Anda di halaman 1dari 7

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan yang pesat dalam bidang komunikasi berlaku dengan pantas. Dengan
kemunculan teknologi, telah berlaku revolusi besar dalam bidang komunikasisejagat.
Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah mengubah cara manusia bekerja. ICT juga
dikatakan dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi pelajar seperti
penggunaan teknologi sebagai medium untuk bantuan pembelajaran selain dari pembelajaran
formal di dalam kelas. Justeru itu, pengetahuan dan kemahiran mengguna serta
mengintegrasikan ICT di tahap awal pendidikan adalah sangat penting dalam membentuk dan
menaik taraf pendidikan di kalangan pelajar orang asli agar tidak mundur berbanding bangsa
lain di negara ini.Kajian ini cuba meneliti dan meninjau hubungan antara sikap, pengetahuan
teknologi maklumat dan tahap penggunaan ICT di kalangan anak-anak orang asli.

1.2 Latar belakang kajian

Masyarakat Orang Asli umumnya tergolong dalam kategori masyarakat yang miskin dan jauh
ketinggalan berbanding bangsa lain di negara ini. Tidak kira dari aspek pembangunan sosial,
ekonomi dan juga dari aspek pendidikan. Walhal Malaysia sedang berusaha gigih mengejar
impiannya menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di mata dunia menerusi harapan
yang terkandung di dalam Wawasan 2020.
Bagi merealisasikan dan memastikan matlamat tersebut tercapai, aspek pendidikan kini
diambil kira sebagai fokus utama kerajaan agar tidak ada golongan yang ketinggalan dalam
arus perdana yang serba pantas ini. Namun demikian, masih terdapat masyarakat Orang Asli
yang masih lagi tercicir dalam mengejar pendidikan (Basir,2008). Kajian yang telah
dijalankan sebelum ini mendapati faktor keciciran di kalangan masyarakat Orang Asli ini
adalah berpunca daripada faktor kemiskinan, tiadanya bantuan pendidikan, perbezaan antara
budaya dan pedagogi, ketidakhadiran murid ke kelas, dan ibu bapa yang tidak ambil peduli
dengan sistem yang disarankan oleh kerajaan akan betapa pentingnya pendidikan kepada
anak-anak mereka.
Diakui bahawa hanya melalui pendidikan, masyarakat orang asli dapat membuat perubahan
dalam kehidupan seharian mereka. Antaranya, konsep pembelajaran sepanjang hayat
seharusnya diterapkan dalam setiap isi masyarakat orang asli. Golongan ibu bapa khususnya,
haruslah peka dan sedar akan kepentingan pendidikan kepada anak-anak mereka. Mentaliti
mereka juga haruslah diubah dan tidak ditakuk lama. Mereka harus menerima perubahan
positif sekiranya ingin memajukan diri seiring dengan perkembangan semasa. Tambahan
pula, dasar pendidikan negara juga sentiasa menyokong golongan ini untuk maju ke depan.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) pembangunan ICT dalam


pendidikan akan dilaksanakan dengan tujuan utamanya adalah untuk mempertingkatkan
pembangunan infrastruktur ICT selain daripada meluaskan akses dan ekuiti kelengkapan ICT,
mewujudkan kurikulum berasaskan ICT (ICT-based), meningkatkan sistem penilaian
menggunakan ICT, menggalakkan integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran,
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar, guru-guru dan stafstaf lain,mengaplikasi ICT dalam sistem pengurusan, memperbaiki kemudahan dan
kelengkapan ICT, mempertingkat usaha dalam kajian dan pembangunan ICT, serta
usahasama antara institusi pendidikan dan komuniti sosial haruslah diterapkan bagi
menggalakkan penggunaan ICT dalam pendidikan.

Pembukaan Sekolah Kebangsaan Orang Asli telah memberi peluang kepada anak -anak
Orang Asli menerima pendidikan formal seperti rakyat lain. Selain daripada itu, ia
kesungguhan penduduk tempatan untuk menyediakan kemudahan tempat belajar bagi semua
lapisan masyarakat. Mengikut sumber Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) terdapat 93 buah sekolah di mana 100% adalah murid Orang Asli.
Pecahan sekolah Murid Orang Asli 100% mengikut negeri adalah seperti berikut iaitu Perak
(28 buah), Pahang (26 buah), Kelantan (12 buah), Selangor (11buah), Johor (10 buah), Negeri
Sembilan (4 buah) dan Terengganu (2 buah).
Kementerian Pelajaran juga berusaha untuk merapatkan jurang pendidikan di antara murid
murid sekolah-sekolah bandar dengan murid-murid sekolah-sekolah luarbandar seperti mana
yang terkandung di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Kementerian

