Anda di halaman 1dari 6

Temui Kurnia Roh Anda

Oleh Gene Wilkes TINJAUAN KURNIA ROH ARAHAN Ini bukan satu ujian, oleh itu tidak ada jawapan yang dianggap salah. Tinjauan Kurnia Roh ini mengandungi 80 penyataan. Ada yang mencerminkan tindakan konkrit, atau penyataan tentang sifat-sifat, dan yang lain pula penyataan kepercayaan. Pilih satu respons yang anda anggap menggambarkan diri anda dengan baik. Tuliskan jawapan anda di ruangan kosong di sebelah setiap perkara. Jangan luangkan terlalu banyak masa menjawab setiap perkara.Ingat, ini bukan satu ujian. Biasanya respons yang serta merta adalah yang terbaik. Tolong beri satu jawapan untuk setiap perkara. Jangan langkah sebarang perkara. Jangan bertanya orang lain bagaimana mereka menjawab atau pendapat mereka tentang jawapan anda. Jawab mengikut kadar kelajuan anda. Ambil semua masa yang anda perlukan untuk menjawab.

Pilihan respons anda: 5Sangat tepat menggambarkan diri saya / jelas benar untuk saya 4Biasanya / benar untuk saya 3Sering kali / benar untuk sayakira-kira 50 % 2Kadang-kala / benar untuk sayakira-kira 25 % 1Tidak pernah sama sekali / pasti tidak benar untuk saya

______ 1. Saya mempunyai keupayaan mengatur idea-idea, sumber-sumber, masa, dan orang lain dengan berkesan. ______ 2. Saya bersedia untuk belajar dan buat penyediaan yang perlu untuk mengajar. ______ 3. Saya mampu mengaitkan kebenaran Tuhan dalam keadaan tertentu. ______ 4. Saya mempunyai keupayaan yang diberikan Tuhan untuk membantu orang lain bertumbuh dalam Iman. ______ 5. Saya memiliki satu bakat tersendiri untuk menyampaikan kebenaran tentang keselamatan. ______ 6. Saya mempunyai keupayaan membuat keputusan kritikal apabila perlu. ______ 7. Saya sensitif terhadap kesakitan orang lain. ______ 8. Saya mengalami kegembiraan dalam memenuhi keperluan orang lain melalui perkongsian hak milik sendiri. ______ 9. Saya suka belajar. ______ 10. Saya telah menyampaikan pesanan, Tuhan bersifat amaran dan penghakiman. ______ 11. Saya mampu merasakan motivasi sebenar orang lain dan gerakan-gerakan tertentu. ______ 12. Saya mempunyai satu bakat tersendiri untuk mempercayai Tuhan dalam keadaan sukar. ______ 13. Saya mempunyai keinginan yang kuat untuk menyumbang bagi penubuhan gerejagereja baru. ______ 14. Saya lebih suka bertindak untuk memenuhi keperluan praktikal dan fizikal daripada hanya berbicara atau merancang untuk membantu. ______ 15. Saya suka melayan tetamu di rumah saya. ______ 16. Saya dapat mengadaptasi bimbingan saya supaya sesuai dengan kematangan mereka yang bekerja dengan saya. ______ 17. Saya boleh mengagih dan menentukan tugas yang bermakna. ______ 18. Saya mempunyai kemampuan dan keinginan untuk mengajar. ______ 19. Saya berupaya menganalisa sesuatu situasi dengan betul. ______ 20. Saya mempunyai satu kecenderungan semulajadi untuk memberi galakkan kepada orang lain.

______ 21. Saya bersedia mengambil inisiatif dalam membantu orang-orang Kristian lain bertumbuh dalam iman mereka. ______ 22. Saya mempunyai satu kepekaan yang kuat terhadap emosi-emosi orang lain, seperti kesunyian, kesakitan, takut , dan kemarahan. ______ 23. Saya memberi dengan sukacita. ______ 24. Saya meluangkan banyak masa untuk mendalami fakta-fakta. ______ 25. Saya berasa bahawa disampaikan kepada orang lain. ______ 26. Saya boleh mengenal pasti sama ada seseorang itu benar/jujur. saya mempunyai satu mesej daripadaTuhan untuk

______ 27. Saya seorang yang bervisi (satu gambaran mental yang jelas dan diberi oleh Tuhan tentang masa hadapan). Saya mampu menyalurkan visi ini kepada orang lain sehingga mereka sanggup untuk bersama-sama merealisasikan visi tersebut. ______ 28. Saya sanggup berserah kepada kehendak Tuhan daripada mempersoalkan dan meraguinya. ______ 29. Saya mahu lebih aktif menyampaikan berita baik di tempat/negara lain. ______ 30. Saya gembira melakukan perkara-perkara yang baik untuk orang yang memerlukan. ______ 31. Saya berjaya membuat satu kumpulan yang melakukan kerja mereka

dengan gembira. ______ 32. Saya mampu membuat orang yang tidak dikenali rasa senang hati.

______ 33. Saya ______ 34.

mempunyai keupayaan untuk merancang pendekatan mengenal pasti mereka yang

pembelajaran. galakan.

Saya boleh

memerlukan

______ 35. Saya telah melatih orang-orang Kristian untuk menjadi pengikut Kristus yang lebih patuh. ______ 36. Saya bersedia melakukan apa saja untuk melihat orang lain datang kepada Kristus. ______ 37. Saya tertarik kepada orang yang menderita. ______ 38. Saya seorang pemurah. ______ 39. Saya mampu menemui kebenaran/fakta yang baru. ______ 40. Saya mempunyai pengertian rohani dari Alkitab berkenaan isu-isu dan orang yang memaksa saya untuk bersuara.

______ 41. Saya boleh rasakan apabila seseorang itu bertindak sesuai dengan kehendak Allah. ______ 42. Saya boleh percaya akan Tuhan walaupun banyak perkara tidak jelas.

______ 43. Saya dapat menentukan tempat Allah mahu sesuatu kumpulan harus pergi dan membantu mereka sampai ke tempat tersebut. ______ 44. Saya mempunyai keinginan kuat untuk mengkhabarkan Injil di tempat-tempat yang belum pernah mendengarnya. ______ 45. Saya suka menjangkau orang baru dalam gereja dan komuniti saya.

______ 46. Saya sensitif tentang keperluan orang lain. ______ 47. Saya dapat membuat rancangan-rancangan yang berkesan dan cekap untuk

mencapai matlamat sesuatu kumpulan. ______ 48. Saya sering kali dirujuk oleh rakan-rakan Kristian lain apabila mereka menghadapi kesukaran dalam membuat keputusan. ______ 49. Saya memikirkan cara saya boleh menghibur dan menggalakkan orang lain dalam gereja saya. ______ 50. Saya mampu memberi arahan rohaniah kepada orang lain. ______ 51. Saya mampu menyampaikan berita baik kepada orang yang belum percaya sehingga mereka menerima Tuhan dan keselamatan yang diberikan-Nya. ______ 52. Saya memiliki satu keupayaan luar biasa untuk memahami perasaan-perasaan orang lain yang dalam kesusahan. ______ 53. Saya mempunyai kesungguhan dalam pengurusan harta milik kerana fahaman bahawa semua benda adalah milik Tuhan. ______ 54. Saya telah menyampaikan mesej-mesej yang datang dari Tuhan kepada orang lain. ______ 55. Saya boleh rasakan apabila seseorang itu bertindak dibawah pimpinan Allah. ______ 56. Saya cuba hidup menurut kehendak Allah secara berterusan dan bersedia untuk dipakai-Nya. ______ 57. Saya rasa bahawa saya perlu membawa berita baik kepada orang yang mempunyai kepercayaan berbeza dengan saya. ______ 58. Saya mempunyai satu kesedaran yang kuat terhadap keperluan fizikal orang lain. ______ 59. Saya mahir dalam penyediakan langkah-langkah tindakan yang positif dan tepat.

______ 60. Saya suka bertemu dengan pelawat-pelawat di gereja dan membuat mereka rasa diterima. ______ 61. ______ 62. Saya menjelaskan firman Saya selalunya dapat Tuhan sehingga orang lain memahaminya. setiap orang masalah. lain yang

melihat penyelesaian rohani kepada membantu

______ 63. Saya menyambut baik

peluang-peluang untuk

memerlukan ketenangan, penghiburan, galakkan , dan nasihat. ______ 64. Saya rasa selesa mengongsikan Kristus dengan orang yang belum percaya. ______ 65. Saya boleh mempengaruhi orang lain supaya bertindak dalam potensi sebenar yang diberikan oleh Tuhan. ______ 66. Saya dapat mengenal pasti tanda-tanda tekanan dan kesukaran dalam diri orang lain. ______ 67. Saya ingin memberi dengan murah hati dan rendah hati untuk projek-

projek berguna dan pelayanan-pelayanan Kristian. ______ 68. Saya dapat menyusun fakta-fakta menjadi satu hubungkait yang bergunadan bermakna. ______ 69. Tuhan memberikan saya mesej-mesej untuk disampaikan kepada orang lain.

______ 70. Saya mampu merasakan sama ada orang itu jujur atau tidak ketika mereka memberitahu tentang pengalaman-pengalaman rohani mereka. ______ 71. Saya suka menyampaikan Injil kepada orang lain yang mempunyai budaya-

budaya dan latar belakang berbeza dengan saya. ______ 72. Saya suka melakukan perkara-perkara kecil yang dapat membantu orang lain. ______ 73. Saya boleh ______ 74. Saya dapat gereja saya. ______ 75. Tuhan telah menggunakan saya untuk menggalakkan orang lain untuk hidup sebagai orang Kristian. ______ 76. Saya telah rasakan keperluan untuk membantu orang lain menjadi lebih memberikan satu penyampaian yang Tuhan jelas dan tidak rumit. khusus

mengaplikasikan kebenaran firman

bagi keperluan

berkesan dalam pelayanan mereka.

______ 77. Saya suka bercerita tentang Yesus kepada mereka yang belum mengenali-Nya. ______ 78. Saya mempunyai keupayaan untuk membuatkan orang yang tidak dikenali berasa selesa di rumah saya. ______ 79. Saya mempunyai pelbagai sumber-sumber kajian dan tahu bagaimana untuk

mendapatkan maklumat. ______ 80. Saya rasa yakin bahawa satu situasi itu akan bagi kemuliaan Tuhan walaupun situasi itu nampak mustahil.

Anda mungkin juga menyukai