Anda di halaman 1dari 43

UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM adalah peperiksaan awam yang paling utama di Malaysia.

Selain itu, terdapat juga ujian lain yang diduduki oleh pelajar di negara ini seperti TIMSS dan
PISA. TIMSS dan PISA sebenarnya bukan ujian tetapi adalah suatu kajian tentang pendidikan
sesebuah negara yang dijalankan oleh organisasi antarabangsa untuk menilai dan
membandingkan kualiti pendidikan sesebuah negara itu. Kajian ini juga membantu negaranegara di seluruh dunia untuk meningkatkan pembelajaran dalam Sains dan Matematik.
Berdasarkan kenyataan dalam diatas, bincangkan sejauhmanakah perubahan kaedah
penilaian dalam sistem pendidikan di Malaysia boleh meningkatkan kedudukan negara Malaysia
di peringkat dunia dalam
TIMSS dan PISA?

Saya bukan dari bidang perguruan ... Bukan juga pakar dalam bidang pendidikan.
Tapi tulisan saudara kita yg saya forwardkan dibawah ini perlu kita sama-sama
fikir... Sejauh mana masalah ini, kesannya jangka panjang kepada pembinaan
negara bangsa, impak kepada sosio ekonomi, jenayah, pengangguran dsbg pasti
bermula di sini...
Apa pendapat anda dengan artikel ini berkaitan sistem pendidikan kita?
DAN APA CADANGAN KEPADA PENYELESAIANNYA ...
INI BARU KBAT (Kemahiran berfikir aras tinggi) ... bincang bukan dengan emosi ...
tak betul bagi nasihat ... tak betul TETAP tak betul ... kalau BETUL tetap BETUL ...
bila tak betul kata betul dan yang betul kata tak betul maka hancurlah kita ...
Bincang dengan ilmu dan akal berpaksikan iman ...
Jangan mengutuk tapi sama2 fikir jalan penyelesaiannya ... OK !
marba pendidikan Malaysia Mohd Faiez Mohd Ali
Published: 22 November 2014
Dalam laporan UN Education Index Malaysia berada di kedudukan 98 daripada 181
negara. Manakala kajian Programme for International Student Assessment (PISA),
Malaysia corot di tangga 55 daripada 74. Bagi keputusan kajian Trends in
Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011 pula menunjukkan penurunan
prestasi Matematik dan Sains mendadak sepanjang empat kali penilaian daripada
tahun 1999.
Apakah maksud semua laporan penilaian pendidikan antarabangsa ini? Maksudnya,
para pelajar Malaysia adalah antara yang paling lemah apabila dibandingkan
dengan pelajar-pelajar lain di seluruh dunia.
Namun begitu.
Dilaporkan juga Gred Purata Nasional (GPN) untuk peperiksaan PMR meningkat
ketara untuk 5 tahun yang lalu iaitu 2.83 pada 2008, 2.78 pada 2009, 2.74 pada

2010 dan terbaru 2.71 pada 2011. Bilangan pelajar yang mendapat A di dalam
Matematik juga meningkat dari 26.7 peratus pada 2010 kepada 28.9 peratus pada
2011 manakala untuk subjek Sains pula meningkat dari 18.5 peratus pada 2010
kepada 21.7 peratus pada 2011. Untuk SPM pula, pencapaian 2011 dikatakan
pencapaian terbaik dalam masa 5 tahun dengan peningkatan GPN dari 5.19 pada
2010 kepada 5.04 pada 2011. (Rujukan Buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti
Bukan Kilang)
Apa pula maksud laporan peningkatan GPN mengikut prestasi PMR dan SPM ini?
Maksudnya, selama berpuluh tahun kita menipu diri kita sendiri sehinggalah datang
indeks antarabangsa keluaran UN Education Index, PISA dan TIMSS yang
membongkar perihal budaya penipuan yang selama ini berakar dalam konsep
pendidikan kita. Bagaimana mungkin GPN PMR dan SPM meningkat walhal para
pelajar kita tercampak dalam kedudukan 2/3 tercorot di seluruh dunia?
Rakyat Malaysia terkujat, sekali lagi.
Jadi sekarang kita sudah tidak boleh menipu diri sendiri lagi kerana seluruh dunia
sudah mengetahui betapa terkebelakangnya para pelajar kita dalam bidang Sains,
Matematik, literasi pembacaan dan penyelesaian masalah kritikal. Untungnya
daripada kesedaran ini, kita dapat melihat beberapa usaha transformasi
pendidikan yang dijalankan Kementerian Pendidikan disamping cadangan tokoh
negarawan seperti Tun Mahathir bagi menambah baik pendidikan kita.
Kementerian Pendidikan berjaya membuatkan masyarakat teruja dan bergantung
harap dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang setebal
248 mukasurat (yang entah siapa nak baca?) dan memuatkan 11 anjakan strategik
sebagai cadangan penyelesaian kepada masalah pendidikan kita.
Hasilnya, tercetus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menyeksa kehidupan
para guru selama empat tahun berturut-turut dengan server yang lembab dan
pertambahan kerja pengkeranian mengisi data dan mencipta statistik para pelajar.
PBS ini dimansuhkan selepas empat tahun berjalan menyebabkan para guru yang
bersengkang-mata pukul empat pagi untuk mengisi data online dan berjerih-payah
membuat dokumentasi fail pelajar berasa sakit hati dan usaha mereka seperti
tersia-sia.
Selepas PBS, lahir pula Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) secara terburu-buru yang
sekali lagi menjadikan para pelajar tingkatan tiga pada tahun 2014 sebagai tikus
makmal. Hampir dua tahun belajar mengikut format PMR sebelum mendapat
kejutan budaya PMR dimansuhkan dan digantikan dengan PBS yang tak ada
exam. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan PT3 yang perlu dihadapi dengan masa
persiapan kurang daripada dua bulan. Realitinya disaat para pelajar tingkatan tiga
disuruh menghadap PT3, sebahagian besar para guru masih terkial-kial cuba
memahami konsep PT3. Lalu bagaimana para guru yang masih belum benar-benar

mahir dengan PT3 akan mempersediakan para pelajar untuk PT3 dalam tempoh
masa kurang daripada dua bulan?
Tapi, ini kan Malaysia. Malaysia amat sinonim dengan perkataan boleh. Perkara ini
sudah pernah pun berlaku dahulu sebagai contoh PPSMI dimana para pelajar
dijadikan tikus makmal dan para guru menjadi bidan terjun yang mengendalikan
tikus-tikus ini sebelum eksperimen itu dihentikan kerana tekanan masyarakat.
Selain daripada itu, kita tidak lupa untuk mengidolakan polisi pendidikan negara
lain. Negara seperti Finland, Korea Selatan dan Jepun sering kali menjadi bahan
bicara ahli akademik terutamanya tatkala roadshow PPPM hangat dijalankan
diseluruh negara dahulu. Kita sibuk melihat kepada teori pendidikan yang
digunapakai negara-negara ini sehinggakan kita lupa masalah paling utama dalam
pendidikan kita bukannya terletak dalam perbahasan teori sebaliknya di peringkat
implementasi.
Masalah implementasi yang tidak pernah selesai
Saya pernah menulis tentang tiga perkara yang banyak mempengaruhi
implementasi polisi pendidikan. Saya ingin berkongsi tentang dua perkara tersebut
disini iaitu:
1. Mengajar mengikut kepakaran
2. Beban kerja pengkeranian yang terlampau banyak dan tidak mendatangkan
faedah sebaliknya menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran
Dua perkara ini bukanlah perkara baru. Ianya pernah disebut dan diketengahkan
semenjak tahun 80an, sepanjang tahun 90an sehinggalah sekarang dengan sasaran
Wawasan 2020 hanya tinggal 6 tahun saja lagi. Namun, perkara ini masih tidak
selesai-selesai. Bekas Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(KPPK) Siva Subramaniam pernah menyebut pada tahun 1995 tentang masalah
para guru yang ditempatkan tanpa mengikut opsyen. Sedihnya, perkara ini masih
lagi berterusan.
Tak perlu saya lambakkan statistik yang banyak dalam laporan-laporan dan kajiankajian pendidikan. Sebaliknya saya ajak anda berborak dengan antara 400,000
orang guru yang anda kenal untuk mengetahui tentang realiti penempatan guru di
sekolah. Berapa ramai guru yang belajar Matematik tapi disuruh mengajar Bahasa
Inggeris? Berapa ramai guru yang langsung tak pernah belajar teori pedagogi dan
ilmu Sains tapi apabila masuk sekolah dipaksarelakan pentadbir untuk mengajar
Sains? Dan berapa banyak sekolah yang masih kekurangan guru Kemahiran Hidup
walaupun sudah bertahun-tahun matapelajaran itu dimasukkan dalam kurikulum?
Perkara kedua, beban kerja pengkeranian. Ini adalah masalah implementasi paling
utama yang dihadapi pasukan pelaksana polisi pendidikan iaitu para guru. Dengan
begitu banyak jenis fail yang perlu disediakan di sekolah, data-data yang perlu
dimasukkan sama ada secara offline atau online secara berulang-ulang. Disamping
perlu bertungkus-lumus membuat kerja seperti mengambil dan menghantar pelajar

ke pertandingan, menghias dewan untuk sambutan hari kemerdekaan sehinggalah


ke perkara-perkara seperti membina dan mengecat bangunan sekolah dan tandas.
Sebenarnya, apa sahaja yang para guru tidak lakukan di sekolah selain mengajar?
Iya, tolong jangan buat-buat pelik seolah-olah anda sedang membaca berita hairan.
Kerja guru bukan lagi mengajar. Kerja mengajar dalam kelas sekarang ini bukan lagi
kerja paling utama. Sebaliknya banyak lagi benda-benda lain yang tiada langsung
kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang terpaksa para guru lakukan di
sekolah dan diluar sekolah.
Walaupun sejak tahun 90an lagi kesatuan guru dan para guru sudah mengeluh
meminta lebih ramai pembantu guru gred N17 untuk membuat kerja-kerja yang tak
memerlukan kemahiran pendidikan, tapi nampaknya perkara ini seperti masih jauh
untuk kita capai walaupun pada hakikatnya sasaran Wawasan 2020 itu semakin
mendekat.
Implementasi sistem pengurusan pendidikan dan pengurusan hospital.
Cuba bayangkan jika cara kerja Kementerian Pendidikan kita diaplikasikan
Kementerian Kesihatan.
Di hospital-hospital tidak terdapat ramai jururawat sebaliknya para doktor yang
perlu melaksanakan tugas-tugas selain bidang kepakaran mereka. Apabila pesakit
sampai, para doktor perlu mendaftarkan mereka dikaunter pendaftaran seperti
mana guru kelas mendaftarkan para pelajar di awal tahun serta mengambil dan
memasukkan data kedatangan setiap hari.
Setelah pendaftaran, para doktor perlu terlebih dahulu memasukkan data pesakit
ke dalam fail pendaftaran mengikut kategori dan jenis penyakit. Sama seperti para
guru yang perlu menyediakan fail untuk setiap pelajar mengikut bidang kokurikulum, kurikulum, disiplin dan peribadi. Belum masuk fail panitia, subjek,
peperiksaan dan beratus-ratus lagi fa
Dalam kekalutan para doktor yang mahu bersiap-sedia memeriksa pesakit mereka
yang sakit, mereka akan kerap kali dilanda ombak-ombak pemeriksaan pegawai
atasan yang datang untuk memeriksa kekemasan fail, data dan statistik.
Bagaimana doktor-doktor ini boleh memeriksa dan merawat pesakit mereka dengan
tenang jika asyik dikacau untuk dilihat pengurusan data dan fail mereka?
Belum kita kira jika para doktor sendiri yang perlu memandu ambulans untuk
mengambil pesakit yang kemalangan jalanraya atau hampir meninggal kerana sakit
jantung seperti mana para guru yang selalu-selalu disuruh menghantar para pelajar
sama ada untuk menghadiri pertandingan, sakit ke klinik ataupun mengikuti
rombongan.
Jika sistem sebegini diimplementasikan Kementerian Kesihatan di hospital-hospital
maka semakin ramailah pesakit yang akan mati seperti mana ramainya pelajar kita
yang seperti sudah mati otak kerana walaupun 11 tahun belajar di sekolah tetapi
masih berfikir dan menulis seperti budak tidak bersekolah. Untuk ini, siapa yang nak

dipersalahkan? Guru? Eh, bukan kita sibuk-sibuk nak tengok para guru siapkan fail
dan uruskan sekolah daripada bertungkus-lumus mengajar dan mendidik pelajar?
Memasukkan data dan statistik sama ada online ataupun offline, mengukur
ketinggian dan berat badan murid, mengemaskini fail pengurusan yang beratusratus jenis, menghantar para murid ke sana ke sini dan pelbagai lagi benda remehtemeh yang langsung tiada kesan signifikan kepada pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas serta sepatutnya boleh dilakukan pembantu pengurusan sekolah
dengan kelulusan SPM.
Jadi, mengapa kita bersusah-payah melatih para guru dalam pedagogi dan teori
pendidikan terkini jika di sekolah kita hanya perlu mereka untuk melakukan bendabenda yang remeh-temeh? Benda yang menghabiskan beratus-ratus rim kertas
setiap hari hanya untuk orang atas tengok sebelum diletakkan diatas rak sehingga
berhabuk. Tambahan pula, kenapa pula orang atas sibuk nak tengok benda-benda
ni? Sudah terang lagi bersuluh perkara-perkara yang remeh-temeh dan
menyesakkan otak seperti pengurusan fail, data dan statistik ini semua tetap gagal
membawa Malaysia gah dipersada pengukuran indeks antarabangsa seperti PISA
dan TIMSS.
Transformasi pendidikan yang bakal gagal, sekali lagi.
Ambillah Fulbright Teaching Assistant daripada Amerika Syarikat ataupun guru
pakar Bahasa Inggeris daripada India. Laksanakanlah subjek baru bagi menerapkan
nilai moral dan sahsiah seperti yang dicadangkan Tun Mahathir baru-baru ini.
Tirulah pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah mirip kaedah Finland ataupun
mengadaptasi keghairahan menjawab soalan peperiksaan dalam sistem Korea
Selatan dan China.
Apa sahaja teori, polisi dan cadangan penambahbaikan yang datang daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia setakat ini, saya percaya semuanya bakal gagal.
Dalam masa 10 tahun daripada sekarang kita akan mengulangi semula senario
kegagalan (baca: corot di PISA dan TIMSS) dan percubaan transformasi (baca:
rombakan pelan pembangunan pendidikan) yang kemudiannya bakal gagal sekali
lagi. Kenapa? Kerana kita tidak menyelesaikan masalah akar iaitu implementasi.
Ini bukannya sekadar teori saya semata-mata. Lihat sahaja sejarah perkembangan
pendidikan kita. Perkembangan kurikulum daripada General Syllabuses, ke
Pendidikan Komprehensif, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sehingga sekarang kita sudah memasuki fasa
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) yang memakan masa puluhan tahun untuk dibangunkan.
Begitu juga dengan pelbagai laporan dan pelan pendidikan daripada Laporan Razak
(1956), Laporan Rahman Talib (1960), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979),
penggubalan Akta Pendidikan (1996), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006
2010) dan kini Pelan Pambangunan Pendidikan Malaysia (2013 2025).

Mengapa setelah berjalannya kesemua laporan dan pelan pendidikan ini, kita masih
bakal gagal menghasilkan pelajar yang cemerlang diperingkat dunia? Saya percaya
kerana jurang pendidikan kita semakin melebar terutamanya di antara pelajar dari
keluarga kelas atasan dan keluarga golongan pekerja.
Pelajar dari keluarga kelas atasan mempunyai kelebihan dari segi pengaruh dan
kewangan untuk menempah pendidikan terbaik di sekolah-sekolah ternama di
Malaysia disamping menghadiri kelas tusyen berbayar. Sebaliknya para pelajar
golongan pekerja yang mendapatkan pendidikan di sekolah-sekolah harian biasa,
terpaksa bergantung harap kepada sekolah dan para guru mereka.
Namun, guru mereka tidak mungkin dapat menyediakan perkhidmatan pendidikan
terbaik. Kerana apa? Kerana guru mereka sibuk dikerah untuk menyediakan fail,
menilik data, menyimpan statistik dan lain-lain pekerjaan remeh. Guru yang
sebenarnya memegang jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kini lebih layak
digelar sebagai Pegawai Pengurusan Pendidikan.
Apabila kita terlalu taksub dengan hal-hal pengurusan maka perkhidmatan
pendidikan kita merudum jatuh. Kesannya, pelajar kita pergi sekolah dan tak sabar
nak balik. Para guru pergi bekerja dan tak sabar nak bercuti. Para pentadbir bagi
kerja dengan alasan orang atas suruh buat sebab nanti dia nak datang tengok.
Tak hairanlah kenapa kualiti pendidikan kita terus-menerus berenang di dalam
longkang.
Kesimpulannya, saya lihat perkara paling utama yang perlu dilakukan untuk
memulihara keberkesanan pendidikan kita adalah dengan cara mengembalikan
peranan, tanggungjawab serta kedudukan guru di tempat yang sepatutnya iaitu di
dalam kelas, berhadapan dengan klien utama mereka iaitu para pelajar.
Walaubagaimanapun, perkara ini masih gagal disedari mereka yang sekarang ini
sedang sibuk menyuruh guru menyiapkan lima jenis laporan berasingan untuk PT3,
masukkan statistik markah pelajar di dua portal yang berbeza, masukkan data
kedatangan setiap hari, data disiplin setiap minggu dan pelbagai lagi kerja
pengurusan lain. Semua ini atas nama transformasi pendidikan.
Transformasi apa? Transformasi caca-marba. 22 November, 2014.

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Sejauh mana pelaksanaan di Sekolah Kebangsaan Seri Cheding?
Oleh: Jaini bin Darsan
Apa kata Perdana Menteri Malaysia Tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara.
Pendidikan juga merupakanpencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi
muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja,dan menjadi
pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu
memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model Baru
Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang
menjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global.
Sistem pendidikan kita merupakan tunjang pembangunan negara.Sistem ini telah menyediakan
ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini dan generasi sebelumnya bagi memacu
pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara. Sesungguhnya, kejayaan sistem pendidikan
adalah hasil kegigihan dan dedikasi para guru, pengetua, pentadbir, pegawai dan kakitangan
sokongan yang menjadi teras kekuatan Kementerian Pelajaran sejak dahulu hingga kini. Bakti
yang telah dicurahkan oleh mereka tidak dapat disangkal oleh manamana pihak. Dalam tempoh
lebih 55 tahun negara mencapai kemerdekaan misalnya, kita menyaksikan peningkatan yang
ketara akses pelbagai peringkat pendidikan. Negara boleh berbangga dengan kejayaan kita
menyediakan pendidikan rendah dan menengah rendah yang telah mencapai tahap hampir
sejagat. Kejayaan negara menyediakan peluang pendidikan dalam tempoh yang singkat selepas
merdeka telah diakui dan diiktiraf oleh pertubuhan antarabangsa, seperti UNESCO dan Bank
Dunia. Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang
semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar
terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid.
Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan
dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang
diperlukan dalam abad ke-21. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar
menambah bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk
memahami dan menambah baik dinamik proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam usaha
mencapai hasrat tersebut, kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan Pembangunan
Pendidikan. Pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk
menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga tahun 2025.
Bersandarkan inisiatif yang telah diperkenalkan bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara,

pelan pembangunan ini menggariskan perubahan besar yang kita hasratkan. Antara lain,
perubahan yang dimaksudkan merangkum aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah
pemilihan guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah, dan
pendekatan pengoperasian Kementerian. Pelan ini dengan jelas menggambarkan faktor
penambahbaikan penting bagi setiap langkah dalam perjalanan transformasi yang bakal dilalui.
Kesemua matlamat ini melambangkan cita-cita kita yang tinggi. Namun, saya yakin kita
berupaya mencapainya. Hal ini termasuklah memastikan enrolmen sejagat pada pelbagai
peringkat pendidikan, iaitu daripada prasekolah hingga menengah atas dalam tempoh 10 tahun
akan datang, mengurangkan separuh jurang pencapaian antara kelompok kaya dengan miskin,
bandar dengan luar bandar, dan antara negeri dalam tempoh yang sama, meningkatkan
kedudukan pencapaian negara daripada kelompok sepertiga terbawah kepada kelompok sepertiga
teratas dalam kalangan negara yang menyertai pentaksiran peringkat antarabangsa, seperti PISA
dan TIMSS, dalam tempoh l5 tahun akan datang, dan membina sistem pendidikan yang
mengasuh kanak-kanak untuk menghargai keunikan identiti sebagai warganegara Malaysia.
Secara keseluruhannya, hasrat ini mesti dicapai melalui pengagihan sumber yang terancang dan
teliti, dan seterusnya memastikan setiap ringgit dibelanjakan untuk meningkatkan keberhasilan
dan kemenjadian murid. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Kementerian Pelajaran dan semua pihak yang menyumbang kepada
pembinaan Pelan Pembangunan Pendidikan ini. Saya akui bahawa bukanlah mudah untuk
melaksanakan transformasi sistem pendidikan, dan kita bakal berdepan dengan pelbagai cabaran
sepanjang tempoh pelaksanaannya. Tetapi percayalah, bukan sahaja kerajaan dan Kementerian
Pelajaran yang komited untuk mencapai kesemua matlamat ini, malah saya secara peribadi juga
komited. Dengan berganding bahu bersama-sama rakyat, saya amat yakin bahawa kita akan terus
tabah dan dapat memastikan setiap matlamat berjaya dicapai. Daripada ibu bapa, anggota
masyarakat sehinggalah sektor swasta, kita semua mempunyai peranan dalam meningkatkan
kualiti system pendidikan negara yang akan membantu menyemai benih kejayaan
anak kita, yang dapat kita laksanakan dengan bangganya. Insya Allah, marilah kita harungi
perjalanan yang menguja, mencabar dan amat penting ini secara bersama, sebagai satu
bangsa.

YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
1. Konsep Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran yang getir dalam usaha menyediakan sistem
pendidikan berkualiti. Perkembangan sosiobudaya yang sihat dan pembangunan ekonomi mapan
bergantung pada keupayaan menambah baik keberhasilan sistem pendidikan negara dengan cepat
dan berkesan, serta signifikan kepada keperluan negara. Rakyat Malaysia juga menuntut supaya
pelaksanaan inisiatif yang dirancang oleh Kerajaan adalah tekal, berkesan dan berjaya memenuhi
hasrat semua pihak. Oleh yang demikian, adalah penting untuk mewujudkan kerjasama antara
pihak berkepentingan melibatkan murid, guru, pemimpin sekolah, pegawai Kementerian serta
pihak awam untuk menghadapi cabaran ini dengan pendekatan dan strategi baharu yang lebih
kreatif dan inovatif. Berdasarkan penyelidikan dan penilaian yang mendalam dan menyeluruh
terhadap sistem pendidikan semasa di Malaysia, pelibatan awam, dan rundingan dengan pelbagai
kumpulan berkepentingan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menghasilkan laporan
awal Pelan Pembangunan Pendidikan. Pelan ini berhasrat merintis peluang yang lebih luas ke
arah keberhasilan rakyat yang berpendidikan tinggi dan berdaya saing. Pendidikan memainkan
peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Untuk itu,
proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan penentu
utama kejayaan masa depan negara. Dalam ekonomi global masa kini, kejayaan sesebuah negara
bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya. Maka
tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi
mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara. Pendidikan juga merupakan
asas pembentukan negara bangsa yang bersatu padu. Melalui pendidikan, individu berpeluang
meningkatkan kualiti hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya, serta aktif menyumbang
kepada pembangunan negara. Pendidikan juga menyumbang kepada penghayatan nilai dan
perkongsian aspirasi apabila individu dari pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan
etnik berinteraksi serta belajar memahami dan menerima perbezaan. Nilai dan pengalaman yang
dikongsi akan mengukuhkan lagi perpaduan dan membentuk satu identiti nasional. Oleh yang

demikian, sistem pendidikan negara mesti berupaya melahirkan generasi yang mempunyai
matlamat dan impian yang sama ke arah pembangunan negara Malaysia yang lebih maju pada
masa depan. Baru-baru ini, sistem pendidikan negara sering menjadi perhatian dan bahan
perdebatan. Polemik ini berbangkit disebabkan jangkaan ibu bapa semakin meningkat, manakala
majikan pula menyuarakan kebimbangan tentang keupayaan sistem pendidikan negara dalam
menyediakan generasi muda Malaysia dengan ilmu, kemahiran, dan nilai murni untuk
menyumbang kepada pembangunan ekonomi abad ke-21. Lazimnya, kepelbagaian dan
kompleksiti sistem pendidikan sesebuah negara yang ingin melaksanakan transformasi
mengambil masa selama beberapa tahun sebelum hasilnya dapat dizahirkan dan dilihat. Oleh
yang demikian, Kerajaan dan Kementerian perlu segera memulakan tindakan berani,
bersungguh-sungguh, dan drastik dalam melaksanakan transformasi yang penting dan kritikal ini.
Pelan Pembangunan Pendidikan ini dihasilkan oleh Kementerian melalui kajian dan penilaian
yang mendalam serta pelibatan meluas pihak awam. Berdasarkan kedudukan pencapaian sistem
pendidikan Malaysia pada masa kini dan cabaran yang bakal ditempuhi, Pelanini bermatlamat
mengukuhkan visi dan aspirasi sistem pendidikan Malaysia sehingga tahun 2025. Pelan ini juga
menyediakan hala tuju dasar dan inisiatif pelaksanaan yang direncanakan dengan terperinci bagi
mencapai matlamat sistem pendidikan negara yang dinamik serta
memenuhi hasrat dan keperluan semua.
Pelaksanaan di Sekolah Penulis Bagi Mancapai Objektif PPPM
Sebelum kita membincangkan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,
perlu kita lihat ASPIRASI yang terkandung dalam PPPM kerana objektif PPPM berdasarkan
apriasi ini, dan bagaimana penulis mengaplikasikannya dalam pengurusan organisasi.
OBJEKTIF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pelan Pembangunan Pendidikan ini telah dirangka bagi menghadapi cabaran abad ke-21
berasaskan dasar dan laporan terdahulu yang sangat besar pengaruhnya. Pelan ini berfokuskan
cara membangunkan dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik sistem pendidikan

secara berterusan. Bagi tujuan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan dirangka berasaskan tiga
objektif yang khusus seperti yang berikut:

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan


penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan
jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta
memaksimumkan keberkesanan sistem;
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk system pendidikan dan setiap murid
bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025; dan
3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan,
termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan
sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yangmeningkat serta menyokong
transformasi perkhidmatan awam.
Pelaksanaan di Sekolah Bagi Mencapai Objektif Pelan Pembangunan
Pembangunan Pendidikan Malaysia
Ojektif 1 - Memahami prestasi dan cabaran semasa
1. Sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan,
meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan
perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem;

Pelaksanaan di Sekolah

1.1 Penambahbaikan akses kepada pendidikan Akses didefinisikan sebagai jalan masuk atau
kata lain peluang mendapatkan sesuatu.
Bagi keperluan akses di atas, bilangan peratusan enrolmen pelajar belajar di sekolah ini bagi
murid Tahun 1 hingga Tahun 6 pada tahap 100 peratus kecuali pendidikan prasekolah yang hanya
mencapai 73.33 peratus kemasukan daripada 75 tempat yang disediakan untuk murid prasekolah
di sekolah ini.

1.2 Meningkatkan Standarad (Kualiti)


Sehubungan dengan itu, sekolah bukan sahaja memberikan akses atau peluang untuk menikmati
pendidikan di sekolah malah sekolah dijadikan sumber akses meningkatkan standarad (kualiti) ,
sebagai contoh penetapan Standarad Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) oleh setiap sekolah
mesti selaras dengan pencapaian sebenar sekolah.
Berikut diberikan contoh pengisian penetapan standard kualiti sekolah penulis pada tahun 2012
sedangkan kalau menurut PPPM kualiti pendidikan dibandingkan dengan peringkat
antarabangsa namun dalam pelaksanaan di sekolah, pencapaiaan dibandingkan pada peringkat
daerah, negeri dan negara. Dengan cara ini setiap sekolah dapat melihat ranking di daerah, negeri
atau negara. Pada prinsipnya, perbandingan ranking yang dibuat dapat menjana usaha setiap
pengurus dan pemimpin sekolah bagi meningkatkan kualiti kecemerlangan sekolah masingmasing bardasarkan dimensi dan elemen yang ditetapkan dalam (Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia) SKPM seperti contoh di bawah. Dokumen ini merupakan satu-satunya dokumen yang
diguna pakai pada hari ini bagi menentukan sejauh mana pelaksanaan dasar dan arahan
kementerian di peringkat sekolah. Selain itu pelbagai kaedah dan cara digunakan bagi
membantu peningkatan kualiti pendidikan pada peringkat sekolah. Antaranya program-program
berkaitan akademik, kokurikulum dan perkembangan staf bagi menyahut cabaran dan matlamat
kecemerlangan yang dihajatkan. Semua program tersebut menjurus kepada menyahut dasar
PPPM yang mahukan kualiti dicapai pada setiap organisasi yang secara langsung akan
menyumbang kepada peningkatan kualiti akademik kepada negara dan peringkat global amnya.

Berikut di gambarkan beberapa peristiwa kepada usaha peningkatan kualiti akademik yang telah
dilaksanakan oleh pihak sekolah penulis.
LINUS

Budaya Sekolah - Perhimpunan pagi

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) sekolah penulis.


Data skor yang diberi berdasarkan Dimensi dan Elemen yang telah ditetapkan mesti
menunjukkan keadaan sebenar sekolah. Ranking Sekolah ditentukan oleh jumlah besar peratusan
dan Gred Purata Sekolah (GPS) dalam pencapaian peperiksaan awam (UPSR Tahun Semasa ).
Kecemerlangan sekolah diukur oleh ranking tersebut. Untuk mencapai peningkatan ranking
sekolah pada peringkat kebangsaan pengurus sekolah mesti mempunyai tahap pengetahuan yang
tinggi tentang Standarad Kompetensi Pengurusan dan Kepimpinan .
1.3 merapatkan jurang perbezaan pencapaian (ekuiti)
Dalam hai ini pengurusan sekolah telah berusaha menggerakkan dan melaksanakan Perancangan
Strategik dan menentukan (SWOT) yang dilihat sebagai kekuatan dan kekangan bagi mengurus
setiap unit dan sumber terutama kurikulum yang dapat digunakan bagi meningkatkan
kecemerlangan keputusan peperiksaan awam yang dijadikan perbandingan bagi melihat jurang
perbzaan antara sekolah-sekolah Bandar dan luar Bandar. Usaha gigih pengurus sekolah , guruguru dan komuniti setempat terutama dalam melaksanakan SARANA SEKOLAH & SARANA
IBUBAPA yang disarankan dalam PPPM diharapkan akan dapat merialisakikan inspirasi ini.

ProgramTaklimat Tuisyen Rakyat 1Malaysia(TR1M) bersama Ibubapa murid Tahun 5 dan


Tahun 6 yang diharapkan dapat menjana kecemerlangan akademik anak-anak secara on-line
dengan bantauan dan pemantauan ibubapa
1.4 menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid
Memupuk perpaduan bukan sahaja bagi sekolah-sekolah yang mempuyai pelajar-pelajar
berbilang kaum. Bilangan pelajar di sekolah penulis seramai 347 orang. Pelajar bukan Melayu

seramai 4 orang. Tidak semestinya bilangan pelajar bukan Melayu yang seramai 1.15 peratus itu
pihak sekolah tidak perlu melaksanakan program memupuk perpaduan. Pada hakikatnya
memupuk nilai perpaduan bukan sahaja bagi pelajar dan masyarakat berbilang kaum tetapi bagi
suatu bangsa yang berbilang fahaman politik, budaya, sosioekonomi dan cara hidup. Suatu
bangsa yang berbilang fahaman politik, budaya, sosioekonomi dan cara hidup ini perlukan nilai
perpaduan supaya kehidupan mereka boleh bekerjasama antara satu sama lain tanpa ada perasaan
berpuak-puak dalam kalangan mereka. Perasaan dan cara hidup berpuak-puak memang wujud
dalam kalangan komuniti masyarakat di sekolah penulis. Secara tidak langsung ia wujud dalam
kalangan pelajar-pelajar di sekolah ini. Sehubungan dengan itu, pengurus sekolah mesti mebuat
perancangan strategik bagi membendung keadaan sebegini. Antara cara yang di amalkan oleh
penulis bagi memastikan mereka yang berbagai fahaman ini memberikan kerjasama kepada
sekolah penulis mengambil pendekatan turun padang dengan mendekati seluruh masyarakat
kampung. Penulis sedaya upaya bersama dalam program dan aktiviti masyarakat kampong
seperti majlis perkahwinan, kematian dan mendekati mereka di warung-warung kopi sekiranya
berkesempatan. Setelah setahun penulis bergaul bersama mereka jurang perbezaan dan
tanggapan negatif terhadap sekolah telah kian pudar dan mereka akan turut serta dalam programprogram sekolah. Antara contoh yang ingin penulis kongsi dalam kertas kerja ini adalah sekolah
macam musuh. Minggu pertama penulis cuba mendekati ahli komuniti di sini, penulis telah
diceritakan dengan pelbagai perasaan tidak puas hati daripada kalangan ahli masyarakat di sini.
Mereka mengatakan pengurus dan guru-guru sombong dan ada yang mengatakan jangan sampai
ada guru yang kena penangan atas tindakan mendenda anak-anak mereka. Selain itu maklumat
daripada pihak guru pula, komuniti masyarakat tidak memberikan kerjasama mahupun member
apa-apa sumbangan pada setiap program sekolah antaranya sukan tahunan. Kalau nak mohon
sumbangan duit lagi sukar. Ini satu cabaran yang perlu dipikul oleh penulis dan perlu
diselesaikan dengan pendekatan yang sangat halus dan teliti kerana ia melibatkan nilai
kepercayaan dan itegriti. Namun setelah setahun penulis menyelami hati komuniti masyarakat di
sini perkara tersebut dapat diatasi. Kerjasama dan komitmen mereka terhadap program-program
sekolah telah bertambah baik, sekolah mudah mendapat sumbangan mahupun tenaga atau wang
ringgit daripada mereka. Inilah nilai perpaduan sebenar yang perlu difahami oleh semua para
pengurus sekolah. Tidak semestinya hanya pada dasar perbezaan kaum namun lebih daripada itu.

1.5

memaksimumkan keberkesanan sistem;

Sistem dalam objektif PPPM ini lebih merujuk kepada kaedah atau method bagaimana
peruntukan kewangan, sukatan palajaran, kandungan pelajaran dan arahan pekeliling
pendidilkan yang diturunkan oleh pihak kerajaan dapat dilaksanakan bagi memaksimumkan
keberhasilan atau kemenjadian murid seperti mana yang digariskan dam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Sekiranya organisasi sekolah masih kurang cekap dalam menangani kaedah
tersebut bermakna organisasi sekolah itu gagal memaksimumkan keberhasilan murid. Oleh hal
demikaian, Standard 4 dalam SKPM iaitu standarad pencerapan pengajaran dan pembelajaran
guru dalam bilik darjah sebagai satu contoh yang mesti dilaksanakan dengan berkesan bagi
memastikan keberhasilan dalam pendidikan menjadi kenyataan. Keberhasilan tersebut akan
menyumbang kepada peningkatan pencapaian akademik sekolad, daerah, negeri, negara dan
seterusnya pada peringkat global. Barulah negara dapat bersing dengan negara-negara lain dalam
bidang pendidikan.

Objektif 2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk system pendidikan dan setiap
murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025; dan
Visi dan Aspirasi
Sistem pendidikan sesebuah negara wajar didasarkan pada aspirasi yang berkait rapat dengan
konteks negara itu. Walaupun terdapat perspektif yang berbeza tentang perkara yang menjadikan
sistem pendidikan Malaysia hebat, namun hampir semua pihak berkepentingan setuju bahawa
sistem ini perlu ditambah baik bagi memenuhi harapan dan jangkaan rakyat. Dalam kertas kerja
ini telah digambarkan bagaimana objekti1 PPPM berkaitan asprasi PPPM dilaksanakan dalam
perenggan di atas. Namun bagi membincangkan dua aspek berkaitan masa depan sistem
pendidikan, iaitu gambaran sistem pendidikan setelah ditransformasi, dan harapan serta aspirasi
setiap murid di Malaysia akan dibincangkan dalam perenggan ini.

Setiap sekolah mempunyai visi dan misinya sendiri sebagaimana yang digariskan oleh
kepimpinan di atas iaitu Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Tetapi
persoalannya, sejauh manakah visi dan misi tersebut dilaksanakan bagi mencapai matlamat
pendidikan setelah sistem pendidikan ditransformasi, dan adakah harapan serta aspirasi setiap
murid di Malaysia akan tercapai sepanjang dan setelah pelaksanaan PPPM. Tugas
mentransformasikan visi dan misi PPPM adalah pengurus sekolah dan guru-gurunya namun pada
peringkat awal pelaksanaan terdapat banyak kekangan yang dihadapi sebangai contoh dalam
penggunaan gajet untuk mengakses system on-line dalam semua perkara berkaitan pendidikan
masih perlu dibaiki dan ditingkatkan. SAPS dan SPPBS adalah dua contoh aplikasi on-line yang
masih pelukan penambahbaikan bagi melancarkan proses penyaluran data yang akan digunakan
oleh pihak jabatan mahupun kementerian. Peningkatan pemahaman dalam kalangan guru
berkaitan PPPM juga mesti seiring dengan pelaksnaan PPPM. Guru adalah sebagai pihak
pelaksana, sekiranya pelaksana berprestasi rendah hasilnya juga rendah. Ini akan mengganggu
kelancaran pelaksanaan PPPM.
Contoh: Sistem Pengurusan Pentaksiran yang diguna pakai dalam pelaksanaan PPPM
Objektif 3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem
pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang
membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta
menyokong transformasi perkhidmatan awam.
Bagi memastikan objektif ke-3 PPPM ini pihak sekolah mesti faham dan menghayati semua
program transformasi pendidikan secara menyeluruh dan memenuhi permintaan dan jangkaan
yang digariskan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Berikut 11 Anjakan PPPM yang mesti
dihayati dan dilaksanakan oleh semua warga pendidik sama ada dari peringkat pelaksana atau ke
peringkat pembina dasar. Segala keterangan berkaitan objektif 3 ada dinyatakan di bawah;
PPP menggunakan 11 anjakan utama yang akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun dan membabitkan
3 fasa atau dipanggil gelombang dalam memastikan anjakan dalam sistem pendidikan negara. Dalam
muka surat 22 ada disenaraikan 11 fokus anjakan dalam mentransformasikan sistem.

Menurut Berita Harian,

"Gelombang pertama membabitkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan, di mana keperluan


guru diberikan penekanan serta pelajar akan diberikan tumpuan dalam pembangunan kemahiran
asas mereka.
Bagi gelombang kedua, rancangan pelaksanaannya akan dilakukan berasaskan perkembangan dan
pencapaian semasa.
Untuk gelombang ketiga pula, bermula 2020 hingga 2025, kuasa autonomi membabitkan pentadbiran
sekolah akan diberikan."

Antara 11 anjakan tersebut adalah :

1. Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa.


2. Memastikan Setiap Murid Profisien Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
3. Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai.
4. Tranformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan.
5. Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Di tempatkan Setiap Sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan
7. Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Di Malaysia.
8. Mentranformasi kebolehupayaan dan Kapasiti Penyampian Kementerian.
9. Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Secara Meluas.
10. Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit.
11. Meningkatkan Ketelusan Untuk Akauntabiliti Awam Secara Langsung.

BAGAIMANA ISU DASAR PPPM DISALURKAN


1

Penyaluran Maklumat PPPM Kepada Pengurus Sekolah dan Guru

T u e s d a y , S e p t e m b e r 1 1 , 2 0 1 2 - Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025


(PPP) baru sahaja dilancarkan oleh Perdana Menteri kita pagi tadi di Kuala Lumpur Convention Centre.

Sejak pelancaran laporan awal PPPM, semua pengurus sekolah telah diberikan taklimat awal
supaya bersedia untuk menguar-uarkan pelan tersebut kepada seluruh peringkat organisasi dan
komuniti di sekolah masing-masing. Bagi penulis taklimat tersebut telah disampaikan sendiri

oleh Pegawai Pelajaran Daerah. Kemudian penulis menjelaskan PPPM kepada semua warga
sekolah dalam mesyuarat guru dan kakitangan sekolah pada 26 Disember 2012. Salinan 11
anjakan dan 3 peringkat gelombang pelaksanaan PPPM telah diberikan kapada semua guru
untuk dibaca dan dihayati. Penulis mengharapkan agar semua guru akan bersedia untuk
melaksanakan segala dasar dan kehendak serta matlamat yang ingin di capai dalam PPPM.
2

Penyaluran Maklumat PPPM Kepada Pelajar

Maklumat berkaitan PPPM disampaikan sendiri oleh penulis pada hari pertama sesi
persekolahan. Penulis mengharapkan seluruh pelajar berusaha meningkatkan prestasi akademik
masing-masing untuk diri, keluarga dan sekolah.
3

Penyaluran Maklumat PPPM Kepada IbuBapa

Penyaluran maklumat berkaitan PPPM juga telah disampaikan kepada ibubapa pelajar sekolah
penulis pada perjumpaan ibubapa Tahun 6 dan Mesyuarat Agung PIBG sekolah penulis.
Penerangan terperinci tentang PPPM telah diberikan. Selain itu paparan tentang Sarana Ibubapa
yang terkandung dalam PPPM ada dimuat turun dalam blog sekolah dan boleh dibaca oleh
ibubapa. Soal selidik dan borang-borang kajian berkaitan komitmen para palajar, guru dan
ibubapa telah dianalisis dan telah dibuat kesimpulan atas kefahaman dan penyertaan mereka
dalam membantu proses pelaksanaan PPPM.
Blog sekolah penulis yang memaparkan komitmen sekolah tentang dasar dan pelaksanaan PPPM
Selain itu, taklimat bagaimana mengakses maklumat pencapaian dalam peperiksaan anak-anak
mereka melalui SPPBS seperti dalam objektif 2 juga telah diadakan.

4 Penyaluran Maklumat PPPM Kepada Komuniti Masyarakat


Yang Berbeza Amalan Politik
Komuniti masyarakat di persekitaran sekolah penulis memang kuat mengamalkan politik yang
berbeza namun penulis dapat menggunakan pengaruh dan khidmat mereka bagi membantu
menyumbang tenaga dan kewangan dalam program-program di sekolah. Antaranya sumbangan
disalurkan kepada program Tilawah Zon Utara, Pertandingan Bola Baling Daerah dan sukan
tahunan sekolah. Program-program ini memerlukan dana kewangan yang besar, peruntukan
wang kerajaan tidak dapat menampung. Oleh hal demikian sumbangan daripada mereka banyak
membantu pihak sekolah. Dalam pemilihan jawatankuasa PIBG sesi 2013-2015 semua ahli yang
terpilih terdiri daripada individu yang mempunyai fahaman politik yang berbeza. Mereka dapat
memberi kerjasama yang sebaiknya untuk pembangunan pendidikan di sekolah ini. Sebagai
contoh TR1M seperti mana yang dinyatakan dalam objektif 1.3 PPPM, taklimat dan program

tersebut adalah dari satu parti politik tetapi mereka yang hadir dapat menerimanya demi kejayaan
anak-anak mereka. Akhirnya..
Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya.
Setiap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam
memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan. Pelan Pembangunan
Pendidikan akan terus menterjemahkan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
merencanakan pendidikan seimbang sebagai asas mencapai aspirasi murid. Pelan Pembangunan
Pendidikan ini juga mengambil pengajaran daripada sistem pendidikan berprestasi tinggi bagi
membangunkan unsur murni dan kecekapan tertentu yang diperlukan oleh murid untuk berjaya
dan berkembang maju dalam dunia global yang semakin mencabar. Sehubungan itu, semangat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan tentang pendidikan seimbang merangkumi enam elemen
(Ekshibit 2-3). Elemen ini bukan sahaja menekankan kepentingan pengetahuan dan kemahiran,
tetapi juga pembangunan kemahiran pemikiran kritis, kreatif dan inovatif; kemahiran memimpin;
kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris; sahsiah dan nilai serta semangat identiti
nasional yang kuat. Elemen ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan
semua murid memberikan sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Pengetahuan
Pada peringkat paling asas, setiap murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi
sepenuhnya. Aspek ini melengkapkan mereka dengan kemahiran hidup asas, serta berfungsi
secara berkesan dalam masyarakat bagi membolehkan mereka memupuk nilai untuk diri
sendiri, masyarakat, dan negara. Di samping itu, penting bagi murid menguasai mata pelajaran
teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Sejarah. Sebagai murid
yang serba boleh, mereka juga digalakkan untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan dalam
bidang lain, seperti seni, muzik, dan sukan. Selain pengetahuan dalam bidang ini, murid juga
perlu mempunyai kemahiran mengaplikasi pengetahuan ini dalam situasi harian.

Kemahiran Berfikir

Setiap murid perlu mempunyai semangat ingin tahu, dan belajar cara untuk terus mendapatkan
pengetahuan sepanjang hayat, mampu menghubung kait pelbagai pengetahuan, dan yang paling
penting dalam ekonomi berasaskan pengetahuan ialah mewujudkan pengetahuan baharu. Setiap
murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting:
Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu, dan
mencipta idea atau pengetahuan baharu;
Penyelesaian Masalah dan Penaakulan: keupayaan meramal masalah dan mendekati isu secara
kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan;
dan
Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan kemampuan menghargai
nilai pembelajaran sepanjang hayat. Sejarah membuktikan bahawa sistem pendidikan
memerlukan penambahbaikan bagi membolehkan murid yang kurang mampu mengaplikasi
pengetahuan serta berfikir secara kritis di luar konteks akademik biasa. Sehubungan itu, sistem
pendidikan menjadi lebih penting bagi membantu setiap murid memperoleh kemahiran berfikir.
Kemahiran memimpin
Kemampuan bekerja dengan berkesan dan memimpin orang lain adalah penting, terutamanya
dalam dunia yang semakin saling bergantung. Dalam Dialog Nasional, kepentingan memupuk
kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berkesan dalam satu pasukan bagi setiap murid sering
dibangkitkan. Sistem pendidikan berusaha membantu setiap murid mencapai potensi penuh
mereka melalui pelibatan sebagai pemimpin, serta bekerja dalam kumpulan. Dalam konteks
system pendidikan, kepimpinan mempunyai empat unsur:
Keusahawanan: mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan penyelesaian
sendiri, dan bagi tujuan itu sanggup membuat pelaburan daripada sumber sendiri, serta terdorong
untuk memastikan penyelesaian itu dizahirkan;
Berdaya tahan: membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta mampu menghadapi
rintangan;
Kecerdasan emosi: berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang lain serta
mampu mempengaruhi mereka secara positif; dan

Keterampilan komunikasi: berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara lisan dan
bertulis dengan jelas. Sekolah perlu menggunakan peluang yang disediakan di dalam bilik
darjah melalui aktiviti berasaskan projek dan kerja kumpulan, aktiviti di luar bilik darjah melalui
sukan, seni, serta aktiviti kokurikulum dalam membangunkan keperibadian murid.
Kemahiran Dwibahasa
Setiap kanak-kanak menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, dan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Setiap kanak-kanak juga
berpeluang mempelajari bahasa tambahan. Kepelbagaian Malaysia yang unik dan warisan
berbilang budaya memberikan kelebihan daya saing kepada semua. Oleh itu, dalam jangka
masa tertentu, semua murid dari semua kumpulan etnik dan komuniti digalakkan untuk belajar
sekurang-kurangnya tiga bahasa (bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa lain seperti bahasa
Mandarin, bahasa Tamil, dan bahasa Arab, serta bahasa ibunda lain seperti bahasa Iban
dan bahasa Kadazan Dusun) bagi membolehkan mereka bekerjasama dan berkomunikasi secara
berkesan dengan rakan dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga negara jiran dalam dunia global
masa kini.
Etika dan Kerohanian
Sistem pendidikan akan mempersiapkan setiap murid supaya berani menghadapi cabaran masa
depan, menyelesaikan konflik secara aman, membuat keputusan yang wajar dalam situasi
kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang betul. Penekanan diberikan kepada
setiap murid dengan mewujudkan satu set prinsip, termasuk nilai bersama yang kukuh yang
didukung oleh semua rakyat Malaysia:
Kerohanian: mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya sebagai asas
hidup, serta mendukung standard moral yang tinggi;
Integriti: mempunyai keberanian, disiplin, dan semangat untuk melakukan perkara yang
betul; dan
Tanggungjawab sivik: bertindak untuk kebaikan negara, mengambil
berat terhadap orang lain dan alam sekitar, dan memiliki keupayaan yang mendalam untuk
memberikan sumbangan kepada masyarakat.

Identiti Nasional
Rakyat Malaysia perlu mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional,
berpegang teguh dengan prinsip Rukunegara untuk perpaduan dan masa depan Malaysia. Setiap
murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau tempat berbangga menjadi
rakyat Malaysia. Pencapaian matlamat patriotisme ini memerlukan semangat keterangkuman
yang diperoleh dengan belajar memahami perbezaan dan bertolak ansur, menerima dan
menghormati orang lain, dan juga untuk hidup bersama dalam kepelbagaian masyarakat
Malaysia. Identiti nasional juga memerlukan setiap murid memahami sejarah Malaysia,
berkongsi pengalaman dalam dan luar sekolah, dan berkongsi aspirasi untuk masa depan
Malaysia.
Keberkesanan Strategi Penulis Dalam Menyampaikan Maklumat Kepada Seluruh
Warga Organisasi dan Komuniti Setempat
Kesimpulannya, sebagaimana contoh dan gambaran yang telah penulis jelaskan dalam perenggan
di atas, penulis percaya bahawa maklumat berkaitan PPPM telah berjaya disampaikan kepada
golongan sasaran. Penulis berharap agar kecemerlangan pendidikan dapat direalisasikan di
sekolah penulis pada tahun-tahun mendatang. Bak kata pepatah perahu sudah di air,
pendayung sudah ditangan hanya mahu atau tidak kita menggerakkannya.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmatNya dapat hadir bersama di
majlis makan malam dengan tujuan mulianya untuk mengumpul dana bagi kumpulan Teach For The
Needs (TFTN). Saya berterima kasih kepada para penganjur di atas undangan mereka untuk saya
berucap di majlis ini. Izinkan saya, bagi pihak penganjur, menzahirkan penghargaan kami kepada
sokongan badan- badan korporat serta orang perseorangan yang menyokong kerja kerja murni
TFTN ini. Syabas diucapkan kepada para sukarelawan dan aktivis TFTN yang tidak kenal penat
lelah demi membantu mendidik murid murid lemah di bidang pelajaran yang kebanyakan terdiri
daripada anak anak yatim dan keluarga miskin. Ingin saya mengajak para hadirin sekelian

mengiktiraf pencapaian oleh TFTN dalam membantu kumpulan sasaran mereka sejak setahun lalu
dengan memberi tepukan penghargaan. Terima kasih.
2. Sesungguhnya TFTN harus dipuji atas pendekatan mereka dalam menangani isu murid lemah
dengan menerima hakikat bahawa masalah ini bukan hanya masalah para guru dan pihak Jabatan
serta Kementerian Pelajaran sahaja. Ia merupakan tanggungjawab sosial yang melibatkan
keseluruhan masyarakat. Setiap murid di dalam sesebuah komuniti, tanpa mengira kedudukan
sosio-ekonomi keluarganya,

seharusnya mempunyai peluang yang sama untuk mendapat

pendidikan bermutu seperti yang didapati oleh mana mana murid lainnya.

3. Pada pandangan saya, inilah anggapan teras atau pun core belief yang dijunjungi TFTN dan saya
difahamkan badan ini telah menyediakan sebuah manual yang boleh dijadikan garispanduan oleh
masyarakat mengenai cara ia harus berfungsi demi memastikan cara mana pendidikan tambahan
dapat diberi dengan berkesan kepada golongan yang memerlukannya. Saya ucapkan tahniah di atas
kejayaan menyediakan manual ini yang saya anggap sebagai sebuah standard operating procedure
yang amat diperlukan.

4. Saya amat tertarik di atas ikhtiar atau inisiatif TFTN menggunakan sukarelawan muda yang terdiri
daripada guru pelatih, mahasiswa dan guru muda dalam usaha menangani masalah pendidikan
golongan anak-anak yatim dan keluarga miskin. Tidak dapat dinafikan mereka ini berhati mulia. Saya
berkata demikian kerana mereka ini daripada Generasi Y; dan kumpulan ini juga merupakan the
wired generation. Mereka dapat mengisikan masa lapang dengan melayari internet dengan segala
macam kegiatan seperti melaksanakan ruang Facebook atau Twitter. Sebaliknya mereka memilih
untuk menjadi sukarelawan TFTN dan menghabiskan masa lapang membantu anak-anak yang daif
di bidang pendidikan. Walaupun nampak kecil di mata kasar, pengorbanan mereka ini amat
bermakna kerana beraktif di ruang cyber merupakan pilihan popular di kalangan Generasi Y ini.
Maka itu, masyarakat seharusnya menyanjungi budi murni mereka dalam membantu mengajar anakanak yang lemah dalam pendidikan mereka, sekaligus menolong masyarakat menjauhi
kepincangan.

5. Kemajuan yang dicapai oleh TFTN sejak ia ditubuhkan pada bulan Mac 2012 amat
memberangsangkan. Sukarelawan yang berdaftar kini mencecah 600 orang di seluruh pelusuk dan
murid-murid yang menikmati kemudahan ini dianggar sekitar 300 orang. Usaha yang dipelopori
sukarelawaan muda ini sememangnya menggalakkan dan seharusnya dicontohi di bidang-bidang
lain. Di antara program yang mereka laksanakan sepanjang tahun termasuklah kelas membaca
intensif khas, kelas bacaan sebelum tidur, kelas tambahan mingguan dan bengkel serta lawatan
berbentuk pendidikan mengenai sastera dan seni. Pastilah anak anak yatim dan miskin yang
kebanyakannya berada di kelas corot akan mendapat banyak manfaat daripada program yang
disediakan itu.

6. Para hadirin sekelian, marilah kita renung seketika akan sistem pendidikan kebangsaan yang
sedang beroperasi. Terdapat perubahan pesat dalam sistem ini demi memastikan pendidikan dapat
bersaing rapat dengan perubahan dunia yang berterusan. Bagaimanapun, perubahan yang terdapat
dalam sistem pendidikan kita lebih mementing dan menekankan persaingan dan sikap
perseorangan. Dalam usaha memastikan terdapatnya perseimbangan pendidikan, saya difahamkan
pihak TFTN ada cadangan yang dipanggil Pedagogi Pendidikan Cinta. Cadangan ini bertujuan untuk
menambahbaik atau improve falsafah pendidikan kebangsaan. Ia melibatkan anjakan dan
perubahan orientasi daripada sistem berasaskan persaingan kepada pendidikan yang menonjolkan
perhubungan saling melengkapi antara orang perseorangan dengan masyarakat. Dengan
terlaksananya cadangan ini adalah diharapkan tiada lagi murid-murid tercicir disebabkan desakan
ekonomi.

7. Cadangan ini baik sekali dan seharusnya mendapat sokongan ramai. Sejauh mana ia berjaya
bergantung kepada sistem pendidikan yang digunapakai. Malangnya sistem sekarang ini masih
memberi terlalu banyak penekanan kepada peperiksaan sebagai ukuran kejayaan seseorang murid
di alam pembelajaran. Di samping itu, keputusan peperiksaan juga menjadi salah satu petunjuk
prestasi penting atau pun KPI seseorang guru besar atau pengetua sekolah. Maka itu sistem
pendidikan kita masih terjebak di bawah paradigma sediakala di mana segala gerakerja
persekolahan dan pendidikan berkisar di sekitar peperiksaan. Dengan sendirinya ini akan
menonjolkan kembali suasana persaingan berlebihan yang kita hendak hapuskan atau, setidak
tidaknya, kurangkan.

8. Di sini, kita dapat membuat anggapan bahawa sistem yang terlalu menitik beratkan peperiksaan
akan menghasilkan pembelajaran yang kaku. Keadaan ini tidak membantu dalam usaha pendidik
membentuk keyakinan serta kemahiran murid dan pelajar. Lebih mendukacitakan, pendidikan kita
dilihat sebagai satu sistem yang menggalakkan pembelajaran pasif pada peringkat permukaan
sahaja. Sedangkan apa yang kita ingini ialah satu sistem di mana pembelajarannya berlaku secara
mendalam serta aktif. Kedua dua unsur ini penting untuk melahirkan suasana pembelajaran
bermutu. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika pelajar kita tidak menguasai ilmu, tidak
mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, dan kurang bersedia untuk pengajian tinggi
atau alam pekerjaan.

9. Barang diingat bahawa penekanan berlebihan kepada peperiksaan juga menyebabkan berlakunya
beban kerja sekolah yang banyak kepada pelajar. Lambat laun, keadaan ini akan menjadi
penghalang kepada pelajar untuk lebih berdaya kreatif. Malahan, keadaan begini boleh
menyebabkan mereka kehilangan masa untuk membangunkan daya fikir.

10. Mungkin ada di antara kita yang menafikan bahawa sistem pendidikan nasional terlalu
berorientasikan peperiksaan; bahawa penghayatan dan kefahaman dalam erti kata sebenarnya
memang diutamakan. Mereka yang berpendapat begini harus sedar betapa kaedah latih tubi (drilling
) digunakan dengan berlebihan di bilik darjah. Kaedah ini membolehkan pelajar kita menghafal
tanpa menguasai konsep dan bahan yang mereka pelajari. Dengan tidak terlalu berfikir, mereka
masih boleh menghasilkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Namun, tanpa penghayatan
sebenar sesuatu ilmu, mereka akan buntu, hilang punca dan menjadi tidak yakin apabila
berhadapan dengan keadaan yang berbeza sedikit.

11. Sebaliknya, jikalau pelajar didedahkan kepada kaedah dan strategi penyelesaian masalah yang
lain daripada apa yang terdapat di dalam kurikulum atau sukatan pelajaran, kemungkinannya ialah
mereka akan lebih berjaya tanpa perlu memberi penekanan kepada bentuk soalan peperiksaan dan

latih tubi. Menghafal -- kecuali dalam keadaan khusus atau keadaan terpencil bukanlah suatu
pendekatan yang baik untuk diberi penekanan.

12. Sistem berorientasikan peperiksaan juga membawa kepada isu pengkelasan atau penarafan
(ranking) pelajar. Yang lemah, berdasarkan keputusan peperiksaan, akan kekal dilihat sebagai
pelajar lemah atau pelajar gagal. Lebih menyedihkan ialah mereka lazimnya dikelompokkan sesama
sendiri. Guru yang ditugas membimbing mereka kadang kadang terdiri daripada kalangan kurang
cemerlang. Akibatnya, nasib pelajar lemah ini semakin mendukacitakan. Ini adalah suatu hakikat.
Sistem kita seolah-olah tidak mengiktiraf terdapatnya perbezaan perkembangan intelek di kalangan
pelajar. Oleh itu, kemungkinannya ialah pelajar yang terdiri daripada kalangan late bloomers akan
menjadi mangsa.

13. Para hadirin sekelian, satu lagi isu pendidikan yang sering diperkatakan oleh umum ialah
pelaksanaan dan penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran (implementation and delivery in
teaching and learning ). Isu ini penting untuk kejayaan sistem pendidikan kita. Ia dapat dilihat dalam
pengendalian tadbir-urus pada satu peringkat dan di peringkat lain, ia dapat diperhatikan dalam
konteks penyampaian yang berlaku di sekolah. Tanggapan umum mengenai apa yang berlaku di
sekolah adalah tidak menggalakkan. Umpamanya, terdapat anggapan bahawa golongan pendidik
yang berdedikasi adalah kumpulan minoriti sahaja. Golongan majoritinya adalah terdiri daripada
pendidik yang tidak menghayati nilai dan pengertian sebenar peranan guru.

14. Keadaan begini menyebabkan terdapatnya seorang murid Tingkatan IV, yang menurut satu
pengakuan seorang guru, tidak boleh membaca. Di samping itu terdapat juga mereka yang tidak
tahu apa yang perlu dibaca dalam menghadapi sesuatu keadaan. Tiada sebab kenapa guru tersebut
hendak menceritakan perkara yang tidak benar. Sesungguhnya contoh ini merupakan suatu titik
malang dalam perkembangan pendidikan kita. Persoalannya, kenapakah perkara sebegini rupa
berlaku? Salah satu sebab ialah sikap sambil lewa yang terdapat di kalangan sesetengah pendidik.
Di samping itu, keguruan sudah kehilangan aura nya dan tidak lagi dianggap kerjaya mulia atau the
noble profession. Maka itu pendidikan tidak lagi menjadi pilihan utama bagi mereka yang
berkelulusan cemerlang. Tidak kurang juga yang menganggap profesyen guru sebagai mudah.

Keadaan ini perlu ditangani dan diatasi segera dan ia seharusnya merangkumi semua aspek,
termasuklah

pemilihan

dan

pembangunan

guru

serta

pembaharuan

sistem

pendidikan.

Pembaharuan ini hendaklah merangkumi semua aspek, termasuklah imbuhan dan syarat-syarat
perkhidmatan yang lebih menarik hinggalah kepada peningkatan kemahiran profesional kaum guru
demi menjamin dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan mereka.

15. Apa yang berlaku di Kementerian dan Jabatan Pelajaran juga mempengaruhi sistem pendidikan
kita. Sebagai contoh, marilah kita perhatikan ketetapan untuk memberi anugerah kepada Pengetua
berdasarkan keputusan peperiksaan cemerlang sekolah mereka. Pada hemat saya, penghayatan
dan pelaksanaan niat baik ini boleh membawa kesan negatif. Kita tidak dapat menafikan
kemungkinan terdapatnya Pengetua yang terlalu ghairah untuk menang dan ini boleh
mengakibatkan perkembangan yang tidak sihat. Sebagai contoh yang ekstrim, adalah tidak mustahil
bagi seseorang pelajar lemah tidak diterima masuk ke sesebuah sekolah demi memastikan prestasi
akademiknya tidak terjejas.

16. Para hadirin sekelian, kelompok isu terakhir yang akan saya bahas adalah mengenai penanda
arasan antarabangsa ataupun benchmarking. Kita ikut serta dalam dua proses penilaian
pencapaian antarabangsa dan hasilnya, juga mendukacitakan.

17.

Dalam penilaian Programme for International Students Assessment (PISA) 2009, Malaysia

diletakkan pada tangga yang ke 55 daripada 74 negara yang ikut serta. Ini adalah dalam aspek
membaca, manakala dalam pencapaian matematik, kita berada ditangga ke 57 dan dalam sains,
kita di tangga ke 52. Daripada penilaian ini juga, sebahagian besar pelajar kita yang berumur 15
tahun gagal memenuhi kelayakan minimum. Lebih spesifik, 60% tidak memenuhi keperluan
minimum untuk matematik, 44% dalam membaca dan 43% dalam sains. Trends in International
Mathematics dan Science Study (TIMSS) 2007, juga menghasilkan keputusan yang hampir sama.
Secara purata, 20% pelajar kita tidak menepati keperluan minimum dalam matematik dan sains.
Dapatan pada tahun 2007 ini juga menunjukkan penurunan daripada dapatan 2003 dan trend ini
pasti mengkhuatirkan. Anehnya, dapatan ini tidak selaras dengan pencapaian cemerlang peringkat
nasional yang hampir setiap tahun di hebahkan secara besar-besaran. Apakah sistem penilaian kita

rendah, tidak menepati standard dan tidak tepat sehingga kita cemerlang menurutnya tapi gagal
berprestasi apabila berdepan dengan penilaian antarabangsa yang lebih konklusif?

18. Persoalannya, bagaimanakah sistem pendidikan ini dapat kita perbaiki? Saya syorkan kita
bermula dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013 2025. Antara lainnya, pelan ini
menggariskan 11 aspek utama yang memerlukan anjakan signifikan untuk menjamin kejayaan
sistem pendidikan kita. Saya berharap pelan ini tidak dianggap sebagai mutlak atau muktamad
kerana kita harus ingat bahawa penggubalan pelan ini dilaksanakan oleh orang-orang yang
dihasilkan oleh sistem yang sama. Oleh itu besar kemungkinannya apa jua kelemahan yang cuba
diatasi, dilihat dan difikirkan daripada satu sudut pandang sahaja. Barang diingat bahawa
pendekatan begini tidak mungkin menghasilkan penyelesaian yang menyeluruh. Seperkara lagi,
dasar tanpa pelaksanaan yang betul dan konsisten tidak mungkin berjaya. Oleh itu, tumpuan khusus
harus diberi untuk memantau dan memastikan pelaksanaannya. Kita juga harus menerima sebarang
ide untuk pembaikan pelan ini dan ia hendaklah diterap dan dilaksanakan bersama pelan tersebut.

19. Para hadirin sekelian, perkara selanjutnya yang akan saya sentuh adalah mengenai penguasaan
bahasa dan kemahiran berkomunikasi. Untuk ini, saya merayu semua pihak untuk berkongsi dengan
pemikiran yang jernih, tanpa emosi dan sentimen.

20. Para hadirin sekelian, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak perlu kita ragu dan kita
bahas. Titik.

21. Untuk urusan komunikasi dan bahasa ini, kita harus melihat dengan kacamata yang lebih besar
berdasarkan realiti yang menyelubungi kita. Menguasai bahasa untuk komunikasi yang cekap dan
berkesan tidak boleh dipertikaikan. Bahasa apa pun, hatta tanpa bunyi atau kata-kata sekalipun,
seandainya cekap dan efektif dan memenuhi keperluan, perlu kita terapkan kepada pelajar kita. Kita
harus ingat, individu yang menguasai banyak bahasa akan lebih berjaya daripada yang tidak,
dengan catatan semua atribut lain pada tahap yang sama.

22. Para hadirin sekelian, ada satu perspektif yang menyatakan dengan berani bahawa sistem
persekolahan harus berfungsi untuk tujuan berikut:

(1) tempat seseorang individu memahami kewujudan mereka dan belajar mendapatkan
pengetahuan untuk membuat keputusan berkaitan dengan kehidupan sehari-harian mereka;
(2) penyepaduan budaya dimana anggota masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa dapat
menghargai adat resam yang berbeza;
(3) tempat untuk memperkaya dan memperdalam ilmu (dari semua aspek) untuk menghasilkan
sesuatu bagi kesejahteraan hidup; dan
(4) tempat untuk menimba ilmu dan kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan dan bermanfaat untuk
masyarakat.

23. Para hadirin sekelian, renungkanlah apa yang berlaku sekarang. Perspektif mana pun yang kita
pilih, seandainya kita jujur, akan meletakkan kita berada jauh daripada yang kita inginkan. Daripada
keempat-empat tujuan seperti yang saya sebutkan tadi, kita masih gagal dalam tiga daripada empat
aspek. Ini pun kerana ukuran pertama adalah terlalu subjektif dan susah untuk dikuantifikasikan. Kita
gagal dalam urusan penyepaduan, kita gagal dalam memperkaya dan memperdalam ilmu kerana
hari ini kita masih tergolong sebagai bangsa yang lebih kepada memanfaatkan teknologi daripada
mencipta teknologi. Akhir sekali, kita juga gagal dalam mempersiapkan tenaga kerja mahir dan
berketrampilan. Kurang lebih 20% graduan kita menganggur dan majikan, terutama dari kalangan
syarikat swasta dan MNC lebih cenderung untuk memilih graduan yang dari luar sistem kita.

24. Dengan hakikat ini, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa sistem kita sekarang gagal dan
kita tidak boleh mempertahankannya lagi. Satu tindakan yang ikhlas, berani dan radikal diperlukan.
Saya sedar urusan perubahan ini memerlukan masa yang lama, tetapi kita boleh mempercepatkan

proses ini dengan belajar dan melihat kepada model yang sudah berjaya dan terbukti seperti yang
berlaku di China, Korea Selatan dan Finland.

25. Para hadirin sekelian, Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan secara komprehensif
attribut yang sepatutnya ada pada individu yang telah melalui sistem pendidikan kita. Idealnya
apabila lulusan kita mempunyai pengetahuan yang cukup dalam disiplin masing-masing, mempunyai
keyakinan diri, berintegriti, mempunyai kemahiran insaniah yang mantap dan kompeten. Oleh yang
demikian, apapun yang kita lakukan, kita harus senantiasa meletakkan matlamat ini sebagai
hujungnya. Ada baiknya juga kalau kita sentiasa mempertanyakan setiap perbuatan kita; samada
kita menyumbang atau tidak kepada pencapaian matlamat ini.

26. Satu isu yang sering diperkatakan ialah peranan pendidikan dalam pembentukan perpaduan
kebangsaan, dan dalam menghasilkan budaya nasional yang menjadi perekat utama dalam usaha
kita membentuk dan membina sebuah negara majmuk. Persoalan ini boleh merangsangkan
perasaan dan berkait rapat dengan politik berteraskan ras. Saya anggap majlis malam ini bukanlah
pentas sesuai untuk membicarakannya dan saya tidak bercadang untuk berbuat demikian.

27. Para hadirin sekelian, ketika diundang memberi ucapan di majlis makan malam ini, pihak tuan
rumah telah meminta saya lancarkan buku bertajuk Kami Ada Mimpi yang merupakan himpunan
penulisan oleh mereka yang berkait rapat dengan TFTN. Bagi maksud ini izinkan saya membaca
serangkap puisi yang dipetik daripadanya:

kami ingin bermimpi, kawan


menyusun perca kehidupan yang berkecai
mencantum mimpi yang pudar warnanya
menerbangkan cita ke puncak harapan

menghapuskan derita dari dalam perasaan.


