang bet hendaklah berada di hadapan dalam kedudukan hampir 90 darjah.

Tangan yang memegang bet haruslah bebas untuk mengekalkan keseimbangan


keseluruhan dan mestilah berada sejajar dengan tangan yang bermain. Juga harus
dipastikan berat berada di tengah kaki dan bukanlah di tengah kaki.

Kedudukan Badan
Cara meletakkan posisi badan sewaktu perlawanan juga penting kerana dapat
menjadi faktor utama untuk membolehkan pemain bergerak untuk membalas pukulan.
Secara idealnya, pemain haruslah memukul dan menghadapkan bahu dan dada
kepada haluan bola pingpong. Selain itu untuk mencapai kedudukan ini, kaki juga
haruslah dihadapkan ke arah yang sama dengan bahu dan dada.

Kedudukan badan pemain

Perlu diingatkan, dalam pertandingan terdapat pelbagai pembolehubah yang


saling bertindak. Selain lawan, kedudukannya, kepantasan bola, putarannya, arahnya
dan tahap kesediaan turut mempengaruhi peserta pertandingan.

Perhitungan (Timing)
Perkembangan dalam sukan mengatakan bahawa kebanyakan pukulan
dilakukan ketika lantunan bola pada titik yang tertinggi. Ia biasanya berlaku pada tahap
yang lebih tinggi dari ketinggian jaring. Jika kita memulakan permainan dengan
penggunaan titik lantunan bola pada titik yang tinggi pada permulaan kalinya, besar
kemungkinan kita akan menggunakannya buat selamanya.
Namun bukan semua pemain berjaya dalam memupuk tabiat ini. Kebanyakan
pemain memerlukan masa yang panjang untuk berlatih menggunakan teknik ini, jesteru
mereka tidak mempraktikkannya dan hanya membalas pukulan lawan dengan bola
pingpong yang berkelajuan rendah.salah seorang pemain terhandal di dunia berkenaan
kaedah ini ialah Li Gun Sang yang telah berjaya menempatkan diri di peringkat
antarabangsa kerana kaedah ini.

Antisipasi
Beza diantara pemain handal dan pemain biasa adalah dengan adanya
antisipasi. Pemain seperti ini dapat menjangka ke arah mana bola akan pergi sebelum
ia membuat pukulan. Jon Ove Waldner dari Sweden dan Jiang Jiliang dari China
merupakan contoh yang terbaik tentang perlaksanaan antisipasi
Dalam permainan jika anda hanya dapat memerhati bola sahaja bermakna anda
bertindak selalu lambat. Seandainya teknik ini dapat dikuasai maka akan memberi
kelebihan masa untuk bertindak awal.

Servis dan Menerima Servis


Dalam pertandingan pingpong, servis memainkan peranan yang sangat penting.
Tujuan servis ialah seperti berikut :
1. Mendapatkan masa secara langsung apabila pemain lawan membuat kesalahan
semasa menerima servis atau gagal menerima servis
2. Merampas inisiatif dan merebut kedudukan aktif serta menguasai pemain lawan
setelah ia memulangkan servis dengna lemah . Oleh kerana itu, kecekapan servis
merupakan satu kemahiran yang penting dan
harus dikuasai oleh setiap pemain pingpong.

Cara Membuat Servis Yang Betul


Cara membuat servis yang betul, berubah-ubah dan mempunyai variasi supaya
tidak disedari atau sukar difahami oleh lawan kita. Secara am, semasa membuat servis,
jarak antara kedudukan pemain dengan meja adalah lebih kurang 50 cm dan jarak
antara tangan yang memegang bola dengan meja adalah lebih kurang 15 cm. Keduadua tangan yang memegang bola dan tangan yang memegang bet mestilah di atas
permukaan meja dan di belakang garisan hujung. Bola mesti dilempar sekurangkurangnya 16 cm ke atas tanpa menjanakan sebarang putaran di belakang garisan
hujung meja. Semasa bola menurun dari puncak, pukulan dibuat.
Apabila kita membuat servis dengan pukulan kilas (backhand) kita hendaklah
berdiri di sebelah kiri hujung meja. Kedua-dua belah kaki berdiri berdamping tetapi
bercerai, dan kaki kanan hendaklah bengkok sikit ke hadapan. Untuk membuat servis
dengan pukulan ke hadapan, anda hendaklah meletakkan kaki kiri di hadapan. Tempat
berdiri ialah di tengah kiri hujung meja sedikit. Jika seorang pemain lemah dalam
pukulan kilas, adalah lebih baik menggunakan servis pukulan hadapan (forehand)
dengan berdiri sedikit ke sebelah kiri.

