Anda di halaman 1dari 2

EDUP2082

Tutorial 3 28/6/2021

1. (a) Huraikan teori perkembangan kognitif Piaget.

Menurut Piaget, proses equilibrium (keseimbangan), iaitu asimilasi dan


akomodasi berkaitan antara perubahan dengan perkembangan kognitif.
Piaget membahagikan perkembangan kognitif dalam empat tahap, iaitu
sensori motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal.

 Tahap Sensori Motor (sejak lahir hingga dua tahun)

Menurut Piaget, bayi berfokus terhadap apa yang dipersepsikan


melalui deria. Bayi tidak mempunyai deria terhadap pengekalan objek, iaitu
suatu keadaan di mana objek-objek memang wujud walaupun tidak dapat
dipersepsikan oleh bayi.

Contoh : bayi yang berumur sebelum sembilan bulan tidak akan


mencari objek yang tidak kelihatan setelah diperhatikan objek itu
sebelumnya. Sekiranya bayi yang berumur empat bulan telah melihat suatu
benda disembunyikan , dia tidak mungkin mencari benda yang tersembunyi
tadi. Tetapi, bayi yang berumur sembilan bulan akan berbuat demikian.

 Tahap Praoperasi (umur lingkungan dua tahun hingga lebih kurang


enam atau tujuh tahun)

Kanak-kanak mula membina representasi mental secara dalaman


dengan aktif yang telah mula beroperasi pada akhir tahap sensori motor.
Dengan adanya pemikiran representasi maka muncul komunikasi verbal.

Pada tahap ini, keupayaan kanak-kanak untuk memanipulasikan


konsep masih terhad. Kanak-kanak memberi tumpuan pada satu aspek
yang dapat dilihat daripada objek atau situasi yang disebut centration.

 Tahap Operasi Konkrit (linkungan tujuh atau lapan sehingga 11 atau


12 tahun)

Kanak-kanak dapat memanipulasi dan membentuk representasi


mental secara dalaman, Mereka mempunyai pelbagai pemikiran dan
memori tentang objek-objek yang konkrit seperti komputer, perabot dan
benda-benda maujud.

Kanak-kanak di tahap operasi konkrit ini dapat memanipulasi


representasi dalaman objek-objek yang konkrit untuk mengesan dan
mengenal pasti kuantiti-kuantiti yang terkandung di dalamnya. Menurut
Piaget, tahap terakhir dalam perkembangan kognitif adalah mentaliti dan
mengaplikasi prinsip-prinsip yang sama kepada konsep-konsep abstrak.
 Tahap Operasi Formal (dari umur 11 atau 12 tahun)
Melibatkan operasi mental pada yang abstrak dan simbol yang
mungkin tidak mempunyai bentuk fizikal dan konkrit. Dalam pada itu, kanak-
kanak mula memahami perkara-perkara yang mungkin mereka tidak terlibat
dan alami secara langsung.

Justeru, teori perkembangan kognitif adalah berasaskan tahap demi


tahap. Bagi Piaget, tahap-tahap ini berlaku pada usia yang sama bagi
kanak-kanak. Setiap tahap berlaku dalam bentuk yang sama dan tidak
bertukar-tukar. Apabila kanak-kanak memasuki tahap baru, kanak-kanak
memikirkan cara-cara dan ciri-ciri yang dikenal pastidalam tahap berkenaan
dengan nyata dan berkesan.

(b) Bagaimanakah teori perkembangan kognitif Piaget dapat membantu


guru menjalankan tugas pengajaran dengan berkesan?

Teori perkembangan kognitif Piaget memainkan peranan penting


kepada guru dalam membantu murid untuk meningkatkan daya kognitif
mereka melalui pendekatan yang bersesuaian. Hal ini demikian kerana,
daya kognitif murid adalah berbeza berdasarkan peringkat dan tahap
perkembangan tersebut. Dalam mengembangkan daya kognitif pelajar,
guru boleh mengaplikasikan teori perkembangan kognitif tersebut dalam
merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Perkara tersebut dilakukan bagi memastikan setiap
murid dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah
ditetapkan oleh guru.

Guru mengaplikasikan toeri perkembangan kognitif tersebut dalam


memberi bimbingan kepada murid untuk memahami isi pelajaran yang
disampaikan ketika berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru merupakan individu yang
berpengalaman terhadap sesuatu konsep dalam pembelajaran dan
berperanan untuk meningkatkan pengetahuan murid terhadap konsep
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai