Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Hari ketiga Tuan Syed tidak dapat datang ke kelas renang, jadi Cik Shareen yang
mengajar kami semua teknik baru. Perkara yang pertama adalah menjalankan pra ujian
untuk mengelakkan apa yang tidak diingini berlaku. Saya agak cemas dan tidak yakin.
Semasa saya berlatih, kawan saya memberitahu saya bahawa nafas hendaklah dilepaskan
semasa berenang.

Lepas itu, saya perasaan cara kawan saya adalah berkesan dan

mengurangkan ketidakselesaan saya semasa berenang.


Selepas penilaian, Cik Shareen memberi komen kepada setiap orang untuk
memperbaiki kelemahan. Saya menjadi yakin semula untuk berenang semasa tahu markah
saya. Kelemahan saya adalah tangan tidak lurus dan terlalu menerpa dari badan. Cik
Shareen juga demonstrasi memberitahu bahawa kedua-dua tangan hendaklah bergerak
secara berterusan seperti Tan dan Looi.

Kami juga diberi masa untuk meminta rakan

merakam gaya berenang sendiri supaya tahu kesalahan diri semasa berenang. Saya lihat
video yang dirakam dan meneliti kesalahan diri.tiadk membengkokkan tangan.
Selepas itu, kami secara berpasangan belajar floating. Caranya ialah kawan akan
cuba pegang badan dulu kemudian pasangannya perlu mendongak kepalanya, lihat ke atas
dan meninggikan perutnya supaya tidak tenggelam. Saya dan pasangan saya tidak berjaya
kerana bila cuba meninggikan perut kaki pula akan tenggelam. Kemudian, Cik Shareen
meneruskan pengajaran mengajar teknik lain iaitu sculling yang menolak badan ke
belakang dengan pergerakan kedua-dua tangan. Tangan angkat lurus dan bergerak ke
belakang dan menolak air ke hadapan untuk menghasilkan daya pergerakan ke depan.
Namun begitu, saya mendapati agak susah untuk bergerak jika tiada orang menyokong
badan saya dan badan akan tenggelam.
Cik Shareen mengajar cara lain secara ansur maju iaitu belajar meluncur dari pinggir
kolam renang.

Kedua-dua kaki menempel pada kolam, menghadap ke luar kolam dan

tangan pegang tebing dulu seperti mencangkuk. Apabila bersedia,

tolakkan kaki yang

menempel pada dinding sehingga badan meluncur ke belakang. Saya dapat berapung di
atas air tanpa sokongan buat kali pertama. Kawan saya Looi juga cakap cuba tarik nafas
pendek semasa meluncur juga akan membantu. Kemudian, Cik Shareen panggil kami cuba
flipped kaki dan sculling. Saya cuba dulu dengan flipped kaki yang caranya ialah kaki
bergerak seperti menunggang basikal.
melakukan kesemua teknik serentak.

Gerakan ini agak mudah dikuasai.

Saya cuba

Saya mudah kehilangan keseimbangan semasa

sculling menggerakkan tangan ke belakang.


Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati hari ini kerana dapat mengetahui
kelemahan diri yang perlu dibaiki dan dapat belajar gaya baru yang saya dapati seronok.

Anda mungkin juga menyukai