Anda di halaman 1dari 8

Halliday berpendapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan perolehan

Bahasa kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan seseorang kanak-kanak dengan


kebolehan mentafsir makna,tetapi tidak menjamain pentafsiran ini boleh dilahirkan dalam
bentuk Bahasa.Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh
mempelajarari cara-cara mengggambarkan makna kognitif dalam bentuk-bentuk Bahasa yang
tepat.(Juriah long et al.1990)
Pendahuluan
Teori terbentuk hasil himpunan berbagai-bagai idea yang terlebih dahulu diuji dan dinilai
kebenarannya melalui kaji selidik ataupun eksperimen yang dijalankan ke atas subjek,sama ada
manusia ataupun haiwan.Menghasilkan sesuatu teori memakan masa bertahun-tahun
lamanya.Suatu teori mungkin dianggap benar pada suatu zaman tetapi tidak diterima pada
zaman yang lain disebabkan oleh dapatan baru.Teori tidak boleh dianggap betul atau salah
kerana teori hanyalah sebagai alat kaji selidik.Jika sesuatu teori dapat menghuraikan
pemerhatian yang dibuat dan dapat melanjutkan sesuatu kaji selidik , teori itu dianggap
baik.Jika teori itu gagal dalam menjalankan fungsi tersebut, besar kemungkinan orang yang
menjalankan kaji selidik itu akan berusaha mencari teori baru.
Bahasa adalah alat untuk berkomunikasi sesama manusia supaya dapat mencapai
persefahaman. Bahasa juga dianggap sebagai tingkah laku manusia melalui pertuturan dengan
orang lain,percakapan seseorang dapat menonjolkan personalitinya. Keupayaan berbahasa
adalahlah keupayaan semula jadi.Persoalan tentang apakah bahasa, bagaimana ia lahir,
apakah sifat-sifat bahasa dan bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa selalu menjadi
perbincangan ahli-ahli bahasa ,dengan itulah muncul bidang linguistik dan psikolinguistik.
Lingusitik - ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik iaitu kajian yang dijalankan dengan
teratur dan syarat-syarat tertentu. Segala dapatan dapat dibuktikan dari segi sains atau
empirikal melalui pemerhatian yang sah dalam lingkungan teori-teori bahasa. Psikolinguistik
kajian bahasa yang digabungkan dengan kajian ilmu-ilmu lain iaitu psikologi. Ia mengkaji
hubungsn bahasa dengan jiwa manusia. Kaji dari segi jenis-jenis bahasa,bentuk-bentuk bahasa
dan perkataan yang digunakan oleh penutur serta hubungannya dengan fikiran dan jiwa
penutur. Teori huraian bahasa merupakan pandangan ahli bahasa tentang bahasa. Teori ini juga
mengkaji bagaimana kita dapat menghuraikan bahasa tersebut dan kajian terhadap bahasa itu.
Pemerolehan bahasa adalah salah satu cara manusia untuk dapat menguasai dan
menggunakan suatu bahasa yang dipelajari atau bahasa sasaran yang dapat disesuaikan

dengan perkembangannya. Ditinjau dari segi urutannya, pemerolehan bahasa dapat


dibahagikan kepada pemerolehan bahasa pertama dan pemerolehan bahasa kedua .Harimurti
(1983:123) mengatakan bahwa pemerolehan bahasa dapat diartikan sebagai proses
pemahaman dan proses hasil berbahasa pada manusia melalui beberapa tahap yakni fasih.
Pemerolehan seperti ini lazim disebut pemerolehan bahasa pertama, ertinya bahasa yang
pertama sekali digunakan oleh setiap manusia sejak dapat bertutur.Pemerolehan bahasa kedua
berlangsung sesudah seseorang menguasai bahasa pertamanya . Fokus pemerolehan bahasa
keduanya adalah melalui belajar bahasa kedua atau bahasa asing (language learning) yang
prosesnya berlangsung secara sedar.
Pengertian pembelajaran
Pengertian umum konsep pembelajaran yang terlalu berorientasikan pencapaian
akademik.
Pengertian dalam psikologi perubahan tingkah laku yang diperlihatkan oleh seseorang
sebagai ukuran berlakunya pembelajaran dan sebagai cara untuk menghuraikan
pengertian pembelajaran.
Pengertian teori pembelajaran
Teori pembelajaran ialah pendapat atau idea ahli-ahli psikologi pendidikan yang cuba
menghuraikan apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran, bagaimana pembelajaran berlaku
dan faktor apa yang mempengaruhi proses pembelajaran ini.
Kursus Pedagogi Bahasa Melayu, membicarakan tentang bahasa yang diperjelas
menggunakan teori-teori tertentu seperti dalam Teori Huraian Bahasa yang terbahagi kepada
empat aliran pemikiran iaitu Teori Tradisional (Panini) iaitu Kajian bahasa dibuat terhadap
bentuk-bentuk tulisan. Teori Struktural (Bloomfield) bahasa merupakan Kajian tentang fonem
dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem dan ayat, Teori Tranformasi Generatif
(Chomsky) Bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus bahasa.dan Teori Fungsional (Halliday)
Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang berkomunikasi.
Terdapat pelbagai teknik, kaedah, pendekatan, dan strategi untuk memperoleh bahasa
atau mengajarkan bahasa. Hal ini berlaku kerana wujudnya pelbagai Teori Pemerolehan
Bahasa. Teori Pemerolehan Bahasa ini terbahagi kepada empat iaitu Teori Pemerolehan

Bahasa aliran Behaviorisme yang diasaskan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh
B.F.Skinner, E.L. Thondike dan B. Watson, teori pemerolehan bahasa aliran Mentalis dipelopori
oleh Piaget, Robert Glazer, John Anderson., teori pemerolehan bahasa aliran konstruktivisme,
teori pemerolehan bahasa aliran interaksionalis yang dipelopori oleh Halliday.
Dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terdapat empat
cara yang dapat digunakan oleh seorang guru iaitu dengan menggunakan pendekatan, kaedah,
strategi dan teknik dalam pembelajaran. Terdapat banyak cara untuk seorang guru mengguna
pakai cara pembelajaran seperti yang disebutkan di atas untuk di aplikasikan dalam
pembelajaran dan mengaitkan cara pembelajaran dengan teori-teori aliran bahasa seperti aliran
behaviurisme, aliran kognitif, aliran interaksionalis, dan aliran konstruktivisme.
Teori Interaksionalisme
Teori ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi dan ia
merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Teori ini menekankan pentingnya
proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran
itu. Teori ini juga menyarankan supaya guru-guru memberi banyak latihan kepada pelajarpelajar. Prinsip-prinsip yang dicetuskan daripada pandangan-pandangan ahli-ahli bahasa
Interaksionalisme adalah seperti berikut:
Pertama, penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam komunikasi bahasa.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada pembelajaran bahasa pertama dan
kedua, penyampaian makna adalah penting. Pembelajaran bahasa bukan hanya mempelajari
struktur itu tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk interaksi.
Kedua, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan
adalah berhubung rapat. Interaksionalis mementingkan kedua-dua unsur iaitu makna dan
struktur bahasa.
Dan ketiga, pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap
tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru itu dapat menyampaikan pengajaran
dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna maka murid-murid berkemampuan untuk
menggunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih.

