Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pendahuluan
Umat Islam pernah berada di puncak kegemilangan ketamadunan dengan kombinasi
kecemerlangan yang dicapai di Timur dan Barat. Di sebelah timur, kemajuan Islam bermula di
Kufah, Baghdad dan Damsyik dan merupakan pencetus revolusi sains sekaligus melonjakkan
tamadun Islam. Penguasaan Islam ke atas blok timur dan barat itu seakan menunjukkan kekuatan
dan menjelmakan kebijaksanaan umat Islam lampau sehingga mereka dijadikan contoh dalam
pembinaan tamadun barat.
Umat Islam saat kegemilangan berjaya mencetuskan revolusi ilmu yang menjadi subjek
kajian barat. Ini terutamanya pada zaman penguasaan Islam di barat melalui penguasaan ke atas
Andalusia dan juga kecemerlangan saintis Islam di timur serta barat. Bidang yang pernah
dikuasai oleh umat Islam termasuklah Fizik, Astronomi, Kimia, Matematik, Perubatan, Geografi,
Ilmu Pelayaran dan Sains. Ini ditambah dengan penguasaan mereka dalam bidang falsafah dan
pemikiran Islam.
Tokoh yang terlibat dalam mengembangkan sains di antaranya Al-Khawarizmi yang
merupakan seorang tokoh ilmuan Islam dalam bidang Matematik dan Geografi yang
bertanggungjawab mempertemukan dan mengadaptasi matematik Yunani dan India. Adalah
wajar untuk ditekankan bahawa pencapaian ini menunjukkan Islam tidak menyisihkan
pembangunan, malah ia adalah satu kriteria yang penting dalam kehidupan manusia sama ada
pembangunan dari aspek dalaman mahupun luaran. Aspek dalaman merujuk kepada peningkatan
keimanan, ketaqwaan, kerohanian, amal ibadat, kesihatan diri dan sebagainya. Manakala aspek
luaran, berkait dengan penampilan, ekonomi, alams sekitar, komunikasi, sistem politik yang baik
dan material sekeliling yang dapat memberi sesuatu yang berfaedah kepadanya (Mohd Roslan
Mohd Nor, 2009)

2.0 Latar Belakang Al-Khawarizmi


Al-Khawarizmi merupakan seorang tokoh yang dikenali pada zaman tamadun Islam.
Nama sebenarnya ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Beliau juga dikenali sebagai Abu
Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Di barat, Al-Khawarizmi dikenali sebagai al1

Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al- Gorismi dan lain-lain lagi.
Di namakan Latinkan menjadi Aljabar. Beliau dilahirkan di Bukhara. Tahun 780 hingga 850 M
adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Beliau wafat antara tahun 220 dan 230 M.
Gelaran Al-Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di
Khawarizmi yang terletak di selatan Laut Aral. Beliau lahir di sebuah tempat bernama bernama
Kath iaitu sebahagian daripada daerah Khawarizmi. Namun demikian, ada catatan yang
mengatakan bahawa Kath kini telah lenyap akibat ditelenggami pasir. Berkaitan kehidupan
zaman kanak-kanak beliau, ahli sejarah tidak menemui banyak maklumat. Namun ada catatan
yang mengatakan bahawa ibu bapanya telah membawa beliau berhijrah ke Baghdad, Iraq ketika
masih kecil. Khawarizmi merupakan salah seorang ahli matematik yang teragung dan jasanya
akan dikenang sampai bila-bila oleh masyarakat dunia. Beliau sebenarnya merupakan pengasas
kepada beberapa cabang dan konsep matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang
dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi
juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus
serta persamaan kuadratik.
Dalam bidang pendidikan terbukti bahawa beliau ialah seorang tokoh Islam yang
berpengetahuan luas meliputi bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan,
sejarah Islam dan kimia. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah alMamum, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu
tempat menekuni belajar matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin
perpustakaan khalifah.
Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhintungan India pada
dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin. Antara hasil
karya yang telah beliau hasilkan ialah Sistem Nombor (ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Latin iaitu De Numero Indorum), Mufatif al- Ulum yang bermaksud beliau adalah pencinta
ilmu dalam pelbagai bidang, dan Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind (karya ini telah
diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri. Bukan itu sahaja, karya-karya
seperti Al-Mukhatasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah, Al-Amal bi Usturlab, Al-Tarikh, dan
Al- Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah juga merupakan karya yang dihasilkan oleh alKhawarizmi.
2

3.0 Analisis dan Kupasan Tentang Al-Khawarizmi Sarjana Matematik Terkemuka


Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan Aljabar dan
Hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang
matematik. Beliau juga berjaya menghasilkan konsep-konsep matematik sehingga konsepkonsep ini menjadi popular dan masih diguna pakai pada zaman sekarang. Antaranya ialah kos,
sin, dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segi tiga sama, mengira luas
segi tiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Bukan itu sahaja, beliau juga
memperkenalkan masalah pecahan, sifat nombor perdanadan teori nombor.
Dalam bukunya al-Khawarizmi memperkenalkan kepada dunia ilmu pengetahuan angka
0 (nol) yang dalam bahasa arab disebut Sifir. Sebelum beliau memperkenalkan angka nol, para
ilmuwan Yunani dan India mempergunakan abacus, iaitu daftar yang menunjukkan satuan,
puluhan, ratusan, ribuan, dan seterusnya, untuk menjaga setiap angka supaya tidak tertukar dari
tempat yang telah ditentukan dalam hitungan. Akan tetapi, hitungan seperti ini tidak mendapat
sambutan dari kalangan ilmuwan Barat ketika itu dan mereka lebih tertarik untuk memperguna
raqam al-binji (daftar angka arab termasuk angka nol), hasil penemuan al- Khawarizmi. Dengan
demikian angka nol baru dapat diperkenalkan dan dipergunakan orang Barat sekitar 250 tahun
setelah ditemui al-Khawarizmi.
Sebuah buku berkenaan pengiraan pernah dihasilkan oleh beliau pada tahun 830 Masihi
yang berjudul Buku Rangkuman pengiraan dengan melengkapkan dan menyeimbangkan. Buku
tersebut merangkumi dan menerangkan definisi aljabar. Selain itu, buku ini telah diterjemahkan
ke dalam bahasa Latin kerana penggunaanya yang begitu meluas dalam kehidupan harian. Beliau
turut menyelesaikan linear dan kuadratik dengan membahagikan ke dalam 6 bentuk biasa yang
mana b dan c adalah angka positif. Pertama, angka persamaan kuadratik (ax2=c). Kedua, angka
persamaan punca (bx=c). Seterusnya, kuadratik dan persamaan punca (ax2+bx=c). Selain itu,
penggunaan kuadratik dan angka persamaan punca (ax2+c=bx). Seterusnya, punca dan
persamaan kuadratik (bx+c=ax2) dan yang terakhir kuadratik persamaan punca (ax2=bx).
Dengan membahagikan pekali dari kuadratik dan menggunakan dua operasi aljabar
(penyimpanan atau melengkapkan) dan al-muqabala (menyeimbangkan). Aljabar adalah proses
memindahkan unit negatif, punca dan kuadratik dengan menggunakan nilai yang sama di keduadua sisi. Sebagai contohnya, x2=40x-4x2 dipermudahkan menjadi 5x2=40x.
4

