Anda di halaman 1dari 13

1.

PENGENALAN

Perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah


Negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik
seperti Melayu, cina dan India yang menjadi majority terbesar serta kaum pribumi
Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti.
Setiap etnik membawa sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek-moyang
terdahulu.
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya individu itu bukan sahaja
dilihat dari aspek ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah, ia juga merangkumi
skop yang lebih besar. Menurut Papalia (2001), individu manusia itu berbeza dari segi
jantina, saiz badan, kesihatan , tahap tenaga, personaliti dan emosi. Slavin (1997) pula
mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran.
Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita
memberikan kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara
umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Sebagai pendidik,
adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru, murid, sekolah dan kurikulum
tersirat dalam usaha memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari
pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis
guru

dalam

menangani

kepelbagaian

sosio-budaya

murid,

khususnya

ketika

mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.0

TUJUAN PANTANG LARANG


1

Pantang larang adalah peraturan larangan bagi sesebuah kehidupan dalam sesuatu
bangsa. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat,
khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan dan pemupukan
nilai-nilai murni yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Contohnya, dalam masyarakat
Melayu, ada menyebut jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul.
Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud supaya menjaga bantal daripada dipecah
atau dikoyak, dan tidak sopan jika perkakas yang digunakan untuk melapik kepala
diletakkan di bawah punggung. Oleh itu, masyarakat yang mempercayai kebenaran
maksud sebalik pantang larang tersebut akan mengelakkan diri daripada berkelakuan
tidak sopan seperti duduk di atas bantal kerana mereka khuatir terkena bisul.
Penggunaan pantang larang yang sebegini akan dapat mendisiplinkan
masyarakat serta dapat membina tingkah laku yang baik. Hal ini kerana, mereka akan
memikirkan kesan yang berlaku akibat daripada perbuatan yang telah mereka lakukan
dan berfikir kesan jika patuh kepada pantang larang tersebut. Pantang larang biasanya
terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sedikit
sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip agama.
Pantang larang yang masih digunakan juga bertujuan menjadi contoh dan
panduan kepada generasi muda mengenai larangan orang tua-tua dalam kehidupan.
Hal ini dapat mengelakkan perlakuan yang tidak sopan yang dapat melanggar batasbatas adat dan budaya serta agama sesebuah masyarakat. Seperti contoh, dalam
pantang larang masyarakat Melayu juga menyebut jangan keluar dengan pasangan
selama 40 hari sebelum diijabkabul. Pada hakikatnya, pantang larang tersebut
digunakan untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Ia juga bertujuan untuk
2

mengawal hawa nafsu bagi pasangan yang berdua-duaan sebelum berkahwin. Maksud
pantang larang tersebut jelas menyatakan bahawa pasangan yang belum berkahwin
dilarang keluar berdua-duaan sehingga boleh mendatangkan fitnah masyarakat. Oleh
itu, ia sememangnya menjadi panduan kepada generasi berdarah muda untuk
mematuhi pantang larang tersebut.
Pantang larang juga bertujuan memberi jaminan keselamatan bagi individu.
Antaranya, dalam pantang larang masyarakat Cina, mereka tidak dibenarkan
melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan
mengalami kecacatan. Namun, ia dicipta supaya ibu yang mengandung tidak aktif
melakukan kerja-kerja yang boleh membahayakan diri dan kandungannya. Oleh itu,
dengan adanya pantang larang yang digunakan, mereka akan memahami dan dapat
memikirkan kesan negatifnya.
Pantang larang juga diamalkan bertujuan mengekalkan harta pusaka nenek
moyang mereka dan supaya mereka bertanggungjawab untuk mengamalkannya dan
menurunkan tradisi itu kepada anak-anak atau cucu-cucu mereka. Dalam sebuah
pantang larang mempunyai erti sendiri yang akan memberi manfaat dalam hidup
masing-masing. Ia dicipta dan masih digunakan lagi sehingga ke hari ini bagi
meneruskan kesinambungan tradisi generasi zaman lampau supaya ia masih lagi
bertahan digunakan sehingga kini.
3.0

PETA

MINDA

FAKTOR-FAKTOR

MEMPENGARUHI

KETAKSAMAAN

PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Rajah 1 : Faktor-faktor mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan

4.0

HURAIAN FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KETAKSAMAAN PELUANG

PENDIDIKAN DI MALAYSIA
4

Dalam aspek pendidikan, menurut Noriati Abd Rashid et al, dalam bukunya Budaya dan
Pembelajaran, pelajar yang mempunyai latar belakang yang baik dan berpendapatan
tinggi akan dihantar ke sekolah-sekolah yang bagus manakala pelajar yang mempunyai
latar belakang yang kurang mewah terpaksa bersekolah di sekolah yang mempunyai
kekurangan kemudahan infratstruktur. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa bersusahpayah untuk mendapatkan pendidikan yang baik namun, kekurangan kemudahan di
sekolah tidak memungkinkan mereka mengecapi pendidikan yang lebih baik. Senario
ini disebabkan oleh ketidakseimbangan pencapaian di antara individu di dalam
masyarakat yang telah mewujudkan pengkelasan sosial. Konsep kelas sosial ini tidak
lepas lari daripada kejadian social inequality atau ketidaksamaan sosial yang merujuk
kepada ketaksamaan peluang-peluang pendidikan yang berbeza akibat sistem
strasifikasi.
Pengkategorian kelas sosial ini secara tidak langsung memberi impak kepada
pencapaian akademik

pelajar sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah,

institut kemahiran mahupun di institut pengajian tinggi. Pelajar daripada kelas atasan
dan pertengahan tidak menghadapi banyak cabaran dan dugaan semasa pembelajaran
mereka. Hal ini adalah disebabkan keluarga mereka berkemampuan untuk memenuhi
segala permintaan dan kehendak yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak
mereka.
Sebagai contoh untuk kelas tambahan, ibu bapa pelajar berkemampuan untuk
menggajikan guru untuk mengajar anak mereka di rumah atau menghantar anak
mereka ke kelas tambahan, mampu membelikan komputer riba atau komputer,
mempunyai pemandu untuk menghantar, menunggu dan menjemput pelajar dari
5

sekolah, pelajar-pelajar ini dapat makan makanan seimbang dan makanan tambahan
untuk kecerdasan otak dan lain-lain kemudahan yang mungkin tidak tercapai oleh
pelajar dari kategori bawahan. Perbezaan kelas sosial ini telah mewujudkan jurang
khasnya dalam kalangan bangsa Melayu sendiri.
Faktor jantina juga sangat mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan di
Malaysia. Dalam proses pendidikan di sekolah, murid perempuan dan lelaki cenderung
untuk memilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan sifat dan naluri mereka.
Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, murid perempuan akan
memilih bidang Ekonomi Rumah Tangga kerana ia lebih bersifat keperempuanan
manakala murid lelaki akan cenderung memilih bidang kemahiran Teknikal kerana
bersesuaian dengan jiwa mereka.
Semasa era penjajahan pula, peluang melanjutkan pelajaran diberi keutamaan
kepada golongan lelaki manakala golongan perempuan dinafikan peluang untuk
menerima pendidikan. Hal ini kerana, ibu bapa pada masa itu berfikiran kolot kerana
lebih mengharapkan anak perempuan tinggal di rumah untuk membantu membuat kerja
rumah. Mereka juga beranggapan pendidikan tidak penting kepada perempuan kerana
akhirnya mereka akan berumahtangga dan membantu suami di rumah.
Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan sangat
menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut jantina dalam pendidikan di
peringkat menengah, terutamanya di sekolah vokasional dan teknik serta di institut
pengajian tinggi. Pada masa sekarang, golongan perempuan dapat dilihat memonopoli

ruang dan kejayaan menempatkan diri di institut pengajian tinggi atas faktor pencapaian
akademik yang lebih baik.
Murid Berkeperluan Khas juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
ketaksamaan peluang pendidikan di Negara ini. Murid berkeperluan khas mempunyai
kecerdasan yang sangat rendah berbanding dengan kecerdasan purata dan golongan
ini menghadapi masalah penyesuaian diri dalam masyarakat dan program sekolah
biasa. Pengajaran mereka dikendalikan oleh guru khas dalam sesuatu masalah
pembelajaran. Golongan yang dikategorikan murid berkeperluan khas ini kebiasaannya
mempunyai kecerdasan yang amat rendah atau kebolehan mental yang lebih tinggi.
Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kebolehan mental yang lebih tinggi
berbanding rakan sebaya mereka. Oleh itu, mereka tidak memanfaatkan sistem
pendidikan sedia ada dengan sepenuhnya. Hal ini kerana, murid pintar cerdas
beranggapan bahawa diri mereka tidak perlu mengikuti pembelajaran dalam kelas
kerana

perkembangan

kebolehan

mental

mereka

lebih

maju.

Kanak-kanak

berkeperluan khas juga menghadapi kecelaruan tingkah laku iaitu tingkah laku terbias.
Mereka mempunyai tingkah laku yang suka menentang autoriti dan suka menyerang
orang kerana sifat hiperaktif yang ada.
Selain itu, golongan ini mempunyai sifat pengongkongan dalaman iaitu boleh
bersifat pendiam, sensitif, pasif dan sering melakukan tindakan luar kawalan. Oleh itu,
mereka kurang menumpukan perhatian dalam pelajaran dan lebih suka bermain.
Mereka juga sering menghadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa dan
dalam masyarakat. Murid berkeperluan khas juga kurang memberi perhatian dan
7

terlibat dalam setiap aktiviti serta tidak dapat menyempurnakan tugasan yang guru
berikan. Oleh sebab itu murid-murid ini kurang mendapat pendidikan yang sewajarnya
atas faktor diri mereka sendiri. Maka, guru perlu merancang strategi yang berkesan
untuk menarik perhatian murid. Persekitaran yang kurang mesra menyebabkan
golongan ini tertinggal. Golongan ini juga mesti diberi peluang supaya tidak tertinggal
dalam arus pendidikan nasional.
Kumpulan minoriti juga merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi
ketaksamaan peluang pendidikan kerana ia merupakan sebuah kumpulan etnik yang
mempunyai bilangan ahli yang kecil. Ia disebut sebagai minoriti kerana kumpulan ini
tidak dapat mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lain dalam pelbagai aspek
terutamanya pendidikan. Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal sahaja
melalui keturunan atau warisan daripada ibu bapa mereka. Kumpulan minoriti yang
bersifat negatif di sekolah merupakan golongan yang sering ponteng kelas, pembuli,
suka merokok, melepak dan sebagainya. Tingkah laku sebegini dapat menggugat
keharmonian sekolah walaupun jumlah mereka sedikit.
Kumpulan minoriti bersifat positif pula merupakan golongan ulat buku, suka
mencari maklumat di internet, cenderung kepada keagamaan dan sebagainya. Namun
begitu, kumpulan minoriti perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus trcicir dalam
asrus pendidikan dengan jumlah mereka yang sedikit. Perhatian harus diberikan oleh
guru supaya mereka tidak terus mendominasi situasi dan terus dikhuatiri akan
membentuk satu sitasi yang membantutkan suasana pembelajaran di sekolah.
4.0

CABARAN GURU MENGAJAR DALAM KELAS PELBAGAI BUDAYA


8

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh yang demikian,


seorang guru harus peka dengan kepercayaan dan amalan sosiobudaya yang berbeza
dalam kalangan muridnya. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya merupakan
salah satu faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Secara ringkasnya, guru harus peka kepada perbezaan ini supaya
tiada

murid

daripada

golongan

yang

tertentu

berasa

tersisih

disebabkan

ketidakprihatinan guru terhadap keperluan mereka. Persoalannya kini apakah cabarancabaran yang akan dihadapi oleh guru-guru semasa mengajar dalam sebuah kelas
yang terdiri dari pelbagai budaya. Sebagai seorang bakal guru, saya amat menyedari
bahawa permasalahan ini amat rencam dan boleh menjadi permasalahan yang berat
jika bakal guru sendiri tidak berusaha untuk mempelajari dan mendalami sendiri bagi
menyelesaikannya.
Antara cabaran terbesar bagi guru-guru semasa mengajar sebuah kelas yang
terdiri daripada pelbagai budaya ialah persediaan murid-murid untuk menerima
perbezaan dan kepelbagaian budaya kaum lain. Seperti yang kita sedia maklum,
setiap kaum mempunyai budaya yang merangkumi bahasa, adat, kepercayaan dan
amalan mereka yang tersendiri. Sebagai seorang bakal guru, adalah amat penting bagi
kita menyedari akan besarnya masalah perbezaan ini dan implikasinya semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku di bilik darjah. Terdapat sesetengah murid yang
kurang diberi pendedahan tentang budaya masyarakat lain. Kemungkinan ini boleh
berlaku kepada murid-murid tahun 1 yang baru sahaja menjejakkan kaki ke alam
persekolahan. Mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain dan belum pernah
mengetahui tentang adat dan budaya kaum lain. Sebagai contoh seorang murid Melayu
9

tidak mengetahui adat dan budaya murid India di dalam kelas yang sama. Seperti yang
kita ketahui, masyarakat India akan membuat tanda putih di dahi bagi orang lelaki
manakala pottu di dahi pula dipakai oleh orang perempuan. Apa yang boleh terjadi
ialah murid-murid dari kaum lain akan mengejek dan mempersendakan mereka oleh
kerana tanda-tanda yang dipakai oleh mereka. Hal ini seterusnya akan membawa
kepada pendiskriminasian kaum India dalam kalangan murid-murid. Oleh yang
demikian, sebagai seorang guru yang mengajar murid-murid pelbagai bangsa dalam
sesebuah kelas hendaklah bertindak sebagai penyelesai masalah dan

penasihat

kepada murid bagi mereka memahami serta menerima perbezaan mereka antara satu
sama lain.
Cabaran yang seterusnya ialah penerimaan guru sendiri terhadap budaya,
amalan, adat resam serta bahasa kaum lain di Malaysia. Kerjaya professional
sebagai guru ini memerlukan guru mendalami dan mengenalpasti ciri-ciri dan latar
belakang murid supaya guru dapat menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang
baik dan berkesan. Oleh sebab itu, budaya persekitaran dan amalan kepercayaan
murid yang berbeza hendaklah dikaji dan diselidiki oleh guru supaya isu-isu sensitiviti
perkauman tidak akan berlaku.
Guru hendaklah menerima setiap budaya dan kepercayaan murid dengan
terbuka dan tidak sesekali merendah-rendahkan budaya mereka. Sebagai contoh,
seorang guru berbangsa India ditempatkan di kawasan pedalaman Sabah dan
Sarawak. Mungkin budayanya sebagai seorang India sangat berbeza daripada
masyarakat di situ, namun dia harus mempelajari dan mengkaji adat dan budaya serta
bahasa mereka supaya guru India tersebut tidak dianggap seorang yang tidak
10

menghormati budaya mereka. Cabaran ini mungkin amat berat, namun pemikiran positif
terhadap sesuatu perkara dapat menjadikan cabaran ini menarik dan menyeronokkan.
Selain daripada itu juga, guru-guru perlu menghadapi cabaran menyediakan
pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan aktiviti, bahan bantu mengajar
serta strategi yang sesuai mengikut budaya murid-murid. Hal ini adalah amat
penting bagi guru-guru memperlihatkan kesan-kesan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Aktiviti yang disediakan hendaklah dirancang secara
holistik dan menyeluruh dan bahan bantu mengajar yang hendak disediakan perlu
menepati keperluan isi pelajaran bagi semua murid pelbagai bangsa ini. Guru juga
perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pedagogi pendidikan agar strategi yang
dirancang dapat digunakan dengan mudah semasa pengajaran dan pembelajaran.
Guru boleh menyelitkan aktiviti menyanyikan lagu pelbagai kaum dalam satu
pembelajaran dan ini menjadikan murid gembira tanpa mengira lagu bangsa apa dan
siapa. Tentunya murid akan teruja apabila mampu menyanyikan lagu kaum lain.
Guru juga hendaklah prihatin dengan tahap pemahaman murid-murid yang
diajar. Sebagai contoh, apabila guru mengajar di kawasan penempatan orang asli, guru
hendaklah menyediakan pengajaran yang boleh difahami bersesuaian dengan tahap
pembelajaran mereka. Guru hendaklah bijak membezakan tahap pengetahuan mereka
dan mengenalpasti kelemahan mereka dalam pembelajaran.
Cabaran yang seterusnya pula ialah motivasi murid-murid pelbagai budaya
untuk mencapai kejayaan. Menurut kajian, murid-murid daripada pelbagai budaya
mempunyai cara-cara yang berbeza dalam memotivasikan diri untuk mencapai
11

kejayaan. Guru perlu mengenalpasti cara-cara ini supaya dapat bertindak dan
berperanan menjadikan latar belakang budaya murid sebagai bahan pengajaran dan
melibatkan semua murid melalui pengalaman pembelajaran yang menarik. Hal ini akan
membuatkan murid-murid bermotivasi untuk belajar dengan baik serta dapat
meningkatkan keyakinan diri mereka apabila berhadapan dengan murid-murid yang
berbeza budaya dengannya.
Cabaran yang terakhir ialah pemupukan nilai dan budaya Malaysia dalam
kalangan murid-murid pelbagai budaya. Nilai dan budaya Malaysia yang perlu
diterapkan dalam diri murid-murid adalah berlandaskan prinsip Rukun Negara. Bagi
rakyat Malaysia, budaya Timur yang dikongsi bersama-sama banyak mempunyai
persamaan dan hal ini sepatutnya dijunjung bersama oleh seluruh rakyat Malaysia.
Guru perlu membina pendekatan yang boleh meningkatkan pemahaman murid
terhadap Rukun Negara dan boleh mengamalkan Rukun Negara dengan penuh
penghayatan. Dengan hal ini, persekitaran pembelajaran mesra budaya pasti dapat
dibina dan diwujudkan di dalam bilik darjah yang mempunyai pelbagai kaum.
Murid-murid juga perlu diingatkan bahawa sebagai rakyat Malaysia, kita perlu
hidup secara harmoni dan saling melengkapi dan mengelakkan daripada berlakunya
persengkataan atas sebab perbezaan agama, bahasa, adat dan budaya. Mereka perlu
diasuh supaya mengamalkan nilai-nilai murni yang diajar oleh semua agama.
Penerapan nilai murni ini hendaklah dilakukan secara berterusan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, guru-guru perlu menyedari peranannya
dalam pengajaran dan pembelajaran agar Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan
tercapai kelak.
12

5.0

RUMUSAN

Malaysia mempunyai pelbagai etnik yang memerlukan kesedaran guru dalam


menguruskan pengajaran dan pembelajaran. Realitinya, setiap guru perlu berhadapan
dengan murid-murid yang datang daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya yang
berbeza. Dengan adanya kesedaran tentang adam resam, pantang larang dan
ketaksamaan peluang pendidikan yang wujud, guru akan lebih bertanggungjawab untuk
menjadi guru yang berhemah dan fleksibel seterusnya dapat melahirkan generasi guru
yang celik budaya kaum-kaum lain.
Bakal-bakal guru yang ingin dilahirkan wajar diberi pendidikan dan latihan yang
menjurus ke arah penguasaan pengetahuan dan kemahiran untuk memastikan guru
mampu menganalisis isu berhubung etnik, budaya dan amalan etnik-etnik secara
kritikal serta mengenlapasti pendekatan yang paling berkesan untuk memberi
pengalaman bermakna kepada murid berbilang kaum ini. Maka adalah amat wajar
Budaya dan Pembelajaran diterapkan kepada bakal-bakal guru untuk persediaan di hari
hari mendatang.

13

Anda mungkin juga menyukai