Anda di halaman 1dari 4

Mengenal Allah yang Yesus Kenal dan Perkenalkan

Matius 4:1-11
Dalam jawaban Yesus kepada Iblis ketika diuji di padang gurun, kita
diperkenalkan kepada tiga aspek tentang Allah yang Yesus percaya dan (secara
tidak langsung) perkenalkan kepada kita:
1. Allah yang berfirman (ayat 4): Dia berkomunikasi kepada manusia untuk
memberi hidup
2. Allah yang tidak diuji (ayat 7): Dia menuntut ketaatan yang total
3. Allah yang disembah (ayat 10): Penyembahan kita bukti kesetiaan kita
kepada satu Tuhan sahaja

A. Allah yang Berfirman


A.1 Allah berfirman
Pada muka surat pertama Alkitab, kita dengan awal sekali diperkenalkan kepada
Allah yang berfirman (perhatikan Kejadian 1:3) Allah boleh bersuara,
menggunakan perkataan dan membentuk ayat untuk menyatakan niat-Nya.
Dalam Alkitab kebolehan Allah berfirman selalu dibandingkan dengan
ketidakbolehan tuhan-tuhan buatan tangan manusia (patung berhala) untuk
bersuara patung-patung bisu (Habakuk 2:18; 1 Korintus 12:2).
A.2 Allah berfirman kepada manusia
Allah bukan hanya boleh bercakap (berfirman) tetapi Dia telah (dan tetap)
berfirman kepada manusia:
Pada permulaan Alkitab kita melihat Allah berfirman kepada Adam dan Hawa
(Kejadian 1:28), muka dengan muka. Bersemuka, satu-dengan-satu
merupakan satu cara Allah berkomunikasi dengan manusia, lebih-lebih lagi
pada awal rekod Alkitab.
Ini semua berubah apabila umat Israel menolak pelawaan Allah untuk
berjumpa dan bercakap dengan mereka; umat Israel meminta Musa mewakili
Allah (menjadi jurucakap Allah)- lihat Keluaran 19:17 + 20:18-21. Dari titik ini
banyak kali Allah berfirman kepada manusia melalui perantaraan manusia
yang mendengar daripada Allah dan menyampaikan Firman-Nya dipanggil
nabi; binatang dan malaikat juga dipakai Allah sebagai pengantara.
Akhirnya Alah sendiri memilih bersama manusia dan menyatakan diri-Nya
melalui Yesus (Ibrani 1:1-2). Yesus ialah Firman Allah yang hidup (Yohanes
1:1).
A.3 Allah berfirman melalui Roh Kudus
Sesudah pengangkatan Yesus ke syurga, Roh Kudus telah diberi kepada semua
orang percaya dan hari ini Roh Allah terus berkomunikasi dengan mereka yang
percaya melalui pelbagai cara. Dua daripada caranya adalah melalui penglihatan
dan nubuatan. Walaupun begitu, ada banyak penglihatan dan nubuatan yang
diragui dan ada kalanya bukan dari Tuhan atau bukan untuk pengetahuan orang
ramai. Dengan perkembangan pesat laman sosial, salah guna dan salah tafsir
kaedah-kaedah komunikasi Roh Kudus ini sudah mula berleluasa. Berikut adalah

tiga soalan yang perlu anda tanya apabila didedahkan kepada apa yang
kononnya penglihatan atau nubuatan daripada Allah:
1. Kredibiliti pembicara: Siapakah dia yang mengongsikan nubuatan ini?
Apakah dirinya dan mesejnya disahkan dan mendapat sokongan para
pemimpin gerejanya, khususnya pastor dia? Kenapa anda perlu mengambil
peduli (memberi perhatian) kepada apa yang dikatakan pembicara ini?
2. Pengesahan sumber: jika pembicaranya boleh dipercayai dan diterima,
soalan seterusnya ialah, Adakah penglihatan dia ini daripada Tuhan?.
Bagaimana untuk menentukan kata-kata pembicara ini dari mulut Tuhan?
Sebagai permulaan guna dua ujian berikut:
a. Adakah ia 100% selaras/sesuai dengan apa yang ternyata
dalam Alkitab? Jika ada percanggahan, mesejnya patut diragui
b. Apabila dia mengongsikan mesejnya, ia menjadi nubuatan. Ujian
nubuatan ialah dalam 1 Korintus 14: 3 apakah perkongsiannya
membangun, menasihati dan menghibur? Jika tidak, ia mungkin
bukan daripada Tuhan (apa lagi jika yang terhasil ialah kebingungan,
takut dan kerisauan).
3. Pengesahan audiens - Jika pembicara dan sumber maklumat disahkan
benar, soalan ketiga ialah, Apakah mesej ini untuk saya? Dalam
Perjanjian Lama, setiap nabi mempunyai audiens tersendiri (contoh Yunus
untuk penduduk Nineve) dan mesej mereka hanya laku dan sesuai untuk
audiens itu sahaja. Sama juga hari ini penglihatan dan nubuatan yang dari
Allah adalah untuk audiens tertentu sahaja. Adakah penglihatan/nubuatan itu
Firman Allah secara spesifik untuk anda?
Jika ketiga-tiga soalan ini mendapat pengesahan dan anda yakin anda telah
menerima penyataan daripada Allah, bertindaklah sesuai dengan apa yang Allah
telah berfirman.
A.4 Allah berfirman kepada manusia untuk memberi hidup
Mengapa Allah berfirman kepada manusia? Untuk memberi hidup kepada
manusia.
Penyataan Yesus ini sebenarnya dicedok dari Ulangan 8:1-3. Dalam konteks
asalnya, orang Israel diingatkan supaya jangan hanya mengharap dan
bergantung pada roti yang dibekalkan Allah untuk hidup tetapi sebaliknya untuk
juga bergantung pada Firman Allah untuk hidup.
Idea ini Firman Allah memberi hidup disokong dalam Alkitab, contohnya di
Mazmur 119:50 dan 93.
Roti yang dimakan memberi hidup, Firman yang dimakan memberi
hidup yang berkelimpahan (Yeremia 15:16; Yohanes 10:10)
A.5 Pemakanan Firman Allah yang sihat
Firman Allah melalui nabi-nabi (Perjanjian Lama) dan Yesus (Perjanjian Baru)
mesti dinikmati, diminum dan dimakan setiap hari supaya kita akan mengalami
hidup yang berkelimpahan. Apakah sistem pemakanan Firman Allah yang sihat
yang boleh kita amalkan? Benarkan saya mencadangkan apa yang diamalkan
oleh Ezra:

Ezra telah menetapkan hatinya untuk meneliti hukum TUHAN dan untuk
melakukannya serta mengajarkan peraturan-peraturan dan ketetapanketetapan di Israel.
Untuk memastikan anda mengamalkan sistem pemakanan Alkitab yang sihat
dan efektif berusaha melakukan tiga hal ini:
1. Meneliti (merenung) Firman Allah perkataan merenung dalam bahasa
Yunani ialah perkataan yang menerangkan proses pemakanan lembu, yang
sepanjang hari mengunyah balik rumput yang telah ia awal hari makan
sehingga semua zat yang ada berjaya dikeluarkan. Sama juga dengan kita.
Setiap hari (baik kalau seawal sesudah bangun) kita harus membaca satu
petikan dari Alkitab (gunakan buku panduan atau pembacaan sistematik;
sebagai permulaan laman sesawang ini boleh membantu http://santapanrohani.org/) dan sepanjang hari mengeluarkan petikan itu dan
meneliti isi kandungannya, perkataan-perkataan yang dipakai, mengenal
pasti mesejnya dan membuat kajian lebihan jika topiknya menarik perhatian
anda.
2. Melakukan (mentaati) Firman Allah memahami dan mengetahui isi
kandungan Alkitab sahaja tidak berguna. Ingat: Firman Allah diberi untuk
mengatur hidup kita. Maksudnya Firman Allah harus ditaati dan diamalkan
secara serius dalam semua aspek hidup kita. Selalu bertanya sesudah
meneliti: Bagaimana boleh saya amalkan ajaran/perintah/prinsip ini dalam
hidup saya hari ini? Ingat peringatan Yakobus jadi pelaku Firman Allah
(Yakobus 1:22)
3. Mengajar (mengongsi) Firman Allah akhirnya anda telah diberi mandat
oleh Yesus untuk mengajar (mengongsikan) apa yang telah anda tahu dan
pakai, yang telah memberkati hidup anda, kepada ramai orang lain (Matius
28:20). Seruan rasul Paulus juga sama (2 Timotius 2:2) amanahkan kepada
orang lain apa yang anda sudah tahu dan dengar yang diamalkan dan
didapati berguna. Ini tidak semestinya hanya berlangsung dalam konteks
kelas atau seminar tetapi sering kali dalam konteks berkongsi pengetahuan
dan jawapan melalui perbincangan informal, posting di FB atau menjawab
pertanyaan. Yang penting anda dengan sengaja dan aktif, merebakkan Firman
Allah kepada orang lain!
Bermula hari ini!

Soalan Diskusi
1. Apa pendapat anda tentang kepercayaan Kristian bahawa Allah mahu dan
boleh berkomunikasi dengan manusia? Adakah anda fikir Allah mahu dan
boleh berkomunikasi dengan anda? Mengapa?
2. Mengapa mungkin orang Kristian tetap merujuk kepada apa yang Allah telah
sampaikan melalui nabi-nabi (Perjanjian Lama) dan Yesus (Perjanjian Baru)
sehingga hari ini walaupun mesej itu bukan mula-mula kepada mereka dan
diberi beribu tahun dahulu?
3. Kongsikan pengalaman anda dengan penglihatan dan/atau nubuatan
daripada Roh Kudus (yang anda alami sendiri atau yang dilihat dan didengar).
Apa yang boleh dipelajari daripada pengalaman ini?
4. Kongsikan pengalaman anda meneliti Firman Allah. Apakah bahan-bahan
bantuan yang anda pakai dan apakah langkah-langkah yang anda ambil
untuk merenung Firman Allah?

5. Kongsikan pengalaman anda mengajar (mengongsi) Firman Allah yang telah


anda belajar dan amalkan. Apakah yang anda akan lakukan sekarang untuk
memastikan anda menjadi pengajar (penyebar) Firman Allah yang telah anda
teliti dan lakukan?

Anda mungkin juga menyukai