Anda di halaman 1dari 4

KEJUJURAN PEMUDA MISKIN

Pada zaman dahulu, di dalam sebuah kampung, tinggal


seorang pemuda yang sangat miskin. Pemuda itu bernama
Hang Jati. Walaupun hidupnya miskin, dia tidak pernah
meminta belas kasihan daripada penduduk-penduduk kampung
dan tidak pernah berbohong terhadap mereka. Hang Jati selalu
mengambil upah bekerja membersihkan kebun atau ladang
orang-orang kaya di dalam kampung itu.
Pada suatu hari, seorang pembesar istana, iaitu
Laksamana Tun Razi datang ke pondoknya.
Wahai Hang Jati ! Sesungguhnya aku diperintahkan oleh
sultan negeri ini, iaitu Sultan Mustar Shah untuk membawa
kamu menghadap baginda di istana, kata Laksamana Tun
Razi.
Hang Jati tidak tahu apakah jasa atau kesalahannya
sehingga sultan ingin bertemu dengannya.
Dalam perjalanan menuju ke istana, Hang Jati bertanya
kepada Laksamana Tun Razi. Wahai tuan hamba, kenapakah
sultan ingin bertemu hamba yang miskin lagi hina ini ?
Ohh itu hamba tidak tahu. Mungkin ada sesuatu yang
menarik atau kelebihan pada diri kamu yang menjadikan Sultan
Mustar Shah teramat ingin bertemu dengan kamu, wahai Hang
Jati ! kata Laksamana Tun Razi.

Ampun tuanku, inilah Hang Jati yang tuanku ingin


ketemu itu, kata Laksamana Tun Razi.
Bagus dan terima kasih, Laksamana !
Baik, kamu semua keluar dari bilik balai penghadapan ini.
Apabila bilik penghadapan telah kosong, Hang jati
bertanya, Ampun tuanku beribu ampun, sembah patik harap
diampun. Apakah tujuan hamba dipanggil ke istana ini, wahai
tuanku ?
Hahhahhah Sultan Mustar Shah tertawa sehingga
menampakkan giginya yang putih itu.
Sebenarnya tiada apa-apa, Cuma beta berasa kagum
terhadap sikap kamu yang tidak mahu menerima bantuan
orang lain, walaupun hidupmu susah dan miskin, kata sultan.
Ampun tuanku, jika hamba tidak diperlukan di istana ini,
alangkah baiknya kalau hamba dibenarkan pulang dan
membuat kerja hamba di ladang dan kebun.
Sultan tidak membenarkannya. Sultan berharap Hang Jati
menginap di istana untuk semalam.
Hang Jati bersetuju untuk bermalam di istana. Maka pada
malam itu, Sultan Mustar Shah telah meminta Hang Jati untuk
melakukan satu tugas rahsia iaitu mencari pokok delima emas.
Hang Jati amat terkejut. Sekiranya Hang Jati gagal, dia
akan menerima hukuman yang berat daripada sultan. Hang Jati
menjadi risau dan bimbang.

Pada keesokannya harinya, Hang Jati pun berangkat


mencari pokok delima emas. Berbagai-bagai rintangan dan
kesusahan yang dihadapinya. Akhirnya dia berasa kecewa dan
putus asa.
Hang Jati berehat di bawah sebatang pokok lalu tertidur.
Dalam tidurnya dia bermimpi, seorang lelaki tua berjubah pituh
datang menemuinya dan berkata, Hei, Hang Jati ! Pokok
delima emas yang kamu cari itu terdapat di alam bunian. Pergi
dan mohon izin daripada Raja Bunian.
Hang Jati terjaga lalu meneruskan perjalanannya. Tibatiba Hang Jati ternampak sebuah perkampungan yang sungguh
indah, cantik dan berbau harum.
Oleh sebab terlalu haus, Hang Jati minum seteguk air di
sungai yang jernih itu. Tiba-tiba, datang dua orang pemuda
yang lengkap bersenjata, berpakaian indah bagai panglima.
Hei ! Siapa kamu ? Bagaimana kamu boleh berada di
kampung ini ? tanya salah seorang pemuda itu. Kedua-dua
pemuda menangkap hang Jati dan membawanya menghadap
Raja Bunian.
Wahai Raja Bunian, hamba tidak berniat jahat,
sesungguhnya kedatangan hamba adalah mencari pokok
delima emas untuk diberikan kepada sultan hamba, kata Hang
Jati.

Raja Bunian tidak terkejut dengan permintaan Hang Jati.


Wahai Hang Jati, kamu pemuda yang jujur dan tidak pernah
berbohong. Walaupun miskin harta, tetapi hati dan jiwa kamu
sangat kaya dengan pekerti yang mulia. Pergilah kau
mengambilnya. Aku Raja Bunian tidak menghalang niat dan
hajat kamu itu, kata Raja Bunian.
Akhirnya, Hang Jati dapat mengambil pokok delima emas
itu. Dia memohon daripada Raja Bunian untuk kembali kea lam
nyata. Raja Bunian membaca doa dan secara tiba-tiba, Hang
Jati telah berada di dalam hutan semula.
Tanpa berlengah, hang Jati bergegas pulang menuju ke
istana sultan. Apabila tiba di istana, Hang Jati terus menemui
Sultan. Dia menyerahkan pokok delima emas itu kepada
sultan. Alangkah terperanjatnya sultan apabila Hang Jati
berjaya memperolah pokok delima emas yang dihajatinya itu.
Pokok delima emas ini tidak boleh diperoleh melainkan
orang yang jujur dan amanah. Akhirnya Sultan Mustar Shah
mengambil Hang Jati sebagi anak angkatnya. Hang Jati hidup
aman dan bahagia di istana.

Anda mungkin juga menyukai