Jenis-jenis Servis
Secara am, servis boleh dibahagikan kepada dua iaitu, servis berputar dan
servis tidak berputar. Servis berputar pula boleh dibahagikan kepada 4 jenis seperti
berikut :
1. Servis putaran atas (topspin service)
2. Servis putaran belakang (backspin service)
3. Servis putaran ke kiri (forehand sidespin service)
4. Servis put

Jenis-jenis servis
Pergerakan untuk membuat servis putaran atas ialah dengan menggunakan bet
menggeserkan bahagian separuh atas bola, sambil memukul mengatas ke hadapan.

Pergerakan untuk membuat servis putaran ke belakang ialah dengan menggunakan bet
menggeserkan bahagian separuh bawah bola sambil mencantas (slice) bola itu dengan
kuat dari atas.
Untuk menghasilkan servis putaran ke kiri, kita hendaklah menggunakan bet
untuk menggeserkan bahagian tengah sebelah kanan bola sambil dengan kuat ke
sebelah kiri. Menggunakan bet untuk menggeserkan bahagian tengah sebelah kiri bola
sambil memukul dengan kuat ke sebelah kanan akan menghasilkan servis yang
berputar ke kanan. Servis (bola) yang tidak berputar juga selalu digunakan dalam
sesuatu pertandingan supaya tidak dapat dijangka oleh lawan.
5.4.3 Servis Yang Popular Masa Kini
Mengikut peredaran zaman, jenis-jenis servis juga turut berubah. Kini terdapat
tiga jenis servis berikut yang sering digunakan :
1. Servis dua lantunan 2. Servis lontaran jauh 3. Servis jarak jauh
5.4.3.1 Servis Dua Lantunan
Jenis servis yang digemari oleh pemain pingpong ialah servis dua lantunan (two
bounce service). Ia merupakan servis yang pendek dan mengambil namanya daripada
hakikat bahawa jika bola dibenarkan meneruskan perjalanan, ia akan melantun dua kali
pada permukaan meja sebelah lawan. Terdapat beberapa sebab mengapa servis ini
telah menjadi begitu berfaedah secara teknikal :
Adalah sukar bagi lawan untuk menolaknya secara pendek
Jika pihak lawan berjaya juga menolaknya kembali secara panjang atau menguis
(flick) bola tersebut, sudut sasaran yang tersedia antara bandingan adalah kecil. Ini
memungkinkan kita sebagai pemukul mempunyai sedikit masa tambahan untuk
menjangka arah bola yang ingin dikembalikan.
Pihak lawan selalunya berada dalam keadaan yang serba salah untuk menentukan
adakah jarak bola cukup panjang untuk cuba melakukan pukulan putaran atas atau
adakah ia terlalu pendek dan harus ditolak.
Jika kita mengambil keputusan untuk menolaknya, kita seharusnya berupaya
untuk mengenakan putaran ke atas bola terlebih dahulu untuk menjadikannya sukar

dikawal. Tanpa mengambil kira sama ada kita melakukan servis dengan pukulan
hadapan atau kilas, servis cara ini dicapai dengan mengikut beberapa peraturan yang
terus terang tetapi asa secara relatif.

Servis dua Lantunan


Mula-mula pastikan lantunan bola kita berlaku di tengah-tengah antara garisan
belakang dengan jaring. Ini bermakna bahawa lantunan pada sebelah pihak lawan juga
akan berlaku pada titik yang sama. Ini merupakan titik kritikal yang memastikan
lantunanhypotheti cal kedua akan berlaku di sekitar garisan belakang lawan.
Kedua, untuk mengawal ketinggian lantunan bola, kita seharusnya memukul
pada satu titik sewaktu bola turun, pada ketinggian yang sama dengan jaring, iaitu pada
paras 15 cm. memukul bola pada satu titik yang lebih tinggi akan mengakibatkan
lebihan lantunan (bouncy) pada servis dan memberi peluang kepada lawan membuat
pukulan smash.

Servis Lontaran Tinggi


Bagi pemain terkemuka asia, servis yang tingginya 6 meter bukanlah sesuatu
yang luar biasa. Bagi pihak lawan, servis ini mengganggu penumpuan dan secara

psikologinya ia memberi ancaman. Ia kelihatan menakutkan dan dengan kemahiran


bermain ia mungkin meletupkan titik sentuhan bet ke atas bola dengan tangan yang
bebas melindungi putaran yang dihasilkan.

Servis Jarak Jauh


Perbezaan-perbezaan taktikal yang utama di antara servis panjang dan pendek
adalah seperti berikut :
1. Bola mesti dipukul pada lebih kurang 10 cm lebih tinggi dari ketinggian meja
2. Lantunan pada sebelah meja kita perlu berada agak hampir dengan garisan
belakang
3. Bet perlu bergerak pantas seperti semasa dalam servis dua lantunan, kecuali tenaga
dan lantunan yang kita arahkan adalah hala terus melalui bola dan bukan
menyeberanginya.
Masa terbaik untuk menyelit satu servis jauh ialah apabila kita mendapati pada
penjuru mata kita dan lawan kita agak terkeluar dari kedudukannya. Satu perubahan
mendadak pada kecepatan dan arah mungkin berjaya menghasilkan satu pulangan
yang lemah yang mana boleh memanfaatkan kita.

Melakukan servis Kilas Jarak Jauh


Jenis-jenis Pukulan
Permainan pingpong mempunyai beberapa jenis pukulan dan dapat dibahagikan
kepada 2 jenis iaitu pukulan menyerang (effensive) dan pukulan bertahan (defensive).
Pukulan-pukulan menyerang asas adalah seperti berikut :
1. Pukulan deras hadapan (forehand drive)
2. Pukulan deras kilas (backhand drive)
3. Pukulan putaran atas (topspin)
Manakala pukulan-pukulan bertahan yang asas adalah seperti berikut :
1. Pukulan tolakan ke hadapan (forehand push)
2. Pukulan tolakan kilas (backhand push)
3. Pukulan putaran belakang (chop), pukulan apung (float), pukulan adang (block)
dan pukulan lob

Pukulan Deras Hadapan


Pada masa tertentu dalam permainan, apabila kita berhadapan dengan bola
mendatang, kita terpaksa membuat keputusan serta-merta sama ada hendak menolak
atau melakukan pukulan deras. Membuat tolakan adalah cara lebih selamat walaupun
ia adalah pukulan bercorak negatif yang berkemungkinan tidak akan menghasilkan
terus mata kepada kita. Pukulan deras sebaliknya, mewakili satu cara permainan lebih
positif. Ia mengandungi lebih risiko, tetapi ia memberi kita peluang untuk memenangi
rali. Hanya melalui latihan, kita boleh menyedari apa yang sesuai untuk kita.

Gerakan dalam pukulan deras hadapan


Secara umumnya, pukulan deras terbahagi kepada tiga kategori yang berlainan
iaitu:
1.Pukulan deras hadapan yang pantas
2. Pukulan maut hadapan
3. Pukulan deras hadapan yang khusus

Pukulan Deras Kilas

Gerakan sewaktu melakukan pukulan deras kilas


Pukulan deras kilas sewaktu dahulu hanya dianggap sebagai pukulan
pertahanan sahaja. Pada tahun 1970-an, muncul pemain baru seperti Jonyer Istvan,

Tibor Klampar dan Gabor Barbely dari Hungary yang mengaplikasikan pukulan deras
kilas ini untuk menyerang lawan mereka. Pemain-pemain handal yang lain seperti Jon
Ove Waldner dan Grubba Audrezej mempunyai kepakaran dalam pukulan deras kilas
ini di kedua-dua sudut.
Jika didapati bahawa pukulan yang dilakukan terlalu kuat, kita boleh memeriksa
sudut bet. Ia mungkin perlu ditutup sedikit. Jika kita terlalu kerap memukul ke jaring,
buka set hingga kita menemui satu kedudukan yang betul. Jika demikian, kita perlu
membuat penyesuaian ke atas sudut bet, iaitu bergantung kepada kelajuan bola

Pukulan Putaran Atas


Putaran adalah sejenis kemahiran yang memutarkan bola melalui sentuhan
getah bet. Kesan-kesan putaran dan cara mengendalikan adalah perlu untuk semua
pemain pingpong. Keupayaan membuat putaran yang baik pada bola memang amat
berguna semasa pertandingan. Kegagalan untuk membentuk kemahiran-kemahiran
yang bertindak balas atas putaran merupakan kelemahan kebanyakan pemain. Mereka
yang berupaya membuat pukulan putaran dengan baik adalah lebih banyak dari mereka
yang gagal menerimanya atau membalasnya dengan baik.

Pukulan putaran atas hadapan

Untuk menjana putaran pada bola, ia mesti digeserkan pada permukaan beg
yang bergetah. Geseran antara getah dengan bahagian berlainan bola akan
menghasilkan putaran yang berlainan seperti putaran atas dan belakang.
Sesuatu bola boleh diputar pada mana-mana arah dan ini akan ditentukan
keseluruhannya oleh arah bet bergerak. Dua jenis putaran cenderung menguasai
permainan hari ini ialah putaran atas, digemari oleh pemain-pemain yang menggunakan
cara serangan, dan putaran belakang digemari oleh pemain-pemain bertahan. Putaran
sebelah (sidespin) biasanya merupakan gabungan antara kedua-dua jenis putaran ini
Putaran atas mempunyai kesan yang membolehkan bola condong ke bawah
dalam penerbangannya dan kemudian melantun secara tiba-tiba ke hadapan apabila ia
menyentuh permukaan meja. Tujuan pukulan putaran atas ini ialah untuk memaksa
satu pulangan, yang sama ada terlepas secara keseluruhannya atau satu hantaran bola
yang lemah, tinggi dan boleh dibunuh dengan senang. Terdapat tiga jenis pukulan
putaran atas iaitu :

1.Pukulan putaran atas hadapan


2. Pukulan putaran atas pantas dan perlahan
3. Pukulan putaran atas kilas

Pukulan putaran atas kilas

Pukulan Tolakan Hadapan


Kebanyakan pemain pingpong yang mula belajar bermain pingpong mula belajar
dengan menggunakan kaedah ini iaitu dengan pukulan tolakan (forehand push)
sebelum belajar kemahiran-kemahiran lain. Pukulan tolakan dianggap pukulan negatif
tetapi selamat. Walau bagaimanapun, jika terdapat hantaran-hantaran tertentu yang
tidak memberi kita sebarang pilihan kecuali menolak, maka pukulan itu dianggap
penting.
Dalam kebanyakan keadaan, pukulan tolakan hadapan berkemungkinan
merupakan pukulan asas yang paling janggal untuk dikuasai, tetapi bagi sebab-sebab

yang telah dinyatakan, kita dinasihatkan supaya mempelajarinya dengan baik dan
seterusnya menguasainya.

Pukulan tolakan hadapan

Dengan mengambil kedudukan sebagaimana melakukan pukulan deras


hadapan iaitu condong sedikit ke sebelah dengan kaki kiri di hadapan (dengan andaian
kita pemain kanan). Dalam pukulan tolakan, kita perlukan satu bet yang terbuka tetapi
jangan terlalu terbuka, hanya condong sedikit daripada garisan menegak. Pastikan
terdapat ruang yang cukup di antara sendi siku kita. Ia sepatutnya berada lebih kurang
pada 100o dari bahagian atas badan anda.
Satu kesilapan umum yang selalu dilakukan oleh kebanyakan pemain ialah
mereka cenderung menyempitkan pukulan mereka (cramp the spot) kerana
menghalang pergerakan siku mereka. Kini dengan kepala kita menghampiri lantunan
bola, gerakkan bet kita ke hadapan daripada siku dan pada masa yang sama ke bawah
sedikit. Kita seharusnya membuat sentuhan pada titik kemuncak lantunan bola. Untuk
membantu kita menyelaraskan sesuatu pukulan kita boleh menggunakan tangan kita

yang bebas untuk menunjuk ke arah bola. Ikut lajak kita seharusnya pendek dan
pukulan tersebut seharusnya selesai pada masa kita memukul bola.
Elakkan daripada menyauk (scoop) bola. Kita boleh mengelak keadaan ini
dengan membiarkan bahagian tepi bet menggeser permukaan meja. Jika bola
mendatang adalah pendek, letakkan kaki kanan kita ke bawah meja supaya bahagian
atas badan kita dan tangan memegang bet lebih hampir kepada lantunan. Dengan cara
ini, kita dapat mengawal keseluruhannya proses ini secara maksimum.

Pukulan Tolakan Kilas


Untuk memahirkan pukulan tolakan kilas (backhand push), pukulan-pukulan
mestilah halus, betul dan cepat. Kita hendaklah bermula dengan menghadap ke arah
memukul bola, iaitu berdiri tegak selari dengan garisan bermain dan kaki anda berada
sejajar dengan bahu. Tidak ada sebelah kaki pun yang harus diletak di hadapan
daripada kaki yang lain. Kita harus berada berhampiran dengan meja tetapi jangan
menyandar. Bola dimainkan betul-betul di hadapan atau ke kiri sedikit daripada perut,
dan di bawah dagu kita. Jika bola bergerak agak luas, alih ke kedudukan ini terlebih
dahulu sebelum memulakan pukulan.

Pukulan tolakan kilas

Kesemua sendi lengan dikehendaki memainkan peranan dalam menghasilkan


pukulan. Dalam pukulan tolakan, siku mengambil peranan utama. Satu siri latihan meja
yang melibatkan penggunaan pukulan tolakan kilas sahaja boleh dibentuk. Apabila kita
telah menguasai prinsip-prinsip asas teknik tersebut, tumpukan perhatian untuk
mencapai konsistensi dalam jarak, ketinggian dan arah pukulan kita.
Pukulan tolakan kilas boleh dibahagikan kepada tolakan cepat dan tolakan
perlahan. Bezanya ialah, tolakan cepat memukul bahagian belakang bola semasa
berada pada titik lantunan tertinggi, manakala tolakan perlahan pada bola berlaku
sebaik sahaja bola itu turun.

Pukulan putaran belakang

Atau dikenali juga sebagai pukulan Chopping . putaran belakang telah lama
dicipta dan popular terutama sekali antara tahun-tahun 1930-an hingga 1950-an. Selain
itu terdapat juga pukulan putaran belakang kilas.

Pukulan putaran belakang kilas

Pukulan Apung
Atau dikenali juga sebagai pukulanfloating. Pukulan apung ini variasi daripada
pukulan putaran belakang, dan pada hakikatnya merupakan suatu bola yang kelihatan
seperti telah dikenakan putaran belakang, tetapi sebenarnya ia tidak mempunyai
sebarang putaran.

Pukulan Adang
Atau dikenali juga sebagai pukulanblocking. Pukulan adang ialah satu teknik bagi
menghadapi serangan pantas dan pukulan putaran atas, denga menerima bola secara
separuh voli, terus daripada lantunan.

Pukulan lob
Atau dikenali juga sebagai pukulanlo b. Pukulan lob merupakan bentuk tahanan
dilakukan jauh daripada meja yang melibatkan pukulan bola yang tinggi ke udara, jauh
ke dalam kawasan meja sebelah lawan dengan putaran atas yang kuat.

BIBILIOGRAFI

1. http://pingpong-zdin.blogspot.com/2008/10/sejarah-ping-pong.html
2. http://pingpong-zdin.blogspot.com/2008/10/sejarah-dan-perkembangan-ping3.
4.
5.
6.

pong.html
http://www.slideshare.net/niena17/sejarah-ping-pong
http://www.slideshare.net/niena17/sejarah-ping-pong
http://www.scribd.com/doc/29953668/Peraturan-Permainan-Ping-Pong
http://msskelantan.kelantan.gov.my/pingpong.pdf

7. http://www.scribd.com/doc/22964244/Kerja-Kursus-GERKO-Ping-Pong

8. SIRI SUKAN, PINGPONG, PENERBITAN FORGOES SDN, BHD, TAHUN


2005

BORANG KOLABORASI

NAMA
NO. KP
UNIT

: NOOR SHARINA BT MOHAMMED ZUHAIR


: 920502-03-6014
: PPISMP PSV SEMESTER 2

SUBJEK

: GERKO (PINGPONG)

PENSYARAH

: TUAN HAJI RAZAK BIN HAJI SUDERLAN

TARIKH

PERBINCANGAN

KOMEN

21 FEB

Tugasan diberi oleh pensyarah

Pensyarah memberi

2011

GERKO

penerangan tentang
tugasan yang diberi

23 FEB

mencari maklumat dengan pelbagai

Maklumat dicari

2011

bahan

dalam internet dan


perpustakaan
.

25 FEB

berbincang dengan rakan seunit

Bertukar-tukar idea

2011

mengenai tugasan

dan pendapat
bersama rakan unit

05 MAC

mengumpulkan maklumat yang

Semua maklumat

2011

telah dicari melalui internet.

yang diperolehi
telah difailkan
bersama

20 MAC

Menyemak semula hasil kerja

2011

sebelum dihantar

21 MAC

Tugasan telah dihantar kepada

2011

pensyarah GERKO

Pensyarah
menerima tugasan

TANDATANGAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN


MELAYU MELAKA
GERKO
(PINGPONG)

NAMA

: NOOR SHARINA BT MOHAMMED ZUHAIR

NO.KP

:920502-03-6014

UNIT

: PPISMP PSV JUN 2010

SUBJEK

: GERKO

TOPIK

: PINGPONG

PENSYARAH

: TUAN HAJI RAJAK BIN HAJI SUDERLAN

TARIKH HANTAR

: 21 MAC 2011

UNDANG-UNDANG PERMAINAN PING PONG

Net adalah setinggi 16 cm.

Bola masa serve kena baling at least 16cm daripada tapak tangan.

Sekiranya pemain langgar meja dan meja bergerak dikira batal.

Bola yg dilambung daripada tapak tangan telah dikira bermulanya


permainan.Pemain yang menangkap kembali bola selepas dilambung akan
diberikan mata berkenaan pada lawannya.

Kiraan mata permainan adalah 11 berdasarkan best of 5 games dalam


perlawanan biasa. Setiap pemain akan serve 2 kali kecuali semasa dius , pemain
akan serve sekali seorg dan pemain kena dpt 2 point utk tamatkan game.
Perlawanan juga boleh dibuat dalam bentuk best of 7 untuk acara semi dan final
single individu.

Permainan bergu memerlukan pemain sentiasa bergilir mengambil/menghantar


bola bagi set point.

Sebarang kelakuan yg menggangu lawan boleh diberi foul oleh pengadil


dgn memberi amaran terlebih dahulu sebagai contoh menjerit dengan kuat atau
menghentak kaki dengan kuat semasa perlawanan dengan tujuan menganggu
konsentrasi lawan.

Semain boleh mengesat peluh bagi setiap 6 mata.

Setiap pemain single/double boleh minta hanya satu time out (seminit) dlm
sesuatu perlawanan untuk rehat atau berjumpa dengan jurulatih.

Jurulatih tidak dibenarkan memberi coaching semasa perlawanan sedang


berlangsung. Jurulatih yang melanggar peraturan berkenaan boleh diberi amaran

oleh pengadir dan seterusnya dikeluarkan daripada tempat pertandingan jika


masih melanggar arahan selepas diberi amaran.

Bola yg kena bucu meja dan melantun kebawah tidak dikira dan jika kena
besi juga tidak dikira

Tapak tangan yg pegang bet juga dikira sebagai bet

Pemain bergu tidak dibenarkan memakai pakaian yang berlainan warna dalam
kejohanan.

Sekiranya dalam sesuatu kejohanan berpasukan, bergu atau individu, sekiranya


perlawanan dijalankan secara liga, penentuan tempat pertama dan seterusnya
akan dikira mengikut mata. Sekiranya terdapat 3 pasukan yang mempunyai mata
yang sama, maka pengiraan secara set menang/kalah diantara pasukan yang
mata sama sahaja. sekiranya masih sama set perlawanan akan dikira. Sekiranya
hanya 2 pasukan sahaja yang mempunyai mata yang sama, penentuan akan
dikira siapa menang siapa.

