Anda di halaman 1dari 2

SK SRI PETALING

Jalan 12/15,
46200 Petaling Jaya.

Telefon : 03-12345678

Kepada,
Ibu Bapa/Penjaga

Tarikh : 18 APRIL 2013

Tuan/Puan
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS & AQUARIA, KLCC
Merujuk kepada perkara di atas, Pihak Sekolah SSP dan PPD Petaling Utama telah merancang
lawatan tersebut yang diadakan pada 22 MEI 2013 (RABU).
2. Tujuan lawatan ini adalah untuk ;
2.1 Meningkat dan meluaskan pengetahuan sedia ada murid.
2.2 Memberi pendedahan tentang destinasi pelancongan yang menarik.
2.3 Menanam semangat patriotisme di kalangan murid-murid
2.4 Mengetahui tentang tempat-tempat yang menarik dan dapat meningkatkan minat
murid tentang sains.
3

Disebabkan urusan lawatan perlu diuruskan sekurang-kurangnya 5 minggu sebelum


lawatan, adalah diharapkan murid-murid dapat membuat pendaftaran segera. Bayaran
sebanyak RM 50.00 hendaklah disertakan semasa membuat pendaftaran. Bayaran ini
adalah untuk ;
3.1 Pengangkutan
3.2 Tiket masuk ke tampat lawatan dan program khas.
3.3 Makanan dan minuman

Aturcara lawatan adalah seperti berikut ;


8.00 pagi
: Bertolak dari Sekolah
8.45 pagi
: Tiba di Petrosains
9.00 pagi
: Lawatan ke Petrosains
11.30 pagi
: Workshop/lawatan ke Petrosains bersambung
1.30 petang
: Makan tengahari/solat Zohor
3.00 petang
: Program lawatan ke Aquaria
5.00 petang
: Bertolak pulang
6,00 petang
: Dijangka sampai ke sekolah

Adalah diharapkan kepada ibu bapa / penjaga supaya menjemput anak di sekolah pada masa
yang telah ditatapan
Sekian, terima kasih
Yang Benar,
___________________
(
)
Guru Pengelola Lawatan
SK Sri Petaling

_____________________
(
)
GPK Kokurikulm,
SK Sri Petaling

UNTUK DIPENUHKAN OLEH IBU BAPA / PENJAGA MURID


Nama Ibu Bapa / Penjaga :_____________________________________________________
No. Kad Pengenalan :________________________ Tel. rumah :_______________________
Tel. Pejabat : ___________________________ _ Tel. Bimbit : ______________________
Alamat Rumah : _____________________________________________________________
_____________________________________________________________
____________________________________________________________________________
Guru Pengelola Lawatan,
SK Sri Petaling,
Jalan 12/15,
46200, Petaling Jaya.
Tuan,
KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA MURID
1. Nama penuh murid :_____________________________________________(huruf besar)
2. Jantina : Lelaki / Perempuan

Kelas : ________________________________

3. Tarikh lahir : ____________________

No. Sijil lahir / KP : _____________________

4. Saya Ibu Bapa / Penjaga murid di atas membenarkan anak / jagaan saya menyertai dan
mengikuti lawatan ke Petrosains dan Aquaria KLCC pada 22 MEI 2013 (RABU)
5. Sesungguhnya saya faham bahawa pihak sekolah dan badan pengelola telah memberi
penerangan dan mengambil langkah keselamatan dan pengawasan. Oleh itu saya mengaku
tidak akan mendakwa atau menuduh mana-mana pihak sekiranya berlaku kemalangan atau
kecerderaan terhadap anak / jagaan saya semasa dalam perjalanan dan ketika mengikuti
aktiviti tersebut.
6. Saya memberi kebenaran kepada pihak pengelola aktiviti ini atau wakilnya untuk memberi
apa juga pertolongan perubatan kepada anak / jagaan saya jika difikirkan munasabah dan
praktik dalam sesuatu keadaan kecemasan jika perlu.
7. Bersama surat ini disertakan wang tunai sebanyak RM50.00 seperti mana yang diperlukaan
dalam lawatan ini.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar
_________________________________
(
)

Tarikh : ______________

Anda mungkin juga menyukai