Anda di halaman 1dari 8

1.

Pengenalan
Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direka bentuk oleh R.Henrich,

M.Molenda, J.Russell dan S.Smaldino. Tujuan bagi mereka model ini adalah untuk
menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran di dalam bilik darjah dengan
mengguanakn media. Dengan ini, perancangan pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih
baik dan berhasil apabila guru menjadikan model ini sebagai panduan pengajaran mereka
kerana ianya berfokus kepada perancangan pengajaran dalam proses mencapai objektif yang
ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilim darjah. Malah penyerapan penggunaan teknologi
dalam kaedah pengajaran ini mampu membantu murid di untuk lebih menguasai matapelajaran
tersebut. Bagi memahami bagaimana penggunaan teknologi tersebut digunakan dalam kaedah
pengajaran dan pembelajaran kita perlu juga mengetahui tentang apa itu rancanagn mengajar
dan Model ASSURE.
ASSURE yang direka bentuk adalah mengandungi enam elemen utama iaitu A =
Analyse Learner (Analisis Pelajar), S = State Objective (Nyatakan Objektif), S = Select, Modify
or Make media (Pilih Kaedah, Media dan Bahan), U = Utilise Media and Material (Gunakan
Media dan Bahan), R = Require Learner Participation (Dorang Penglibatan Pelajar), E =
Evaluate and Revise (Menilai dan Semak semula).
Keenam-enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkah berturutan di dalam
rancangan pengajaran yang disediakan. Semua langkah diatas berhubung kait antara satu
sama lain dan menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yang mantap bagi P&P.
Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan setiap langkah yang
dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan penggunaan teknologi dalam kaedah
pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4. Rancangan
pengajaran ini adalah untuk rancangan pengajaran harian selama 60 minit untuk kelas 6 Bestari
yang memiliki 25 orang murid.
Pada peringkat pertama adalah Analisi Pelajar (Analyse Learners). Guru hendaklah
menganalisis pelajar terlebih dahulu sebelum melaksanakan pengajaran. Ianya kerana analisis
pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran berlaku. penggunaan sesuatu media dalam
proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar supaya
penggunaannya berkesan dan bermakna kepada pelajar itu sendiri. Perkara-perkara berikut
harus dijadikan pertimbangan guru iaitu perkembangan tahap kognitif dan fizikal pelajar yang

akan diajar. Dengan itu bahan media yang digunakan dapat disesuaikan dengan tahap kognitif
pelajar, di mana hasil pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan. Selain itu,
perbezaan budaya dan bahasa setiap pelajar harus diberi pertimbangan. Perhatian dan
perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kita
mesti membuat analisis murid-murid kita dengan mengambil kira dari pelbagai aspek, antaranya
ialah ciri-ciri umum murid. Tajuk pembelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 4 Bestari adalah
belajar menggambar melalui teknik resis yang diambil dari sukatan pelajaran Pendidikan Visual
tahun 4. Murid berumur 10 tahun. Murid-murid ini mempunyai tahap kecerdasan yang
sederhana tinggi. Mereka sudah menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan
baik. Latar keluarga pula kebanyakan mereka adalah anak penduduk bandar yang
berpendapatan sederhana. Mereka juga terdedah kepada penggunaan komputer.
Kedua adalah kompetensi khusus peringkat masuk. Selain melihat ciri-ciri umum murid,
guru juga perlu melihat pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid. Guru juga harus merujuk
kepada aras kebolehan murid melalui pengetahuan lepas atau pengetahuan sedia ada sebelum
bermulanya. Kebolehan intelek murid, apa yang pernah dipelajari oleh murid, aras motivasi dan
penentu-penentu budaya serta kebolehan pembelajaran perlu ada supaya pengajaran guru
cepat ditangkapi dan difahami oleh murid.
Dalam rancangan ini, murid sememangnya telah didedahkan dengan mengetahui dan
mengenalpasti alat, bahan, dan teknik dalam asas menggambar dan juga manipulasi bahan
yang berasaskan bahan kering dan bahan basah.
Ketiga adalah stail

atau gaya pembelajaran. Elemen terakhir yang terdapat dalam

analisis murid ialah gaya pembelajaran. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang
berbeza. Kecenderungan murid ini berbeza kerana terdapat murid yang cenderung kepada
penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan dan kinestik ataupun pergerakan murid inilah
maka guru akan menentukan kaedah pengajaran, media pengajaran dan bahan yang
diperlukan untuk menarik minat murid supaya pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.
Kami mendapati murid-murid kami lebih cenderung kepada penggunaan ICT, benda-benda
maujud, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan.

Seterusnya, langkah kedua ialah

Nyatakan Objektif Pembelajaran. Objektif

pengajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru ke arah pencapaian yang
dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya realistik dan sejajar dengan aras
kebolehan serta minat murid. Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru
dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat
berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat
dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu
dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Malah ianya perlu dirangka secara teratur
daripada mudah kepada yang susah mengikut sukatan pelajaran dan huraian sukatan
pelajaran. Panduan objektif yang diambil kira pengukurannya perlu dilaksanakan seperti
penglibatan pelajar (Audience), peringkat boleh diukur (Behavior), keadaan / kategori
(Conditions) dan tingkat prestasi murid (Degree) akan memudahkan pencapaian objektif
tercapai. Perkara penting ialah guru tahu bagaimana hendak mempraktikkannya dan
bagaimana objektif pengajaran boleh membantu guru untuk melaksanakan pengajaran yang
berkesan sebagai contoh:
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
1. Menghasilkan gambar dengan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai serta
mengaplikasikan Asas Seni Reka.
Peringkat ini jelas dilihat pada Langkah Pertama dan Kedua Pengajaran di mana
murid melukis corak dan mewarna dengan menggunakan alat dan bahan yang
sesuai. Murid juga akan menghasilkan gambar dengan menggunakan teknik
resis.
2. Menghasilkan gambar berdasarkan tema imaginasi murid.
Murid dapat melukis gambar mengikut citarasa dan minat mereka sendi.
3. Menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan.
Pada peringkat ini, murid dapat menilai dan memberi komen terhadap hasil kerja
rakan sekelas mereka.
4. Penggabungjalinan kemahiran mendengar dan dan kemahiran belajar cara belajar.

Langkah ketiga adalah Memilih Kaedah Pengajaran. Lazimnya dalam satu proses
pengajaran banyak kaedah yang digunakan. Kaedah ini digunakan di setiap peringkat
pengajaran secara berbeza-beza. Sebagai contoh, untuk memulakan pengajaran iaitu set
induksi dimulakan dengan simulasi, diikuti dengan demostrasi, latihan dan latih tubi.
Antara kaedah pengajaran yang kerap digunakan dalam pengajaran Pendidikan Seni
Visual Tahun 4 ini ialah demonstrasi. Guru memberi penerangan dan tunjuk cara bagaimana
untuk melakar dan mewarna dengan menggunakan krayon. Guru juga akan menunjukkan
menerusi persembahan powerpoint tentang menghasilkan resis. Kaedah ini dipilih kerana
murid-murid peringkat sederhana perlukan sesuatu yang boleh membantu mencetus idea
mereka untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Selain itu, semua murid dapat terlibat sama
dengan aktiviti yang dirancang ini setelah masing-masing dapat melihat tugasan yang mereka
perlu lakukan.
Pertamanya, Pemilihan Penggunaan Media dan Bahan juga penting bagi langkah ini.
Guru hendaklah memilih media yang sesuai bagi melaksanakan kaedah yang dipilih. Pemilihan
media ialah bergantung kepada isi pelajaran , objektif, kaedah dan murid. Di dalam pengajaran
ini, guru telah memilih menggunakan CD-Rom, gambar-gambar untuk menarik minat muridmurid. Ia juga dapat menggalakan penglibatan keseluruhan murid. Penggunaan CD-Rom
dilaksanakan aktivitinya sewaktu set induksi. Guru memasang CD yang mengandungi lagu
Happy birthday dengan tujuan menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajran
ketika itu. Malah isi kandungan yang ditayangkan itu juga membantu guru untuk mengajak
murid bersoal jawab bagi memudahkan pendekatan kepada memperkenalkan tajuk pada hari
itu.
Selain itu, guru juga menggunakan slaid powerpoint bagi menarik minat murid dan
mereka dapat melihat dengan sebenarnya proses menggambar menggunakan resis. Dengan
ini, murid dapat membimbing atau menbantu murid semasa melakukan aktiviti pada masa P&P
dilakukan.
Seterusnya, Pemilihan Bahan Pengajaran. Pemilihan media yang berteraskan
penggunaan bunyi dan gambar yang terhasil dalam slaid powerpoint adalah bertujuan
membantu murid memahami dengan lebih mudah semasa P&P. Penggunaan lembaran kerja
juga membantu murid dengan cepat dan mudah mengingati dan juga memahami apa yang
diajar oleh guru dalam kelas. Penggunaan bahan seperti warna air, krayon, berus dalam aktiviti
mewarna juga membantu murid menggunakan teknik yang betul ketika mewarna.

