Anda di halaman 1dari 2

Penulisan Laporan Ilmiah

Kognitif adalah proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami


sesuatu ,pengalaman yang berlaku dalam otak manusia menurut Kamus Dewan Bahasa
Pustaka. Perkembangan kognitif merujuk kepada proses perkembangan keupayaaan
berfikir dan menaakul yang berlaku seiringan dengan perkembangan sosioemosi, fizikal dan
penguasaan kemahiran berbahasa. Teori perkembangan kognitif kanak-kanak menekankan
perubahan pemikiran kanak-kanak yang dapat membantu dalam memahami cara kanak
berfikir.
Piaget telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat peringkat iaitu
peringkat sensori motor bagi 0 sehingga 2 tahun, peringkat praoperasi bagi 2 hingga 7
tahun, peringkat operasi konkrit bagi 7 hingga 11 tahun dan peringkat operasi formal bagi 11
hingga 15 tahun. Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan terhadap seorang kanak
perempuan, yang berumur 6 tahun adalah berada pada peringkat praoperasi.

Pada

peringkat ini kanak-kanak mula belajar berfikir dengan menggunakan simbol-simbol yang
merupakan prakonsep dan menandakan kanak-kanak sudah bersedia untuk berbahasa.
Dan tidak terikat dengan aktiviti motor.

Apabila saya menjalankan kajian saya dengan

menanyakan soalan, dia boleh menjawab ya atau tidak.


Jean Piaget telah membahagikan peringkat ini kepada dua sub tahap iaitu tahap prokonseptual bagi 2 hingga 4 tahun dan tahap pra-operasi bagi 4 hingga 7 tahun. Kanak
dalam kajian kumpulan saya adalah berada pada tahap pra-konseptual. Pada tahap ini,
kanak-kanak belum dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa
yang sama. Apabila saya menjalankan kajian kekekalan untuk menguji pemikiran budak
perempuan tersebut, dia terkeliru dan ingat jumlah, isipadu atau saiz sesuatu objek telah
berubah apabila bentuk dan susunannya berubah. Ini menunjukkan dia belum menguasai
prinsip ketekalan kerana kanak-kanak pada tahap ini belum dapat menyusun penerangan
yang ada dalam pemikiran.
Tetapi kanak-kanak pada tahap ini boleh belajar kemahiran matematik yang mudah
atau

pengiraan

rutin

tanpa

mengunakan

pengekalan.

Budak

perempuan

dapat

menyelesaikan kebanyakan soalan matematik senang yang hanya melibatkan satu operasi
asas iaitu tambah.

Kanak-kanak pada tahap ini tidak berupaya untuk menyelesaikan

masalah kompleks tanpa menguasai konsep pengekalan tetapi adalah sesuai untuk
mengajar pengiraan matematik yang menggunakan operasi asas iaitu tambah dan tolak.
Tahap ini dikenalkan sebagai tahap fungsi simbolis. Pada tahap ini biasanya anakanak tidak diberikan isyarat sensorik atau motorik untuk berfikir tentang sesuatu

tetapi

dapat membayangkan secara mental sesuatu benda yang mereka inginkan walaupun yang
1

benda tersebut tidak berada di depan mereka. Nurzwina mampu melukis bulat dan manusia
dan tidak memerlukan rujukan ataupun model-model. Dia mampu melukis objek yang dia
suka dengan imaginasi sendiri sahaja. Simbol-simbol dapat membantu anak-anak untuk
berfikir dan mengingat benda-benda yang sebenarnya tidak ada di hadapan mereka
sekarang. Peringkat ini yang juga merupakan kemuncak daya imaginasi dan fantasi kanakkanak kerana mereka masih kurang faham tentang dunia realiti, dan kanak-kanak
digalakkan untuk memperkembangkan kreativiti dengan pendedahan yang sesuai seperti
melukis, menyanyi dan buku cerita.
Budak perempuan itu juga mempunyai sifat egosentrik yang merupakan ciri pada
tahap ini.

Egosentrik merujuk kepada keadaan kanak-kanak yang masih belum dapat

membezakan pandangan sendiri dengan pandangan orang lain. Sifat pemikiran dalam
egosetrik ini iaitu pemusatan menjelaskan sebab kanak-kanak praoperasi tidak dapat
menguasai konsep kekekalan isi padu, pepejal, ruang dan nombor. Hal ini kerana kanak
menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap satu ciri objek sahaja, dan ciri-ciri lain
telah diabaikan.
Sub tahap pra-operasi juga dikenali sebagai tahap pemikiran intuitif. Kanak pada
peringkat ini pemikirannya intuitif iaitu mempunyai penaakulan primitif. Kanak-kanak akan
menganggap sendiri mengetahui jawapan semua perkara serta menunjukkan sikap ingin
tahu, suka bercakap dan bertanya. Kanak-kanak ingin tahu jawapan tentang pertanyaan.
Dan menunjukkan keyakinan tentang pengetahuan dan pemahaman mereka tanpa
menggunakan pemikiran rasional. Sikap Nurzwina kurang aktif dan diam sahaja sepanjang
kajian dan dia hanya bercakap sahaja apabila ditanya. Dia tidak menunjukkan ciri-ciri pada
tahap ini tetapi saya berfikir tentang mungkin disebabkan dia malu dengan orang asing yang
bertemu kali pertama barulah dia tidak begitu aktif dan segan bercakap.
Selepas menjalankan kajian, maka terbuktilah teori Piaget adalah betul. Bagi kanakkanak pada peringkat praoperasi, guru dan ibu bapa harus memberi peluang kepada kanakkanak untuk menerokai alam fizikal melalui permainan dan aktiviti penyelesaian masalah.
Arahan dalam aktiviti haruslah mudah,singkat dan dapat menarik minat kanak pada
peringkat operasi serta memberikan penjelasan dan bantuan supaya kanak dapat
memahami dunia dari sudut yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai