Anda di halaman 1dari 1

Smesy 5H

Refleksi (9.8.2017)
Isu yang difokuskan: Tajuk yang saya fokus dalam Pendidikan Jasmani ialah kemahiran
smesy. Semasa saya menjalankan langkah kedua, saya nampak semua murid dapat
melakukan perlakuan smesy dengan tahap yang sederhana. Tapi apabila saya menjalankan
permainan kecil yang memerlukan murid melakukan smesy ke dalam sasarannya iaitu gelung,
mereka hanya dapat memasukkan satu hingga dua biji bulu tangkis sahaja ke dalam gelung.

Kelemahan: Saya tidak menjelaskan perlakuan smesy dengan jelas. Saya seharusnya
menjelaskan perlakuan tangan iaitu hendaklah tegak dan tidak bengkok semasa membuat
perlakuan smesy. Titik kontak antara bulu tangkis dan raket hendaklah tinggi supaya dapat
mematikan bola lawan. Jarak antara gelung dengan murid seharusnya lebih jauh iaitu
sekurang-kurangnya lebih daripada 5 meter untuk memastikan bulu tangkis dapat melepasi
jaring. Saya juga harus menekankan cara untuk membaling bulu tangkis supaya ahli
kumpulannya dapat memukul bulu tangkis.

Kekuatan: Saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) saya secara ansur maju
dalam kemahiran smesy. Saya membiarkan murid fahamkan kemahiran smesy dengan
membaling bulu tangkis menjunam ke arah skital, Kemudian, barulah saya membiarkan murid
memegang raket dan membuat perlakuan smesy tanpa bola. Akhirnya, saya meningkatkan
kesukaran iaitu membuat smesy dengan bulu tangkis ke sasaran yang ditetapkan.

Cadangan: Saya seharusnya memastikan semua murid tahu perlakuan smesy yang betul
dahulu. Permainan kecil yang saya rancangkan tidak dapat menimbulkan minat murid dan
murid berasa bosan apabila tidak dapat memasukkan bulu tangkis ke dalam sasaran mereka.
Saya hendaklah menghentikan semua murid dan memanggil mereka untuk melihat perlakuan
yang betul dahulu sebelum meneruskan permainan mereka. Saya harus menukarkan aktiviti
saya kepada permainan berpasangan dalam kumpulan masing-masing. Seorang murid akan
bermula dengan servis pendek manakala kawannya hendaklah cuba melakukan smesy.
Peranan antara pasangan akan bertukar. Dengan ini, barulah murid akan berasa seronok dan
mencapai aspek afektif dalam hasi pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai