Anda di halaman 1dari 5

Minggu 1

Belum berdaftar
Minggu 2
Sudah berdaftar. Tetapi menjalani minggu orientasi selama seminggu.
Minggu 3
(16 Januari 2012)
Hari ini merupakan hari pertama saya mengikuti kuliah Teknologi Pengajaran dan juga
merupakan kali pertama saya berhadapan dengan pensyarah kami iaitu Pn. Ros Ayu
Abdullah. Dalam kuliah pertama ini, kami diberi penerangan mengenai Pro Forma
kursus ini.

Pada peringkat awalnya berasa kurang faham apabila diterangkan oleh

pensyarah mengenai kursus Teknologi Pengajaran yang akan kami jalani semester ini.
Tetapi apabila pensyarah kami menunjukkan Pro Forma kursus, segala ketidak fahaman
telah dapat diatasi. Melaluinya, dapat saya ketahui mengenai topik-topik yang akan
kami pelajari, pembahagian markah, serta rujukan-rujukan yang harus kami gunakan
bagi mendapat maklumat tambahan.
Selepas penerangan tersebut, kami telah memulakan topik pertama iaitu Pengenalan
Teknologi Pengajaran. Dalam topik ini, kami telah mempelajari mengenai konsep,
peranan, prinsip dan perkaitan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Ini menyebabkan saya sedar kepentingan pengaplikasian teknologi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak kira sama ada bagi murid sekolah
rendah atau pun bagi pelajar sekolah menengah.

Minggu 4
( 23 Januari 2012)
Cuti Tahun Baru Cina selama seminngu

Minggu 5
(30 Januari 2012)
Minggu ini, topik pembelajaran kami ialah media pengajaran. Kami telah diterangkan
mengenai konsep media, definisi, prinsip pemilihan yang sepatutnya bagi P&P, fungsi
media dalam P&P, kaedah pemilihan media, dan juga klasifikasi media. Sebelum ini,
saya kurang arif mengenai klasifikasi media dan juga kriteria yang sepatutnya
diaplikasikan bagi mengajar sesuatu pengajaran.Selepas mengikuti kuliah ini, saya
yakin yang apabila mengajar nanti, saya akan menggunakan bahan media yang
sepatutnya dengan mengambil kira faktor-faktor seperti objektif pembelajaran, populasi
pelajar, isu pembelajaran dan sebagainya.Bagi aktiviiti mingguan pula, secara
berpasangan kami diberi tugasan untuk nyatakan fungsi dan peranan utama mediamedia dalam proses PnP.
Minggu 6
( 6 Januari 2012)
Tajuk pelajaran hari ini ialah Pembangunan Media Pengajaran iaitu merekabentuk
pengajaran (ID Instructional Design) bagi proses pengajaran. Kami diterangkan
mengenai beberapa model rekabentuk yang boleh diaplikasikan dalam P&P. Antara
cadangan model ialah Model ADDIE, Model ASSURE, Model Dick & Carey, dan
sebagainya. Setelah mempelajari tentang model-model ini, barulah saya sedar bahawa
semasa seseorang guru merancang rancangan pengajaran harian, ada perkara-perkara
yang harus dititik beratkan agar pengajaran yang hendak dilakukan tidak terpesong dari
sukatan yang sepatutnya dan juga agar dapat menjalankan suatu proses pengajaran
dan pembelajaran yang efektif. Ini merupakan pertama kalinya saya mendengar namanama model tersebut. Oleh itu,saya berasa ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagi
tujuan pengaplikasiannya nanti di alam pekerjaan.

Minggu 7
(13 Februari 2012)
Tajuk pembelajaran ialah merancang pengajaran. Dalam tajuk ini, kami diberi
keterangan tentang pengaplikasian model- model reka bentuk yang diajar pada minggu
ke 6 semasa membuat rancangan pengajaran harian. Kami dikehendaki memilih salah
satu model rekabentuk dan gunakannya semasa membuat RPH. Antara sub topik yang
diajar pada hari ini ialah pengenalan kepada instructional planning dan keperluan
merancang pengajaran. Juga diberi penekanan kepada teori-teori pembelajaran dalam
teknologi pengajaran.
Minggu 8
( 20 Februari 2012)
Dalam pembelajaran minggu ini, kami diterangkan dan diajar mengenai merancang
aktiviti bagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam rancangan pelajaran harian.
Di mana, kami telah mengetahui media-media yang harus atau yang boleh digunakan
dalam aktiviti pengajaran sambil mengintergrasikan teknologi dalam proses tersebut.
Media yang boleh digunakan adalah terdiri daripada media cetak dan media bukan
cetak.

Mengikut

Pn.

Ros,

penggunaan

media-media

perlu

bagi

memastikan

keberkesanan penyampian pengajaran dan pembelajaran berlaku. Penggunaan media


dalam P&P perlu disertakan dengan pengaplikasian teknologi agar menjadi lebih
menarik serta bagi memudahkan penyampaian maklumat.
Minggu 9
( 27 Februari 2012)
Tajuk pembelajaran hari ini ialah prinsip dan peranan grafik, animasi, audio, perkakasan
serta perisian dalam P&P. Bagi diberi peluang oleh pensyarah untuk mencuba
menggunakan perisian iSpring_free iaitu melalui power point. Dalam perisian ini, segala
isi pengajaran dan pembelajaran akan dipersembahkan dalam penggunaan power
point. Dan kemudiannya akan convert melalui perisian iSpring ini. Segala maklumat

dan penyampaian dapat muat dalam laman web. Sebelum ini, saya tidak pernah
mempunyai pengetahuan mengenai perisian tersebut, sehinggalah telah diajar oleh
pensyarah kami pada hari ini. Amat bersyukur dan berterima kasih kepada Pn. Ros.
Minggu 10
( 7 Mac 2012)
Pembangunan media atau objek pembelajaran merupakan topik yang diajar pada hari
ini. Juga diterangkan mengenai penggunaan perisian open source atau freeware oleh
pensyarah. Saya telah mempelajari panduan untuk membina objek pembelajaran
dengan aplikasi

eXe. Pengajaran topik ini amat membantu saya untuk dijadikan

panduan bagi melaksanakan Kerja Kursus Pendek bagi kursus Teknologi Pengajaran.
Minggu 11
Cuti semester selama seminggu.
Minggu 12
( 26 Mac 2012)
Kuliah hari ini diteruskan dengan sambungan mengenai panduan membina objek
pembelajaran perisisan open source. Panduan tersebut diterangkan melalui model
rujukan atau piawaian iaitu SCORM, IMS. Pada mulanya, saya mengalami kesukaran
untuk mengikuti topik yang diterangkan kerana telah lupa tentang topik yang diajar
sebelum cuti semester. Memandangkan topik ini adalah merupakan kesinambungan
daripada topik tersebut, maka Pn. Ros telah mengulangkaji sedikit megenai sebelumnya
agar kami dapat memahami dengan lebih jelas dan juga serba sedikit dapat kami
mengimbas kembali topik yang lalu.
Minggu 13
( 28 Mac 2012)
Dalam kuliah hari ini, kami diterangkan cara membina dan membentuk latihan mengikut
perisian yang dikenali sebagai Hot Potatoes. Dalam perisian ini terdapat 5 bentuk

latihann yang boleh digunakan untuk menyediakan latihan bagi murid sekolah.
Antaranya ialah JCloze, JCross, JMix, JMatch, dan JQuiz. Melalui ini, saya dapati
bahawa perisian ini sungguh mudah dan senang untuk digunakan. Ia merupakan cara
yang paling mudah untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kami dikehendaki untuk mereka bentuk latihan mengikut tajuk yang diberikan dalam
bentuk kumpulan. Kemudiannya perlu dibentangkan.
Minggu 14
( 21 Mac 2012)
Kuliah hari ini diteruskan dengan pembentangan kumpulan yang bertajuk Hot Potatoes.
Setiap kumpulan telah dibahagikan mengikut sub tajuk yang kecil dan dikehendaki
menunjukkan cara menggunakan perisian tersebut mengikut langkah demi langkah.
Setelah pembentangan tersebut, setiap guru pelatih dikehendaki membuat atau
membina soalan dengan menggunakan 5 perisian tersebut dan dijadikan sebagai aktiviti
mingguan. Ini menyebabkan kami dapat mengetahui dengan lebih terperinci dan secara
lebih terdekat.

Minggu 15
( 09 April 2012)
Penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kami dikehendaki
secara kumpulan untuk mereka blog dan memasukkan beberapa

maklumat serta

tugasan kami ke dalamnya. Kami melakukan perbincangan secara kumpulan mengenai


bentuk

blog serta maklumat maklumat yang perlu kami masukkan. Saya secara

peribadinya berasa seronok dan teruja apabila mampu menghasilkan blog sendiri
dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada teman sekelas serta pensyarah kami.

Anda mungkin juga menyukai