Teori Interaksionalis (Halliday)


Teori ini melihat pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan merupakan satu proses yang
melibatkan mental dan linguistik. Teori Interaksionalis

Mementingkan aktiviti komunikasi

Pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa

Melalui interaksi kanak-kanak menguasai bahasa

Teori ini berkembang sekitar tahun-tahun 1960-an dan 1970-an. Ahli pemikiran terkenal yang
terlibat dalam aliran ini ialah Mark Halliday. Oleh hal demikian, teori ini dikenali sebagai teori
Halliday. Selain Halliday, ahli pemikiran lain teori interaksionalis ini ialah Bloom, Bowemen, dan
Schlesinger yang berpendapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan
penguasaan bahasa. Oleh hal demikian kerana kebolehan kognitif sahaja yang membolehkan
kanak-kanak mentafsir makna tetapi tidak menjamin pentafsiran boleh dilahirkan dalam bentuk
bahasa.
Teori ini berpendapat kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka
dapat mempelajari cara-cara menggambarkan makna dalam bentuk linguistik yang jelas dan
tepat. Kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan pemerolehan bahasa kerana
perkembangan kognitif hanya melengkapkan kanak-kanak dengan kebolehan mentafsir makna
tetapi tidak menjamin penglahiran dalam bentuk bahasa.persekitaran luaran dan faktor bawaan
semula jadi memainkan peranan penting dalam pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak.Kanakkanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik.Kanak-kanak menguasai bahasa kerana
keperluan untuk beinteraksi dalam situasi sosial dan persekitaran untuk memenuhi keperluan
mereka.Seterusnya kanak-kanak menyedari bahawa fungsi ujaran bukan semata-mata untuk
berinteraksi bahkan untuk menyampaikan maklumat kepada orang lain .Pada peringkat
ini mereka mula menyedari bahawa pentingnya pengetahuan tatabahasa supaya apa yang
disampaikan dapat difahami oleh orang lain.

Teori ini memandangkan pembelajaran bahasa adalah sebagai alat berinteraksi dan ia
merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistic. Teori ini
menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa
dalam sesuatu pembelajaran bahasa itu. Seseorang pelajar harus boleh menggunakan strukturstruktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna. Kebolehan ini adalah penting bagi
membolehkan mereka itu berkomunikasi dalam bahasa masyarakat itu dengan baik dan
berkesan .
Dalam pembelajaran bahasa, teori ini menyarankan supaya guru-guru memberi banyak latihan
kepada pelajar-pelajar. Walaupun pada dasarnya teori ini menganggap penyampaian makna
lebih diutamakan daripada struktur bahasa namun kedua-dua makna dan struktur harus
berjalan serentak. Langkah ini dapat menolong murid-murid menggunakan bahasa yang
dipelajarinya itu dengan betul.
Selain itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik adalah juga penting difikirkan.
Aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan membolehkan murid-murid bukan sahaja
berusaha menguasai dan memperbaiki pengunaan sistem bahasa itu tetapi juga
berkemampuan untuk menggunakannya dengan fasih dan lancar.
Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi. Seseorang menghasilkan bahasa apabila dia
memerlukannya. Sebagai contoh cikgu Zainal melakukan aktiviti lakonan agar muridnya
berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa. Perkembangan bahasa
melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui interaksi, terhasillah ayat
penyata dan ayat perintah. Hasil interaksi yang dilakukan akan mempengaruhi kanak-kanak
untuk mempelajari sistem bahasa.aran merupakan proses mental dan linguistik. Kebolehan
menggunakan struktur bahasa yang betul dalam aspek tatabahasa dan makna diutamakan
untuk membolehkan kanak-kanak berinteraksi. Guru perlu menyediakan situasi dan bahan
pengajaran yang bermakna dan berkesan. Struktur bahasa akan dikuasai dengan berkesan jika
pelajar menjalankan aktiviti dengan berkesan dan berkaitan dengan kehidupan sehari-hari .
Menurut teori ini, bahasa bukan semata-mata dikaji dari segi bentuknya tetapi perkara yang
lebih penting ialah bagaimana bahasa itu berubah-ubah sifatnya sewaktu ia digunakan untuk
berkomunikasi. Dalam perkataan lain, kajian-kajian bahasa adalah tertumpu kepada perubahan

perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa itu ketika seseorang itu berkomunikasi.

Seseorang menghasilkan bahasa apabila memerlukannya. Perkembangan bahasa


melibatkan proses kognitif & proses interaksi bahasa. Melalui interaksi terhasillah ayat penyata
& ayat perintah.
Manusia saling memerlukan pengaruh antara satu dengan lain. Melibatkan apa sahaja
yang bersangkut paut dengan cara hidup satu kumpulan manusia atau masyarakat. Manusia
dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. Dengan ini mereka dapat
memperkembangkan kepercayaan mereka terhadap dunia disekeliling mereka.
Dalam konteks pengajaran, aliran ini berpendapat sekolah ialah satu kumpulan sosial dan
pelajar harus mengembangkan kapasiti sosial mereka semaksima mungkin. Dalam proses
pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial yang sebenar, yang
memberi peluang mereka berinteraksi, kemahiran berkomunikasi, bekerjasama,
bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri.
Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka bebas untuk membuat
pilihan. Pengaruh persekitaran tidak berupaya untuk mempengaruhi mereka.
PANDANGAN DALAM Pengajaran dan pembelajaran
Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses mental dan linguistik.
Mementingkan proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam
pengajaran dan pembelajaran. Seseorang pelajar perlu menggunakan struktur-struktur bahasa
yang betul dari segi tatabahasa dan makna.Guru perlu banyak memberi latihan kepada
murid. Menganggap penyampaian makna (semantik) penting namun struktur bahasa perlu
berjalan serentak. Ini membantu murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajari dengan
betul
PRINSIP Pengajaran dan pembelajaran INTERAKSIONALIS

Penyampaian makna bermakna dalam komunikasi

Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik

Pengajaran dan pembelajaran perlu penumpuan terhadap aktiviti yang

bermakna

KELEBIHAN TEORI INTERAKSIONALIS

Merupakan interaksi sosial harian.


Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan

atau matlamat.
Banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan

sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial.


Komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang tersendiri yang
sangat penting dan saling difahami oleh setiap individu sosial.

KELEMAHAN TEORI INTERAKSIONALIS


Teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh. alau bagaimanapun, teori
interaksionalisme ini hanyalah salah satu daripada perspektif tentang pemahaman dan
pemikiran tentang dunia sosial.Perbezaan pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan
hubungan antara manusia dengan masyarakat adalah tidak terbatas. Oleh itu, sebarang
pendekatan sosiologi cuma boleh memberikan sebahagian huraian tentang manusia dan
masyarakat.

Kesimpulan, bahasa dikatakan sebagai satu fungsi kerana bahasa merupakan alat komunikasi
yang menghubungkan individu antara satu sama lain. Ia boleh menyampaikan maklumat yang
dapat memberi faedah kepada penuturnya. Dalam pembelajaran, bahasa dikatakan dapat
memberi pengetahuan tentang penggunaan tatabahasa yang betul sama ada dalam pertuturan
mahupun dalam penulisan. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan penggunaan bahasa yang
betul agar mereka dapat mengaplikasikannya dalam pertuturan seharian.

RUJUKAN
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti.
Juriah Long et al(1994). Perkaedahan Bahasa Melayu(Edisi Ke-4). Kuala Lumpur:Fajar Bakti
Sdn. Bhd
Kamarudin Hj. Husin(1998). Pedagogi Bahasa Melayu(edisi ke-8). Selangor:Longman
Malaysia Sdn. Bhd
http://www.scribd.com/doc/53839283/20/Teori-Pemerolehan-Bahasa-Interaksionalis
http://www.scribd.com/doc/3951911/TEORI-PEMEROLEHAN-BAHASA-1
http://kulanzsalleh.blogspot.com/2009/12/teori-pemerolehan-bahasa.html
http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/pengenalan-bahasa.html
http://inspirasi-smallprincess.blogspot.com/2009/04/teori-interaksionisme.html

Anda mungkin juga menyukai