Peraturan servis: semasa bola dipukul tiada apa-apa yang menghalang


pandangan ke arah bola tersebut kepada kedua-dua sisi net, tangan yang
memegang bola mestilah berada diluar meja dan berada di paras meja.
Sekiranya pemain menyalahi peraturan ini servis tersebut dikira batal. Pengadil
berhak untuk memberi amaran atau terus memberikan mata kepada lawan
pemain tersebut.

Servis yang diterima adalah apabila bola memasuki kawasan mejanya


seterusnya melepasi net dan masukan dalam kawasan meja lawannya.

Servis yang kena net kena diulang (tiada limit).

ITTF adalah badan persekutan pingpong antarabangsa yang membuat


peraturan-peraturan mengenai permainan pingpong.

Saiz bola pingpong yang standard adalah 40 mm

ISI KANDUNGAN

NO
1
2
3
4
5
6

KANDUNGAN
PENGHARGAAN
SEJARAH PING PONG
CARA-CARA BERMAIN PING PONG
UNDANG-UNDANG PERMAINAN PING PONG
REFLEKSI
BIBILIOGRAFI

MUKA SURAT

REFLEKSI
NOOR SHARINA BT MOHAMMED ZUHAIR
920502036014

Asssalamualiakum dan salam sejahtera,


Bersyukur saya ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan kerja krusus ini dengan jayanya. Alhamdullilah dalam melaksanakan kerja
krusus ini, semuanya berjalan dengan lancar.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada
sesiapa yang telah terlibat dalam kerja krusus ini sama ada secara lansung atau tidak
langsung terutamanya kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberi sokongan
moral kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada rakan-rakan saya tidak lupa juga para pensyarah yang
terlibat terutamanya kepada Tuan Hj. Razak bin Hj Suderlan yang telah membimbing
saya sehingga tersiapnya kerja krusus ini dengan jayanya. Dalam tugasan ini, banyak
ilmu yang telah saya perolehi, pengetahuan am juga dapat saya tingkatkan.
Bagi saya secara peribadi, tugasan ini telah banyak member saya pengetahuan
dan penagalaman. Hal ini kerana, sebelum ini saya tidak pernah bermain pingpong.
Tidal mustahil jika saya katakan bahawa saya kurang mahir dan cetek pengetahuan
mengenai sukan pingpong. Namun begitu, saya tidak pernah putus asa untuk bertanya
kepada pensyarah dan kawan- kawan yang pernah mempunyai pengalaman dalam
permainan pingpong. Hal ini sedikit sebanyak membantu saya lebih memahami tentang
kerja kursus yang telah ditugaskan serta dapat menyiapkannya dengan lancer.
Dalam tugasan ini, saya telah ditugaskan untuk mengumpul maklumat tentang
sejarah pingpong, cara bermain dan undang- undang permainan pingpong. Saya juga
menghadapi masalah apabila saya tidak pernah tahu menahu tentang undang- undang
pingpong, bahkan sejarahnya. Namun begitu, saya atasi masalah ini dengan mencari
maklumat melalui internet. Dalam masa yang sama juga saya mencari maklumat

melalui buku yang telah dibekalkan di pusat sumber. Sesenugguhnya, sumber internet
dan buku banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Menceburkan diri dalam bidang sukan (GERKO) seperti ini amat bagus untuk
bakal- bakal guru seperti saya. Malah ia dapat memberi kesedaran kesedaran dan
pendedahan kepada saya untuk menambahkan lagi pengetahuan serta pengalaman.
Hal ini kerana, ia akan menyenangkan saya apabila berada di sekolah nanti, walaupun
saya kurang mahir dalam permainan pingpong. Sekurang- kurangnya saya mempunyai
pengalaman dalam permainan tersebut. Hal ini penting untuk persediaan saya dalam
menjadi guru yang berkualiti dan berintegriti. Dalam masa yang sama, Saya cuma
berharap dapat membuat sesuatu pembaharuan terhadap diri saya sendiri sebelum
membuat pembaharuan ke atas orang lain. Sepanjang pembikinan kerja krusus ini,
tidak dinafikan terdapat pelbagai kekurangan dalam kerja krusus ini, namun saya
berharap agar saya dapat jadikan panduan pada tugasan yang seterusnya supaya
dapat berbuat dengan lebih baik lagi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai