Anda di halaman 1dari 2

SURAU ALAL-FATIH IPJPSM

EDISI JUMAAT
NO: 01/09

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA


( Edaran Untuk Ahli Sahaja )

5 SEPTEMBER 2014
10 Zulkaedah 1435

TIPS HADIRI TEMUDUGA


Sesi temuduga Pemelihara Hutan G41 akan bermula ahad
ini selama dua minggu. Ramai yang berharap-harap untuk
berjaya dalam temuduga tersebut, namun tanpa
mengetahui rahsia memenangi hati penemuduga akan
mengundang kegagalan. Kelulusan akademik bukan faktor
utama untuk berjaya dalam temuduga kerajaan. Banyak
kemahiran lain perlu diambil kira khusus semasa
ditemuduga. Ramai yang tewas semasa temuduga kerana
melangari pantang larang. Jadi untuk berjaya calon
perlulah menjadi individu best among the best. Sebelum
itu jangan lupa membuat homework dan latih tubi berulang
kali, jangan menghafal tetapi memahami perkara yang
mendalam mengenai jawatan yang dipohon.
Tips mengelakkan perasaan gemuruh ketika
menunggu giliran dan berhadapan dengan
penemuduga:
Tips 1: Ketika menunggu giliran, jangan terlalu
mengandaikan soalan penemuduga. Calon temuduga
mudah menjadi gemuruh sekiranya terlalu memikirkan
berkenaan soalan yang akan ditanyakan penemuduga.
Oleh itu, jangan fikirkannya! Tenangkan fikiran dan
elakkan diri dari mengandaikan perkara yang negatif.
Tips 2: Anggap Temuduga Sebagai Sebuah Proses
Perbualan. Calon yang dipanggil temuduga biasanya telah
mencapai kelayakan yang dikehendaki oleh organisasi, dan
temuduga digunakan sebagai medium untuk organisasi
mengenalpasti calon dengan lebih dekat selain dari
maklumat yang diperoleh dari dokumen permohonan
kerja sahaja. Jadi anggaplah temuduga sebagai sebuah
proses perbualan yang memerlukan jawapan ringkas dan
padat. Penemuduga juga merupakan manusia biasa yang
mahukan perbualan yang segar dan semulajadi, jadi anda
hanya perlu buat bersahaja dan tidak perlu terlalu
gemuruh!

Tips 3: Berfikiran optimistik boleh mengurangkan


rasa gemuruh. Tanya pada diri anda sendiri, adakah
anda pernah melalui situasi yang lebih sukar dari
sekarang? Tentu ada, temuduga ini sesuatu yang
senang. Jadi cuba berlatih untuk jadi lebih bersahaja.
Tips melakukan Eye-Contact
Semasa temuduga eye contact memainkan peranan
penting yang akan memberikan impresi bahawa calon
tersebut tidak yakin ataupun kurang bersedia. Mata
yang sering kali berkedip-kedip menunjukkan calon
gemuruh ataupun kurang jujur ketika menjawab soalan
penemuduga. Elakkan mata dari liar memandang
persekitaran bilik, seperti siling, meja, perabot dan
sebagainya. Tumpukan perhatian dan pandangan
kepada para penemuduga. "Eye-contact" merupakan
suatu
bentuk
'body-language'
yang
dapat
memberikan gambaran awal kepada penemuduga
tentang tahap kebersediaan calon terhadap jawatan
dipohon.
Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga
Tips 1: Semasa hendak masuk ke bilik temuduga
janganlah gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan
"Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada
keadaan waktu. Jangan hulurkan tangan anda untuk
berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat
gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
Janganlah duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda
disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah
dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan
menggelisah. Jangan anda letakkan barang-barang atau
tangan di atas meja penemuduga atau cuba hendak
mengalih keadaan kerusi yang disediakan. Juga jangan
goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di
sana sini.

