Anda di halaman 1dari 3

Bagaimana Manusia Bertemu Isterinya (Kejadian 2:1524)

Persediaan awal (ayat 15-17)


Sebelum manusia pertama terlibat dalam proses menemukan isterinya, dia
SUDAH terlebih dahulu mempunyai tiga perkara:
1. Kerja memelihara dan mengusahakan taman
2. Pengetahuan akan Kehendak Tuhan tahu apa yang boleh dibuat dan
yang tidak boleh dibuat
3. Komunikasi sihat dengan Tuhan perhubungan intim dengan Tuhan
Aplikasi: pastikan sebelum anda terlibat dalam perhubungan cinta/bernikah,
anda (khasnya yang lelaki) SUDAH ada pekerjaan, pengetahuan tentang
kehendak Allah dan mempunyai perhubungan sihat dengan Tuhan (terbukti
melalui komunikasi langsung dengan-Nya).

Masalah timbul (18a)


Walaupun manusia mempunyai kerja dan perhubungan baik dengan Tuhan, ada
sesuatu yang tidak baik mengenai keadaannya dia seorang diri, tanpa orang
untuk menolong dia (dalam tugas yang diberinya oleh Tuhan).
Tuhan mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini (Aku akan . . .).
Aplikasi: Manusia lelaki memerlukan penolong untuk berjaya dalam tugas yang
Allah telah berikan kepadanya. Banyak kali Allah akan mengambil inisiatif
membangun penolong-penolong ini.

Penyelesaian Allah (18b)


Untuk masalah manusia ini (tidak baik seorang diri), Tuhan berkata bahawa
yang dia memerlukan penolong yang sepadan.
Penolong seorang yang akan

Membantu (dari segi tenaga, kewangan, idea dan sebagainya)


Melindungi (menyelamat dan merawat apabila dalam bahaya dan sakit)
Memuji (memberi sokongan moral dan rohani)

Walaupun begitu, penolong itu mesti sepadan dengannya. Sepadan bermaksud:

Setanding/setara
Cocok/sesuai
Muat

Aplikasi: Manusia lelaki memerlukan penolong yang sepadan (bukannya


isteri), seorang yang dapat membantu, melindungi dan memuji dia tetapi
penolong itu mesti setanding dengannya, yang cocok dan ngam dengannya.

Apabila mencari penolong untuk kerja (yang diberi Tuhan untuk dilakukan),
carilah penolong sepadan yang mempunyai ciri-ciri ini.

Pelan A binatang dan burung (19-20)


Pertama sekali, untuk membantu manusia pertama mendapat seorang penolong
yang sepadan, Allah mencipta dan membawa haiwan-haiwan ini kepada manusia
untuk melakukan 3 perkara:
1. Melihat memeriksa dengan teliti
2. Menamai memberi identiti kepada semua ciptaan Allah
3. Mengecam penolong yang sepadan menentukan apakah ada daripada
semua haiwan ciptaan Tuhan ini, ada satu yang sesuai diisytiharkan
penolong yang sepadan
Setelah semua haiwan dinamai, jelas tidak ada satu pun yang manusia dapati
sesuai. Tuhan mempunyai satu lagi penyelesaian.
Aplikasi: Dalam usaha mencari penolong yang sesuai, banyak kali apa yang
ditemukan pada mulanya tidak sesuai dan anda harus berani berkata bahawa
yang ditemukan setakat ini tidak sesuai.

Pelan B perempuan (21-22)


Allah membangun perempuan daripada tulang manusia dan membawanya
kepada manusia untuk dilihat, dinamai dan ditentukan sama ada sesuai diterima
sebagai penolong yang sepadan.
Aplikasi: Allah akan terlibat secara langsung dalam penyediaan dan
pembawaan penolong yang sepadan untuk anda. Belajar bekerjasama dengan
Allah.

Respons manusia (23)


Inilah dia manusia begitu gembira dia akhirnya bertemu dengan seorang
yang sesuai sebagai penolong; setelah hampir putus asa, dia begitu yakin dan
gembira apa yang dibangunkan Tuhan dan dibawa kepadanya adalah penolong
yang dia perlukan.
Tulangku manusia itu juga mengakui dan mengesahkan bahawa yang dibawa
Tuhan itu sama dengannya, dia sepadan.
Perempuan dia kemudian menamakan apa yang dibangun Tuhan
menggunakan tulangnya perempuan; identiti diberi.
Aplikasi: Anda (lelaki) akan tahu apabila anda bertemu dengan seorang
perempuan yang mempunyai ciri-ciri seorang penolong yang sepadan dengan
anda seorang yang sama dengan anda yang boleh membantu, melindungi dan
memuji anda.

Kesimpulan (24)
Menurut Tuhan inilah sebabnya (motivasi, alasan) seorang lelaki akan mengambil
seorang perempuan menjadi isterinya dan tinggal bersamanya sehingga maut
memisahkan mereka. Adam begitu teruja dengan penolong yang Tuhan sediakan
untuknya hingga dia memilih memperisterikan penolongnya.
Apabila anda sebagai seorang lelaki bertemu dengan seorang perempuan yang
mempunyai ciri-ciri seorang penolong (membantu, melindungi, memuji) dan dia
sepadan dengan anda, dia besar kemungkinan sesuai dijadikan kekasih dan
isteri.
Apabila anda sebagai seorang perempuan bertemu dengan seorang lelaki yang
anda senang dan mahu menjadi penolongnya (membantu, melindungi, memuji)
dan dia sepadan dengan anda, dia besar kemungkinan sesuai dijadikan kekasih
dan suami.

Soalan Diskusi
1. Mengapa anda fikir mempunyai pekerjaan dan perhubungan sihat dengan
Allah, adalah prasyarat penting bagi mana-mana lelaki yang mahu
memulakan perhubungan cinta atau bernikah?
2. Mengapa mungkin Allah berkata manusia pertama itu tidak baik seorang diri
tanpa penolong? Apakah situasinya sama untuk lelaki hari ini?
3. Apa pendapat anda tentang definisi penolong sepadan? Bagaimana boleh
seorang lelaki tentukan seorang perempuan itu mempunyai ciri-ciri penolong
yang sepadan?
4. Tuhan menyediakan seorang penolong untuk manusia, tetapi manusia
menjadikan penolong itu isterinya. Apakah anda setuju bahawa calon isteri
yang sesuai ialah seorang perempuan yang boleh dan mahu berfungsi
sebagai penolong yang sepadan?
5. Apakah fahaman anda tentang kesimpulan Allah dalam Kejadian 2:24?
Apakah anda setuju dengan kesimpulan nota ini? Mengapa?

Anda mungkin juga menyukai