Anda di halaman 1dari 1

Persembahan teater yang bertajuk Qalam Notasi secara kesekuruhannya

adalah bagus. Yang pertama, suara semua pelakon amat lantang. Saya dapat
mendengar perkataan yang disebutkan dengan jelas. Isi-isi yang disebutkan
oleh pelakon juga telah memaparkan tema teater ini dengan baik. Selain itu,
pelalon juga telah membuat persembahan dengan cara yang lebih menarik iaitu
memainkan guitar sambil menyanyi. Pelakon juga bertanya soalan dan
menyuruh penonton menyanyi bersama untuk memeriahkan suasana lagi.
Namun begitu, saya ingin menyentuh sedikit kelemahan dalam persembahan ini.
Semasa persembahan ,warna lampu memberi sejenis perasaan yang kurang
bersemangat dan bosan. Kedudukan pelakon juga tidak baik. Saya duduk di
sebelah kiri, saya tidak dapat nampak wajah muka dia dengan jelas terutama
apabila dia hanya menghadap satu arah saja. Dialok setiap pelakon agak
panjang sehingga kadang-kadang mereka perlu membaca skrip dan menjejaskan
persembahan.

Anda mungkin juga menyukai