Anda di halaman 1dari 14

Isi

tempat

kosong

dengan

jawapan

yang

paling

sesuai.

1 "__________ berjanji akan belajar bersungguh-sungguh," kata murid-murid Tahun Empat


Elit.
(ID:1111585818781

Dia

Kami

- kata ganti nama diri kedua - tunggal

- kata ganti nama diri pertama (merujuk kepada diri sendiri dan rakan-rakan)
- jamak
Kamu - kata ganti nama diri kedua - tunggal

Mereka - kata ganti nama diri ketiga (untuk bilangan yang banyak)

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

2 "Di manakah __________ jumpa buku aku ini?" tanya Ravi kepada Tan.(ID:1111585799271
A

anda

- kata ganti nama diri kedua (tunggal)

beliau

- kata ganti nama diri ketiga (tunggal)

engkau

- kata ganti nama diri kedua (tunggal)

mereka

- digunakan apabila bilangannya lebih daripada satu

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

3 __________ bertungkus-lumus untuk mendirikan sebuah bangunan.(ID:1206177638126


A

Ia

Dia

Beliau

Mereka

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

4 Emak sedang __________ baju sekolah abang dan adik di dalam biliknya.(ID:1206281169421
A

menggosok

menyidai

membasuh

merendam

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


5 Raju __________ basikalnya yang pancit itu ke Kedai Basikal Ah Seng.(ID:1206281708013
A

menarik

menuntun

menonton

menggapai

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


6 Rancangan Jejak Rasul yang __________ menerusi TV3 mendapat sambutan yang
menggalakkan.(ID:1203418440126
)
A

disiarkan

dipaparkan

dipamerkan

ditunjukkan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

7 Rumah banglo Encik Ramu sangat __________ manakala halamannya pula agak lapang.
(ID:1206206163533

bulat

besar

berat

bujur

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


8 Suara abang sangat __________ selepas akil-baligh.(ID:1111585635421
A

nyaring

- lantang

mersik

- kuat lagi nyaring (suara)

merdu

- enak didengar

garau

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


9 Encik Suhaimi menghadiahi isterinya seutas
__________ emas sempena ulang tahun ke-18
perkahwinan mereka.
(ID:1227674104436

rantai

cincin

loket

subang

10 Tok Ali terpaksa bertongkat apabila berjalan kerana sebelah __________nya dipotong
akibat penyakit kencing manis.(ID:1231146668516
)
A

kaki

tangan

telinga

mata

11 Lebih ramai tentera diambil untuk menguatkan lagi __________ negara.(ID:1111585717541

tahanan

menahani

pertahanan

mempertahankan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

12 Sebelum pergi ke sekolah, anak-anaknya __________ 20 sen seorang.(ID:1111585715501


A

catu

dicatu

mencatu

pencatuan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

13 Di pasar tani __________ dijual dengan harga yang murah.(ID:1111585750531


A

batu-batan

- banyak batu

kayu-kayan

- banyak kayu

sayur-mayur

- banyak sayur

rumput-rampai

- banyak rumput

14 Terdapat banyak sarang __________ di rumah usang itu.(ID:1111585754911

labah-labah

rama-rama

kura-kura

15 __________ Adli cacat __________ dia tidak pernah mengemis.(ID:1111585843651


A

Sungguhpun, namun

Lantaran itu, tetapi

Walaupun, hingga

Kalau begitu, atau

16 Mereka bangun __________ pergi ke meja makan.(ID:1123061530810


A

lalu

- kemudian daripada itu.

serta

- dan juga.

hingga

- sampai pada ketika ini.

kemudian

- selepas sesuatu waktu

17 Alya memetik __________ bunga di taman bunga itu.(ID:1111586104281


A

sepucuk

setandan

sekuntum

sejambangan

18 Ayah telah membeli __________ anting-anting baru sebagai hadiah hari jadi kakak yang ke20.(ID:1111586086061
)
A

sebuah

- benda besar, bangunan, buku atau kenderaan

sebutir

- benda kecil bulat

sepasang

sebentuk

- barang-barang yang melengkung

19 Mayat seorang pemuda yang berlumuran darah ditemui di __________ longkang itu.
(ID:1212811685489

atas

sudut

dalam

bawah

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

20 Kereta api itu bergerak menuju ke __________ Semenanjung Malaysia.(ID:1111586436951


A

sekeliling

- dari setiap arah

selatan

- mata angin lawan utara

atas

- paras sesuatu yang lebih tinggi

tepi

- pinggir

Teliti

peta

di

bawah,

kemudian

jawab

soalan-soalan

yang

berikutnya.

21 Pekerjaan yang sesuai dengan penduduk di sini ialah?(ID:1111316257057


A

pengusaha hotel dan calet.

pengusaha hotel, pekerja kilang dan peniaga.

peniaga, pekerja ladang kelapa dan pekerja kilang.

nelayan, pekerja ladang dan pekerja hotel serta calet.

22 Apakah fungsi jeti?(ID:1111316257340

Tempat kapal atau bot singgah

Pintu masuk ke kawasan ini

Untuk kemudahan pelancong

Untuk membawa hasil tempatan keluar

23 Maryam berusia 12 tahun. Apakah yang tidak dijumpainya kalau dia berjalan kaki ke
sekolah?(ID:1111316257580
)
A

Masjid

Hospital

Balai polis

Perhentian bas

24 Apakah pendapat anda tentang Kampung Simpang Tiga?(ID:1111316257820

Boleh pergi ke Pekan Tanjung

Mendapat nama daripada tiga persimpangan

Kampung Simpang Tiga terletak di tepi Jalan Tanjung

Sebuah kampung yang berpotensi untuk maju kerana terdapat pelbagai kegiatan
ekonomi

25 Jejantas yang dibina di Jalan Pantai bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada?
(ID:1111316258000

orang ramai.

pejalan kaki.

murid-murid sekolah melintas.

pekerja hotel dan guru-guru sekolah.

Baca

iklan

di

bawah,

kemudian

jawab

soalan-soalan

yang

berikutnya.

26 Apakah tema Karnival Keluarga Bahagia Melaka?(ID:1111316342181


A

Keluarga Bahagia

Rumahku, Syurgaku

Hidup Berumahtangga

Kebahagian Berterusan

27 Sempena karnival ini, apakah jenis pertandingan yang diadakan?(ID:1111316342492


A

Pertandingan Keluarga Bahagia

Pertandingan mewarna

Pertandingan mengarang

Pesta Pasaria

28 Kepada siapakah pertandingan di Karnival Keluarga Bahagia ini dibuka?(ID:1111316345121


A

Semua peserta yang hadir

Kepada murid-murid yang berumur 1 - 12 tahun

Kepada semua murid-murid berumur 4 - 6 tahun

Murid-murid sekolah rendah yang berumur 6 - 12 tahun

29 Jika 'Karnival Keluarga Bahagia Melaka' ini disertai


oleh 500 peserta, berapakah jumlah yuran penyertaan
yang akan dikumpulkan?
(ID:1111316345881

RM500

RM1 000

RM2 000

RM2 500

30 Di manakah Karnival Keluarga Bahagia Melaka diadakan?(ID:1111316346727


A

Di bandar Melaka

Di pejabat Utusan Malaysia

Di Dewan Perbandaran Melaka

Di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka Ayer Keroh

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


No. 23, Kampung Jara,Jalan Bakek,06300 Kuala

Nerang,Kedah Darul Aman.25 Mac 2003.


Menemui saudari Mimi yang kini berada di Gopeng
Perak. Semoga saudari berada dalam keadaan
sihat.Saudari,
Apa khabar? Saya di sini sihat-sihat
sahaja. Begitulah juga saudari hendaknya. Sudah lama
kita tidak saling menghubungi antara satu sama lain.
Sejak kebelakangan saudari menyepi tanpa berita.
Saudari, pada tahun ini saya dan rakan-rakan yang lain
memasuki pertandingan buku skrap. Tahun lepas kami
hanya mendapat hadiah sagu hati. Walau bagaimanapun,
kami tetap bersemangat untuk menjadi juara pada
pertengahan tahun ini. Saya rasa saudari juga bekerja
kuat untuk memenangi pertandingan itu. Saya yakin
bahawa sekolah saudari pasti terpilih kerana saudari
memang terkenal dengan daya kreativiti yang tinggi.
Dengan ini, saya harap dapatlah kita bertukar-tukar
pendapat dan berkongsi pengalaman. Cara begini
memang banyak mendatangkan manfaat bagi kedua-dua
pasukan. Rasanya setakat ini sahaja yang mampu saya
tulis untuk tatapan saudari. Sambutlah salam daripada
saya untuk saudari sekeluarga.Sekian, terima kasih.
Yang
benar,

31 Bilakah pertandingan buku sekerap akan diadakan?(ID:1111316622612


A

Pada bulan Jun

Pada bulan April

Pada bulan Ogos

Pada bulan Oktober

32 Mengapakah penulis yakin bahawa rakannya turut terpilih untuk menyertai pertandingan
tersebut?(ID:1111316622911
)
A

Kerana kawannya bekerja kuat.

Kerana kebolehan kawannya tidak ada tandingannya.

Kerana dia tahu rakannya mempunyai daya kreativiti yang tinggi.

Kerana kawannya selalu sahaja menang dalam pertandingan sebelumnya.

33 Bagaimanakah kedua-dua pasukan mendapat faedah?(ID:1111316623121


A

Apabila kedua-dua pasukan bekerjasama.

Apabila kedua-dua pasukan saling meniru.

Kedua-dua peserta bertukar-tukar pendapat.

Apabila pasukan Marina menolong pasukan penulis

34 Penyataan manakah bukan tujuan pertandingan buku skrap?(ID:1111316623381


A

Menggalakkan para pelajar berfikir secara kritis dan kreatif.

Meningkatkan kesihatan dan kecergasan para peserta.

Memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan peserta.

Menonjolkan daya kreativiti pelajar.

35 Apakah maksud menyepi mengikut petikan di atas?(ID:1111316623591


A

Sunyi sepi

Mengasingkan diri

Tidak bercakap banyak

Tidak suka menonjolkan diri

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Sumarni
:
Selamat pagi, pak cik. Nama saya Sumarni. Saya wartawan Majalah Suara Emas.
Pak Cik Ali :
Selamat pagi, silakan naik.
Sumarni

:
Terima kasih. Sebenarnya saya datang untuk menemu ramah tentang kehidupan
pak cik sebagai seorang nelayan.

Pak Cik Ali :


Silakan, pak cik sedia ditemu ramah.
Sumarni

:
Sudah berapa tahunkah pak cik melibatkan diri dalam bidang ini?

Pak Cik Ali :


Sebenarnya pak cik mula menjadi nelayan sejak 25 tahun yang lalu. Selepas sahaja
bapa pak cik meninggal dunia, pak cik terpaksa turun ke laut menggantikan
tempatnya untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.
Sumarni

:
Bilakah waktunya pak cik menangkap ikan?

Pak Cik Ali :


Pak cik dan rakan-rakan pergi menangkap ikan sebelum waktu Subuh dan pulang
bersama-sama dengan hasil tangkapan ketika hari menjelang senja.
Sumarni

:
Bagaimanakah dengan jumlah tangkapan dan di manakah tangkapan ini dijual?

Pak Cik Ali :


Jumlah tangkapan sebenarnya tidak menentu. Kadangkala banyak dan kadangkala
pulang dengan perahu kosong. Itu semua bergantung pada nasib. Tentang jualan
hasil tangkapan, pak cik menjualkannya kepada pemborong di kuala.
Sumarni

:
Apakah harapan pak cik pada masa akan datang?

Pak Cik Ali :


Pak cik dan rakan-rakan bercadang hendak membeli sebuah bot. Maklumlah,
menangkap ikan dengan perahu tidak mendatangkan hasil yang banyak. Tetapi,
harga bot mahal. Walau bagaimanapun, kami akan berusaha untuk
mendapatkannya.
Sumarni

:
Mudah-mudahan hasrat pak cik dan rakan-rakan akan tercapai. Baiklah pak cik,
terima kasih kerana sudi ditemu ramah.

Pak Cik Ali :


Sama-sama.
36 Siapakah sebenarnya Sumarni dalam petikan di atas?(ID:1111317514251
A

Wartawan Majalah Suara Emas

Wartawan majalah sekolah

Anak Pak Cik Ali

Penemu ramah

37 Pak Cik Ali terpaksa menjadi seorang nelayan kerana(ID:1111317514551


A

mencari rezeki untuk menyara keluarga.

tiada pekerjaan lain yang sesuai.

menggantikan tugas ayahnya.

mengikut teman-temannya

38 Bilakah Pak Cik Ali mula menjadi nelayan?(ID:1111317514821


A

Semenjak bapanya masih hidup

Semenjak 25 tahun yang lalu

Semenjak usianya 25 tahun

Semenjak zaman remaja

39 Jumlah tangkapan Pak Cik Ali adalah(ID:1111317515091


A

lumayan.

sederhana.

sedikit sahaja.

tidak menentu.

40 Cita-cita Pak Cik Ali pada masa hadapan ialah(ID:1111317515361

ingin memiliki bot sendiri.

ingin menjadi pengusaha bot.

ingin menjadi nelayan yang berjaya.

ingin berkongsi membeli sebuah bot dengan rakan-rakannya.

Anda mungkin juga menyukai