Anda di halaman 1dari 2

SOALAN :

Anda sudah lama tidak pulang menjenguk keluarga di kampung lanataran kesibukan
bekerja. Tuliskan sepucuk surat kepada ayah anda untuk bertanya khabar.

Pendahuluan :

semoga keluarga di kampung sihat seejahtera

Isi-isi :

menanyakan khabar dan menyatakan khabar


kata bonda, kaki ayahanda terseliuh
harap kaki ayah sembuh

Penutup :

sampaikan salam kepada bonda

No. 15, Jalan 8/1,


Taman Gembira,
56700, Kuala Lumpur.

20 Ogos 2012

Ke hadapan ayahanda di kampung dengan selamatnya.


Ayahanda,

Apa khabar ayahanda sekarang?

Sudah lama anakanda tidak pulang ke

kampung. Bukannya anakanda tidak mahu pulang tetapi anakanda sibuk dengan kerja
di Kuala Lumpur ini.
Menurut kata bonda di telefon semalam, khabarnya kaki ayahanda terseliuh
semasa bekerja di sawah. Bagaimana dengan kaki ayahanda? Sudahkah ayahanda
berjumpa dengan doktor? Usia ayahanda telah lanjut, janganlah ayahanda bersusah
payah lagi membanting tulang di sawah.
Ayahanda perlu menjaga kesihatan diri ayahanda. Anakanda akan pulang pada
minggu depan untuk menziarahi ayahanda. Harapan anakanda agar kaki ayahanda
akan sembuh secepat mungkin.
Adakah sekarang ini musim buah durian di kampung? Anakanda amat rindu
akan tempoyak yang dibuat oleh bonda. Anakanda berharap dapatlah menikmatinya
pada minggu depan.
Setakat ini sahaja coretan anakanda.

Semoga ayahanda sihat sejahtera.

Sampaikan salam anakanda kepada bonda.


Sekian, salam rindu.
Anakanda,
Zamri

Anda mungkin juga menyukai