Anda di halaman 1dari 2

Bagaimanakah dengan keselamatan orang yang meninggal

dengan tidak pernah mendengar tentang Injil atau Yesus?


Soalan ini membuat andaian bahawa semua orang yang mendengar
tentang Injil atau Yesus akan beroleh keselamatan ini tidak benar sama
sekali (ini mungkin kerana tafsiran kurang tepat Roma 10:17). Sebagai
seorang Kristian, saya mesti menegaskan bahawa keselamatan hanya
dimiliki orang yang telah dengan sengaja memilih untuk percaya
(beriman) kepada Yesus dan menerima-Nya sebagai Tuan dan Penyelamat
peribadi sesiapa yang berseru kepada Tuhan akan selamat (Roma
10:13). Tidak ada jalan lain (Yohanes 1:12; 14:6). Walaupun begitu, hampir
selalu, mendengar tentang Injil atau Yesus adalah perlu sebelum orang itu
boleh membuat pilihan sama ada untuk percaya dan menerima atau tidak
percaya dan menolak.
Mesti ditegaskan di sini bahawa penghukuman Allah atas manusia bukan
kerana mereka tidak mendengar tentang Yesus mahupun kerana mereka
tidak memilih untuk percaya kepada Yesus. Sebaliknya, mereka dihukum
(tidak selamat) kerana mereka manusia yang berdosa (Mazmur 51:5;
Roma 3:9,23). Setiap manusia yang berdosa akan dihukum (Roma 3:1020; 5:16-19; 6:23). Ini adalah kerana Allah ialah Allah yang suci dan adil
dan tidak boleh tutup mata sebelah terhadap dosa (Mazmur 22:4; Yesaya
45:19; Wahyu 16:7).
Allah tidak mahu manusia berdosa dihukum (2 Petrus 3:9). Yesus ialah
jalan Allah untuk melepaskan manusia berdosa daripada dihukum (Roma
5:1,8; 8:1; Ibrani 10:31). Menolak Yesus hanya bermaksud menolak satusatunya jalan penyelamatan dan memilih untuk terus menuju kepada
penghukuman yang sememangnya destinasi semua manusia berdosa
(Yohanes 3:17,18,36).
Jadi bagaimana dengan keselamatan orang yang meninggal dengan tidak
pernah mendengar tentang Injil atau Yesus? Jika dia manusia berdosa,
yang tidak pernah dengar tentang Injil, maka dia tetap berdosa dan tidak
berpeluang memilih untuk percaya kepada Yesus; jika dia manusia
berdosa yang telah mendengar tentang Yesus dan memilih untuk tidak
percaya, ia juga tetap berdosa dan tidak percaya - maka hukuman untuk
dosa (maut) sepertimana yang sudah ditentukan bagi semua yang
berdosa akan tetap dilangsungkan atas mereka-mereka ini.
Mengapa? Kerana manusia berdosa yang tidak pernah dengar tentang Injil
itu (dan kerana itu tidak pernah berpeluang memilih untuk percaya
kepada Yesus) sebenarnya telah berpeluang untuk mengenal Allah tetapi
masih lagi tidak mencari Tuhan (Roma 1:19-20; 3:11). Dengan erti kata
lain, dia orang berdosa dan mengamalkan hidup tanpa mempedulikan
Tuhan (kehidupan berdosa) dan kerana Allah adil, Dia mesti menghukum
dosa; orang itu akan dihukum sesuai dengan standard moral yang dia
pakai (KPR 17:31; Roma 2:12; 12:12-16).

Alasan tidak tahu tentang hukum-hukum Allah (dan kerana itu telah
melanggarnya) tidak boleh dipakai kerana kalau perlu tahu dahulu
tentang hukum itu baru dianggap telah melanggarnya, maka tidak akan
ada istilah dosa tidak sengaja (Imamat 4:2,22,27; Kisah Para Rasul 3:17)
dalam Alkitab. Walaupun anda tidak tahu memandu lebih 70 km/j di
sebuah tempat adalah satu kesalahan, anda masih bersalah dan akan
didenda jika didapati memandu lebih 70 km/j!
Apalagi dengan mereka yang berdosa, yang sesudah diberitahu jalan
penyelamatan, menolaknya hukuman Allah tetap atas mereka (Yohanes
3:36; Ibrani 2:3; 10:26-31).
Apakah respons kita orang Kristian? Beritahu seramai orang yang boleh
(kerana semua manusia berdosa) tentang Yesus dan jalan penyelamatan
yang sudah disediakan Allah dengan harapan ada yang akan percaya dan
diselamatkan. Allah tidak mahu sesiapa pun musnah dihukum dan Dia
telah mengamanahkan kita untuk memperkenalkan jalan keselamatan
kepada semua manusia sebelum kedatangan Yesus buat kali kedua
(Matius 28:19-20). Di tangan kita destinasi kekal ramai manusia marilah
bersungguh-sungguh mengkhabarkan Berita Baik (Yehezkiel 3:17-19).

Anda mungkin juga menyukai