Anda di halaman 1dari 15

FORMAT PENULISAN PROPOSAL

KEPERLUAN DALAM KERTAS CADANGAN (PROPOSAL)


1. Tajuk kajian
2. Nama Pengkaji/Ahli Kumpulan Pengkaji dan Nama Sekolah yang lengkap.
3. Latar Belakang Kajian/ Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
4. Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian
5. Objektif Kajian/ Tujuan Kajian
6. Kumpulan Sasaran
7. Tindakan/Intervensi Yang Dicadangkan
8. Bahan-Bahan Yang Di Perlukan
9. Jadual Pelaksanaan Kajian

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGAPLIKASIKAN


FORMULA
PENDARABAN 2 DIGIT DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH
PISTOL & HAMMER ON THE STAIRS
Oleh:
Suhaili Binti Rahmat
SK Taman Perling,
Jln Persisiran Perling 1, Taman Perling ,
81200 Johor Bahru, Johor

1.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Masalah sifir ialah masalah utama bagi pelajar dalam membuat pengiraan Matematik. Bagi

pelajar-pelajar saya di tahun 4, mereka ini tahu menggunakan penguasan sifir tetapi bagi kelas yang
lemah mereka lambat untuk menghafal sifir. Walaupun mereka lambat yang penting mereka tahu
menggunakan sifir itu. Yang menjadi masalah saya sekarang ialah apabila saya mengajar topik hasil darab
2 digit bagi kelas 4 cerdik iaitu kelas pertengahan ada antara murid nya yang pandai , sederhana dan
lemah. Mereka ini tahu sifir, masalahnya adakala mereka keliru tentang cara atau langkah-langkah yang
perlu dijalankan untuk mendapatkan jawapan tersebut.
Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas. Apabila saya memberi soalan
berbentuk 1 digit ramai pelajar dapat menjawab dengan tepat dan cepat. Oleh itu saya berpendapat untuk
mencari hasil darab 2 digit pasti mudah. Malangnya sangkaan saya meleset apabila saya beri mereka
soalan darab 2 digit mereka tercengang-cengang. Tidak dinafikan ada antara murid yang tahu tetapi
majoritinya tidak pasti.
Saya cuba menerangkan di papan hitam. Ada antaranya faham dan ada antaranya masih keliru.
Saya bagi latihan tubi kepada mereka dan saya dapati separuh antaranya tidak faham. Saya terangkan
semula berulang-ulang kali dan akhirnya saya dapati 10 orang daripada 32 orang pelajar dari kelas 4
Cerdik masih lemah dalam pendarapan. 2 digit. Hal ini saya buktikan dalam ujian formatif 1 yang lalu.
Mereka hanya menulis soalan dalam bentuk lazim tetapi mereka tidak dapat mengaplikasikan langkahlangkah pendaraban yang saya terangkan. Saya rasa kecewa sekali kerana telah berulang kali saya
terangkan langkah-langkahnya. Saya bertanya kembali kepada diri sendiri mungkin cara penerangan saya
tidak difahami oleh mereka.
Ada juga saya bertanyakan kepada rakan-rakan guru Matematik yang lain. Apakah cara yang
mereka lakukan dan kenapa sebilangan mereka ini masih tidak dapat menjawab soalan pendaraban 2
digit. Antaranya menyatakan mereka malas berfikir, tidak membuat latihan yang diberikan dan tidak
mahu hafal sifir.
Saya telah berusaha dengan pelbagai kaedah tetapi sesetengah murid ini masih lambat dan lemah
dalam pengiraan. Oleh itu saya berfikir sekiranya saya tidak mancari cara yang betul atau formula yang

senang bagi mereka untuk mendarab 2 digit pasti masalah ini akan berlanjutan dan akan meyebabkan
kemerosotan markah mereka.

2.

FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan hasil darab 2 digit adalah

kerana :
(a) murid kurang cekap dalam penguasaan sifir.
(b) Murid susah mengingat dan memahami langkah-langkah penyelesaian.
(c)
Masalah ini berlaku dikalangan murid adalah kerana mereka tidak mahu dan malas menghafal sifir,
keliru apabila terdapat hasil darab yang memerlukan pengumpulan semula dan kadang-kala mereka lupa
langkah-langkahnya disebabkan tidak membuat latihan yang diberikan guru.
Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk. Murid akan terus keliru dan lupa langkahlangkah yang harus diselesaikan. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana
soalan yang dikemukakan kebiasaannya dianggap mudah sahaja.
Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba menerapkan unsur berbentuk mainan dalam
pengajaran dan pembelajaran.Kaedah yang saya jalankan ialah Pistol dan Hammer on the
stairs. Murid akan menggunakan bentuk pistol dan hammer yang dibina untuk mengaplikasikan formula
hasil darab 2 digit.

3.

OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:
(i)

Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengaplikasi formula pendaraban 2 digit bagi
murid tahap 2.

(ii)

Objektif khusus

Murid dapat membina dan mengaplikasi formula hasil darab 2 digit dengan betul menggunakan bentuk
Pistol dan Hammer.
Murid dapat mengingat dengan mudah langkah-langkah penyelesaian hasil darab 2 digit.
Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk permainan.

4.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar daripada 30 orang pelajar tahun 4 Cerdik yang terdiri daripada :
3 orang pelajar India
1 orang pelajar Cina
6 orang pelajar Melayu

5.

PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan masalah


Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah yang telah dibuat adalah berdasarkan seperti berikut:
(i)

Pemeriksaan buku sifir.

(ii)

Ujian Pra
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
(i) Pemeriksaan buku sifir

Sebelum memulakan P&P saya akan memberi murid 5 soalan sifir hasil darab 2 digit. Antara soalan yang
diberikan ialah 2 soalan mudah iaitu sifir di bawah 30 dan 3 soalan sukar iaitu sifir lebih daripada 30.
Contoh soalan yang diberikan ialah:
a.

2321 X 12

d.

5241 X 65

b. 1245 X 24

e.

3282 X 97

c.

1437 X 38
Analisis yang didapati daripada soalan sifir adalah seperti berikut :

Peratus markah murid dalam soalan sifir


Markah

Bil murid

Peratus

Lulus (3-5 markah )

20

67%

Gagal (0-2 markah )

10

33%

(ii) Ujian Pra


Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran seramai 10 orang yang sentiasa mendapat 0-2 markah di
dalam soalan sifir. Tujuannya adalah untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka dalam
mengira hasil darab 2 digit.
Analisis daripada ujian Pra.
Bil soalan betul

Bil muird

6 ( 60%)

4 (40%)

Didapati terdapat banyak kesilapan yang ditemui antaranya ialah:


(a)

penguasaan sifir yang kurang cekap.

(b)

Mendarab angka puluh dahulu contohnya 305 x 24 (mereka mendarab 2 dahulu)

(c)

Meletakkan jawapan pertama selari dengan jawapan kedua


Contohnya :

365

Kesilapan ditemui

X 24
1460
730
2190
(d)

Pengumpulan semula nombor yang salah.

5.3 Tindakan yang dicadangkan


Setelah analisis tinjauan dijalankan, saya akan mengumpulkan murid kumpulan sasaran saya untuk
memperkenalkan kaedah terbaru iaitu menggunakan teknik pistol dan hammer on the stairs untuk
mencari hasil darab 2 digit. Terdapat 2 aktiviti yang saya rancangkan dan murid perlu lakukan iaitu:
(i)

Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer.

(ii)

Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. ( mengisi nombor


dan menyesesaikannya)
5.4 Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan

(i)

Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer


Bahan : gunting, pisau lipat , pembaris , magik pen / pensil , 4 kertas
transparent yang berlainan warna.
Langkah 1
Setiap murid akan menggunakan 4 kertas transparent yang berlainan warna.
Murid akan membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas tersebut.
Murid melakar pistol dan hammer menggunakan 2 kertas transparent yang berlainan warna.
Kemudian gunting.

Langkah 2
Gunting bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan lubang nombor.

Langkah 3
Menggunakan kertas transparent yang lain pula lakarkan stairs dan answer box.
Lubangkan bahagian tengah kotak.

(ii)

Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. (mengisi nombor dan


menyelesaikannya).
Setelah pistol dan hammer dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan menembak dan memahat
pada sasaran yang tepat ( mengisi nombor dan menyelesaikan masalah hasil darab 2 digit ). Langkahlangkahnya ialah :
Langkah 1
Guru akan memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik (mathematics sentences) untuk
diselesaikan oleh murid.

contoh:
342 x 12 = ?
Murid akan mula mengisikan nombor pada pistol dahulu.
Cara dan pengisian nombor :
Letakkan pistol di atas sehelai kertas dan mulakan dengan mengisi nombor di dalam kotak pistol .
Kemudian selesaikan jawapan.

Langkah 2
Seterusnya, letakkan bentuk hammer pada kertas yang sama, bertindan dengan pistol .
Mula mengisi nombor.
Selesaikan jawapan.

Nota:
Pada langkah ini, murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi kerana barisan nombor pertama
telah diisi oleh bentuk pistol.

Langkah 3
Setelah jawapan pistol dan hammer dapat diselesaikan, murid akan menggunakan bentuk stairs
untuk di isikan dengan jawapan yang telah dibuat.
contoh :

jawapan pistol

= 684

jawapan hammer = 342

Langkah 4
Langkah akhir ialah dengan menggunakan kotak jawapan ( answer boxes ).
Cari hasil tambah bagi jawapan pistol dan hammer.
Isikan di dalam kotak jawapan.

6.

Bahan yang digunakan


Bahan yang akan saya gunakan dalam kajian ini ialah :-

Gunting,
pisau lipat ,
pembaris ,
magik pen / pensil
kertas A 4
transparent yang berlainan warna

7.

Jadual Pelaksanaan Kajian

Bi
l

Aktiviti

Tempoh
Pelaksanaan

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal

1 minggu

Menulis proposal kajian

2 minggu

Merancang tindakan individu/kumpulan

1 minggu

Melaksanakan tindakan aktiviti 1

1 minggu

Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1

2 minggu

Melaksanakan tindakan aktiviti 2

1 minggu

Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2

2 minggu

Ujian untuk mengesan perubahan murid

1 minggu

Refleksi kajian

1 minggu

10

Menulis laporan kajian

2 minggu

11

Pembentangan dapatan kajian untuk makluman panitia/sekolah.

1 minggu

Disediakan oleh,
Jurulatih Utama
Kajian Tindakan Negeri Johor

Refleksi ini dibuat berdasarksan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan
pada tarikh 26 April 2012 bersamaan hari Khamis. Murid-murid yang terlibat adalah
dari kelas tahun 2 Fokus seramai 35 orang. Murid-murid Tahun 2 Fokus adalah kelas
yang boleh dikatakan dalam kategori sederhana. Berlatarbelakang dari kawasan
penempatan semula penduduk dari kawasan setinggan, murid-murid di sekolah ini
kebanyakkannya adalah dari kalangan keluarga yang sederhana dari segi ekonomi dan
pendidikan. Oleh sebab itulah kebanyakkan murid-murid di sekolah ini dalam tahap
sederhana dari segi penguasaan pembelajaran mereka.
Bidang pembelajaran yang saya sampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran
saya adalah Nombor dan Operasi. Yang mana ianya termasuk dalam tajuk Operasi
tolak dalam lingkungan 1000 yang melibatkan standard pembelajaran menolak
sebarang dua nombor hingga tiga digit tanpa mengumpul semula.
Semasa menjalankan set induksi, saya dapati murid-murid seronok dan memberi
penumpuan serta aktif dengan memberi respon di mana mereka bersama-sama
mengira bola yang ditunjukkan dalam sesi ini. Bola yang berwarna-warni saya gunakan
adalah untuk menarik perhatian murid di samping dapat digunakan untuk mengaitkan
dengan operasi tolak yang akan saya sampaikan dalam pengajaran saya.
Saya telah menggunakan pendekatan atau kaedah penerangan bagi aktiviti
perkembangan isi pelajaran langkah pertama yang mana penggunaan contoh-contoh
dengan penerangan adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran terutama
pelajaran matematik yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Ini
adalah kerana ianya akan dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan lebih
berkesan. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah
difahami apabila menggunakan contoh-contoh yang mudah kepada yang lebih
konkrit. Misalnya dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita,
bentuk metafora dan sebagainya. Contoh-contoh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk
visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.
Sebenarnya pelbagai masalah telah saya lalui dalam usaha untuk menjalankan
proses rakaman pengajaran dan pembelajaran ini, yang mana pada mulanya saya telah
merancang untuk menggunakan peralatan ICT di dalam bilik makmal computer dalam
bentuk microsoft power point semasa penyampaian pengajaran saya. Malangnya pada

hari tersebut, makmal computer digunakan untuk aktiviti sekolah dan peralatan ICT
yang terdapat di dalam kelas 2 Fokus pula sememangnya telah rosak. Keadaan ini
menyebabkan

saya

mengubah

perancangan

kepada

pendekatan

penerangan

menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan papan putih dan kad-kad manila
sebagai bahan bantu mengajar (BBM)
Saya dapati murid-murid dalam kelas ini, dapat memerima penerangan dengan baik
dan mudah memahami penerangan yang diberikan. Murid-murid memberi respon
dengan menjawab soalan-soalan secara lisan yang ringkas yang diutarakan sebagai
menguji pemahaman mereka terhadap penerangan yang disampaikan. Walaupun saya
dapati ada beberapa orang murid yang kelihatan tidak memberi perhatian semasa sesi
pengajaran, saya faham kerana ketika cuaca panas dan kurang selesa. Apa yang saya
dapat lakukan adalah dengan memberi teguran dan memanggil mereka supaya
memberi perhatian.
Bagi aktiviti kumpulan pula, kaedah yang saya gunakan adalah kaedah kumpulan
pelbagai kecerdasan yang mana murid-murid terdiri dari murid-murid yang sederhana
dan lambat bagi kelas tersebut. Pengumpulan jenis ini adalah amat sesuai bagi aktiviti
pembelajaran yang memerlukan bimbingan dari murid-murid yang cerdas bagi muridmurid yang kurang cerdas. Dengan cara ini, bakat kepimpinan murid-murid yang cerdas
dapat

dikembangkan

serta

nilai-nilai

murni

seperti

semangat

bekerjasama,

bertimbangrasa, bertanggungjawab dan toleransi dapat dipupuk dalam kumpulan jenis


ini. Semasa aktiviti menjawab soalan matematik secara kumpulan, saya dapati ada
yang suka untuk menulis dan ada yang berusaha mengira menggunakan jari untuk
mencari jawapan. Setelah mereka selesai menjawab soalan yang diberi dalam
kumpulan, saya paparkan hasil kerja mereka di papan tulis dan semak bersama-sama
jawapan yang telah diberi mengikut kumpulan masing-masing. Dari jawapan yang
diberi, saya dapati mereka faham dan tahu untuk menjawab soalan matematik yang
diberi dalam bentuk ayat kepada bentuk lazim semasa menjawab. Walaupun saya
dapati ada sedikit kelemahan dalam penyediaan ruangan bentuk lazim yang mana ada
murid

yang

keliru

dalam

penyalinan

semula

soalan

di

ruangan

yang

sepatutnya. Namun ini dapat disedari sendiri oleh murid kekeliruan yang telah

dilakukan dan dapat diatasi dengan membuat sedikit pembetulan walaupun kelihatan
sedikit kotor pada ruangan jawapan mereka.
Kelemahan

yang

terdapat

semasa

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

dilaksanakan adalah bahan bantu mengajar iaitu kad yang mengandungi soalan latihan
dalam kumpulan kurang menarik dan kurang kandungan dari segi bilangan
soalan. Bilangan soalan untuk kerja kumpulan sepatutnya diberi lebih kerana mereka
akan menyelesaikan soalan secara kumpulan tetapi saya beri hanya satu soalan
kerana pengisian pengajaran yang dibuat hanya untuk tempuh tiga puluh minit. Tulisan
kurang menarik dan sepatutnya saya gunakan tulisan yang ditaip supaya kelihatan lebih
cantik dan menarik. Dari segi penggunaan ruang menjawab dalam bentuk lazim ada
kekeliruan penggunaan ruang oleh murid dan mereka menyedarinya kerana tidak
membuat tinjauan menyeluruh dahulu sebelum menulis dalam bentuk lazim. Suasana
kelas kedengaran sedikit bising kerana penglibatan murid yang aktif dan ada pula
beberapa orang yang kelihatan sedikit bosan kerana cuaca yang panas ketika itu
mempengaruhi tumpuan mereka pada pembelajaran. Namun begitu, melalui penilaian
yang dibuat semasa pembentangan hasil kerja kumpulan saya dapati murid-murid
dapat mencapai objektif yang diharapkan kerana semua soalan yang diberi dapat
dijawab dengan betul. Hal ini disokong pula dengan hasil kerja latihan bertulis secara
individu yang telah diberi. Setelah saya semak hasil kerja mereka saya dapati semua
orang dapat menjawab dengan betul sekurang-kurangnya tiga dari lima soalan yang
diberi. Latihan secara latih-tubi boleh diberikan kepada murid-murid ini sebagai kerja
rumah bagi membantu mereka dalam mempertingkatkan kemahiran menolak.
Oleh yang demikian, di sini saya boleh rumuskan bahawa kaedah-kaedah yang saya
gunakan berjaya dilaksanakan dan murid-murid menglibatkan diri secara aktif semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Saya harapkan di masa akan datang,
saya akan dapat mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah bagi menarik minat murid
supaya murid-murid akan dapat memahami sesuatu topik yang disampaikan dengan
lebih jelas. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu
pengajaran itu lebih menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar
terlibat

secara

aktif

sepanjang

sesi

pengajaran

tanpa

merasa

jemu

dan

bosan. Terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, pemilihan terhadap kaedah dan
teknik yang lebih sesuai perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya tidak
menghalang dalam melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah
dan lebih berkesan. Aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan
mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep
yang diterjemahkan dapat difahami dengan lebih jelas dan tepat. Aktiviti yang dipilih
harus mempengaruhi intelek, emosi, minat dan kecenderungan pelajar secara berkesan
serta mampu untuk menjelaskan pengajarannya.
Jika saya berpeluang untuk mengajar topik ini lagi kepada kumpulan pelajar yang
sama, saya akan gunakan pendekatan dan kaedah yang sama. Cuma semasa
penerangan saya akan gunakan kemudahan ICT supaya murid-murid akan dapat
melihat dengan jelas penggunaan ruang semasa penyelesaian soalan tolak dalam
bentuk lazim. Sememangnya penggunaan computer dan multimedia penting dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat memupuk pebagai kecekapan seperti
menggalakkan potensi imaginative, kreatif, emosi, pemikiran logic dan kritikal.
Penggunaan computer dan multimedia dalam pengajaran dengan memilih perisian
yang sesuai dengan pembelajaran adalah penting supaya kecerdasan atau IQ para
pelajar dapat dikukuhkan lagi.

Anda mungkin juga menyukai