Pelajaran berusaha membangunkan projek ICT di sekolah-sekolah orang asli dengan


pengwujudan rangkaian Schoolnet, Pusat Akses (cybercafe) dan kemudahan siaran TV
Pendidikan melalui ASTRO. Pihak kementerian berusaha membudayakan penggunaan ICT
dalam kalangan murid khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Sehubungan itu, menyedari akan betapa pentingnya ICT dalam pembangunan pendidikan
negara, maka kajian ini akan menjelaskan kedudukan anak-anak Orang Asli tentang tahap
kepenggunaan mereka menyesuaikan diri dengan kemudahan ICT yang telah di berikan
sekolah-sekolah.
1.3 Pernyataan masalah
Menurut survey yang telah dijalankan oleh pihak UNESCO Asia Pasifik yang bersidang di
Bangkok antara lain menyatakan bahawa, faktor utama yang merencat perkembangan ICT di
Malaysia ialah infrastruktur dan akses telekomunikasi adalah terhad di kawasan luar bandar
dan pedalaman.Jika dilihat dari sudut penggunaan teknologi di sekolah,

Namun

persoalannya, adakah anak-anak Orang Asli mengaplikasikan sepenuhnya kemudahan


komputer yang telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada mereka di sekolah? Menyedari
akan hakikat ini, kajian akan dijalankan bagi menilai penggunaan dan penguasaan anak-anak
Orang Asli mengaplikasikan kemudahan ICT yang telah disediakan sebagai medium bantuan
dalam pembelajaran mereka.

1.4 Objektif Kajian


Secara amnya, kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu:
a) Mengenalpasti hubungan antara sikap ICT murid dengan tahap penggunaan ICT dalam
pembelajaran.
b) Mengenalpasti hubungan antara pengetahuan ICT murid dengan tahap penggunaan ICT
dalam pembelajaran.

1.5 Soalan Kajian


Persoalan yang timbul dalam kajian ini termasuklah:
1. Adakah terdapat hubungan antara sikap ICT murid dengan tahap penggunaan ICT
dalam pembelajaran?
2. Adakah terdapat hubungan antara pengetahuan ICT murid dengan tahap penggunan
ICT dalam pembelajaran?

1.6 Hipotesis Kajian


Berikut merupakan hipotesis kajian yang diuji dalam kajian ini
Hipotesis Nol: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap ICT murid dan tahap
penggunaan ICT dalam pembelajaran.
Hipotesis Nol: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pengetahuan ICT murid
dan tahap penggunaan ICT dalam pembelajaran.
1.7 Kerangka Kajian
Kerangka konseptual merupakan gambaran kajian ini secara kasar. Ia ditunjukkan di dalam
bentuk gambar rajah. Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat faktor-faktor yang memberi
gambaran mengenai tahap penguasaan ICT dalam kalangan murid-murid di Sekolah Rendah
Orang Asli. Terdapat dua faktor yang ingin dilihat dan dijadikan sebagai objektif kajian.
Rekabentuk tersebut ditunjukkan seperti mana gambar rajah di bawah:
Sikap murid-murid
Minat
Seronok
Sedar akan kepentingan

Tahap penggunaan ICT


murid-murid Sekolah
Rendah Orang Asli di Negeri
Sembilan
5

Pengetahuan murid-murid
Kemahiran asas
Permainan komputer

1.7 Kepentingan Kajian


Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada kajian ini diharapkan dapat
mengenalpasti hubungan antara sikap ICT dan pengetahuan ICT murid dengan tahap
penggunaan ICT dalam pembelajaran. Seterusnya mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh
murid- murid orang asli menyesuaikan diri menggunakan kemudahan ICT yang telah
disediakan. Hasil daripada kajian ini juga penting kepada pihak-pihak terbabit untuk
meninjau masalah yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian bagaimanakah caranya
untuk meningkatkan sikap ICT dan pengetahuan murid anak-anak Orang Asli menggunakan
kemudahan ICT di sekolah.

1.8 Batasan Kajian


Kajian ini dibataskan kepada:
i) Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 120 orang murid tahun 4, 5 dan 6 di Sekolah
Rendah Kebangsaan Orang Asli di Negeri Sembilan. Pelajarnya terdiri daripada masyarakat
Orang Asli sepenuhnya.
ii) Instrumen yang digunakan kajian ini adalah berbentuk soal selidik
iii) Aspek yang difokuskan dalam kajian ini ialah mencari hubungan antara
pengetahuan dan sikap murid terhadap penggunaan ICT serta dalam pembelajaran mereka.
6

1.9 Definisi Operasi


1.9.1 Sikap
Sikap dalam penyelidikan ini merujuk tanggapan terhadap tiga dimensi tingkah laku iaitu
minat ,seronok dan sedar akan kepentingan ICT.. Ketiga-tiga dimensi tersebut digunakan
untuk menentukan sikap ICT pelajar asli tahun 4,5 dan 6.

1.9.2 Murid -murid tahap 2


Berdasarkan kajian ini, murid-murid tahap 2 terdiri daripada pelajar tahun
4,tahun 5 dan tahun 6 yang belajar di sekolah asli.

1.10 Kesimpulan.
Bab ini memberi gambaran tentang tujuan kajian dilakukan. Beberapa komponen penting dalam
kajian turut dibincangkan seperti pengenalan kajian, latarbelakang kajian, dan kepentingan kajian. Ini
menunjukkan pengkaji jelas akan kajian yang akan dilakukan dan berharap agar kajian ini dapat
mencapai objektifnya.

Anda mungkin juga menyukai