Adam Riese menulis buku berjudul, Die Coss pada tahun 1524 yang memiliki contoh
soal x2+21=10x. Riese mengungkapkan bahawa Al-Khawarizmi sebagai ahli aljabar yang paling
masyhur dari Arab kerana mendalami angka-angka yang tidak pernah dijumpai sebelumnya
dalam perhitungan. Malahan, tidak ada seorang pun yang mampu menyamainya. Pengaruh karya
Al-Khawarizmi sangat besar pada naskah negara-negara Barat dan Latin yang terlihat dalam
format tulisan dasar-dasar aljabar yang dipelajari di daratan Eropah. Pada akhir abad ke-16
Adrian Romain, menganggap algebra sesuai untuk dipelajari secara serius. Selain itu, beliau
segera menerbitkan tulisan-tulisan tentang komen terhadap topik aljabar. Hingga saat ini, para
guru matematik melihat ada kesesuaian antara tulisan Algebra dari Al-Khawarizmi dengan
penerapan idea-idea mahupun cadangan-cadangan yang disampaikan oleh Al-Khawarizmi seribu
tahun yang lalu.
Di dunia Barat, matematik lebih banyak dipengaruhi oleh karya Al-Khawarizmi
dibandingkan dengan karya penulis pada abad pertengahan. Masyarakat masa kini terhutang budi
pada Al-Khawarizmi dalam hal penggunaan bilangan Arab. Sistem bilangan Arab yang
diperkenalkan oleh Al-Khawarizmi membawa perubahan dalam komposisi dan ciri-ciri
matematik serta menjadi revolusi proses perhitungan pada abad pertengahan di daratan Eropah.
Dengan penyatuan matematik Yunani, Hindu dan mungkin Babylonia, teks aljabar merupakan
salah satu karya di dunia antarabangsa. Di samping itu, kita juga tidak akan melupakan karyanya
yang lain yang menjadi bukti peranan Al-Khawarizmi dalam pengembangan ilmu pengetahuan
tentang perhitungan.

4.0 Analisis dan Kupasan Perbandingan Ahli Falsafah Sains Matematik Islam dan Barat
Mengikut Islam, falsafah Matematik dan Sains juga perlu ada ciri-ciri akhlak mulia dan ia
juga perlu dimasukkan ke dalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan
nilai-nilai murni berbanding semasa tamadun Yunani dan Mesir. Sebagai contoh, akhlak yang
terdapat dalam bidang matematik ini adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan dan
ilmu ini haruslah dipelajari. Ini kerana keadilan itu dituntut dalam Islam. Hal ini bagi
memastikan Sains dan Matematik berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu, ia hendaklah
berlandaskan tauhid, akhlak, dan syariah. Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yang beragama
Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan mengikut undang-undang Islam.
5

Dari aspek Tauhid, ia merupakan satu landasan bagi falsafah Sains dan Matematik seperti
mana dengan ilmu-ilmu Islam yang lain. Mengikut matlamat Islam, semuanya Ayyatullah (tandatanda Allah) iaitu simbol kebesaran, kewujudan, dan keesaan Tuhan. Ungkapan yang wujud
sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik. Setiap falsafah dan Epistemologi Sains dan
Matematik, kita tidak seharusnya diterima bulat-bulat tanpa syarat.
Manakala dari sudut syariah pula, matematik Islam dilihat berkembang selari dengan
keperluan manusia dan berasaskan kepada undang-undang yang mengenai tindak tanduk
masyarakat. Sebagai contoh, ahli matematik Islam cuba menyelesaikan masalah yang melibatkan
perbuatan hukum syariah seperti judi, riba, dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama
samawi untuk memperkukuhkan lagi institusi.
Manakal aliran falsafah barat lebih menekankan nilai-nilai empirikal dalam setiap teori
atau rumus yang diperoleh. Konsep pengalaman dan pengamatan pancaindera dalam mencerna
ilmu pengetahuan adalah penting dan amat tinggi darjahnya dalam menentukan kesahihan
sesuatu kajian. Pengkajian dengan pengumpulan data dan bukti empirikal merupakan aliran yang
amat berpengaruh di barat, ini diperkuatkan lagi dengan pendapat Auguste Comte (1798-1857M)
yang menyatakan abad ini dikuasai oleh fakta dan pengamatan para penulis.
Aliran barat menekankan konsep kebenran sesuatu ilmu pengetahuan berdasarkan logika
formal yang di bawa oleh pemikiran Socrates, Aristotle dan Plato. Ini ditambah dengan teori
pertalian, teori kesepadanan dan teori pragmatik, disamping teori logik berlebihan, teori semantik
dan teori non-deskriptif. Secara amnya, tradsi barat melihat pada penggunaan akal dan panca
indera dalam menetukan kebenaran sesuatu sumber ilmu pengetahuan dan menolak penggunaan
ilmu wahyu dan ilmu agama seperti Islam.

5.0 Sumbangan Al-Khawarizmi pada masa kini


(a) Matematik dalam Pendidikan Negara
1. Penerapan Algebra di Pra Sekolah
Pengenalan kepada unsur-unsur algebra telah dimasukkan ke dalam sukatan pra sekolah dan
di awal pendidikan kanak-kanak. Hal ini dapat dibuktikan apabila kanak-kanak di pra

sekolah telah mula belajar menggunakan simbol untuk menterjemahkannya kepada nombor.
Ini kerana, penerapan seperti ini mampu melatih pembentukan skemata kanak-kanak.
2. Silibus Algebra dalam Kurikulum Bersepadu Malaysia
Sumbangan Al-Khawarizmi masih lagi digunapakai sehingga ke hari ini terutamanya dalam
sistem pendidikan negara. Hal ini dapat dibuktikan apabila topik Algebra telah diserap masuk
ke dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah di Tingkatan Dua dan Menegah Atas.
Walaupun murid di sekolah rendah di Malaysia tidak diajar secara langsung tetapi mereka
didedahkan kepada elemen-elemen yang ada di dalam algebra dalam kemahiran-kemahiran
matematik yang tertentu. Pada peringkat sekolah rendah, penekanan ini sangat penting
kerana ia dapat membantu murid untuk mengaitkan proses arimetik ke dalam bentuk
Algebra.
3. Silibus Algebra dilaksanakan di Universiti Tempatan
Penekanan kepada topik Algebra juga dilihat telah lama dilaksanakan diperingkat universiti
tempatan. Kebanyakkan universiti tempatan menekankan konsep penyelesaian masalah
dengan menggunakan kaedah algebra. Selain itu, diperingkat ini, pelajar-pelajar didedahkan
dengan pemahaman dan pengaplikasian konsep algebra untuk menterjemah, menganalisa dan
mengitlakkan sesuatu situasi masalah yang mempunyai pelbagai jalan penyelesaian.
(b) Ekonomi dalam Pendidikan Negara
Al Khwarizmi juga telah menghasilkan al Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa alMuqabalah yang digunakan dalam urusan pengiraan pembahagian harta pusaka, baitulmal,
cukai dan zakat. Masalah pengiraan yang rumit dan kompleks yang tidak dihurai dalam al
Quran dan hadis dapat diselesaikan dengan mudah. Penemuan ini telah digunakan oleh
semua Negara Islam diseluruh dunia untuk membahagikan harta pusaka berdasarkan formula
yang telah digunapakai semasa pemerintahan Kerajaan Abasiyah dan Kerajaan Harun Al
Rasyid. Sistem yang diperkenalkan ini bukan sahaja menjadi ikutan Negara-negara Islam
malahan ia telah diserap masuk ke dalam silibus pendidikan Negara Malaysia. Pengiraan
harta pusaka, zakat dan sebagainya telah dimasukkan ke dalam subjek Pendidikan Islam di
Tingkatan Empat bagi menengah atas.

(c) Ilmu Falak dalam Pendidikan Negara


Kini sub-bidang Ilmu Falak boleh dilihat pada subjek Sekolah Rendah atau Menengah, di
bawah tema Bumi dan Alam Semesta dan Astronomi dan Penerokaan Angkasa Lepas. Ia
tidak menjadi subjek tersendiri, tetapi terkandung dalam mata pelajaran Sains (Roslizah,
2007). Di peringkat lebih tinggi, ia menjadi sub-bidang kepada bidang Fizik, Sains atau
Geodesi, di bawah topik Astrofizik, Space Science dan sebagainya. Pada sudut pekerjaan
pula, kerajaan menubuhkan Agensi Angkasa Negara, Pusat Sains Negara yang turut terlibat
memartabatkan Ilmu Falak. Agensi lain seperti Jabatan Mufti Negeri turut melahirkan Ahli
Falak Syarie melalui penubuhan Unit Falak dan latihan-latihan yang dianjurkan mereka. Satu
pihak lagi yang tidak kurang penting adalah Ahli Falak Amatur yang menjadi Ilmu Falak
sebagai aktiviti bersifat hobi yang serius. Ahli Falak Amatur juga merupakan antara pihak
yang turut menjayakan usaha menjadikan Ilmu Falak sebagai sains popular.
Menelusuri sejarah, dan kurikulum pendidikan hari ini, sama ada di sekolah mahu pun di
universiti, subjek ilmu falak masih menjadi sub-bidang dalam kurikulum tersebut, atas
keperluan dan hubungan sub-bidang tersebut dengan bidang utama yang menjadi kurikulum
pengajian berkenaan. Contohnya bidang ukur tanah (Geodesi) yang mengaplikasikan
Positional Astronomy sebagai salah satu keperluan utama. Demikian Ilmu Falak Syarie
yang juga mengaplikasikan Positional Astronomy sebagai bidang utama pengajian tersebut.
6.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di
dunia. Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah
tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah
melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam lebih mementingkan akhlak
keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih
mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistic (kebendaan) walaupun soal
ahklak insan terbiar.

Umat Islam seharusnya belajar dari sejarah lalu untuk kembali bangkit mencorak
kehidupan dunia. Dalam konteks Malaysia, saya menganggap dokongan kerajaan untuk
membentuk masyarakat gemilang melalui pendekatan pendidikan harus dilihat sebagai sesuatu
yang positif untuk mengembalikan kegemilangan silam.
Kecemerlangan kejayaan pencapaian dan sumbangan ahli-ahli sains Islam dalam bidang
matematik, fizik, biologi, botani, zoologi, kejuruteraan dan perubatan adalah dipengaruhi oleh
faktor keagamaan. Falsafah dan sumbangan sains dan teknologi Islam juga penting kepada
peradaban manusia. Contohnya kejuruteraan hidraulik, pembinaan kapal dan sebagainya yang
dicipta telah banyak memberi sumbangan dalam masa kini.Segala kajian dan penyelidikan, juga
eksperimen yang dijalankan adalah untuk memenuhi satu matlamat. Oleh itu, kita haruslah
menghargai segala falsafah dan sumbangan sains dan teknologi islam pada masa dahulu. Kita
haruslah menggunakannya dengan cara yang betul tanpa menyalahgunakannya.

Rujukan
Devlin, Keith. ( 1998 ) Mathematics: The Science of Patterns: The Search for Order in Life,
Mind and the Universe. Scientific American Paperback Library : USA
Shasha, Dennis Elliot; Lazere, Cathy A. (1998). Out of Their Minds: The Lives and Discoveries
of 15 Great Computer Scientists. Oxford, UK: Oxford University Press.
Steen, L.A. (1988). The Science of Patterns Science. Oxford, UK: Oxford University Press.
Zeidler, Eberhard (2004). Oxford User's Guide to Mathematics. Oxford, UK: Oxford University
Press.
Baharudin Yatim, Dr. (1989). Takrif Dan Konsep-Konsep Asas Sains Moden. Sains Menurut
Perspektif Islam. Kuala Lumpur: UKM
Baharrudin Zainal (2007). Beberapa Mauduk Kajian Sejarah Sains Falak. Prosiding Seminar
Falak UDM 2007 Peringkat Kebangsaan
Baharrudin Zainal (2002). Astronomi Sebagai Sains Popular. Kertas Kerja Ceramah Minggu
Sains & Teknologi Peringkat Negeri Terengganu
Hartmann, William K. (1987). Astronomy, The Cosmic Journey. Belmont, California: Wadsworth
Publishing Co.
Roslizah A.Samad (2007). Memantapkan Pendidikan Astronomi Peringkat Sekolah. Prosiding
Seminar Falak UDM 2007 Peringkat Kebangsaan
Abdul Rahman Abdullah. (2007). Sejarah dan Tamadun Islam. Kedah: Pustaka Darul Salam.

Kepentingan Matematik, dimuat turun daripada http://coretan-pena-kami.blogspot.com


pada 11 Mei 2014
Definisi Matematik, dimuat turun daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Matematik
pada 11 Mei 2014
10

Pakar Matematik Astronomi, dimuat turun daripada http://irfanirsyad.wordpress.com


pada 11 Mei 2014
Al Khawarizmi Ahli Matematik Teragung, dimuat turun daripada http://online.mdpekan.gov.my/
pada 11 Mei 2014

11

Anda mungkin juga menyukai