Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN AJK PENGANKUTAN PASCA BANJIR

Pada 15 hingga 16 januari 2015, Ipg kampus raja melawar telah merancang satu akvitivi
untuk membantu mangsa banjir di SMK Pulai Tawar, Jerantut Pahang. Saya diberi tugas
sebagai Ajk perngangkutan. Dalam Program ini, tiga unit telah dipilih secara random oleh
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) iaitu unit Pj SJK(T), unit Bahasa Melayu dan unit Matematik.
Walaupun program ini dirancang dalam masa yang singkat, malahan dari segi penembahan bus
telah diuruskan oleh Pensyarah pembimbing kami. Seramai 58 siswah pendidik telah terlibat
dalam Progam Pasca Banjir ini. Dua orang pensyarah pengiring iaitu, En. Ghazali ( Pengerusi
Persatuan Pensyarah) dan En. Amran dari unit Gergo
Sebelum
Sebelum dua hari program ini, satu perjumpaan segera diadakan dan saya dipilh
sebagai AJK Pengangkutan. Saya diarahkan untuk memastikan nama pemandu bas yang akan
diikuti. Dua buah bas ditempah untuk perjalanan kami. Nama pemandu bas ialah En. Murugan
dan En. Azmi.
Semasa
Kami telah berkumpul di garaj bas pada pukul 6.30 pagi pada 15 Januari 2015. Saya
sebagai Ketua Ajk Pengangkutan telah mengagaihkan mengikut unit masing-masing. Saya
mengarahkan Unit Pjk Sjkt dan Unit matematik untuk menaiki dalam satu bas manakala Unit
B.M menaiki satu bas.
Kami telah membawa peralatan-peralatan seperti cangkul, penyapu, skop , generator
dan sebagainya. Kesemua barang tersebut kami letakkkan di bawah bas. kami telah bertolak
dari IPG pada pukul 7 pagi. Sebelum memulakan perjalanan kami telah berdoa mengikut
agama masing-masing. Kami telah sampai di SMK Pulau Tawar , Jerantut pada pukul 12.30
tengah hari. Setelah menyiapkan kerja gotong-royong, kami telah bertolak ke SMK Padang
Saujana, Jerantut pada pukul 5.00 petang penginapan malam. Selepas menyiapkan diri, pada
jam 8 malam kami keluar untuk makan malam dengan bas. Ini kerana, kedai makanan
berjauhan dari tempat penginapan kami. Kami diberi masa selama 2 jam untuk menjamu makan
malam. Setelah menjamu selera di bandaraya Jerantut kami pulang pada pukul 10.00 malam ke
tempat penginapan.

Pada 16 januari 2015 iaitu hari Jumaat , kami teruskan lagi dengan tugasan kami. Bas
bertolak dari tempat penginapan pada jam 7 pagi. Kami memakan sarapan pagi di Bandar
Jerantut dan menuruskan perjalankan kami ke SMK Pulau Tawar. Pada Jam 9 pagi kami
sampai di Sekolah tersebut.. Kami teruskan lagi aktiviti gotong-royong kami dan menyelesaikan
tugas kami dan bertolak dari sekolah pada pukul 12.00 tengah hari. Kami mengambil makanan
tengah hari di Bandar Jerantut.pada jam 3 petang kami bertolak dari Jerantut dan sampai di
IPG kampus Raja Melawar tepat pada 8 malam.
Akhirnya, perjalanan kami tamat dengan selamat dengan kurniaan tuhan. kami
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemandu bas,yang membawa kami dengan
selamatnya.
Disediakan oleh,

Ketua AJK Pegangkutan


(MANIVAASAGAM A/L PERIYA)

Anda mungkin juga menyukai