Anda di halaman 1dari 3

Cadangan Menigkatkan Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

Perkembangan kognitif kanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan otak


dan sensori motor serta interaksi dengan orang yang lebih berpengalaman, iaitu
perkembangan sosial. Ia merupakan proses ingin tahu dalam kehidupan kanak-kanak.
Mereka belajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang membantu dalam
perkembangan kognitif seterusnya mereka belajar bagaimana untuk menghadapi cabaran
pada masa depan.
Sebagai seorang guru, kita mestilah membantu murid meningkatkan perkembangan
kognitif dengan merancang pengajaran dengan teliti agar dapat merealisasikan hasrat ini.
Saya akan menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) dengan pertandingan
membina ayat senang kepada murid-murid.

Sebagai contoh, pertama sekali, saya

membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan.

Selepas itu, saya menuliskan

lsoalan yang telah disediakan iaitu ayat yang tidak lengkap seperti Mereka sedang di
papan putih.

Saya menerangkan peraturan pertandingan kepada murid-murid.

Murid

diberikan masa untuk membincangkan jawapan. Kemudian setiap kumpulan hendaklah


menghantar wakil masing-masing untuk menulis jawapan yang tidak boleh kurang daripada
lima perkataan di papan putih.

Jawapan setiap kumpulan akan dibincang dan dinilai

bersama. Ayat yang paling baik akan mendapat satu markah. Selepas itu, pertandingan
akan diteruskan dengan soalan yang kedua. Pertandingan ini adalah berasaskan prinsip
perkembagan iaitu perkembangan berlaku secara berterusan. Ketika kanak-kanak berfikir
jawapan mereka akan menggunakan pengetahuan sedia ada dengan mencari perkataan
yang sudah belajar untuk bina ayat. Dengan pengetahuan yang ada melalui pembelajaran
kelas dulu, situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut malah juga akan
menguji ingatan kanak-kanak.
Selain itu, saya juga akan menjalankan proses P&P dengan permainan yang
membolehkan kanak-kanak belajar sambil bermain iaitu pengajaran yang melibatkan bahan
konkrit untuk mempersembahkan sesuatu yang visual di depan kanak-kanak. Contohnya,
saya ingin mengajar beberapa buah-buahan tempatan iaitu manggis, rambutan dan durian
oleh itu, saya membawa beberapa biji buah rambutan, manggis dan sebiji kelapa yang
sebenar ke kelas.

Saya mempamerkan di depan kelas dan memperkenalkan nama buah-

buahan tersebut.

Selepeas itu, saya membahagikan murid kepada kumpulan dan

mengadakan permainan.

Cara permainan adalah senang iaitu setiap kumpulan perlu

menyenaraikan ciri-ciri buah-buahan tersebut dari segi fizikal sebanyak mungkin. Kumpulan
yang dapat menyenaraikan ciri buah-buahan yang paling banyak dan tepat merupakan
pemenang permainan ini dan dapat merasai buah-buahan. Setiap orang diberi peluang

untuk menyentuh buah-buahan di bawah bimbingan saya.

Dalam permainan ini telah

mengambil kira prinsip perkembangan iaitu berdasarkan peringkat perkembangan. Kanakkanak pada peringkat operasi mempunyai pemikiran intuitif dan berasa hairan tentang
benda sekeliling. Ganjaran permainan ini dapat meningkatkan keghairahan kanak-kanak
sebab dapat merasai buah-buahan dan secara tidak langsung perkembangan fizikal juga
dipertingkatkan. Oleh itu, ini dapat menaikkan minat murid untuk mencari jawapan yang
betul yang membolehkan mereka dapat mengaplikasikan perkataan yang belajar sebelum
ini dan juga belajar perkataan yang baru.
Seterusnya, saya juga akan mengadakan lawatan ke zoo supaya kanak-kanak dapat
sambil belajar sambil bermain yang menambahkan unsur menarik ke dalam P&P dan
merupakan pengalaman yang baru bagi kanak-kanak untuk membuka minda mereka.
Penggunaan teknologi seperti menggunakan tayangan atau 3D tidak dapat ditandingkan
dengan haiwan yang sebenar. Pelajar dapat mempunyai jarak yang lebih dekat dengan
haiwan, dapat menghidu bau haiwan, mendengar bunyi yang dikeluarkan daripada haiwan
dan menyaksikan pelbagai pergerakan yang ditunjukkan oleh haiwan.

Murid dapat

memahami sikap dan ciri haiwan secara mendalam, mengenali lebih banyak haiwan dan
menghayati kecantikkan hidupan di bumi.

Saya akan memberitahu murid

untuk

mencatatkan hanya tiga haiwan yang paling disukai dalam bentuk tulisan dengan ayat
pendek, melukis dan bercerita sebab suka haiwan tersebu di depan kelas.

Permainan ini

adalah berdasarkan prinsip perkembangan iaitu anggota badan yang saling mempengaruhi.
Apabila kanak-kanak menggunakan tangan untuk menulis atau melukis, anggota lain seperti
mata digunakan untuk melihat huruf atau lukisan dan otak pula mencari idea. Cara ini selain
dapat meningkatkan perkembangan kognitif kanak semasa melawat dan menggambarkan
haiwan dengan tulisan, malah juga dapat mengembangkan kreativiti, bentuk organisasi dan
logik kanak-kanak kerana kanak-kanak pada peringkat ini yang suka berimaginasi,
menggunakan

symbol

untuk

menyampaikan

sesuatu

semasa

melukis,

bahkan

meningkatkan keyakinan diri dan perkembangan bahasa dalam murid sendiri semasa
bercerita di khalayak orang ramai.
Akhirnya, saya juga akan menjalankan P&P dengan menjalankan permainan yang
melibatkan lakonan murid.
menerangkan cara

Setelah ahli kumpulan dibahagikan dengan rata, saya akan

permainan tersebut.

Cara permainan ialah satu kumpulan perlu

manghantarkan wakil ke depan untuk mengambil satu kad daripada guru. Kad itu mungkin
akan ialah sesuatu aksi, pengangkutan ataupun haiwan yang mereka sudah belajar
sebelum ini.

Wakil tersebut perlu melakonkan kandungan dalam kad dan tidak boleh

mengeluarkan bunyi kecuali mengeluarkan bunyi haiwan atau pengangkutan. Kumpulan


wakil tersebut perlu meneka apa yang dilakonkan dan membina satu ayat yang betul
4

barulah boleh diteruskan dengan kad yang seterusnya. Kumpulan yang tidak terlibat dalam
lakonan dan penekaan pula boleh kacau dan mengelirukan pemikiran kumpulan yang
meneka. Setiap kumpulan akan diberikan sepuluh kad. Masa yang digunakan untuk setiap
kumpulan akan dicatakan. Setelah satu kumpulan sudah habis meneka, barulah tiba giliran
kumpulan yang seterusnya. Pada akhir pemainan ini, kumpulan yang menggunakan masa
yang tersingkat akan menjadi pemenang dalam permainan ini. Permainan ini bukan sahaja
menggunakan ingatan dan pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak sebelum ini dan
membawa peningkatkan kepada psikomotor malah juga memberi peluang kepada muridmurid agar dapat memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajarkan kepadanya. agar
mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif di bawah bimbingan guru. Meraka akan lebih
faham dengan apa yang dipelajarinya dan lebih mengetahui perkara tersebut semasa
menjalankan aktiviti.
Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting kepada kanak-kanak dalam
mencapai perkembangan kognitif yang optimum. Jadi, guru mestilah merancang aktiviti
untuk murid-murid dengan efektif sebagaimana yang telah disarankan iaitu menyuburkan
potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Dengan ini, barulah
negara akan melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi perkembangan fizikal,
mental, emosi, bahasa dan sosial.

Anda mungkin juga menyukai