Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan


pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan
kurikulum memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat menyediakan
peluang pendidikan berterusan yang memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
Penggubalan ini bertujuan untuk menyediakan warga Malaysia yang mampu menghadapi
cabaran pendidikan masa kini selaras dengan perubahan globalisasi yang pesat. Seni
dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu seni, muzik dan
pergerakan. Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan
seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan dapat menjana perkembangan kanak-kanak
melalui peningkatan persepsi, estetika dan kreativiti mereka yang melibatkan ketiga-tiga
jenis seni tersebut dan seterusnya dapat membantu membentuk insan yang lebih bersifat
holistik. Mengikut Teori Konstruktivisme, kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif
dan mempunyai interaksi sosial dalam persekitaran yang selamat dan kondusif melalui
aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek. Oleh itu, Seni Dalam Pendidikan
membolehkan murid / kanak-kanak mengekspresikan idea-idea mereka secara bebas dan
kreatif. Seni menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan irama manakala
gerakan lebih kepada penggunaan ruang. Unsur warna, irama dan pergerakan digabungkan
untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Hal ini akan
mendorong guru dan pelajar lebih kreatif. Seni dapat merangsang deria dan minda pelajar,
membantu

pelajar

meningkatkan

pemahaman

dan

menjadikan

pengajaran

dan

pembelajaran lebih berkesan. Kanak-kanak akan meneroka warna, irama dan pergerakan
untuk mendapat pengalaman baharu yang akan meningkatkan kreativiti mereka. Seni Dalam
Pendidikan memberi peluang kepada guru-guru untuk mengesan kepekaaan deria kanakkanak dengan irama, warna dan ruang melalui penerokaan, pengalaman dan ekspresi.

Anda mungkin juga menyukai