Anda di halaman 1dari 14

..

Soalan:
Bincangkan sumbangan Sayyid Abul Ala Maududi sebagai seorang
mujaddid yang agung pada abad ke -20.

Pengenalan
Kepentingan tentang pembentukan negara Islam oleh Abu Alam AL-Maududi ada
kaitannya dengan perlaksanaan syariah, kerana syariah tidak dapat dilaksanakan tanpa ada
negara dan kedaulatan politik. Tuntutan perlaksanaan syariah adalah wajib ke atas Muslim,
maka mewujudkan negara Islam adalah suatu yang wajib. Sesungguhnya kekeliruan dalam
pemikiran dan tanggapan terhadap erti kesejahteraan dan kemakmuran hidup telah
membawa kepada krisis yang semakin kusut dan tragedi yang amat besar kepada
kemanusiaan di waktu ini. Setiap manusia di dunia ini mempunyai kepercayaannya yang
tersendiri. Dengan wujudnya kepercayaan ini, manusia sanggup berkorban untuk
mempertahankan agama mereka. Agama yang diamalkan di negara yang terletak di rantau
Asia adalah berbeza-beza.Perkembangannya dan pengaruhnya terhadap negara tersebut
juga berbeza.Pembentukan negara Islam adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ia termasuk
dalam perkara tuntutan Fardu Kifayah. Komplot dikelirukan di atas nama kebersamaan,
monopoli kekayaan di atas nama pertumbuhan ekonomi, dominasi budaya di atas nama
liberalisasi, penindasan golongan lemah di atas nama demokrasi, hedonisme di atas nama
kebebasan individu peminggiran di atas nama urbanisasi dan penjajahan di atas nama
pasaran bebas. Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi.
Tidak ada sektor pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sepi dari sentuhan

1.

..
glabalisasi. Namun begitu kita tidak pula nampaknya mengambil sikap yang kritikal
terhadap proses ini..1
Konsep Negara Islam
Istilah Negara Islam al-Dawlah Islamiyyah atau al-Hukumah al-Islamiyyah
tidak didapati penggunaannya dalam Quran. Istilah ini merupakan satu istilah baru yang
mula diperkenalkan oleh Sayyid Abul Ala Maududi dalam bukunya, Caliphate and the
Great Immate . Sungguhpun begitu dalam Quran terdapat istilah-istilah lain yang boleh
menjadi asas kepada persoalan ini seperti istilah khalifah, khulafa atau khalaif dan juga
istilah imam , yang secara umumnya memberi pengertian sebagai pengganti Allah atau
khalifah Allah di bumi atau kepimpinan kerohanian yang terbatas maksudnya untuk
perkataan imam.Selain daripada istilah-istilah di atas terdapat istilah-istilah lain lagi seperti
ulu al-amr, yang bermaksud merujuk kepada pemerintah atau penguasa , perkataan hukum
atau hukkam yang bermaksud merujuk kepada penghukum adil. Antara istilah yang dipakai
dalam Quran yang ada kaitan dengan masalah ini ialah istilah umat yang bermaksud
kumpulan manusia yang bersatu berdasarkan agama dan undang-undang , istilah kaum
yang bermaksud merujuk kepada kumpulan manusia yang tunduk kepada pemimpin.
Demkian juga istilah syura yang bermaksud merujuk kepada perbincangan dan
permesyuaratan untuk menyelesaikan masalah dan jamaah yang merujuk maksudnya
kepada satu kumpulan yang tunduk kepada pemimpin. Kedua-dua istilah disebut dalam
Hadith Rasulullah s.a.w.Istilah-istilah yang digunakan dalam dua sumber ini terkandung di
1

Izala-e-Auham, Roohani Khazain ,jilid 3, 1997 ,hlm 114.

2.

