Anda di halaman 1dari 3

NAMA : _________________________________________ KELAS :

__________
PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI
Kita perlu menjaga kebersihan seluruh anggota badan. Menjaga kebersihan diri dapat membantu kita
mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Kotoran pada badan dapat ditinggalkan dengan menggosok menggunakan span Ketika mandi. Selepas
mandi, keringkan badan dengan tuala. Seterusnya, kita perlu memakai pakaian yang bersih dan kering agar
tidak dijangkiti kuman.
Selain itu, kotoran pada tangan perlu dicuci dengan menggunakan sabun sebelum makan. Hal ini amat
penting agar kita tidak keracunan makanan. Kita juga perlu menggosok gigi selepas makan dan juga sebelum
tidur untuk mengelakkan bakteria daripada merosakkan gigi kita.

1. Apakah kepentingan menjaga kebersihan seluruh anggota badan?

2. Bagaimanakah kita dapat mengelakkan daripada keracunan makanan?

3. Mengapakah kita perlu menggosok gigi selepas makan dan sebelum tidur ?

Soalan secara lisan dalam Langkah 2:


Apakah peralatan yang sesuai untuk menggosok gigi?
A. berus gigi.
B. ketip kuku.
C. sabun baju
2. Mengapakah kita mesti menjaga kebersihan diri?
A. Menjamin kesihatan.
B. Menguruskan badan.
C. Menambah tenaga.
3. Mengapakah kita perlu memakai pakaian yang bersih dan kering ?
A. Supaya tidak dijangkiti kuman.
B. supaya tidak boleh didekati kawan.
C. Supaya boleh bermain dengan rakan
5. Bagaimanakah cara membersihkan baju?
A. menggunakan sabun dan air
B. menggunakan cecair peluntur
C. menggunakan air sahaja

Murid-murid menyatakan pernyataan yang dibacakan oleh guru betul atau salah secara lisan.

1. Guna berus dan ubat gigi yang sesuai betul /salah

2. Gosok gigi sekurangnya dua kali sehari betul /salah

3. Ambil makanan atau minuman yang berkalsium betul /salah

4. Jumpa doktor gigi sekiranya sakit sahaja betul /salah

5. Banyakkan makanan atau minuman manis betul /salah

6. Makanlah sayur yang pelbagai jenis betul /salah


NAMA ; ……………………………………………….. KELAS : …………………
Minumlah Air untuk Cergas dan Cerdas
Air ialah komponen utama di dalam badan manusia. Kita digalakkan untuk minum air kosong supaya
dapat menjamin kesihatan tubuh badan kita. Jumlah air yang diminum bergantung pada keadaan
cuaca dan tahap fizikal seseorang. Kanak-kanak dan remaja yang berusia antara empat hingga 18
tahun digalakkan untuk minum enam hingga lapan gelas air sehari.
Kita perlu minum air dengan kerapnya walaupun tidak berasa dahaga. Kanak-kanak yang
kekurangan air akan lesu dan mengantuk.Keadaan ini akan mengganggu tumpuan mereka di dalam
kelas. Oleh itu, minumlah air secukupnya supaya badan cergas dan otak cerdas.
1. Mengapakah kita digalakkan untuk minum air kosong?

……………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………
2. Berapakah gelas yang perlu diminum oleh seorang kanak-kanak?

……………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………….
3. Bagaimanakah keadaan kanak-kanak yang kekurangan air?

……………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………..
4. Bagaimanakah cara meningkatkan tumpuan murid ketika berada di dalam kelas?

……………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………..

Anda mungkin juga menyukai