Anda di halaman 1dari 17

Mutiara Kisah Mingguan

.
Tiga Watak Di Akhir Zaman
.
Kedatangan Imam Mahdi
..............da disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan
tanda-tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat apabila sudah
dekat
kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi peperangan, banyak bencana dan banyak
bala.
Pada masa itu nanti semakin banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang
mahu
berbunuh-bunuhan kerana masalah remeh-temeh. Antara satu kumpulan de-ngan
kumpulan
lain, begitu juga antara satu negara dengan negara lain berperang kerana masalah
kecil.
Bencana semakin banyak berlaku, seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin
puting
beliung, banjir dan sebagainya. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit
dan
semakin ramai manusia yang berpenyakit.
Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari arah
Masyriq
(tempat terbitnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk selama tiga malam. Pada
masa itu
juga nanti lengkaplah jumlah orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi
berjumlah enam puluh orang. Masa itu akan tenggelam kampung-kampung di negeri
Syam. Akan datang
angin yang hitam yang me-nyebabkan manusia ramai yang mati. Sungai Furat di Iraq
akan
melimpah (banjir) yang menyebabkan kota Kufah tenggelam. Akan terdengar suara
seruan
dari langit. Suara itu dapat didengar oleh semua manusia yang ada di dunia. Dan yang
paling
menghairankan lagi, suara itu dapat difahami oleh semua orang.

Orang yang hanya tahu atau faham bahasa Inggeris faham mendengar seruan dari
langit itu,
begitu juga pengguna bahasa Cina, bahasa India, bahasa Melayu, bahasa Arab dan
sebagainya. Mungkin juga panggilan itu dalam bahasa Arab tetapi semua orang
mendengar
dalam bahasanya sendiri.
Terdengar suara pada tengah malam bulan Ramadan yang menyebabkan semua
orang
yang tidur terbangun atau terperanjat. Banyak pembunuhan dan banyak peperangan
berlaku
sehingga darah mengalir di jalan-jalan raya. Orang semkain berani berbuat jahat tidak
kira
tempat dan waktu.
Pada masa itu nanti yang diangkat menjadi pemimpin pun terdiri dari orang-orang
jahat.
Pemimpinnya jahat dan orang yang dipimpin pun sama-sama jahat. Dalam hadis
dikatakan
ramai manusia pada masa itu nanti yang beriman pada waktu petang tetapi esok
paginya
sudah menjadi kafir. Namun demikian ramai ulama yang mengertikan hadis itu
dengan kafir
nikmat.
Bukan bererti petang dia masih Islam esok harinya sudah Nasrani atau Yahudi
misalnya.
Maksud hadis itu menurut ulama menunjukkan banyaknya orang yang kafir nikmat.
Apa-apa
nikmat dan pemberian Allah tidak disyukuri dan tidak digunakan kepada yang diredai
Allah
SWT.
Menjelang turunnya Imam Mahdi dikatakan pasukan tentera dari Turki akan datang
ke
jazirah Arab. Mereka datang untuk menakluki tanah-tanah jazirah Arab. Mereka
bunuh
pemimpin-pemimpinnya dan mereka kuasai daerahnya.
Dalam keadaan dunia yang buruk dan kacau itu tiba-tiba muncullah Imam Mahdi.
Beliau
datang untuk meneruskan atau menyambung perjuangan datuknya (Muhammad s.a.w)
untuk
mengatasi kekalutan dan kekacauan yang dihadapi umat. Semua makhluk yang ada di
langit
dan yang ada di bumi merasa gembira dengan kedatangan Imam Mahdi itu. Bukan
hanya

manusia yang gembira, tetapi juga binatang buas, burung-burung dan makhluk
lainnya.
Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh dari keluarga Rasulullah s.a.w
yang ada
ketika itu (pada masa munculnya) nanti. Dia diangkat orang menjadi pemimpin ketika
manusia di seluruh dunia nanti sudah begitu buruk keadaannya.
Mereka mengangkat Imam Mahdi menjadi pemimpin ketika itu nanti setelah
melihatnya
berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan. Manusia yang ada pada zaman
itu
nanti mengharap semoga dia dapat mengembalikan dunia kepada kebaikan. Dengan
perasaan yang cukup berat, dia (Imam Mahdi) menerimanya. Dia sendiri tidak tahu
yang
dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke dunia. Begitu
juga
manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin dunia, tidak tahu
bahawa
orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi.
Kerana tidak tahu yang dirinya Imam Mahdi dan tidak berapa suka menjadi
pemimpin,
sudah tentu dia pun tidak ada berkempen mengajak orang untuk mengangkatnya.
Setelah dia
memimpin dunia dengan baik barulah orang tahu bahawa itu adalah Imam Mahdi. Dia
tunjukkan perilaku yang baik, dia ajak manusia mengerjakan yang makruf dan
meninggalkan
yang mungkar, kemudian orang pun mengikuti arahannya.
Mengapa manusia yang sudah begitu lama bergelimang dengan dosa mahu diajak
kepada
kebaikan? Ini tentunya samalah dengan zaman jahiliah dahulu, yang mana keadaan
masyarakat sudah begitu buruk, tiba-tiba datang seorang utusan Allah untuk membaiki
keadaan dunia, orang pun terus mengikutnya.
Manusia mahu diajak kepada kebaikan tentunya setelah melihat orang yang
mengajak itu
mempunyai banyak kelebihan, dan yang paling penting orang yang mengajak itu
berjuang
dengan ikhlas dan sesuai kata-kata dengan perbuatannya. Jadi nanti manusia seluruh
dunia
mengikut ajarannya kemudian dia pun mengatur dunia dengan baik.
Keadilan dapat ditegakkan seperti zaman Rasulullah s.a.w. dahulu. Kerana keadaan

masyarakat sudah baik dan sudah beriman, malapetaka dan musibah berkurangan.
Bahkan
rahmat Allah pula yang datang dan rezeki melimpah ruah. Setelah dunia aman dan
makmur
serta melihat pemimpinnya tidak terpedaya oleh kesenangan dunia, tahulah mereka
bahawa
yang memimpin mereka itu adalah Imam Mahdi.

Kedatangan Dajjal
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: Saya telah
mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke
masjid dan
solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar.
Nampak
semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: Jangan ada yang bergerak.
Hendaklah
semua duduk di atas sajadahnya. Kemudian berkata: Tahukah kamu mengapa aku
memerintahkan kamu jangan ada yang pulang? Kami menjawab: Allah dan RasulNya yang
lebih tahu.
Rasulullah s.a.w berkata lagi: Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini
bukan
ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan
kepada
kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang
menjumpai aku
dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah
yang
dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.
Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin
kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah
samudera
yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa
berada di
atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang
terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa
dengan
binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan
duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: Makhluk apa engkau ini? Binatang itu
menjawab:
Saya adalah Al-Jassasah. Mereka tanya: Apa itu Al-Jassasah? Binatang itu hanya
menjawab: Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai
lelaki
macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke
tempat
yang ditunjukkan oleh binatang itu.
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya
mereka
tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya
dikuatkan
dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya:
Siapakah anda? Orang seperti raksaksa itu menjawab: Kamu telah mendengar
cerita
tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: Siapa kamu ini?
Mereka menjawab: Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut
menaiki
kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas
dan
kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan
tempati ini.
Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga
kami
tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami
tanya apa
maksudnya dia hanya menjawab: Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat
ini untuk
menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan
tuan
dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya. Makhluk yang sangat besar itu belum
menjawab
soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: Ceritakan kamu kepadaku
keadaan
kebun kurma yang di Bisan itu, nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:
Keadaan
apanya yang tuan maksudkan? Orang besar itu menjawab: Maksudku apakah pokok
kurma itu berbuah? Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah,
orang
besar tadi berkata: Aku takut pokok itu tidak berbuah.

Orang besar itu bertanya lagi: Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.
Mereka
menjawab: Tentang apanya yang tuan maksudkan? Lelaki itu menjawab:
Maksudku
airnya apakah masih ada. Mereka menjawab: Airnya tidak susut. Lelaki itu
berkata: Air
sungai itu disangsikan akan kering.
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: Kalau begitu ceritakan kepadaku
tentang
Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat? Mereka menjawab: Dia telah berhijrah dari
Makkah
ke Madinah. Lelaki itu bertanya lagi: Apakah dia diperangi oleh orang-orang
Arab?
Mereka menjawab: Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab. Lelaki itu bertanya
lagi:
Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka? Mereka ceritakan bahawa
Rasulullah
s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika
taat
kepadanya. Kata orang besar itu lagi: Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa
aku
adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan
menjelajah dunia
ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah
dan
Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal
oleh
para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.
Kata Tamim Al-Dariy lagi, Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas
mimbar
sambil berkata: Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah.
Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?
Mereka
menjawab: Ya, sudah ya Rasulullah. Rasulullah s.a.w berkata lagi: Sememangnya
hadis
Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang
telah aku
sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang
dikatakan
tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut
Yaman.

Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur, kata Rasulullah s.a.w sambil
menunjuk
ke arah timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur.
Ada
yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.

Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal


Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: Rasululah s.a.w telah berkhutbah di
hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal.
Baginda
telah bersabda: Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling
hebat
selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah
SWT ada
mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan
kamu
adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan)
kamu.
Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku
adalah
sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka
setiap
orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang
mukmin.
Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan
mempengaruhi
manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah
kamu. Di
sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh
nabi-nabi
sebelumku kepada umatnya.
Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi
nabi
sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan
yang
benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya
sedangkan

Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua
mata
Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai
membaca atau
buta huruf.
Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu
sebenarnya
syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang
disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan
hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk
sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: Seandainya aku
sanggup
menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau
mengaku aku sebagai Tuhanmu? Orang Arab itu akan berkata: Tentu. Maka syaitan
pun
datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan
suaranya
pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: Wahai anakku, ikutilah dia,
sesungguhnya
dialah Tuhanmu.
Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua.
Setelah
itu dia katakan kepada orang ramai: Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap
hambaku
ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup
semula.
Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: Siapa Tuhanmu? Orang yang dia bunuh
itu, yang
kebetulan orang beriman, menjawab: Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau
adalah
musuh Allah.
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi
darjatnya
di syurga.
Kata Rasulullah s.a.w lagi: Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya
menurunkan
hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuhtumbuhannya
tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu
datang ke
perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka

disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk
kampung
itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat
mereka dan
tanam-tanaman mereka pun menjadi.
Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali
Makkah dan
Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh
Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun
demikian
ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang
seperti
gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan
lagi
tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang
sudah
menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal
itu lalu di
satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka
disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun
tidak
turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya
beriman
kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu
Dajjal
menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya
menumbuhkan
tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman
mereka
subur.
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Menjelang turunnya
Dajjal ada
tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang
jujur
tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak
dipercayai.
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: Bumi yang paling
baik

adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal
tidak
sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota
Madinah
bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan)
bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum
wanita
adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti
tukang besi membersihkan karat-karat besi.
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:
Pernah satu
hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya
menangis
beliau bertanya: Mengapa menangis? Saya menjawab: Ya Rasulullah, engkau telah
menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.
Rasulullah s.a.w berkata: Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup,
maka aku
akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka
Tuhan
kamu tidak buta dan cacat.
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal muncul pada
waktu
orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada
empat
puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa
bagaikan
sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti
hari
biasa.
Ada yang bertanya: Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah
boleh
kami solat lima waktu juga? Rasulullah s.a.w menjawab: Ukurlah berapa jarak solat
yang
lima waktu itu.
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: Akulah Tuhan sekalian alam, dan
matahari ini
berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya? Katanya sambil
ditahannya
matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada
manusia:
Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan? Mereka semua
menjawab: Ya,
kami ingin. Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari
begitu cepat
berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: Akan keluarlah Dajjal
kepada
umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri
pun
tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun.
Kemudian
Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Masud
dan
kemudian membunuh Dajjal itu.
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia
menjadi
kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman
hanya
tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A'lam.

Kedatangan Nabi Isa


Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Saman bahawa Rasulullah bersabda
tentang Nabi Isa: Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur
Damsyik,
dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua
malaikat.
Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat
kepalanya lagi,
turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.
Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam, bahkan juga di Damsyik,
iaitu
di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada
berkata:
Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya
kecuali yang
berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.
Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah.

Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah


membakar
menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda:
Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka
yang
berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat
dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan
turun.
Apabila dia turun nanti, untuk me-ngenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih
kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis
air
walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam.
Pada
zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT
akan
membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti
dunia akan
aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan
lembu,
serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak
menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian
Nabi
Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.
Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya.
Turunnya
Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam
bererti
menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya,
beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar
taat. Itu
semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi
Ibrahim,
selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir.
Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu
sudah ada
membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir
zaman
beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat
baru.
Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam,

Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: Ya Rasulullah,
ke mana
orang-orang Arab ketika itu? Rasulullah s.a.w menjawab: Jumlah mereka pada
waktu itu
terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki
soleh
(Imam Mahdi menurut riwayat itu).
Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba
datang
Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk
mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata:
Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau. Maka sembahyanglah
mereka
semua di belakang Imam tadi.
Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: Bukakan pintu itu. Mereka
membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada
70,000 Yahudi lengkap membawa senjata.
Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti
cairnya
garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama
kaum
Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di
sanalah
Nabi Isa membunuh Dajal itu.
Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu.
Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi
akan
pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah
dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi
di
balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga
satu
pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok
itu
akan berkata: Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah
dia.
Kata Rasulullah s.a.w lagi: Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun.
Satu
tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti
satu
minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di
pintu

masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain
hari pun
masuk waktu malam.
Mendengar yang demikian ada yang bertanya: Bagaimana kami mengerjakan solat
dalam
waktu yang begitu singkat ya Rasulullah? Rasulullah s.a.w menjawab: Ukur sajalah
jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.
Rasulullah s.a.w berkata: Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan
bijaksana dan
adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan
membunuh semua
babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu
membayar
cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak
menerimanya.
Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling
cemburu,
dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga
ada anak
perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya,
begitu
juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh
kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada
pertelingkahan
keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah.
Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi
mengeluarkan
cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga
manusia
akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.
Ibnu Katsir berkata: Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: Sebaiknya hadis ini
dijadikan
untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama
maksudnya dengannya. Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin
Umar,
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi.
Kamu
akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun
akan
berkata: Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.

Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya,


iaitu pada
zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah
ruah,
sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.
Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Sudah hampir masanya
turun
kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal,
membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika
itu
melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian
alam.
Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Masud, dari Rasulullah s.a.w: Pada malam
aku
diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Mereka
membincangkan hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim.
Tetapi
beliau hanya menjawab: Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian
tanya
kepada Musa. Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab: Aku
tidak
tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa.
Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata: Sebenarnya tidak ada yang
mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal
nanti
muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu
melihat
aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan
membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok
kayu
nanti akan ikut berkata: Wahai orang muslim, di bawahku ada orang kafir
bersembunyi,
marilah dan bunuhlah dia.
Kata Nabi Isa lagi: Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang
muslim
pulang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj
dan
Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru.
Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada
yang
tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum
semua

air. Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan.
Air
sungai dan tasik semua habis mereka minum.
Tambah beliau lagi: Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah
Yakjuj dan
Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu.
Berkat
doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah yang
cukup
besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di
mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan
lebat
sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut.
Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w bersabda: Belum terjadi
kiamat
sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah, atau
sehinga
Allah SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi
sahabatnya. Nabi
Isa dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka
selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji.
Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa
Nabi
Isa a.s akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan
dalam sahih
Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun.
Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir
kedua-dua
pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa diangkat ke langit
pada usia
33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau
diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka
umur
Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu A'lam.
Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan
Makjuj
akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa
Nabi
Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan
mengerjakan
haji setelah turun nanti. Muhammad bin Kaab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi
akan

menjadi sahabat Nabi Isa nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji.
Katanya
Nabi Isa akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin
dan
dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w.
Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan
Nabi
Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa merupakan
kuburan yang keempat.

.
.
.
Dipetik Dari Buku.
Menunggu Kedatangan
Imam Mahdi, Dajjal
& Nabi Isa
Oleh
Abdul Latif Asyur
Kod buku
DN189
Bil muka surat
224
Harga
$8.00
ISBN
983-046-110-6
.
.
.
| Laman Utama | Laman 2 | Mutiara Kisah | Mutiara Hikmah | Laman Tamu Guest Book |
| Coretan Tetamu | Panas! | Senarai Buku | English Books | Borang Pesanan - Order
Form |
Hakcipta Terpelihara Darul Nu'man EMAG 1998
.

Anda mungkin juga menyukai