Langkah yang kelima adalah Cadangan Penggunaan Bahan Media (Utilize media
and material). Guru hendaklah bijak memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media. Ini
kerana

penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu

murid untuk senang memahami, menggalakkan penglibatan murid dan dapat melicinkan proses
P&P. Murid akan menumpukan perhatian terhadap pengajaran jika mereka tertarik dengan
pengajaran guru pada hari tersebut. Pelbagai kaedah dapat membantu guru untuk memilih,
mengubah suai atau mereka bentuk media.
Sehubungan dengan itu, kaedah soal jawab dan perbincangan dapat membantu guru
untuk memilih bahan media yang sesuai. Pertama sekali, perbincangan. Perbincangan adalah
kaedah yang banyak digunakan dalam perancangan. Kaedah ini sesuai bagi tempoh masa
pengajaran yang panjang dan memerlukan murid mencari beberapa contoh untuk membina
peta minda dan buku skrap.
Seterusnya, kaedah soal jawab. Kaedah ini adalah kaedah yang paling popular
digunakan dalam pengajaran. Ia berupaya mewujudkan interaksi guru dan murid secara
berkesan dan juga mudah dilaksanakan. Guru mengemukakan soalan-soalan kepada murid
yang berkaiatan dengan isi pelajaran dengan tujuan untuk mengesan pengetahuan murid dan
menggalakkan murid untuk berfikir. Ia digunakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.
Dalam rancangan ini, guru akan memainkan lagu Happy Birthday dan bersoal jawab tentang
soalan-soalan yang berkaitannya.
Kaedah demonstrasi pula kaedah mengajar di mana guru menunjukkan sesuatu
demonstrasi kepada murid. Ia juga memudahkan murid melihat kemahiran yang perlu
dipraktikkan. Dalam subjek ini, guru akan menunjukkan cara melakar corak dengan krayon dan
seterusnya mewarna corak yang dilukisnya.
Selain itu, penggunaan CD dan slaid powerpoint juga digunakan semasa pengajaran.
Media ini digunakan ketika set induksi dan sesi soal jawab bagi menarik minat murid. Ia juga
membantu murid bagi mencetus idea-idea yang baru. Dalam subjek PSV, murid dapat
menggambarkan corak yang akan dilukis semasa melihat persembahan powerpoint dan ia
dapat membantu murid untuk menyiapkan tugasannnya pada masa yang ditetapkan dan
mengikut citarasa tersendiri.
Langkah kelima bagi model ASSURE adalah Memerlukan penyertaan pelajar (Require
learner participation). Penglibatan murid dan proses pengajaran dan pembelajaran adalah

aspek yang sangat penting. Murid perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat
latihan, perbincangan, latih tubi, serta projek. Dengan memastikan penglibatan aktif murid
dalam pengajaran, guru dapat meningkatkan mutu pengajarannya. Guru hendaklah merancang
dengan bijak untuk menarik perhatian murid dalam kelas. Persekitaran kelas memainkan
peranan penting dalam hal ini. Susunan kelas, kebersihan, kemudahan dan lain-lain penting
bagi menggalakkan murid untuk turut serta dalam proses pembelajaran. Selain itu, hubungan
antara murid dengan guru adalah penting. Guru hendaklah prihatin terhadap murid dan
mengtahui keperluan mereka. Dengan itu, guru hendaklah menyediakan suasana yang kondusif
bagi mereka. Guru juga hendak memilih media yang sesuai bagi tahap pemikiran dan
kebolehan murid dalam kelas itu.
Ianya penting kerana dengan melibatkan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru dapat memupuk serta meningkatkan motivasi kendiri murid. Kegiatan
pengukuhan dan pemulihan haruslah diberikan kepada murid bagi meningkatkan prestasi
mereka. Dalam rancangan ini, guru akan memberi tugasan kepada murid untuk melukis dan
mewarna setelah menunjukkan demontrasi.
Langkah yang terakhir adalah Menilai dan Menyemak semula (Evaluate and revise.
Ianya penting kerana penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses
P&P mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap
sesebuah program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan pengajaran,
dan pencapaian murid mengikut keperluan. Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan
untuk melihat kekuatan dan keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan
dapat dilakukan untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam
pengajaran. Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara.
Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang
dinilai. Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga, iaitu prestasi pelajar
berdasarkan rujukan kriteria (penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telah
ditentukan), prestasi pelajar dalam aspek kemahiran dan sikap. Pelajar akan dinilai dengan
soalan betul atau salah untuk melihat pemahaman mereka.
Menurut Heinich (1982) penilaian hendaklah dibuat secara berterusan dan bersepadu
serta menyeluruh. Ia dapat menggambarkan sejauh manakah keberkesanan media yang dipilih
terhadap prestasi murid. Objektif pengajaran diertikan tercapai jika murid-murid dapay
memahaminya. Oleh itu, guru boleh menilai sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

Pertama sekali, guru akan analisis murid sebelum sesi pengajaran bermula. Guru akan
menganalisis murid ketika Langkah 1 dilaksanakan. Guru akan bersoal jawab dengan murid
secara lisan dan akan berkongsi maklumat tentang majlis hari jadi. Selepas itu, penilaian
semasa Pembelajaran akan dilakukan pada Langkah 2 dan 3 apabila murid terlibat dalam prose
pembelajaran. Guru dapat mengenalpasti murid yang kurang memberikan respons semasa
melakukan aktiviti melakar dan mewarna. Dengan ini, guru dapat membantu murid yang lemah
untuk memperbaikinya.
Seterusnya, penilaian selepas pula dapat dilaksanakan dengan membuat apreasiasi
selepas semua murid menyiapkan tugasan mereka. Hasil-hasil murid akan diletakkan di
hadapan kelas dan akan memberi komen terhadap kesilapan yang dilakukan oleh seseorang
murid. Hasil yang terbaik akan diberi pujian dan penghargaan.
Penilaian juga boleh dibuat pada perancangan guru. Ia merupakan proses membuat
pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi
keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Namun keputusan ini bukan diambil
apabila semuanya telah berakhir. Ia berlaku sepanjang proses pengajaran iaitu sebelum,
semasa dan selepas pengajaran. Sebelum pengajaran guru akan menganalisis pelajar untuk
disesuaikan dengan kandungan, kaedah dan media yang digunakan. Penilaian diumpamakan
sebagai cara untuk menuju ke garis penamat.
Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan alat dan
bahan media secara menyeluruh harus dijalankan. Dalam penilaian itu, soalan berikut harus
difikirkan:
a)
b)
c)
d)
e)

Adakah objektif- objektif pembelajaran tercapai pada akhir pembelajaran?


Adakah alat dan bahan media yang digunakan membantu sepanjang proses P&P?
Adakah semua murid menggunakan alat dan bahan media dengan cara yang betul?
Adakah suasana pembelajaran selesa?
Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi?

Kesimpulannya, model ASSURE ialah sebuah model reka bentuk pengajaran yang paling
sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah yang memerlukan penggunaan media sebagai kaedah
pengajaran. Melalui model ini, guru lebih yakin untuk menyampaikan isi pengajaran dan
pembelajaran serta dapat memastikan objektif pengajaran dapat dicapai dengan jayanya. Ini
adalah kerana di dalam model ini terkandung elemen-elemen penting seperti analisi pelajar,

pernyataan objektif, kaedah penyampaian, pemilihan dan penggunaan media dan penilaian
diambil kira sebelum proses pengajaran dilaksanakan. Kesannya pengajaran yang dijalankan
akan lebih efektif dan objektif pengajaran tercapai.

Anda mungkin juga menyukai