..
dalamnya maksud kuasa, undang-undang atau perlaksanaannya. Dengan kata-kata lain
istilah-istilah ini dapat dirumuskan kepada empat perkara besar iaitu autoriti mutlak ialah
Allah, manusia sebagai khalifahNya,autoriti diberikan kepada Rasulullah dan khalifah
Rasulullah atau umat, hukum syariat atau perlaksanaannya.Dalam kertas kerja ini
perbincangan akan ditumpukan kepada perkara berikut; pengenalan negara Islam, sumber
autoriti pembentukannya, syarat-syarat Ketua Negara Islam, pemilihan Ketua Negara,
kerakyatan negara dan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan Islam.2
Dalam konteks ini pegangan Sayyid Abul Ala Maududi fahaman beragama adalah
bersumberkan mubaligh-mubaligh Islam dari kalangan orang-orang Arab dan bukan
Arab yang menulis risalah-risalah dan mengarang buku untuk mempertahankan
Islam.datang membawa agama Islam ke sebelah Asia Tenggara sebagai pedagang. Dari
situ Islam mula bertapak dengan kuatnya di negeri-negeri bawah angin ini. Gejala
kepercayaan yang tidak sihat pada waktu itu beransur-ansur hilang kegemilangannya
bahkan di sesetengah tempat, umpamanya Acheh kepercayaan salah tersebut telah di
benteras sehingga ke akar umbinya. Ini adalah hasil daripada tarbiah dan didikan
mubaligh-mubaligh dan para Daei Islam yang benar-benar alim lagi sufi. Kehadiran
mubaligh-mubaligh

tersebut

seumpama

membawa

sinaran

kegemilangan

dan

kecemerlangan kepada penduduk tempatan sehingga pada satu ketika Acheh mendapat
jolokan sebagai Serambi Mekah. Pada suatu ketika Belanda telah membunuh lebih
daripada 6,000 Ulama Islam di Tanah Jawa. Pada ketika itu ulama merupakan tokoh
pemimpin yang utama dalam semua aktiviti harian bermula dari aspek agama, sosial dan
2

Izala-e-Auham, Roohani Khazain ,jilid 3, 1997 ,hlm 114.

3.

..
kemasyarakatan, ketenteraan hinggalah kepada perubatan dan sebagainya. Mereka inilah
yang banyak memainkan peranan penting dalam menggerakkan penentangan terhadap
penjajahan barat, kerana merekalah yang terlebih dahulu mengenali erti hidup beragama
serta beramal dengannya, lebih dahulu

Sumbangan Sayyid Abul Ala Maududi abad ke -20


Para ulama dalam membincangkan teori politik Islam Sayyid Abul Ala Maududi
selalunya diletakkan di bawah tajuk al- siyasah wa al- immah, al-ahkam al- sultaniyyah, alsiyasah al-shariyyah. Nizam al-hukm fi al- Islam atau nizam al-siyasah fi al- Islam.Dalam
tulisan ualma tradisional tidak didapati takrif negara Islam diberikan. Apa yang mereka
berikan ialah cirri-cirinya seperti perbincangan mereka tentang ketua negara, syaratsyaratnya, cara pemilihannya, tugasnya dan perkara-perkara lain yang ada kaitan dengan
pentadbiran negara. Tetapi di masa kebelakangan ini terdapat cendekiawan Islam yang cuba
memberi definisi tentang negara Islam. Maududi ada mentakrifkan negara Islam ialah
negara yang kuasa mutlaknya pada Allah S.W.T. yang menentukan syariatnya dan syariat
itu dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia sebuah negara yang bercorak theo democracy
yang tergabung di dalamnya autoriti mutlak pada Allah dan penyerahan autoriti yang
terbatas kepada manusia dalam perlaksanaan urusan negara yang diakui oleh
syara.Ayatullah Khomeini pula mentakrifkan bahawa negara Islam tidak ada sebarang
persamaan dengan mana-mana sistem kerajaan yang ada. Negara Islam bukanlah autokratik
dan tidak menjadikan ketuanya berkuasa penuh sehingga membolehkannya membuat
sesuka hati terhadap nyawa dan harta benda orang. Sesebuah negara Islam bebas daripada
dispotisme. Ia adalah negara berperlembagaan tetapi bukan dalam erti kata moden iaitu
4.

..
perlembagaan yang ditafsirkan oleh Parlimen atau badan-badan perwakilan awam. Negara
Islam ialah negara berperlembagaan dalam ertikata bahawa sesiapa bertanggungjawab
mengendalikannya terikat kepada undang-undang dan sysrat-syarat yang ditetapkan oleh
al-Quran dan al-sunnah . Sayyid Abul Ala Maududi juga dalam membincangkan konsep
negara Islam dan bukan Islam membawa beberapa pandangan ulama yang terkenal
antaranya pandangan Abu Hanifah yang berpendapat bahawa negara bukan Islam ialah ada
tiga sysrat iaitu:
a.Hukum bukan Islam dilaksanakan di negeri tersebut seperti amalan riba, arak, judi
dan babi.
b.Negeri itu tidak ada perhubungan langsung dengan orang Islam. Malah disegi
geografinya terhalang daripada negara Islam. Kalau kawasan bukan Islam itu ada hubungan
dan dikelilingi oleh kawasan Islam ia bukannya Dar-al-harb.
c.Tidak ada di sana seorang Islam pun atau dhimmi yang boleh hidup dalam
keamanan sebagaimana keamanan. Muslim awal dengan pengikut-pengikutnya.
Berdasarkan ini bagi Sayyid Abul Ala Maududi berpendapat negara Islam ialah
negara yang melaksanakan hukum Islam atau orang Islam atau dhimmi berada dibawah
pemerintahan Islam atau pemerintah Islam. Abu Yusuf, Muhammad dan setengah fuqaha
lain berpendapat bahawa penentuan negara sama ada negara Islam atau tidak ialah terletak
kepada perlaksanaan hukum Islam, jika hukum Islam dilaksanakan maka ia negara Islam
dan jika tidak ia bukan negara Islam. Alasan mereka ialah hakikat pembentukan negara
ialah daripada asas Islam dan kufur; dinamakan negara Islam jika hukum dan sistem Islam
5.

..
berkuatkuasa dan dinamakan negara bukan Islam jika hukum dan sistem bukan Islam
dilaksanakan.Berdasarkan huraian di atas Sayyid Abul Ala Maududi membuat kesimpulan
bahawa pentafsiran fuqaha tentang negara Islam dan bukan Islam terdapat dua pandangan
iaitu:
a.Pandangan pertama negara Islam diasaskan kepada perjalanan dan perlaksanaan
hukum Islam dan sistemnya, kalau tidak ianya bukan negara Islam.
b.Pandangan kedua ialah diasaskan kepada keadaan keamanan Muslim dan
kawasannya. Kalau orang Muslim mendapat keamanan sebagaimana keamanan negara
Islam awal maka ia adalah negara Islam.3
Berdasarkan pendapat kedua dalam menentukan negara Islam adalah berasaskan
unsur majoriti bilangan Muslim, jika unsur ini ada maka negara itu ialah negara Islam,
sekalipun undang-undang dan sistem Islam tidak terlaksana. Sayyid Abul Ala Maududi
lebih cenderung kepada pendapat Abu Hanifah dan ulama yang sependapat dengannya.
Beliau menganggap semua negara yang penduduk Muslim lebih banyak adalah negara
Islam sekalipun undang-undang Islam tidak dilaksanakan, tetapi beliau mengharapkan
bahawa hukum Quran dan Sunnah supaya lahir di seluruh negara Islam supaya negara
Islam itu sempurna mengikut pendapat ijmak bukan mengikut pendapat seorang faqih
sahaja sekalipun ia seorang yang hebat. Berdasarkan pandangan Sayyid Abul Ala Maududi
mengakui bahawa negara Islam merangkumi kawasan daripada maghribi sebelah barat
3

Kamalate Islam, Roohani Khazain jilid.5,1999 hlm 89

6.

..
sehingga Turkistan dan Pakistan di timur.merasai bahang campurtangan asing pengalaman
sejarah politik Islam tidak terdapat penentuan cara yang tetap dalam pemilihan pemimpin
negara. Ada secara pemilihan terbuka dan ada secara warisan, tetapi semua bentuk
pemimpin yang ditentukan itu diterima sah oleh ulama yang membincangkan teori politik
Islam.
c.Ulama juga tidak sepakat pendapat tentang syarat-syarat yang ditetapkan bagi
ketua negara, kecuali beberapa syarat sahaja seperti keupayaan jasmani, kelayakan undangundang, adil, kelayakan ilmu siasah, peperangan dan pentadbiran.
d.Kerakyatan negara Islam sama ada Muslim atau bukan Muslim adalah sama
disegi hak dan kewajipan kecuali perkara-perkara khusus yang dikecualikan. Mereka dikira
sebahagian daripada umat Islam (ummatun min al-Muslimin).
c.Unsur-unsur pengaruh yang diterima oleh kebudayaan tempatan bukan sahaja
telah mendokong sistem kota dan nilai yang ada malah memberikan implikasinya terhadap
kehidupan

masyarakat

kesan

pengaruh

khususnya

dalam

bidang

politik

dan

kemasyarakatan tempatan, kepercayaan dan falsafah, adat istiadat dan lain-lain .


Menurut Sayyid Abul Ala Maududi kebudayaan yang berkembang di nusantara ini
hanya tertumpu di kalangan kaum bangsawan atau masyarakat atasan. Oleh itu,
pembentukan negara Islam cuba memahami ayat-ayat yang ada akitan dengan persoalan ini
seperti kekuasaan Allah, undang-undang, nubuwwah, ketaatan, khalifah, umat dan
sebagainya dijadikan asas teori kepada pembentukan negara Islam. Kebanyakan ulama
dalam membincangkan teori pembentukan negara Islam ini sumbernya diambil daripada
7.

..
Hadith dan sirah Rasulullah s.a.w. serta sirah para khulafa Rashidun.Keperluan kepada
Ketua Negara Islam adalah suatu yang tidak dapat dinafikan dan Mawardi ada menjelaskan
tentang ini katanya, Ketua Negara (Imamah) digelar sebagai Kahlifah Rasulullah dalam
urusan agama dan urusan dunia, pemilihan orang yang akan menjalankan tugas ini adalaah
wajib mengikut ijmak kecuali pendapat Asam Ibn Hazm berkata bahawa sepakat di
kalangan semua ulama ahl- Sunnah, Murjiah, Syiah dan Khawarij tentang wajib diadakan
pemimpin negara. Berdasarkan kepada nas-nas dan huraian-huraian yang diberikan oleh
Sayyid Abul Ala Maududi menunjukkan bahawa keperluan kepada ketua negara dan
pemilihannya adalah merupakan satu tuntutan hukum yang mesti dilaksanakan oleh umat
iaitu:a.Seseorang Islam; kerana tugas utama ketua negara ialah untuk melaksanakan
syariat. Tugas ini hanya dapat dilakukan oleh ketua negara Muslim.
b.Merdeka; iaitu dia bukannya hamba, kerana hamba tidak mempunyai kelayakan
undang-undang.
c.Seorang lelaki; Ijmak ulama berpendapat bahawa jawatan khalifah hanya sah
dipegang oleh lelaki, kerana jawatan ini disegi beban tugasnya tidak sesuai dengan keadaan
kaum wanita.
d.Cukup umur; iaitu dia seorang Mukallaf yang terikat dengan kewajipan hukum
syara (taklif), bukannya kanak-kanak yang tidak terikat dengan kewajipan hukum syara.

8.

..
e.Kelayakan ilmiah; iaitu kelayakan dalam bidang ilmu yang sampai ke
tahapmampu berijtihad. Mengikut kenyataan Ibn Khaldun bahawa khalifah ialah orang
yang melaksanakan hukum Allah.
Lima syarat yang disebutkan di atas adalah syarat yang disepakati oleh jumhur
ulama, tetapi memandangkan kepada perkembangan yang berlaku dalam sejarah politik
umat Islam dirasakan oleh sebahagian ulama ada syarat-syarat yang tidak boleh diterima
sepenuhnya kerana keadaan dan suasana masyrakaat Islam telah berubah. Oleh itu orang
yang disyaratkan untuk memimpin dan mentadbir urusan umat ialah orang yang
mempunyai kekuatan dan keupayaan menguasai orang lain pada zamannya dan mereka itu
tunduk kepadanya dan bersatu dengan pengawalan dan penjagaannya. 4 Pemilihan ketua
negara tidak terhenti setakat pemilihan anggota Ahl al-Hal wa al-Aqd, tetapi ia
memerlukan proses persetujuan rakyat umum terhadap calon yang telah dipilih oleh
anggota Ahl al-Hal wa al-Aqd. Persetujuan majoriti umat ini dilakukan secara terbuka
sebagaimana yang berlaku pada pemilihan ini seorang calon ketua negara disahkan menjadi
ketua negara Islam. Syariat agama Islam sebagai satu amalan yang dimestikan, walaupun
terang-terang amalan itu menyalahi ajaran Islam, samada dari segi Fiqh, Akidah, dan
Akhlak Islam datang ke Asia Tenggara samada melalui Negeri China, Yaman, Parsi atau
India dan bertapak kukuh sehingga lebih kurang 200 tahun sahaja. Selepas itu masuklah
pula pengaruh agama Kristian melalui penjajahan kuasa-kuasa Barat. Manakala di dalam
masyarakat Islam sendiri pula telah di pengaruhi oleh pengaruh-pengaruh Rafidiah,
Kharijiah, Qadariah, Jabariah dan sebagainya sehingga menimbulkan berbagai-bagai
4

Buku Pemikiran Umat Islam Di Nusantara Abad ke-19, DBP, Kuala Lumpur,1990, hlm 52).

9.

..
kefahaman dan aliran dalam mempraktikan ajaran Islam. Pemilihan ketua negara Islam
mengikut proses pilihanraya tidak selamanya berlaku, tetapi terdapat Khalifah
menyerahkan kuasanya kepada penggantinya sebelum dia meninggal. Sebilangan besar di
kalangan fuqaha menerimanya sebagai sah. Mawardi ada menjelaskan tentang ini katanya,
Adapun menyerah kuasa Imamah kepada orang tertentu yang dipilihnya, mengikut ijmak
adalah sah kerana ada dua alasan; pertama Abu Bakr menyerahkan kuasa kepada Umar dan
umat Islam menerima penyerahan itu sebagai sah. Kedua, Umar menyerahkan kuasa
kepada anggota ahli syura, mereka menerimanya dan mereka adalah orang yang penting
ketika itu dengan berkeyakinan bahawa penyerahan itu adalah sah, sedangkan sebahagian
sahabat yang lain tidak termasuk anggota ahli syura. Justeru itu penyerahan kuasa demikian
dikira sebagai ijmak.Penyerahan kuasa ada juga berlaku dalam pemerintahan Islam dalam
bentuk warisan apabila negara Islam menerima sistem beraja dalam pemerintahannya.
Pemindahan kuasa secara warisan ini juga diterima oleh ulama sebagai sah. Demikan juga
jika kuasa pemerintahan itu dipegang oleh orang yang kuat dan mengisytiharkan dirinya
sebagai ketua negara, mengikut Abu Yaala al-Fara adalah sah dan meletakkan keadaan ini
sebagai satu suasana dharurah yang mengharuskan membuat perkara yang dilarang.5
Sayyid Abul Ala Maududi juga ada memberi pandangan tentang ini. Beliau
berpendapat bahawa apabila syarat-syarat yang diperlukan untuk kelayakan seorang
menjadi ketua tidak dapat dipenuhi dan kuasa itu dipegang oleh seorang yang mempunyai
kekuatan (shaukah) dan fasik, sesiapa yang melantiknya maka pemerintahannya sah
sebagaimana sahnya pemerintahan orang yang zalim (bughat). Kerakyatan negara Islam
5

H.M.Sidin, Asal Usul Adat Resam Melayu, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1964, hlm 34

10.

..
diasaskan di atas dua asas; pertama kepercayaan agama dan kedua ialah ikatan perjanjian
kemasyarakatan di mana seseorang itu berada. Kerakyatan bagi Muslim ialah kerana
kepercayaan agama dan bagi bukan Muslim kerakyatannya melalui ikatan perjanjian
kemasyarakatan yang dipanggil Aqd al-Dhimmah. Dengan perjanjian ini mereka menjadi
rakyat

negara

Islam

seperti

Muslim

yang

mendapat

hak

dan

menanggung

tanggungjawab.Bagi golongan bukan Islam yang datang ke negara Islam untuk mendapat
perlindungan maka mereka diletakkan di bawah perjanjian khas yang dipanggil Adq alMustamin. Dengan perjanjian ini mereka diberi perlindungan dan mereka hidup mengikut
ajaran agamanya.Golongan bukan Islam yang mendapat taraf kerakyatan diberi kebebasan
bersuara dan memberi pendapat, bebas beragama, boleh melakukan ibadat di rumah mereka
dan menghayati syiar agamanya. Mereka boleh mengikut ajaran agamanya dalam bidang
muamalat dan acara selama mereka tidak membawa masalah pertikaiannya kepada pihak
Islam. Pemerintahan Islam berkewajipan melindungi mereka di segi nyawa dan harta
daripada pencerobohan. Kalau mereka diceroboh, hukuman qisas dikenakan ke atas
penjenayah, dibayar ganti rugi kepadanya jika berlaku pembunuhan. Jika jenayah
melibatkan harta dibayar ganti rugi atau dipulangkan jika masih ada. Pemerintahan Islam
juga berkewajipan melindungi mereka daripada serangan luar. Mereka berhak mendapat
tempat tinggal, hak bermaustatin, hak berpindah dalam negara Islam selain daripada
Mekkah dan Semenanjung Tanah Arab secara amnyaMereka ditegah daripada
mendedahkan perbuatan mungkar dalam semua bentuknya, atau membina rumah ibadat
lain daripada tempat yang dipersetujuinya. Pengamatan oleh Abu Alam Al-Maududi yang
jelas dapat membuktikan fenomena di atas boleh disaksikan dengan insiden-insiden dan
trend berikut:
11.

..
a.
Orang yang dengan terang-terang mengagungkan kebebasan berfikir dan
beramal. Setiap perkara dalam hidup mereka hanya berpegang kepada pendapat mereka
sendiri dan hanya yakin pada apa yang diputuskan oleh fikiran mereka. Cara bekerja bagi
mereka ialah apa yang pada pandangan mereka betul. Mereka tidak mempunyai hubungan
langsung dengan mana-mana agama dan tidak mengikutinya.
b.

Terdiri dari orang-orang yang zahirnya berpegang pada suatu agama yang

tertentu, tetapi pada hakikatnya mereka mematuhi pendapat dan fikiran mereka sendiri.
Mereka tidak pernah merujuk kepada agama untuk mengambil pegangan-pegangan atau
peraturan hidup. Kadang-kadang mereka mengambil setengah pegangan mengikut
kehendak hawa nafsu, kecenderungan dan keperluan diri dan hidup mereka. Mereka
bekerja dengan cara sendiri kemudian cuba menyesuaikan agama mengikut rekaan
mereka.Maka mereka pada hakikatnya bukan penganut agama, tetapi agama yang menjadi
penganut hawa nafsu mereka.
c. Terdiri dari golongan yang tidak mempergunakan akal mereka, malah
memberhentikannya langsung. Lalu mereka pun merangkaklah di belakang manusia
dengan mengikut mereka secara membabi-buta; sama ada manusia-manusia itu datuk
nenek mereka atau orang-orang yang semasa dengan mereka.Golongan yang pertama,
mereka ini tenggelam dalam kebebasan sehingga merekatidak mengetahui sempadan yang
sebenarnya.

Kesimpulan

12.

..
Islam datang ke Asia Tenggara samada melalui Negeri China, Yaman, Parsi atau
India dan bertapak kukuh sehingga lebih kurang 200 tahun sahajaManakala di dalam
masyarakat Islam sendiri pula telah di pengaruhi oleh pengaruh-pengaruh Rafidiah,
Kharijiah, Qadariah, Jabariah dan sebagainya sehingga menimbulkan berbagai-bagai
kefahaman dan aliran dalam mempraktikan ajaran Islam. Akibat dari ajaran dan pegangan
mereka itu lahir dan wujudlah berbagai-bagai bentuk kebudayaan dan adat resam
mengikut jenis agama dan kepercayaan yang mereka anuti. Kedatangan Islam ke
Nusantara selepas itu telah berjaya membasmi kepercayaan karut dalam masyarakat
Melayu pada ketika itu. Namun tidak

semua masyarakat Melayu yang

mahu

meninggalkan kepercayaan mereka secara keseluruhan dan sehingga ke hari ini, kita
masih dapat melihat betapa amalan Khurafat itu masih tegak dan tetap hidup dalam adat
resam dan kebudayaan Melayu terutamanya dalam majlis perkahwinan, kematian,
perbomohan dan perbidanan, latihan pertahanan diri dan sebagainya.Apa yang dapat
disimpulkan ialah segala unsur lama itu masih lagi dikekalkan dan tidak semua dihapuskan.
ini disebabkan walaupun dengan hadirnya pengaruh asing, unsur lama masih lagi boleh
diterap atau digunakan dalam pengaruh itu dengan mencampuadukkan kebudayaankebudayaan itu. Mamenglah tidak mudah untuk masyarakat untuk menerima pengaruh luar
tetapi kebudayaan -kebudayaan yang dibawa oleh pengaruh luar itu ada sedikit sebanyak
persamaan dengan unsur asli dan dari sini perkembangan masyarakat, budaya asli boleh
berkembang. Ditambah lagi dengan kedatangan pengaruh Islam telah mencelikkan
masyarakat dan memperbaiki lagi kebudayaan dengan lebih mendekati Tuhan.

Rujukan
13.

..
1.

Farish A. Noor ,Terrorising the Truth: The Shaping of Contemporary Images of

Islam and Muslims in Media, Politics and Culture Kuala Lumpur / JUST / 1995.

2.

Farish A. Noor ,The Other Malaysia: Writings on Malaysias Subaltern History

(Malaysia

yang

lain:

Menulis

sejarah

subaltern

Malaysia)

Kuala

Lumpur

Silverfishbooks / 2002 .

3.

Georg Stauth Politics and Cultures of Islamization in Southeast Asia: Indonesia

and Malaysia in the Nineteen-nineties, Bielefeld / Transcript Verlag / 2002 .

4.

Mona Abaza ,Debates on Islam and Knowledge in Malaysia and Egypt: Shifting

Worlds London / Routledge Curzon / 2002.

5.

Syed Hussein Alatas ,Ke Mana dengan Islam Kuala Lumpur / Utusan Publications

& Distributors / 2002.

6.

Fadhlullah Jamil.Islam Zaman Moden: Cabaran dan Konflik.Bab1, Edisi

Kedua.Thinkers Library Sdn.Bhd.,Batu Caves, K.L.,2005

14.

Anda mungkin juga menyukai