Anda di halaman 1dari 25

TAJUK 1

Pengenalan dan Konsep Gimnastik Artistik

1.0 Sinopsis
Dalam tajuk ini anda diberi penerangan tentang pengenalan dan konsep
gimnastik artistik . apakah aktiviti utama dalam gimnastik ini. Pola-pola yang
menjadi asas perkembangan kemahiran gimnastik artistik. Seterusnya
bagaimana konsep kognitif diterapkan di samping beberapa kriteria yang perlu
dipertimbangkan supaya gimnastik artistik ini lebih realistik.
1.1 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini anda akan dapat :
i. Menerangkan pola-pola pergerakan yang terdapat dalam gimnastik
artistik.
ii. Membiasakan diri dengan pola-pola gimnastik pada pelbagai peringkat
asas dan lanjutan.
iii. Melakukan gimnastik artistik menurut kebolehan dan potensi individu
masing-masing.
iv. Menerangkan butiran mengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran gimnastik artistik.

1.2 Gimnastik Artistik


1.2.1

Apakah yang anda faham mengenai gimnastik artistik ?


Gimnastik artistik adalah jenis pergerakan yang menekankan
empat aktiviti utama iaitu ketangkasan, imbangan, lombol dan
hamburan. Keempat-empat aktiviti utama tersebut dibahagikan
kepada enam pola pergerakan yang dominan iaitu pendaratan,
statik, gerak edar, putaran, hamburan dan hayunan.

1.2.2

Pola-pola pergerakan
Pola-pola pergerakan ini menjadi asas untuk perkembangan
kemahiran gimnastik
artistik. Kemahiran asas bagi setiap pola
pergerakan adalah sebagai
asas
persediaan
pelajar
mempelajari kemahiran-kemahiran yang lebih sukar
dalam
gimnastik artistik.

Bagi setiap pola pergerakan, konsep kognitif penting diutamakan iaitu :


Ambil nota dan berbincang dengan pensyarah anda !

i.

Pendaratan
Ianya merupakan fasa akhir dalam setiap lakuan. Penyerapan
daya akan lebih berkesan apabila dilakukan dengan merendahkan
pusat graviti di mana lutut dan pergelangan kaki dibengkokkan.

ii.

Statik / kestabilan
Kestabilan boleh diperolehi apabila seseorang itu berakhir dalam
keadaan statik bermaksud keupayaan badan untuk kembali ke
posisi yang seimbang selepas ianya dipindahkan / digerakkan.
Kestabilan tertakluk pada kedudukan pusat graviti :

iii.

Kedudukan pusat graviti yang lebih rendah adalah lebih stabil.


Kedudukan pusat graviti yang terhampir dengan pusat tapak
adalah lebih stabil.
Semakin luas tapak adalah lebih stabil.

Gerak edar
Pergerakan dari satu tempat ke satu tempat disertai dengan
pemindahan pusat graviti akan mengakhibatkan pergerakan.
Bagi setiap pergerakan badan akan dipengaruhi oleh masa, daya,
aliran dan ruang.

iv.

Putaran
Setiap putaran tertakluk kepada jejari. Semakin kecil jejari akan
mengakhibatkan semakin pantas putaran sedangkan semakin
besar jejari akan menyebabkan semakin perlahan putarannya.

v.

Hamburan
Untuk menggerakkan sesuatu objek daya diperlukan. Dengan
mengaplikasikan daya objek tersebut akan bergerak mengikut
arah daya itu bertindak. Prinsip aksi dan reaksi juga penting dalam
menghasilkan hamburan di mana setiap aksi mempunyai reaksi
yang sama dan bertentangan dengannya. Contohnya Hambur
Arab.

vi.

Hayunan
Daya pergerakan dalam sesuatu pergerakan boleh dipercepatkan
lagi dengan menambah unsur-unsur hayunan seperti menghayun
hujung kaki. Contohnya hayunan pada palang.

1.2.3.

Kriteria-Kriteria penting dalam pengajaran dan pembelajaran


gimnastik artistik

Sewaktu melakukan kemahiran-kemahiran gimnastik beberapa kriteria


perlu diberikan pertimbangan yang utama antaranya :
i.

Pergerakan
Pergerakan yang sempurna adalah hasil dari teknik yang betul.
Sesuatu pergerakan yang kompleks mestilah dilakukan yang asas
dahulu melalui proses ansur majunya.

ii.

Rangkaian
Rangkaian merupakan gabungan dari kemahiran-kemahiran asas
seperti kemahiran imbangan, ketangkasan dan lombol. Satu
rangkaian pergerakan yang sempurna adalah apabila ianya
terlaksana dengan licin dan berterusan.

iii.

Kecergasan
Kecergasan amat penting untuk membantu pelaku menghasilkan
gerakan-gerakan dalam gimnastik artistik. Aktiviti regangan,
kelenturan, kekuatan serta daya tahan seharusnya dilakukan
terlebih dahulu sebelum memulakan kemahiran.

iv.

Nilai Kinestetik dan Estetik


Penghayatan keindahan dan kecantikan postur sesuatu pergerakan
dapat ditonjolkan dengan kefahaman gerakan-gerakan otot dan
anggota badan dalam usaha menerapkan nilai kinestetik dan
estetik.

v.

Postur dan keyakinan diri


Postur yang betul perlu ditegaskan dari awal, sewaktu memulakan,
semasa melakukan dan sewaktu mengakhiri aktiviti ketika
mendarat. Dengan menerapkan prinsip ansur maju sewaktu
pelaksanaan secara tidak langsung akan memupuk keyakinan diri
pelaku.

vi.

Alatan
Segala
alatan
yang
digunakan
haruslah
dipastikan
kesempurnaannya dan ketinggiannya bersesuaian dengan
kebolehan dan keupayaan pelajar. Alat reka ganti boleh digunakan
sebagai menggantikan alat sebenardengan syarat dipastikan dari
segi kesesuaian dan keselamatan.
Sila fikirkan dan berbincang dengan rakan
kriteria-kriteria lain yang sesuai !!!
Dan buat latihan amali

TAJUK 2

Aktiviti gulingan, imbangan dan lombol

2.0 Sinopsis
Tajuk ini menerangkan ansur maju dalam aktiviti gulingan, imbangan dan lombol.
Fokus dalam modul ini bertumpu kepada gulingan depan, dirian kepala dan
lombol kangkang. Dengan maklumat yang dibekalkan akan dapat membantu
anda dan pelajar anda dalam aktiviti tersebut dengan lebih sistematik.
2.1 Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda akan dapat :


i.

melakukan ansur maju dalam aktiviti gulingan, imbangan dan


melombol dengan teknik yang betul.

ii.

Menerangkan teknik, butiran mengajar lakuan gulingan, imbangan


dan melombol dengan jelas.

2.2 Gulingan
Aktiviti gulingan adalah kemahiran-kemahiran mengguling yang
merangkumi aktiviti seperti guling depan, guling belakang, guling sisi dan
guling bahu.
2.2.1

Guling Depan
1.

Teknik Lakuan

Berdiri tegak
Mencangkung dan dan dari kedudukan dakap, letak
kedua belah tangan di atas lantai
Dagu dirapatkan ke dada. Lonjak dan naik dan tinggikan
bahagian punggung

2.

Bengkokkan tangan, bulatkan badan dan guling ke


depan dengan bahagian atas bahu mencecah lantai
dahulu.
Selepas gulingan, berdiri tegak.

Butiran Mengajar

Mencangkung di hujung kaki


Tangan lurus seluas bahu dan jari mengarah ke
hadapan.
Melonjak dengan kedua kaki, peha rapatkan ke dada
untuk membulatkan badan
Pastikan paras bahagian punggung lebih tinggi daripada
bahagian kepala
Mendarat atas kaki dan postur tegak lurus ditegaskan

Rajah 1 : Gulingan depan

3.

Pengajaran ansurmaju ( cadangan )


i. Lakuan membuaikan badan

Duduk dengan kedua tangan memaut lutut


Kedua peha dirapatkan ke dada.
Bulatkan badan
Membuai badan

ii. Berguling dari atas peti lombol

Gunakan peti lombol pada aras dua tingkat


Meniarap di atas peti lombol dengan kedua tangan
mencecah lantai
Mengensot ke depan dengan membulatkan badan
Mengguling

iii. Mengguling dengan bantuan rakan

Pelaku dalam posisi kereta sorong


Rakan memegang kedua-dua pergelangan kaki pelaku
Rakan mengangkat dan menolak pelaku ke depan
Pelaku mengguling

iv. Mengguling dengan bantuan sudut

Gunakan papan anjal untuk mencipta sudut


Lonjak, bulatkan badan
Mengguling bersudut

v. Mengguling dari atas bangku

Ketinggian bangku lebih kurang 0.5 meter


Mencangkung di atas bangku
Naik dan luruskan kaki sedikit, tangan mencecah lantai
Bulatkan badan dan mengguling

2.3

Imbangan
Terdapat berbagai jenis aktiviti yang boleh dikelaskan sebagai imbangan.
Ianya adalah lakuan dimana pelaku dapat mengimbangkan keseluruhan
badannya dengan menggunakan tangan atau kepala sebagai tapak /
paksi. Konsep stabiliti penting dalam mengimbangkan diri, di mana unsur
keluasan tapak dan kedudukan pusat graviti memainkan peranan yang
utama.
Jenis-jenis aktiviti imbangan adalah seperti imbangan skala ( skala
depan, skala sisi ), imbangan Y, imbangan dekam, imbangan bangau,
dirian kepala, dirian tangan dan dirian harimau,

2.3.1 Imbangan Skala Depan


1. Teknik Lakuan

Berdiri tegak
Kaki rapat dan kedua tangan lurus di sisi badan.
Bengkokkan badan ke depan di paras pinggang
perlahan-lahan.
Serentak sebelah kaki diangkat lurus ke belakang dan
sebelah tangan lurus ke depan.
Tangan dan kaki lurus bersama badan selari dengan
lantai.

2. Butiran Mengajar

Berdiri tegak dan pandang ke depan.


Badan dibengkokkan ke depada serentak dengan
sebelah tangan dan kaki diluruskan.
Tangan, badan dan kaki lurus dan sedikit melengkung di
bahagian pinggang.
Imbangi badan di atas sebelah kaki
Muka pandang ke depan.

3. Pengajaran Ansur maju : Imbangan skala depan berdua.

Rajah 2 : Imbangan Skala Depan

2.3.2 Dirian kepala


1. Teknik Lakuan

Duduk melutut, lakuan imbangan dekam


Jari tangan dibuka luas, menapak di lantai
Sujud, kedudukan tangan dan dahi berbentuk segi tiga
sama
Lurus dan rapatkan kedua kaki, naikkan punggung ke
atas.
Gerak ke lakuan ulat bulu sehingga kaki terangkat
dengan sendiri.
Apabila kaki terangkat, imbangkan sehingga ianya lurus
menegak ke atas.
Kedua hujung kaki lentik dan dirapatkan

2. Butiran Mengajar

Kekuatan tangan harus seimbang


Tapak harus luas berpaksi di bahagian depan dahi
Kedua kaki sentiasa lurus dan rapat

Rajah 3 :

Dirian Kepala

3. Pengajaran Ansurmaju ( Cadangan )

Dirian kepala berpenyokong

Berpasangan : Lakuan dirian kepala 90 darjah


Berpasangan : Lakuan dirian kepala 180 darjah

10

Rajah 3 : Dirian Kepala Berpenyokong


2.4.

Melombol
Lombolan adalah merupakan aktiviti yang dilakukan dengan
menggunakan peralatan seperti peti lombol, buck dan horse. Teknik
perlakuannya melibatkan lima fasa iaitu fasa larian, fasa lonjakan, fasa
layangan, fasa pendaratan dan fasa pemulihan. Setiap fasa tersebut
mempunyai perkaitan di antara satu sama lain dan teknik lakuan setiap
fasa harus betul bagi menjamin hasil lakuan yang sempurna.
i.

Fasa Larian
Ianya adalah jarak larian di antara tempat permulaan larian
ke peti lombol.
Jarak larian tertakluk kepada keupayaan dan keperluan
pelaku.
Arah larian lurus.

ii.

Fasa Lonjakan
Lakuan melonjak sebaik sahaja sampai ke peti lombol.
Melonjak di atas papan anjal / papan lonjakan.

iii.

Fasa Layangan
Fasa ini adalah merupakan fasa di udara selepas pelepasan
dari papan anjal dan sebelum mendarat.

iv.

Fasa Mendarat
Pendaratan ke atas lantai.
Mendarat dengan kedua kaki.
Penyerapan daya sewaktu mendarat penting bertujuan
mengelakkan kecederaan.

v.

Fasa Pemulihan
Berkedudukan ke posisi asal / posisi mula.
Mengimbangkan badan penting dalam fasa ini.
Berakhir dengan berdiri tegak lurus jengketkan bahagian
hujung kaki, mendada. Mendepakan tangan dan menapak
sebelum beredar.
11

Jenis-jenis aktiviti yang dikelompokkan dalam kumpulan ini adalah


lombol lalu, lombol kangkang, lombol pencuri dan lombol sisi.
2.4.1

Lombol Kangkang
1. Teknik Lakuan

Berdiri tegak di tempat mula.


Angkat tangan kanan lurus ke atas menandakan
bersedia untuk memulakan aktiviti.
Lari ke arah papan anjal / papan lonjak.
Melonjak ke atas papan anjal dengan kedua belah kaki.
Kedua-dua tangan menapak di atas peti lombol.
Melombol dengan kedua-dua kaki di buka / kangkang
luas dan lurus ke sisi sewaktu layangan.
Kedua-dua tangan tolak dengan kuat dari peti lombol
supaya laluan layangan licin dan sempurna.
Mendarat dengan merapatkan kedua kaki.

2. Butiran Mengajar

Berlari pantas dan lurus


Kaki kangkang dan lurus.
Kepala mendongak pandang ke depan atas, hujung kaki
lurus (point-toe).
Kedua tangan menguis sewaktu kaki melayang di atas
peti.
Mendarat tegak, mendada dan kaki dijengketkan.

12

Rajah 4 : Lombol Kangkang


3. Pengajaran Ansurmaju ( Cadangan )
i. Melonjak

Lonjak 1 : Lakuan melonjak-lonjak tegak lurus ke atas di


atas papan anjal / papan lonjakan.
Lonjak 2 : Jarak beberapa langkah dari papan anjal /
papan lonjakan, berlari perlahan ke papan lonjakan,
melonjak dan mendarat.
Lonjak 3 : Berdiri menghadap peti lombol, kedua tangan
menapak di atas peti, melompat, kangkangkan kedua
kaki lurus ke sisi ( Peti melintang ).
Mendarat ditempat yang sama dengan kedua belah kaki
ditutup rapat.
Lonjak 4 : Berdiri menghadap peti lombol, kedua tangan
menapak di atas peti, menggunakan papan anjal;
melonjak, kangkangkan kedua kaki lurus ke sisi dan
mengangkang / mendarat di atas peti ( Peti melintang ).

ii. Mendarat

Mendarat 1
Mendarat 2

Mendarat 3

: Lari, lompat dan mendarat.


: Berdiri di atas bangku panjang, lompat
dan mendarat.
: Lari, melonjak di atas papan anjal dan
mendarat

13

TAJUK 3

Aktiviti Senaman Lantai, Palang Sejajar dan Alang Imbang

3.0 Sinopsis
Tajuk ini menerangkan ansur maju dalam aktiviti senam lantai (floor exercise),
palang sejajar (parallel bars) dan alang imbang (balance beam). Fokus dalam
modul ini bertumpu kepada aktiviti-aktiviti senaman lantai, palang sejajar dan
alang imbang yang boleh dikuasai oleh kanak-kanak. Dengan maklumat yang
dibekalkan akan dapat membantu anda dan pelajar anda dalam aktiviti tersebut
dengan lebih sistematik.
3.1 Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda akan dapat :

3.2

i.

melakukan ansur maju dalam aktiviti-aktiviti senaman lantai, palang


sejajar dan alang imbang dengan teknik yang betul.

ii.

Menerangkan teknik, butiran mengajar lakuan aktiviti-aktiviti


senaman lantai, palang sejajar dan alang imbang dengan jelas.

Senaman Lantai
3.2.1 Pengenalan

Aktiviti dalam senaman lantai ini sebenarnya merupakan aktiviti yang


biasa dan selalu dilakukan oleh kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti senaman lantai
dengan mudah dapat dikuasai oleh kanak-kanak sekiranya latihan pergerakan
yang betul diperkenalkan secara beransur maju. Sekiranya kanak-kanak dapat
berguling di atas belakang dengan bulat, dengan mudah mereka boleh
menguasai atau mempelajari kemahiran guling hadapan atau guling belakang.
Jika mereka dapat menghayunkan tangan dengan baik untuk membuat dirian
tangan, dengan mudah mereka dapat belajar untuk melakuklaan hambur tangan
14

dan lentang lenting (flic flac). Begitu juga dengan aktiviti senaman lantai yang
lain.
Bagi melicinkan sesi pengajaran dan pembelajaran, organisasi kumpulan
atau kelas perlulah ditetapkan agar pelajar dapat melakukan aktiviti serentak dan
sentiasa dalam pemerhatian jurulatih.
Rajah 5 : Contoh beberapa bentuk organisasi

3.2.2 Aktiviti-aktiviti yang berkaitan


1. Berguling atas belakang dengan tangan memegang kaki
Baring dan bulatkan badan
Dagu dan lutut ke dada, tangan memegang kaki
Berguling ke hadapan dan ke belakang

15

2.

Tekan bola
Duduk mencangkung
Belon diletakkan di antara peha dan perut
Guling ke belakang sambil mengekalkan kedudukan belon

3.

Mengawal bola

Berpasangan dengan 1 biji bola

Pelajar A dalam kedudukan dekam di mana bola diletakkan di


dalam kawalannya cuba mengawal bola tersebut dari direbut oleh
pelajar B

4.

Kereta sorong
Berpasangan
Penyokong pegang bahagian peha pelaku
Berjalan ke depan

Sila fikirkan lagi aktiviti-aktiviti


berkaitan dengan senaman lantai !!!
16

yang

Dan buat latihan amali

3.2.3 Keselamatan
Dalam pengajaran dan pembelajaran gimnastik, aspek
keselamatan hendaklah diutamakan. Keselamatan dari aspek keupayaan
pelajar, pakaian, alatan yang digunakan dan ruang atau persekitaran perlu
ditentukan terlebih dahulu sebelum sebarang aktiviti dimulakan. Tidak lupa
disiplin pelajar perlu ditegaskan sepanjang masa.

3.3

Palang Sejajar
3.3.1 Pengenalan
Aktiviti palang sejajar adalah merupakan aktiviti yang bergantung kepada
kekuatan tangan, hayunan badan dan lungsuran kaki serta grip. Sewaktu
lakuan, daya lungsuran biasanya dibantu dengan kedudukan badan yang
menegak lurus ke atas. Hayunan yang diaplikasikan adalah dari jenis
hayunan hadapan, belakang dan menegak ke atas.
Perhatian

Untuk memastikan berat tidak membebankan cengkaman


pergelangan tangan. Kedua-dua tangan sentiasa lurus dan
membentuk seolah-olah satu garisan lurus ekstensi pada
bahagian bawah lengan

Jarak antara palang sejajar haruslah melebihi dari ukuran lengan


bawah gimnas

Bagi pemula (gimnas awal) palang haruslah ditinggikan untuk


membolehkan gimnas menghayun dengan sempurna. Dalam
situasi tertentu adalah lebih baik meletakkan tilam di atas lantai di
antara palang (aspek keselamatan)
3.3.1 Permainan berkaitan
1. Berjalan ulat bulu (caterpillar)

17

2. Balancing stunt

3. Long hexapede

Sila fikirkan lagi aktiviti-aktiviti


berkaitan dengan palang sejajar !!!
Dan buat latihan amali

3.4

Alang Imbang
Sila layari internet untuk maklumat lanjut!

18

yang

3.4.1 Pengenalan
Imbangan bermaksud mengekalkan keadaan equilibrium terhadap
tarikan graviti sama ada secara statik atau semasa melakukan sesuatu
pergerakan (contoh memutar badan atas alang imbang di atas satu kaki) atau ia
juga bermaksud mengekalkan kestabilan
selepas melakukan sesuatu
pergerakan (mendarat). Keadaan ini akan bertambah sukar jika tapak
sokongannya lebih kecil atau kurang stabil. Imbangan menekan koordinasi dan
equilibrium. Darin aspek kecergasan, secara khususnya penggunaan otot kaki
adalah menjadi tumpuan. Akhirnya, tonus badan yang baik bertambah penting
apabila latihan-latihan bertambah sukar.
Berdasarkan prinsip metodologi umum yang bermula dari mudah ke
sukar, prosedur yang dihuraikan di bawah hendaklah diikuti semasa melatih di
atas permukaan yang stabil atau tidak stabil.