28. Dengan melafazkan Bismillahi rahmanir rahim, saya dengan segala sukacitanya melancarkan
buku Kami Ada Mimpi. Selamat menjamu selera.

Kemenjadian Murid dan Kerangka


Baharu Sistem Pendidikan Malaysia.

Bersamaan tarikh ulang tahun runtuhnya World Trade Center yang


ke-11, Perdana Menteri melancarkan Laporan Awal Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Kuala
Lumpur City Centre, menara berkembar yang menjadi kebanggaan
Malaysia.
Secara kebetulan ramai yang berfikir, kenapakah pelancaran PPPM
itu dilakukan pada tarikh yang begitu banyak kesannya kepada

psikologi masyarakat antarabangsa akibat serangan menara


berkembar yang menempatkan para pedagang saham di New York
sehingga mempertajamkan lagi hubungan barat dengan Islam.
Tragedi 911 itu turut merubah perspektif hubungan antara Islam dan
barat dalam kancah persengketaan yang lebih besar sehingga lebih
ramai aktivis sosial melihat semula apakah faktor agama menjadi
penyumbang terbesar kepada sikap ganas. Malang sekali, penelitian
tersebut tidak banyak membantu dalam memperbetulkan rasa takut
kepada Islam, kerana itulah setiap ikon yang berhubung dengan
Islam dilihat mempengaruhi sikap ganas.
Pemilihan KLCC sebagai tapak pelancaran Laporan Awal PPPM
memberikan perspektif bahawa menerusi pendidikanlah akan
merubah keadaan yang sedang dialami oleh masyarakat Malaysia
sekarang, yang sistem pendidikannya dilihat semakin berkecamuk
dan penuh masalah.
Dalam laporan awal PPPM terpampang usaha yang sedang dan
bakal dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
memperbetulkan simpang-siur sistem pendidikan negara dengan
mensasarkan kedudukan yang lebih baik di peringkat antarabangsa
sama ada dari aspek kemenjadian murid, keseimbangan kos,
profesionalisme guru, kebahasaan, sokongan sistem, persekitaran
masyarakat, sokongan komuniti (ibu bapa dan sektor swasta) dan
hasrat yang hendak dicapai oleh negara ketika perjalanan menjadi
sebuah negara maju berpendapatan tinggi sedang giat
dipersiapkan.
Dalam perjalanan menuju ke tahap negara maju itulah tersimpuh
semula makna dan maksud pendidikan yang hanya berkisar kepada
keperluan menghasilkan modal insan yang bukan sahaja
mempunyai kebolehpasaran yang tinggi, bahkan turut seimbang

antara keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek, sebagaimana


dihasratkan menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan sejak mula
dimaktubkan pada tahun 1986.
Jarak antara tahun 1986 hingga 2012, iaitu selama 26
keseimbangan sahsiah dan kemenjadian murid tidak berjaya
dilaksanakan sepenuhnya. Di dalam laporan awal PPPM ini terserlah
banyak kelemahan termasuk kedudukan pencapaian pelajar dalam
kelompok satu pertiga ke bawah dalam 74 buah negara yang
menyertai PISA (Programme for International Student Asessment)
dan menurun daripada kedudukan di atas purata pada tahun 1999
kepada di bawah purata antarabangsa pada tahun 2007 dalam
TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study).(Hal.
E-5 dan E-6).
Maknanya, semakin lama penyertaan Malaysia dalam kajian
tersebut, prestasi pelajar dalam tiga bidang yang diukur telah
menurun, iaitu kebolehan Membaca, Matematik dan Sains. Jika
dibandingkan dengan Thailand, prestasi pelajar Malaysia berada di
dua tahap terkebawah dalam kebolehan bacaan, lima terkebawah
dalam matematik dan di satu tangga di belakang dalam bidang
sains.
Hampir 60 peratus murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA
gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik,
manakala 44 peratus dalam Bacaan dan 43 peratus dalam Sains.
Terdapat perbezaan sebanyak 38 mata, maksud ketinggalan selama
setahun dengan Thailand dan tiga tahun atau lebih dengan
Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Shanghai.
Maknanya, semakin lama penyertaan pelajar Malaysia dalam ukuran
tersebut semakin terperosok dan atas keperluan itulah maka ianya
perlu dilakukan rombakan.Dalam rombakan yang sedang

dilaksanakan ialah mengatasi punca kelemahan para pelajar, kerana


sejak diperkenalkan pengajaran dan pembelajaran sains dan
matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2002, ia turut
menjejaskan kualiti guru.
Faktor bahasa dikatakan sebagai pengekang kepada prestasi.
Hampir kesemua pakar pendidikan bersetuju bahawa proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan adalah
dilaksanakan dalam bahasa ibunda ataupun bahasa yang digunakan
secara meluas dan bahasa pertuturan utama. Oleh itu, adalah tidak
menjadi sesuatu yang janggal apabila KPM membuat keputusan
untuk kembali proses pengajaran dua mata pelajaran wajib itu
menggunakan bahasa Melayu.
Proses tersebut mengakibatkan perubahan dasar, yakni dari PPSMI
kepada MBMMBI, iaitu memartabatkan bahasa Malaysia dan
memperkukuh bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris diperkukuhkan
dengan menambahkan jumlah masa pengajaran, meningkatkan
kualiti guru, memperkenalkan program mentor-mentee (guru
penutur jati) dan membangunkan profil kemahiran berbahasa dalam
kalangan guru bahasa Inggeris.
Sayangnya, MBMMBI mendapat reaksi kurang senang daripada
segelintir ibu bapa yang tetap mahukan PPSMI dengan memberikan
pilihan kepada sekolah untuk membuat penentuan. Dalam
menangani keresahan tersebut, KPM akhirnya membuat semula
jajaran pelaksanaan MBMMBI menerusi soft-landing, yakni
sepatutnya pelajar tingkatan satu akan mula belajar matematik dan
sains dalam bahasa Melayu pada tahun 2012, ia dibenarkan
sehingga tamat tingkatan lima pada tahun 2016. Ini bermakna
MBMMBI akan dilaksanakan sepenuhnya di semua peringkat sekolah
menengah pada tahun 2021.

PPPM turut menerima kecaman daripada sekumpulan pertubuhanpertubuhan pendidikan China yang terus mahu memperjuangkan
peluang sama proses pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa
Mandarin walaupun pada peringkat sekolah rendah, SJK (C) dan SJK
(T) dibenarkan berbuat demikian. Mereka turut mahukan bahasa
Mandarin dijadikan salah satu bahasa pengantar di sekolah
menengah kerana menganggap usaha memartabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu di sekolah-sekolah akan mengakibatkan
bahasa ibunda lain berhadapan dengan masalah.
Oleh kerana itulah mereka terus mendesak agar KPM boleh
menerima kesemua cadangan yang dikemukakan kerana melihat
inilah peluang terbaik setelah kerajaan turut menerima calon-calon
yang lulus dalam UEC (Unified Chinese Education) memasuki Institut
Pendidikan Guru (IPG) pada tahun lalu bagi menyelesaikan masalah
kekurangan guru di sekolah-sekolah SJK (C). Dalam masa yang
sama, Lembaga Penasihat Sekolah (LPS) tidak mahu menerima
guru-guru yang tidak mahir berbahasa Mandarin mengajar di
sekolah-sekolah vernakular itu walaupun untuk mata pelajaran
Bahasa Melayu.
Desakan daripada pejuang-pejuang bahasa Melayu dan Sastera
Melayu turut menampakkan ada kecenderungan melihat PPPM tidak
akan melonjakkan kedudukan bahasa Melayu kerana kejelasan
laluannya tidak terarah ke peringkat pendidikan tertiari. Hal ini
menyebabkan mereka terus mendesak agar berlaku semacam
akujanji daripada IPTA untuk melakukan transformasi penggunaan
bahasa pengantar sebagaimana pernah dilaksanakan pada awal
tahun 1980-an. Hari ini sistem pendidikan di universiti banyak
menggunakan bahasa Inggeris manakala proses penterjemahan
karya-karya ilmiah sedikit terbantut.

Pasaran buku akademik berbahasa Melayu cukup kecil oleh kerana


tidak semua IPTA menggunakan buku-buku tersebut sebagai
rujukan. Para pensyarah bebas menentukan bahan rujukan kerana
pendidikan tinggi tidak perlu tertakluk kepada konsep buku teks
sebagaimana berlaku di peringkat sekolah rendah dan menengah di
Malaysia. Apa yang berlaku di IPTA ialah kurikulum yang fleksibel, di
mana para pensyarah bebas menerokanya secara kreatif, kerana
hayat sesuatu subjek yang ditawarkan bergantung kepada
sambutan dan penerimaan para pelajar, terutama subjek bukan
teras.
PPPM 2013-2025 sudah menemukan jalan keluar secara makronya
bagaimana untuk membangunkan modal insan daripada aspek
kemahiran akademik dan kebolehpasarannya, terutama dalam
persekitaran ekonomi baharu yang lebih tertumpu kepada kreativiti
dan inovasi. Bagaimanapun, kekurangan yang amat ketara ialah
bagaimana perancangan PPPM itu untuk menjadikan seorang murid
benar-benar menjadi dalam aspek bukan akademik, terutamanya
sahsiah dan daya tahan moral.
PPPM tidak menemukan kaedah atau jalan yang mampu
memperkuatkan nilai keinsanan dalam diri pelajar setelah berada di
bangku persekolahan wajib selama 11 tahun (sekolah rendah 6
tahun dan sekolah menengah 5 tahun), kerana persekitaran
pembelajaran yang selari dengan pembangunan sahsiah dan
keagamaan tidak diberikan ruang yang luas.
Apa yang cuba dipaparkan ialah sekadar meningkatkan jumlah guru
dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dan moral,
pengukuhan sekolah-sekolah agama dan pembangunan
kurikulumnya, tetapi tidak banyak disentuh bagaimana
kemenjadian pelajar itu sendiri dalam pembangunan diri. Pola
hubungan etika secara berkesan tidak dimasukkan sebagai landasan

utama, maka hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijangka sekali


lagi menerima kegagalannya.
Mungkin ketika perumusan pelbagai pandangan, sumbang saran
daripada kumpulan fokus (750 pengetua dan guru besar;15,000
guru; 22,000 murid; dan 300 pegawai JPN/PPD), perbincangan
terbuka (8,000 orang guru; 2,000 ahli PIBG dan 2,000 orang awam),
panel penilai bebas (12 orang), panel antarabangsa (4 orang),
universiti tempatan (6 buah) dan makmal pendidikan (9 ) tidak
menyentuh keperluan tersebut.
PPPM mengambil kira 9 bidang utama, profesion keguruan,
keupayaan kepimpinan sekolah, kualiti pengajaran, rangka kerja
kurikulum dan pentaksiran, kemahiran pelbagai bahasa, kesediaan
murid ke pendidikan tinggi dan pasaran kerja, menganjak
pendidikan dari sistem sekolah kepada sistem pembelajaran, kos
dan produktiviti, dan peningkatan penyampaian dan pelaksaan.
Masih belum berbuah persoalan membentuk etika belajar dan lebih
kondusif antara guru dan pelajar, sedangkan inilah falsafah yang
amat diberikan perhatian dalam Islam.
Al-Ghazali (1058-1111M), seorang intelektual muslim yang
berpengaruh hingga ke hari ini walaupun sudah meninggal lebih
sembilan ratus tahun, saranannya masih tetap relevan bagi
menyelesaikan persoalan ummah dan hasil limpahan keunggulan
akademik menerusi pencapaian skor A ataupun jumlah peratusan
cemerlang.
Salah sebuah bukunya yang termasyhur dalam bidang tasauf,
Ayyuhal Walad dan kemudiannya ditulis semula dalam bahasa
moden oleh Islah Gusmian dan diterbitkan oleh PT Mizan Pustaka
pada tahun 2006 dengan judul, Surat Cinta al-Ghazali, memberikan
kita kaedah bagaimana untuk mendidik dengan lebih baik dan
berkesan.

Buku ini disifatkan mempunyai kekhususan yang tersendiri kerana


al-Ghazali menjadikan nilai-nilai tasauf sebagai mata air gagasan
pendidikan. Diberikan penekanan yang luar biasa hubungan antara
tasauf sebagai satu disiplin spiritual dengan amalan pendidikan.
Buku ini dimulai dengan rasa resah seorang murid al-Ghazali dan
sebagai pengantarnya, Islah Gusmian melatarinya dengan berkata:
Saya telah penat mengkaji ilmu-ilmu itu. Kini, saya tidak tahu ilmu
yang manakah lebih bermanfaat bagi diri saya sebagai wahana
menggapai cahaya Tuhan dan lebih mampu memimpin saya
menghadapi masa hadapan. Saya pun tidak tahu ilmu mana yang
tidak bermanfaat sehingga ia dapat dihindari dan saya dapat
menjaga diri darinya. Murid al-Ghazali berhadapan dengan kemelut
ilmu sebagaimana pernah beliau alami ketika mengajar di Madrasah
Nizamiyyah sehingga menyebabkan beliau berkelana jauh
meninggalkan dunia akademik untuk mencari kebenaran.
Hampir sebelas tahun lamanya al-Ghazali mencari kebenaran
dengan mendekatkan diri dengan Allah SWT di persekitaran masjid
di Syria, Palestin dan kemudiannya mengerjakan haji sebelum
pulang semula ke kampung halamannya mendirikan madrasah.
Beliau kemudiannya kembali semula ke Madrasah Nizamiyah untuk
beberapa ketika dengan pengalaman yang baharu, dan sebahagian
besar pengalaman tersebut diterjemahkan menerusi ratusan kitab
yang dihasilkan selepas menjalani proses mencari kebenaran.
Resah diri itulah menyebabkan muridnya menulis sepucuk surat
untuk meminta nasihat, bimbingan dan doa. Guru, tulisan murid
tersebut, apabila jalan menuju jawapan bagi saya telah tertulis
dalam pelbagai bukumu, seperti Ihya Ulumudin, Kimiya al-Saadah,
dan sebagainya, sesungguhnya muridmu ini tumpul nalar untuk
menelaahnya. Saya mohon kepada Guru, sebuah ringkasan yang

dapat saya. Risalah itulah kemudiannya ditulis dan diberikan judul


Ayyatul Walad oleh al-Ghazali.
Dialog itu juga membuktikan bahawa penekanan utama yang
dilaksanakan oleh al-Ghazali ialah membolehkan muridnya mudah
memahami, dan seterusnya dapat dijadikan teladan amalan terbaik.
Itulah ilmu yang kita perolehi daripada kemuliaan hati seorang guru
yang bernama al-Ghazali, beliau tidak pernah berkata: Kamu
bacalah apa yang saya tulis.
Al-Ghazali meletakkan hubungan guru-murid seperti hubungan ayah
dengan anaknya sendiri, maka proses pembelajaran berjalan secara
mesra dan bersifat dialog yang memberikan kejelasan, kefahaman
dan bersifat afektik. Ini tidak berlaku dalam kebanyakan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan moden,
kerana para guru hanya mengajar dan mengajar, tetapi tidak
menjiwai ilmu itu terlebih dahulu.
Para guru, yang sebahagian besar memilih kerjaya tersebut bukan
kerana minat. Mereka memilih kerjaya keguruan kerana tidak ada
pilihan lain yang sesuai dengan bidang pengetahuan yang dipelajari
ketika di universiti. Kerjaya guru boleh memberikan jaminan
keselamatan sekurang-kurangnya hingga tahap umur persaraan
mandatori, kerana seseorang guru tidak dinilai sejauhmanakah
penerokaan ilmu selanjutnya, meskipun ada sebahagian berusaha
melanjutkan pendidikan pasca siswazah. Ini belum memadai kerana
ramai juga para guru tidak menjadikan alam sebagai gedung ilmu
dan pemerhatian sebagai sumber pengetahuan paling berharga.
Guru juga kurang berminat membaca buku-buku ilmiah di luar
bidang pengajarannya, maka beruntunglah guru-guru di Malaysia
selagi anda tidak dikenakan tindakan disiplin, kedudukan anda tetap
selamat. Anda masih boleh menerima gaji yang lumayan walaupun

anda kurang mengajar. Anda tetap dibayar gaji, maka kerana itulah
apabila berlaku beberapa program transformasi, ramai guru yang
menyuarakan kebimbangan dan mempersoalkan kedudukannya.
Ada guru marah-marah apabila PPPM diperkenalkan, mereka akan
bekerja dengan kelajuan yang lebih dan beban yang semakin sarat.
Menerusi PPPM, sistem peperiksaan sudah berubah menjadi Sistem
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), maka gurulah yang akan
membuat penilaian secara berhemah ke atas para pelajarnya, dan
setiap perubahan psikomotor dan penguasaan murid perlu
direkodkan sebagai evidence. Di situlah bermula segala-galanya,
kerana ramai guru dilanda sindrom kasut baharu.
Dalam sindrom itu ramai guru mula ragu-ragu, apakah hasil
pengajaran selama ini tidak dapat menghasilkan kemenjadian
murid? Ramai yang mengambil sikap lepas tangan, bagaimana
kemenjadian murid itu boleh ditingkatkan kerana murid sendiri tidak
menunjukkan sikap ingin berubah ataupun jadi lebih pandai.
Maknanya, selagi revolusi dalam diri guru tidak dimulakan, maka
nasib PPPM akan mengalami kesan yang serupa dengan programprogram pendidikan yang gah ketika permulaannya. Ramai yang
masih ingat, ketika PPSMI diperkenalkan ramai guru yang terbabit
merasakan skeptik kerana terpaksa mengajar dalam bahasa
Inggeris, sedangkan sejarah persekolahan yang dilaluinya adalah
dalam bahasa Melayu.
Bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan (PPSMI), kerajaan memperuntukan ratusan juta ringgit
bagi menyediakan buku teks, alat bantu mengajar (kemudahan
komputer, skrin dan projekter), latihan dan kursus berbahasa
Inggeris, bahan-bahan interaktif, tetapi akhirnya prestasi pelajar
tidak juga meningkat.

Bahkan, bila dilaksanakan pembinaan pengkalan data penguasaan


berbahasa Inggeris, ramai guru yang gagal, maka semangat itu
mula berubah, proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah bercampur-campur (bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia).
Bukti kajian oleh KPM sendiri sudah memadai bagi menggambarkan
situasi tersebut.
Begitu juga dengan kegagalan berbahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar walaupun proses pembelajarannya mengambil masa yang
panjang. Sebelas tahun belajar bahasa Inggeris, akhirnya murid
tidak juga boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa tersebut,
kerana ada guru bahasa Inggeris, sama ada yang bukan opsyen
ataupun opsyen tidak melepasi tahap kecemerlangan berbahasa
berdasarkan standard ujian yang digunakan.
Lebih menyedihkan peratusan pencapaian adalah begitu rendah dan
ia memerlukan latihan semula yang menyebabkan ratusan juta
ringgit lagi perlu dibelanjakan. Apakah ini akan terus berlaku dalam
situasi selepas terbitnya laporan akhir PPPM nanti, atau di akhir
tempoh 2025, masih ramai guru bahasa Inggeris tidak lancar dan
mampu berbahasa Inggeris dengan baik? Inilah yang menjadi
misterinya, kerana lorong yang disediakan semakin kerap perlu
diturap dan bukannya dibina semula dengan asas yang lebih kukuh.
Harapan rakyat Malaysia ialah proses pengambilan calon guru
mestilah dilaksanakan secara terbuka dengan memilih calon-calon
yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan
peringkat universiti. Calon-calon itu perlulah dijadikan sebagai
kadet untuk tempoh tertentu, apabila penilaiannya sampai ke
tahap membanggakan, maka mereka akan diserap masuk ke dalam
kerjaya perguruan.

Jangan jadikan bidang keguruan sebagai kerjaya tangkap muat bagi


mengurangkan pengangguran dan lambakan siswazah. Biarlah
mereka berkelulusan dalam bidang pendidikan itu bersaing secara
sehat dalam pasaran terbuka, manakala seluruh IPG yang ada
menjadi pusat latihan dalam perkhidmatan.
Biarlah guru siswazah berada di sekolah rendah mahupun sebagai
guru prasekolah. Mereka boleh menjadi seorang guru yang baik
kerana mereka meminati profesion tersebut, dan bukannya sebagai
pilihan terakhir. Setiap mereka yang mengajar perlu diberikan tahap
ikhtisas oleh satu badan profesional, seolah-olah sijil amalan
keguruan. Sijil tersebut tentunya boleh ditarik balik sekiranya guru
melanggar etika dan tidak mampu menghasilkan kemenjadian
murid.
Bahkan, apabila seorang guru berkata: tanggungjawab seorang guru
ialah menjadikan anak muridnya lebih pandai daripada guru sendiri.
Kalau hanya guru lebih pandai akhirnya daripada anak murid, itu
adalah kegagalan. Itu bermakna guru tidak benar-benar memahami
dan membudayakan amalan pengajaran yang baik. Bolehkah
kemenjadian murid, berdasarkan kecerdasan intelek, spiritual dan
emosi dibentuk menerusi sistem pendidikan yang sedang dirintis
dalam PPPM ini berlaku? Kalau ada, apa jaminannya?
Itu adalah falsafah dan harapan yang masih lagi kabur, kerana PPPM
hanya menggariskan pencapaian dan kemenjadian murid dari aspek
kebolehpasaran, kerana selepas tahun 2020, Malaysia diharapkan
telah mencapai tahap negara berpendapatan tinggi. Kita hanya
mengukur kemenjadian murid berdasarkan kehendak pasaran, dan
bukannya kehendak membentuk meeting of minds yang dilingkari
oleh kesedaran moral dan spiritual secara bersepadu, kerana sifat
keinsanan merangkumi kesemuanya.

Bahkan, konsep pendidikan yang dirintis oleh al-Ghazali turut


dikembangkan oleh Ibnu Khaldun dan kemudiannya Malek Bennabi.
Sayangnya, dalam penerobosan psikologi pendidikan barat,kita
sebenarnya sudah lupa dengan kemurnian asas spiritual Islam yang
telah melonjakkan kedudukannya sebagai pusat ilmu dan tamadun
yang amat besar pengaruhnya kepada seluruh masyarakat dunia,
termasuk barat sendiri. Sistem pendidikan barat hanya mampu
melahirkan manusia yang bertamadun, tetapi hilang ghairahnya
(jiwa).
Pendidikan merupakan satu proses asimilasi (penghadaman) antara
keyakinan dan nilai sehingga mampu memberikan kaedah
penyelesaian kepada setiap permasalahan kehidupan secara
seimbang dan bukannya menambahkan lagi berat bagasi sosial,
seperti gejala sosial, bunuh diri dan perobohan institusi keluarga,
sosial dan sebagainya. Itulah yang diharapkan, kerana proses
menjadikan seseorang itu benar-benar menjadi tentunya bermula
dari rebungnya. Tetapi, kenapa rebung pula mahu dipatahkan
sebelum diberikan peluang untuk membesar dan menjadi buluh?
Jawapannya, tentu boleh dicari di mana-mana. Tetapi, hingga kini
masih belum ditemui dengan jelas dalam laporan awal PPPM 20132025. Maka, laporan akhirnya nanti, mungkin ada harapan yang
jelas, kerana kita tidak mahu rasa berdosa yang teramat besar
apabila rebung pada hari ini tidak akan menjadi buluh dalam
tempoh yang sepatutnya.

Anda mungkin juga menyukai