* Muka surat 2 *

Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopohgapah. Jawapan yang diberikan itu hendaklah tepat.
Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga
dan jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih
daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda
kepada Ketua Panel. Gunakan perkataan seperti Tuan
atau Puan pada orang yang tertentu dari semasa ke
semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya pula
Selain itu semasa penemuduga itu sedang bercakap,
jangan sekali-kali calon cuba hendak berbalah
dengannya.
Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga
Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak
benar semasa dalam temuduga. Jika anda tidak tahu
jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak
berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini
akan melemahkan peluang anda. Eloklah bercakap
terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga
anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda.
Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda
semasa temuduga. Jika anda pernah bekerja dahulu,
berilah keterangan dengan ringkas dan tepat
berkenaan dengan pekerjaan itu. Jangan sekali-kali
anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar,
tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
Perlulah juga mengetahui serba sedikit akan tugastugas yang bersabit dengan pekerjaan yang dimohon
itu.
Cara tangani soalan 'sukar' dan 'mencabar,
Calon boleh ditanyakan soalan seperti "Saya faham
anda mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini,
akan tetapi bolehkah anda jelaskan sebab-sebab
meninggalkan pekerjaan yang sedia ada atau kenapa
anda kerap bertukar kerja di antara tahun XX
sehingga YY,?"
Jawapan perlu padat bagi
menunjukkan kematangan Selain itu gunakan juga
nada dan intonasi positif semasa menjawab soalan
sukar.
Sekiranya diminta untuk menerangkan berkenaan
kekerapan anda bertukar kerja, cuba elakkan
perkataan-perkataan negatif seperti - 'masalah',
'tekanan', kecewa', 'bosan', 'malas', 'susah', 'rumit.
Sebaliknya, semasa menjawab soalan tersebut, cuba
untuk menggunakan perkataan alternatif yang
membawa maksud lebih positif seperti: "mencabar",
"cabaran", "peluang yang lebih baik", "peningkatan diri",
"peningkatan kerjaya", "daya usaha dan 'kepimpinan'.
Elakkan dari menyalahkan bekas majikan atau sebarang
polisi kerajaan dan institusi awam.

Soalan Trik: Ceritakan Kelemahan Diri Anda


Soalan seperti ini biasanya ditanya ketika hampir di
penghujung sesi temuduga, di mana penemuduga
menggunakan soalan ini untuk mengetahui dan menguji
daya pemikiran kreatif calon temuduga. Calon yang
tidak berpengalaman kebiasanyaannya akan menjadi
gugup, gementar dan mengambil masa yang panjang
ataupun tidak berupaya menjawab dalam masa yang
singkat. Menceritakan perihal keburukan diri yang boleh
mengakibatkan panel penemuduga mengambil jalan
singkat untuk mengenepikan permohonan anda. Cuba
ceritakan kelemahan yang boleh memberikan impak
positif seperti menceritakan minat ataupun kemahiran
anda yang secara tidak langsung memberikan kesan
terhadap persekitaran anda. Ceritakan hanya kelemahan
yang tidak berkait-rapat dengan kerja dan jika pandai
calon boleh mengubah mood penemuduga kepada
mood yang lebih ceria dengan sedikit humor. Anda
boleh juga menggunakan pengalaman lain seperti
kepandaian melukis, berenang, membaiki kereta dan
sebagainya yang menunjukkan anda berbakat juga dalam
bidang lain, selain arif dan berkompetensi dalam bidang
pekerjaan yang dimohon.
Perkara yang menjelikkan penemuduga
Perkara-perkara yang sepatutnya dielakkan ketika
berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan
penemuduga berasa bosan dan jelik :
#1: Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan
secara keterlaluan. #2: Tidak memberikan tumpuan
kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih
dari seorang penemuduga #3: Mengelak dari menjawab
soalan penemuduga #4: Memandang rendah akan
pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan
jawapan anda #5: Mencabar penemuduga dengan
bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal #6:
Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau
terkenal dalam perbualan anda dalam temuduga dengan
harapan penemuduga tersebut kagum dengan
anda Semua ini akan membuat penemuduga
mengenepikan permohonan anda untuk mendapat
jawatan tersebut.
Penutup
Akhir sekali lihat diri anda dari segi #1: Kelebihan diri
sendiri #2: Personaliti #3:Pencapaian Akademik dan
Pekerjaan #4: Kekuatan dan kelemahan #5: Persepsi
#6: Pengetahuan Am dan #7: Pengalaman Kerja. Oleh
itu cuba selami diri anda, dan senaraikan butir-butir
tersebut, kenalpasti kelemahan diri dan cuba
perbaikinya sebelum menghadiri temuduga. Ini dapat
memastikan anda dapat menjawab soalan penemuduga
dengan lebih yakin dan positif. Semoga anda berjaya.
Selamat berusaha!!
Sumber : temuduga.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai