Anda di halaman 1dari 12

KARANGAN UPSR

Faedah Belajar Secara Berkumpulan


Setiap pelajar mempunyai kaedah belajar tersendiri.setiap murid perlu
memilih kaedah dan teknik belajar yang paling berkesan dan mudah.
Pelajar-pelajar mudah mendapati pelajaran secara berkumpulan .Pelajar
yang lebih lemah boleh meminta bantuan daripada rakan yang lebih
bijak.mereka juga dapat mengetahui maklumat dengan lebih cepat.
Selain itu,belajar secara berkumpulan juga dapat mungurangkan kos
membeli bahan bacaan dan latihan.Pelajar boleh berkongsi buku rujukan
bersama-sama.
Seterusnya,belajar secara berkumpulan juga boleh mengeratkan hubungan
antara satu sama lain. Semua pelajar dapat berbincang tentang pelajaran
dalam suasana yang menyeronokkan.
Belajar secara berkumpulan dapat menilai tahap pencapaian diri sendiri.ini
dapat mewujudkan persaingan yang lebih sihat dalam kalangan murid. ia
dapat meningkatkan motivasi untuk belajar bagi murid-murid.
Akhirnya, aktiviti belajar secara berkumpulan perlu dilaksanakan dengan
terancang dan teratur. Murid -murid perlu berdisiplin dan berusaha dengan
gigih untuk mencapai tujuan belajar.

Faedah Membawa Bekal


Membawa bekal ke sekolah mempunyai lebih banyak faedah dan juga
kebaikan daripada membeli makanan di kantin. makanan yang dimasak oleh
ibu atau anggota keluarga yang lain adalah amat berharga kerana ia adalah
hasil air tangan mereka.
Salah satu faedah yang amatlah jelas berkenaan dengan tajuk ini adalah kita
dapat menjimatkan wang sekaligus dapat menjamin kebrsihan makanan
yang dibekalkan. banyak berita yang disiarkan di akhbar tentang keracunan
makanan yang berlaku di seluruh negara. Dengan kebersihan yang terjamin,
kita dapat mengelakkan keracunan makanan dan juga penyakit2 yang lain
seperti diabetes dan sebagainya.
Ibubapa kita mesti akan melakukan apa yang terbaik untuk kita. Justeru
mereka akan membuatkan bekalan makanan yang seimbang untuk kita.
makanan seimbang dapat memastikan bahawa badan kita berada di dalam
keadaan yang sihat. Kuantiti makanan yang dibekalkan juga akan mencukupi
untuk diri sendiri.
Sesetengah pengusaha kantin hanya memasak secara sambil lewa dan
mengambil ringan terhadap rasa sesuatu makanan itu. Dengan ini jelaslah
bahawa makanan yang dibekalkan dapat memastikan bahawa rasanya
sedap.
Oleh itu, kita akan lebih menghargai hasil air tangan mereka dan akan
sentiasa menyayangi mereka kerana kita tahu yang mereka akan sentiasa
menjaga kita dengan baik.
Lazimnya, membawa bekal ke sekolah itu amatlah berguna bukan sahaja
kepada diri sendiri malah berguna kepada masyarakat jika mereka juga
membawa bekalan makanan ke sekolah.

Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum


Kokurikulum ialah aktiviti luar darjah yang bermanfaat dan begitu berkesan

untuk membentuk pelajar kretif,progresif,dinamis,berdaya saing dan


berwawasan.Kegaiatan yang merangkumi persatuan,Unit Uniform serta
sukan dan permainaan untuk murid tahun tiga hingga tahun enam ini
dijalakan selama dua jam seminggu.
Tidak dapat kita nafikan bahawa penyertaan dalam kegiatan kokurikulum ini
banyak feadahnya.Aktiviti kokurikulum menekankan amalan bekerja secara
berpasukan.Hasilnya setiap agenda yang diusaha menjimatkan masa,tenaga
dan material.
Ditinjau daripada aspek pembentukan sahsiah,selain membolehkan pelajar
memartabatkan ilmu dan mendominasikan kemahiran mekanikal, keaktifan
dalam kegiatan kokurikulum juga akan melahirkan individu yang
tegas,beretika dan cekal dalam menangani kemelut seharian.
Penglibatan dalam aktiviti ini juga membolehkan masa kita terisi dengan
tugasan yang memanfaat,lantas menghindari kita daripada sebarang
pengaruh yang begitu negatif.
Malahan,kegiatan kokurikulum juga berpaksikan semangat berdikari dan jati
diri,yang memungkinkan seseorang pelajar bertindak secara solo.
Menyedari hakikatnya tersenarai, jelaslah bahawa selain menjana idea dan
kemahiran kreatif,penglibatan dalam aktiviti kokurikulum mampu
membentuk personaliti dan sahsiah setiap pelajar untuk mengharungi
pelbagai oral kehidupan.

Perbualan/ Dialog Faedah Menjaga Kebersihan Kelas


Afiq : Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Najwa?
Najwa : Ya, Najwa bercakap di sini.
Afiq : Bolehkah saya bertanya kenapa kita perlu menjaga kebersihan kelas?
Najwa : Afiq, Kita sebagai murid-murid banyak menghabiskan masa di dalam

kelas untuk menuntut ilmu.Oleh itu,bilik darjah mestilah selalu bersih dan
ceria.
Afiq : Kalau begitu, tentulah banyak faedah jika kita menjaga kebersihan
kelas kita?
Najwa : Memang betul. Kelas mestilah kelihatan bersih kemas dan cantik
dengan tidak mengumpul sampah di dalam meja dan membuat sampah di
dalam kelas sahaja.
Afiq : Saya sokong pendapat awak, Najwa. Di samping itu,kita boleh melatih
diri kita bersikap bertanggungjawab terhadap kelas.Ini juga dapat memupuk
nilai murni di dalam diri kita seperti berdisiplin, bertanggungjawab dan rajin
untuk membersihkan kelas.
Najwa : Ekoran daripada itu,kita dapat belajar di dalam kelas dengan selesa
kerana kelas kelihatan bersih dan cantik.
Afiq : Sehubungan dengan itu, kita boleh memenangi pertandingan kelas
terbersih. Kita akan mendapat pujian daripada guru-guru. Selain itu,kita
boleh menjadi contoh kepada kelas-kelas yang lain.
Najwa : Kesimpulannya,faedah menjaga kebersihan kelas memang perlu kita
amalkan seperti yang kita bincangkan.Oleh kerana kelas perlu dibersihkan,
marilah kita bersama-sama membersihkan kelas kita esok supaya kelas
kelihatan bersih dan cantik. Sesuailah dengan slogan, 'Kelas Bersih, Belajar
Selesa'.
Afiq : Baiklah Najwa, kita jumpa esok. Terima kasih.
Najwa : Sama-sama.

Syarahan Faedah Mempunyai Hobi

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi


Majlis, Yang Berusaha Guru Besar, Penolong Kanan, panel hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.
"Kepentingan Mempunyai Hobi yang Menguntungkan" adalah tajuk syarahan
yang akan saya sampaikan buat hadirin semua.
Hadirin dan Hadirat sekalian,
Hobi merupakan sesuatu aktiviti yang dilakukan pada waktu senggang. Hobi
boleh dilakukan tidak kira di mana jua, sama ada di dalam mahupun di luar
rumah. Banyak kepentingan dan faedah yang boleh kita peroleh daripada

hobi yang kita lakukan setiap hari. Kita boleh memanfaatkan kepentingan
dan faedah itu pada masa hadapan.

Contohnya, hobi yang menguntungkan ialah melayari internet, membaca


buku dan juga membaca surat khabar. Kita boleh memanfaatkan hobi ini
dengan menambahkan ilmu dari segi pengetahuan am dan juga tentang isuisu semasa.

Kawan-kawan sekalian,
Hobi boleh dilakukan oleh semua golongan masyarakat tidak kira yang tua
mahupun yang muda. Ini kerana terdapat banyak hobi yang boleh dilakukan
oleh semua golongan masyarakat. Contohnya, bersukan atau bersenam. Ini
juga adalah hobi yang menguntungkan kerana ia dapat menyihatkan badan
bukan sahaja setakat kesihatan fizikal malah kesihatan mental juga.

Selain itu, bercucuk tanam juga adalah salah satu hobi yang sangat
menguntungkan. Bak kata pepatah, "berbudi kepada tanah, pasti akan
mendapat hasilnya". Dengan hasil tanaman tersebut, kita boleh menjualnya
untuk menambahkan pendapatan. Di samping itu, kita juga dapat
mengurangkan suhu cuaca yang kini menjadi semakin panas.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa mempunyai hobi yang mnguntungkan


amatlah berguna kepada kita semua. Seperti yang saya nyatakan tadi, selain
daripada mngisi masa lapang, kita juga mendapat banyak faedah yang mana
kita boleh memanfaatkanyya sebaik yang mungkin. Sebelum saya
mengakhiri syarahan saya, ingin saya sampaikan serangkap pantun yang
telah direka khas;
Banyak burung berterbangan,
Burung bayan, burung merpati,
Kepentingan hobi amat menguntungkan,

Faedah dan kebaikan kita manfaati.


Sekian terima kasih.

Ucapan Majlis Perpisahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis,


yang diraikan Tuan Guru Besar SK Permatang Tok Mahat, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian, selamat pagi dan salam sejahtera.

Tujuan kita berkumpul di sini adalah untuk meraikan majlis perpisahan guru
besar, Puan Saniyah Binti Hashim yang akan bersara pada 10 September
2009.
Beliau ialah seorang guru besar yang bertanggungjawab dan tegas tetapi
disayangi oleh semua warga sekolah ini. Saya berasa amat sedih kerana
persaraan beliau merupakan satu kerugian besar bagi sekolah kita.

Sepanjang empat tahun beliau berkhidmat di sini, beliau menyumbang


banyak jasa dan pengorbanan. Dari segi akademik, beliau merancang
beberapa program untuk memajukan pretasi murid-murid. Dalam usaha
beliau, keputusan UPSR telah meningkat dari setahun ke setahun.

Selain itu, guru besar juga berjaya meningkatkan pretasi kokurikulum pihak
sekolah. Pasukan kawad kaki telah berjaya menjuarai pertandingan kawad
kaki di peringkat negeri dan kebangsaan.

Para hadirin sekalian,


Bagi mengakhiri ucapan saya ini, sekali lagi saya selaku ketua murid
mewakili rakan-rakan lain mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru
besar kita. Semoga beliau hidup dengan sihat sejahtera selalu.
Sekian, terima kasih.

Warga Tua Perlu Dihormati


Syarahan yang bertajuk Warga Tua Perlu Dihormati
Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi
Majlis, Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Lalang Puan
Normala Samsuddin, guru -guru dan rakan-rakan sekalian.

Lebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana pada pagi
yang ceria ini saya telah diberi peluang untuk menyampaikan syarahan yang
bertajuk Warga Tua Perlu Dihormati.
Hadirin sekalian
Semua orang sedar bahawa pada suatu hari nanti kita juga akan menjadi
seorang tua.

Sukakah kita kalau generasi muda tidak menghormati kita? Jawapannya


pastilah tidak Oleh itu, kita sewajarnya menghormati warga tua yang telah
banyak berjasa kepada kita.

Orang tua sememangnya telah banyak menaburkan jasa kepada kita


Contohnya kedua-dua ibu bapa kita. Sepanjang masa mereka telah
mengasuh menyara hidup kita dan memberikan pendidikan kepada kita agar
kita menjadi manusia yang berguna. Orang tua ibarat payung yang
melindungi kita terutama ketika kita masih kecil. Kita seharusnya
menghormati orang tua tanpa mengira bangsa dan agama.

Selain ibu bapa kita, guru-guru dan para pemimpin negara harus kita
hormati juga. Cuba kita bayangkan kehidupan kita tanpa mereka. Mereka
telah banyak berkorban bagi menjadikan kita generasi yang berilmu dan

berguna. Sebagai generasi yang berhemah tinggi kita perlulah mempunyai


rasa hormat terhadap mereka dan warga tua yang lain.

Untuk menghormati warga tua bukannya susah. Kita perlulah memiliki nilainilai luhur seperti beradab sopan, lemah-lembut tidak meninggikan suara
dan senantiasa menjaga perasaan mereka.

Akhir sekali saya menyeru kepada generasi muda agar menghormati warga
tua. Amalan ini bukan saja amalan mulia malah dituntut oleh setiap agama.
Hari Penyampaian Hadiah
Pada hari Khamis yang lalu, sekolah saya telah mengadakan suatu majlis,
iaitu Hari Penyampaian Hadiah. Majlis ini diadakan untuk menghargai
pencapaian cemerlang para pelajar sama ada dalam kurikulum mahupun
dalam kokurikulum. Majlis ini telah berlangsung di dewan sekolah.

Kira-kira jam 800 pagi, ibu bapa dan para jemputan mula memenuhi dewan.
Majlis dimulakan tepat jam 8.15 pagi. Pegawai Pendidikan Daerah, iaitu Tuan
Haji Abd. Rahim bin Ali telah memberikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapannya, beliau memuji pencapaian
cemerlang para pelajar.

Sebaik saja selesai majlis perasmian, diadakan pula persembahan para


pelajar. Para pelajar Tahun Enam telah menyampaikan persembahan koir.
Kumpulan koir yang dipimpin oleh Cikgu Mujamal merupakan johan koir di
peringkat negeri Melaka. Para pelajar dan tetamu memberikan tepukan
gemuruh kepada kumpulan koir tersebut.

Kemudian, tibalah giliran pelajar Tahun Lima mempersembahkan pantomen.


Pantomennya mengisahkan anak yang tidak mendengar nasihat.

Persembahan kumpulan ini tidak kurang hebatnya dan berjaya mengusik hati
tetamu dan pelajar.

Acara yang ditunggu-tunggu pun tiba iaitu majlis penyampaian hadiah. Para
pelajar yang cemerlang dalam bidang tertentu naik ke pentas untuk
menerima hadiah. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar iaitu Cikgu
Hasmidan Selamat. Para pelajar gembira menerima hadiah masing-masing.

Majlis tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Sebelum bersurai ibu bapa dan
tetamu dihidangi jamuan ringan.

'Peristiwa yang Tidak Dapat Kulupakan


Apabila disebut nama Badri semua kawan kenal akan nama itu. Aku
dikatakan sebagai seorang yang keras kepala. Memang benar gelaran
tersebut diberikan kepadaku kerana aku jarang-jarang mendengar nasihat,
meskipun nasihat ibuku sendiri.

Pada suatu hari, aku merayau-rayau di sekitar kampung. Aku terpandang


akan beberapa biji mangga yang telah masak di kebun jiranku. Tanpa
membuang masa, aku pun segera memanjat pohon mangga itu. Aku tidak
meminta kebenaran daripada empunya kebun itu.

Tanpa aku duga, rupa-rupanya terdapat sarang tebuan pada pohon mangga
itu. Dengan tidak sengaja aku merosakkan sarang itu. Sebagai akibatnya,
beberapa ekor tebuan menyengat badanku. Terpaksalah aku terjun dan atas
pohon mangga ilu untuk menyelamatkan diri.

Aku menjerit meminta pertolongan. Mujurlah, orang-orang kampung


terdengar akan jeritanku. Mereka segera memberikan bantuan.

Aku dihantar ke hospital. Aku terpaksa tinggal di wad selama lima hari. Aku
berasa terseksa kerana terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat.

Aku kesal atas peristiwa yang terjadi pada diriku. Aku menyesal kerana tidak
mendengar nasihat ibuku. Semenjak hari itu, aku berjanji tidak mahu
mencuri lagi. Peristiwa tersebut akan aku kenang selagi hayat dikandung
badan.

Suatu Kemalangan Jalan Raya yang Pernah Saya Saksikan


Seperti biasa aku ke sekolah menunggang basikal. Jarak rumahku ke sekolah
kira-kira dua kilometer saja. Aku menunggang dengan penuh hati-hati dan
sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya.

Beberapa pelajar lain turut menunggang basikal. Mereka menunggang


secara bersaing dan berlumba-lumba pula. Mereka sempat bergurau senda
juga semasa menunggang basikal.

Di suatu selekoh, datang sebuah kereta dan arah yang bertentangan. Kereta
itu dipandu laju. Pemandu kereta itu mencuba mengelak daripada melanggar
pelajar-pelajar itu tetapi gagal.

Suatu dentuman yang kuat kedengaran. Pelajar-pelajar itu kemalangan


Seorang daripadanya terpelosok ke dalam parit manakala seorang lagi
terbaring di bahu jalan.

Aku segera berhenti di bahu jalan lalu memberikan isyarat supaya


kenderaan lain memperlahankan kenderaan masing masing. Aku melihat
pelajar yang terbaring di bahu jalan itu tidak bergerak. Fahamlah aku

bahawa pelajar tersebut telah meninggal dunia. Pelajar yang seorang lagi
mengerang kesakitan. Pelajar itu segera dikejarkan ke hospital oleh orang
ramai.

Kemalangan yang berlaku di depan mataku amat mengerikan. Begitulah


padahnya jika seseorang tidak mematuhi peraturan di jalan raya. Aku
semakin berhati hati semasa menunggang basikal di jalan raya.
Cara-cara menggembirakan hati ibu bapa
Ibu bapa merupakan orang yang banyak berjasa kepada kita. Tulis karangan
cara-cara kamu menggembirakan hati ibu bapa.
Ibu bapa merupakan insan terpenting. Tanpa mereka, kita tak akan lahir ke
dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih saying yang sejati hingga
sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan kita. Oleh sebab itu,
wajarlah kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati mereka.
Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berakhlak mulia. Akhlak
mulia akan menyebabkan seseorang itu mentaati perintah agama,
menghormati orang lain, bertanggungjawab, berdisiplin dan sebagainya.
Anak-anak yang berakhlak mulia juga akan sentiasa menjaga nama baik ibu
bapa dan keluarga. Hal yang demikian, sudah tentu akan menggembirakan
hati ibu bapa.
Ibu bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar
bersungguh-sungguh. Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan
mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita
mestilah rajin belajar agar ibu bapa kita gembira serta memperoleh masa
depan yang lebih cerah.
Di samping itu, kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh membantu
mereka dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti menjaga adik,
mengemas rumah dn sebagainya. Dengan itu, kita kita dapat meringankan
beban mereka dan ini tentu menggemb irakan hati mereka.
Selain itu, ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati mereka.
Bercakap dengan sopan, bersalam dan mencium tangan, mendengar
teguran dan nasihat, mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan

dengan mereka contoh kita menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini agar
ibu bapa kita sentiasa gembira bersama anak-anak.
Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat ibu
bapa kita sentiasa gembira.Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk
menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa agar hidup kita lebih diberkati.
CARA-CARA ANAK-ANAK MENGHORMATI IBU BAPA
Pada zaman dahulu, semua orang disaran agar menghormati ibu bapa.
Dalam kehidupan seharian, ibu bapa memainkan peranan penting. Untuk
anak-anak mereka kerana mereka sanggup berkorban demi kebahagiaan
anak-anak. Terdapat banyak cara bagi anak-anak untuk menghormati ibu
bapa.
Cara-cara seperi beradab sopan, tidak membantah kata-kata mereka,
melayani mereka dan sebagainya. Cara pertama adalah beradab sopan. Kita
haruslah beradab sopan seperti bercakap perlahan-lahan dan juga tidak
membantah kata-kata mereka.
Selain itu, kita patutlah melayani mereka dengan baik dan mesra. Cara ini
dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak.
Contohnya, apabila mereka pesan kepada kita, kita haruslah patuhi arahan
mereka.
Seterusnya, kita tidak sepatutnya meluahkan kata-kata yang menyakiti
perasaan mereka. Contohnya, walaupun ibu bapa memarahi kita, kita juga
tidak harus meluahkan perasaan tidak seronok. Perbuatan ibu bapa tersebut
adalah demi kebaikan untuk kita.
Akhir sekali, ibu bapa hendaklah dihormati oleh anak-anak yang sedang
bekerja kerana ini merupakan peluang untuk mereka membalas budi dan
menyara ibu bapa. Contohnya, kita member duit gaji kepada ibu bapa.
Kesimpulannya, semua anak hendaklah menghormati dan tidak patut
melupakan pengorbanan mereka yang telah diberikan kepada anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai