Anda di halaman 1dari 1

Berikanlah kami pada hari ini (setiap hari, Lukas 11:3) makanan kami yang secukupnya Matius 6:11

1 Bahan doa ini adalah item pertama yang merujuk kepada manusia dan keperluan mereka (permintaan-permintaan sebelumnya dalam doa yang diajar Yesus ini berpusat kepada Tuhan) dan bermula dengan menggalakkan manusia meminta dengan yakin dan tanpa segan daripada Bapa. Memohon daripada Bapa juga menunjukkan bahawa orang Kristian itu sedar keperluannya dan yakin Bapa di syurga mampu dan mahu membekalkannya. Permintaannya adalah untuk perbekalan makanan untuk setiap hari tetapi terhad kepada keperluan pada hari itu sahaja. Tuhan mahu kita mengenal pasti apa yang diperlukan oleh kita hari ini dan mendapatkannya hari ini apa bukan pembekal apa yang kita perlukan esok! Bapa adalah pembekal makanan harian kita. Bahan doa ini mula-mula mengiktiraf keperluan asas dan penting manusia adalah makanan dan menyeru manusia memohon keperluan penting ini daripada-Nya. Adalah menarik untuk diketahui bahawa frasa makanan kami hari ini adalah satu konsep semua orang Israel biasa dengar dan pakai kerana kisah perbekalan manna oleh Allah kepada umat Israel apabila mereka di padang pasir menuju ke tanah perjanjian (Keluaran 16, khususnya ayat 4-12). Tuhan membekalkan keperluan harian umat Israel dahulu kala dan Yesus menggalakkan kita meminta daripada Allah yang sama untuk membekalkan keperluan makanan kita hari ini. Frasa yang sama juga terdapat dalam Amsal 30:8-9 di mana penulis Amsal meminta Allah membekalkan cukup untuk hari itu sahaja supaya tidak kurang dan dia benci Allah, tidak banyak sehingga dia lupa Tuhan! Frasa ini sering kali diberi makna tambahan oleh orang Kristian yang berkata makanan juga boleh merujuk kepada semua keperluan asas dan penting manusia. Ini mungkin benar tetapi ini bukan ajaran asas bahan doa ini. Kita juga digalakkan meminta yang secukupnya daripada Tuhan. Kita tidak tamak dan salah minta jika minta jumlah penuh yang kita perlukan. Bapa mahu kita meminta makanan yang secukupnya yang kita perlukan supaya tidak lapar tetapi juga tidak terlalu kenyang! Secukupnya merujuk kepada jumlah dan jenis makanan yang diperlukan supaya kita terus sihat, kuat dan kehidupan kita terpelihara. Marilah kita belajar meminta daripada Bapa apa yang kita perlukan (bukan apa yang kita mahu) sehingga tidak serba kekurangan (tetapi cukup segalanya) pada hari ini dan memulakan proses yang sama keesokan hari untuk keperluan hari itu. Makan minum kita diambil berat oleh Tuhan dan banyak ayat menjanjikan perbekalan makanan yang cukup daripada Bapa (Yesaya 33:16).

Anda mungkin juga menyukai