Anda di halaman 1dari 6

KESELAMATAN PERKHIDMATAN

Keselamatan Bilik Darjah


Keselamatan bilik darjah penting kerana ianya adalah tempat untuk murid-murid
berada sepanjang waktu persekolahan. Oleh itu ianya perlu dijamin tahap
keselamatannya supaya murid-murid dan guru tidak berasa gusar ketika proses
pengajaran dan pembelajaran.
Ciri-ciri bilik darjah yang selamat

Lantai yang baik tidak pecah atau berlubang.


Pintu kelas yang boleh digunakan ketika berlaku kecemasan.
Tingkap yang bercermin dan berfungsi dengan baik.
Alatan elektrik yang berfungsi dengan baik.
Susun atur kerusi meja murid yang selesa.
Mempunyai pelan kebakaran.
Syiling yang baik dan tidak bocor.

Peranan pentadbir dalam menjamin keselamatan bilik darjah.

Menyediakan bilik darjah yang kondusif supaya pengajaran dan

pembelajaran berjalan dengan selesa.


Memastikan setiap bilik darjah mempunyai bekalan elektrik yang baik agar

kipas dan lampu berfungsi apabila diperlukan.


Menyediakan peraturan di dalam bilik darjah yang standard dan

memastikan semua pihak mematuhi peraturan tersebut.


Memastikan keadaan fizikal bilik darjah dalam keadaan yang baik iaitu
tiada keretakan pada dinding, kebocoran pada syiling bilik darjah tidak

berlaku dan keadaan lantai yang tidak berlubang ataupun pecah.


Mewujudkan jawatankuasa sekolah selamat yang memantau tahap

keselamatan setiap kelas.


Melalui jawatankuasa 3K, mewujudkan pelan kebakaran yang perlu
dipatuhi oleh semua pihak jika berlaku kebakaran.

Peranan guru kelas dalam memastikan keselamatan bilik darjah

Melantik Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas untuk membantu

menjaga disiplin murid ketika ketiadaan guru di dalam kelas.


Menyediakan jadual waktu kelas agar pembelajaran murid teratur.
Menyediakan jadual bertugas kelas agar kebersihan dan keceriaan kelas

terjamin.
Menyediakan peraturan kelas agar menjadi panduan kepada murid untuk

menjaga tingkah laku ketika berada di dalam kelas.


Melaporkan dengan segera kepada pihak pentadbir jika berlaku sebarang
kerosakan pada alat elektrik di dalam kelas.

Peranan murid dalam memastikan keselamatan bilik darjah.

Menyapu lantai agar tiada sampah bertaburan yang boleh mendatangkan

bahaya.
Membersihkan papan putih.
Menyusun kerusi meja agar teratur dan tidak mendatangkan bahaya.
Mengemas ruang dan sudut pembelajaran.
Menyusun dan mengemas buku-buku di sudut bacaan.
Menghias dan menjaga alat-alat yang dipamerkan.
Menjaga penggunaan lampu dan kipas.
Mengelap cermin tingkap dan menghias kerusi meja.

Peraturan Kelas.

Murid dilarang membuat bising, bergurau dan mengganggu ketenteraman

kelas.
Murid tidak boleh makan dan minum di dalam kelas.
Murid tidak dibenarkan meninggalkan tempat tanpa izin daripada guru.
Murid hendaklah menjaga kebersihan kelas pada setiap masa.
Kerusi dan meja hendaklah disusun dengan teratur.
Bakul sampah hendaklah dikosongkan pada waktu pertama, sebelum dan

selepas rehat serta sebelum balik.


Papan tulis hendaklah sentiasa dibersihkan sebelum bermulanya

pembelajaran yang seterusnya.


Semasa menggunakan peralatan yang berbahaya seperti gunting, alatan
geometri, pisau dan sebagainya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, murid-murid mestilah mengikuti sepenuhnya arahan guru.

Murid-murid dilarang bergurau-gurau dan bermain-main semasa

menggunakannya.
Berhati-hati dengan suis elektrik. Jangan sentuh suis elektrik dengan

tangan yang basah.


Berhati-hati dengan suis elektrik. Jangan sentuh suis elektrik dengan

tangan yang basah.


Jangan cuba membaiki sendiri sebarang peralatan elektrik seperti lampu,
kipas, suis, dan punca elektrik yang rosak. Laporkan kepada pihak

pejabat dengan segera.


Laporkan dengan serta-merta,sebarang keadaan kecemasan yang

berlaku di dalam bilik kelas kepada guru untuk diambil tindakan segera.
Murid-murid mesti mematuhi arahan guru dari semasa ke semasa supaya

keselamatan dan kebersihan di dalam kelas sentiasa terpelihara.


Murid-murid mesti mematuhi arahan guru dari semasa ke semasa supaya

keselamatan dan kebersihan di dalam kelas sentiasa terpelihara.


Keselamatan diri adalah tanggungan pelajar sendiri. Pelajar mestilah
sentiasa menjaga keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti di dalam
bilik kelas. Kemalangan akibat kelalaian sendiri tidak dapat ditanggung
jawab oleh pihak sekolah.

Keselamatan Kawasan Pembinaan di Sekolah


Jika sesebuah sekolah sedang membuat penambahan bangunan baru, maka
semua pihak terutamanya guru haruslah bijak mengawal murid agar tidak
mendekati kawasan pembinaan kerana ianya amatlah berbahaya.
Pihak pemaju juga haruslah mengambil langkah-langkah yang proaktif bagi
menangani dan mengelakkan segala kemungkinan kemalangan yang bakal
berlaku dalam menjamin keselamatan perkhidmatan yang diberikan oleh
mereka.

Peranan Pihak Pemaju


Pihak pemaju yang diamanahkan untuk menyiapkan bangunan sekolah haruslah
peka dengan keadaan sekeliling kawasan pembinaan.
Ini kerana, kawasan sekolah adalah dipenuhi oleh kanak-kanak yang masih tidak
boleh membezakan keadaan bahaya mahupun tidak, malahan sifat ingin tahu
mereka akan mendorong mereka mendekati kawasan pembinaan yang
memungkinkan mereka terdedah kepada bahaya. Antara peranan pihak pemaju
ialah :

Membuat pagar adang setinggi 1800mm tinggi dan mengelilingi kawasan

pembinaan seperti yang telah diwartakan oleh pihak kerajaan.


Letakkan tanda amaran di tempat yang sesuai berserta simbol yang

mudah difahami supaya menjauhi kawasan pembinaan jika tiada urusan.


Pintu keluar masuk jentera haruslah ditempatkan di mana kedudukannya
dapat mencegah bahaya dan kesulitan lalu lintas kepada pelajar dan

orang awam.
Semua alat dan barang binaan hendaklah disimpan di dalam kawasan

pembinaan untuk mengelakkan murid cuba menggunakannya.


Seboleh-bolehnya, pihak sekolah haruslah cuba untuk mencari masa
yang sesuai untuk memulakan pembinaan sekolah misalnya waktu cuti
dan sebagainya.

Peranan Guru Dan Pentadbir


Pihak guru dan pentadbir sememangnya tidak boleh lepas daripada mengawal
murid-murid agar tidak mendekati kawasan pembinaan. Ini kerana, murid-murid
adalah sentiasa dekat dengan guru mereka. Jadi peranan gurulah paling besar
bagi berpesan kepada murid mereka agar menjauhi kawasan pembinaan
tersebut. Antara peranan guru dan pihak pentadbir ialah :

Sentiasa berpesan kepada murid-murid mereka semasa perhimpunan


mahupun waktu kelas supaya menjauhi kawasan pembinaan tersebut.

Denda murid yang mendekati kawasan tersebut bagi memberi peringatan


kepada murid tersebut serta murid yang lain agar menjauhi kawasan

tersebut.
Sentiasa memantau kawasan pembinaan tersebut dari masa ke semasa
dan meletakkan seorang pengawal bagi memastikan tiada murid
berkeliaran di kawasan tersebut.

Peranan Murid
Murid juga haruslah tahu menjaga keselamatan diri sendiri dan tidaklah hanya
menyerahkan bebanan tersebut kepada guru dan pihak pentadbir sahaja. Ini
kerana, semasa ketiadaan guru pada waktu petang, keselamatan murid adalah
terletak dibahu mereka sendiri. Antara peranan mereka ialah :

Sentiasa mengingati pesanan guru dan pihak pentadbir supaya menjauhi

kawasan tersebut.
Melarang rakan yang cuba memasuki kawasan tersebut dan melaporkan
kepada guru jika rakannya tidak mengendahkan larangannya.

Keselamatan Di Tempat Letak Kenderaan


Tempat letak kenderaan juga adalah satu perkhidmatan yang telah diberikan
oleh pihak sekolah kepada murid-murid serta guru-guru untuk memudahkannya
meletakkan kenderaan.
Namun, bagaimana untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah
selamat untuk digunakan oleh semua.
Semua pihak berperanan dalam menjaga dan memastikan keselamatan
perkhidmatan tempat meletak kenderaan.

Peranan Guru Dan Pihak Pentadbir


Pihak pentadbir adalah bertanggungjawab menguruskan segala hal berkaitan
sekolah dan mereka haruslah pandai meletakkan tempat letak kenderaan pada
tempat yang sesuai dan tidak menyusahkan pengguna. Antara peranan mereka
ialah :

Melarang murid menunggang basikal menuju ke tempat letak basikal

untuk mengelakkan berlaku kemalangan.


Tempat letak basikal dan kereta guru haruslah berjauhan bagi

mengelakkan kesesakan.
Pastikan tempat letak kenderaan tidak berbahaya dan tidak menghalang

lalu lintas.
Tempat letak kenderaan haruslah dibina di tempat yang sesuai dan tidak

tersorok bagi mengelakkan kecurian.


Pastikan tempat letak kenderaan mencukupi dan tersusun.
Arahkan pihak pengawal keselamatan membuat pemantauan terhadap
kenderaan-kenderaan di dalam sekolah.

Anda mungkin juga menyukai