Anda di halaman 1dari 3

Tajuk : Cincin Ajaib

Tema : Cerita Teladan

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut.

Mawar dan Melati merupakan adik-beradik tiri. Mawar dibesarkan oleh ibu
tirinya, iaitu Kasturi sejak berusia dua tahun. Pak Mahmud, ialah ayah Mawar dan
Melati seorang saudagar batu permata.

Sebagai saudagar yang terkenal, Pak

Mahmud selalu sahaja tidak ada di rumah. Melati dan Mawar memiliki rupa paras
yang cantik. Melati, anak kandung Kasturi terlalu sombong. Mereka hanya akan
melayan Mawar dengan baik di hadapan Pak Mahmud.
Mawar seorang yang penyabar.

Dia tidak pernah mengadu kepada Pak

Mahmud walaupun sering dipukul dan dikurung oleh ibu tirinya. Pada suatu hari, Pak
Mahmud pulang daripada berdagang. Dia membawa pulang sebentuk cincin delima
dan sebentuk cincin bermata batu. Melati berebut-rebut untuk memdapatkan cincin
permata delima. Mawar yang banyak mengalah, mendapat cincin permata batu.
Pada suatu hari, Mawar dan Melati keluar bersiar-siar. Dengan bangganya
Melati mempamerkan cincin yang dipakainya.

Dia juga menyindir Mawar kerana

memakai cincin yang murah. Tiba-tiba, Mawar ternampak ada cahaya berkilau-kilau
pada permata cincinnya. Semakin lama semakin bersinar-sinar cahaya itu. Permata
batu itu bertambah cantik.

Melati terkejut melihat kejadian itu lalu memaksa

Mawar menanggalkan cincin itu.

Sepantas kilat Melati cuba menanggalkan cincin pada jari Mawar.

Melati

mencubanya dengan sekuat tenaga. Akibatnya tangan Melati menjadi kaku. Melati
meraung dengan sekuat hatinya apabila melihat tangannya itu.

Mawar hanya

terpaku melihat keadaan Melati.


Mawar kasihan melihat keadaan Melati. Mawar menyentuh kedua-dua belah
tangan Melati.

Tangan Melati boleh bergerak semula.

Dia menjerit kegirangan.

Sejak kejadian itu, Melati telah insaf dan tidak berbuat jahat kepada Mawar lagi.

1. Apakah keistimewaan yang ada pada Melati dan Mawar?


A. Mereka berdua ialah adik-beradik
B. Mereka mempunyai ibu yang cantik
C. Mereka mempunyai paras rupa yang cantik
D. Masing-masing mempunyai sebentuk cincin
2. Mengapakah Pak Mahmud selalu sahaja tiada di rumah?
A. Kerana Pak Mahmud seorang saudagar
B. Kerana Pak Mahmud keluar menuntut ilmu
C. Kerana Pak Mahmud bersiar-siar dengan isterinya
D. Kerana Pak Mahmud berjumpa dengan pelangan
3. Mawar tidak pernah memberitahu Pak Mahmud tentang layanan ibu tirinya
kerana
A. Mawar seorang yang prihatin.
B. Mawar seorang yang penyabar.
C. Mawar seorang yang selamba.
D. Mawar seorang yang suka bercakap benar.
4. Melati telah menyindir Mawar kerana
A. Mawar ialah adik tirinya.
B. Mawar menanggalkan cincinnya.
C. Mawar memakai cincin yang murah.
D. Mawar sering dimarahi oleh ibunya.
5. Mengapakah Melati menjerit kegirangan?
A. Kerana Mawar menyelamatkannya
B. Kerana melihat tangannya menjadi kaku

C. Kerana tangannya boleh bergerak semula


D. Kerana Mawar enggan menanggalkan cincinnya

Anda mungkin juga menyukai