Mulakan dengan memeriksa sama ada pelajar sudah biasa dengan


elemen gimnastik / akrobatik tersebut di atas lantai. Kemudian,
elemen-elemen ini dilatih di atas garisan, dalam mana context
technical berkaitan ciri-ciri beam gymnastics diberikan
Untuk permulaan, gunakan permukaan yang lebar (kotak, bangku,
alang yang lebar) dan kemudian lebar permukaan dikurangkan
(bangku gimnastik yang diterbalikkan, alang) atau permukaan yang
lebih kecil (alang selari, tali)
Pada peringkat awal, alatan hendaklah pada paras rendah
berhampiran lantai (alang latihan, bangku) dan kemudian
ditinggikan ke paras pinggang (bangku diletakkan di atas
permukaan kotak yang rendah, alang pada ketinggian 80cm) dan
akhirnya berlatih pada ketinggian yang standard (bangku di atas
kotak yang tinggi, alang pada ketinggian 1.20 cm)
Akhirnya, deria equilibrium boleh dilatih dengan mengimbang di
atas satah yang cerun (inclined plane)

Sebahagian daripada peralatan imbangan

19

Beberapa contoh teknik untuk meningkatkan deria equilibrium

Sila fikirkan lagi aktiviti-aktiviti lain yang


berkaitan dengan alang imbang !!!
Dan buat latihan amali

20

3.5

Rumusan
Gimnastik artistik adalah satu daripada kemahiran yang penting dalam
aktiviti pendidikan pergerakan. Pelbagai cara dan pendekatan yang telah
dicadangkan adalah merupakan pengetahuan penting untuk melakukan
dalam bentuk amali.
Anda perlu peka dengan langkah-langkah
keselamatan semasa melakukan aktiviti gimnastik kerana kelalaian boleh
mengakibatkan kemalangan.
Pertimbangan kriteria kognitif sangat
penting dalam setiap aktiviti seperti aktiviti senaman lantai, palang sejajar
dan alang imbang agar aktiviti gimnastik artistik menjadi lebih menarik,
sesuai dan berkesan. Moga-moga anda memperolehi sesuatu yang baru
dan berguna selepas mengikut latihan dan unit ini.
`

21

TAJUK 4

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Gimnastik

4.0 Sinopsis
Tajuk ini menerangkan perancangan pengajaran dan pembelajaran gimnastik.
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat meningkatkan kemahiran
dan pengetahuan murid dalam melaksanakan aktiviti gimnastik Dengan
maklumat yang dibekalkan akan dapat membantu anda dan pelajar anda dalam
aktiviti tersebut dengan lebih sistematik.

Sila berbincang dengan pensyarah anda dalam


penyediaan rancangan pengajaran gimnastik
4.1 Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda akan dapat :

4.2

i.

Melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran gimnastik dengan


lebih berkesan.

ii.

Menerangkan teknik, butiran mengajar lakuan aktiviti-aktiviti


gimnastik dengan jelas.

iii.

Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti secara individu


dan berpasukan dengan menggunakan teori dan strategi yang
sesuai

Pengenalan

Kejayaan sesuatu pengajaran dalam Gimnastik bergantung kepada


keupayaan guru menyesuaikan rancangan pengajarannya terhadap kemahiran
dan minat pelajarnya. Untuk itu beberapa persoalan perlu dijawab oleh guru
sebelum merancang pengajarannya.
Apakah objektif dan motif sya bila melatih gimnastik?
Apakah gaya pengajaran yang bakal saya gunakan untuk mencapai
objektif pengajaran saya?

22

Untuk mencapai objektif pengajaran guru perlukan pengetahuan tentang


1. Pengetahuan teori dan praktikal dalam gimnastik
2. Tahap kebolehan motor, perkembangan social, kognitif, emosi dan
fasa-fasa pertumbuhan dan perkembangan individu termasuklah latar
belakang, norma dan nilai individu tersebut
3. Bagaimana menentukan dan melaksanakan objektif pengajaran.
4. Interaksi social (dalam kumpulan yang dinamik)
5. Motivasi (bagaimana mencipta dan mengekalkan motivasi)
6. Kepimpinan
4.2.1 Merancang pengajaran
Beberapa persoalan perlu dijawab oleh para guru bagi
membolehkan mereka mendapat maklumat untuk merancang
program atau rancangan pengajaran. Sebagai contoh
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Bilangan kemahiran atau latih tubi semasa sesi latihan


Jumlah pelajar
Jarak umur, tahap kemahiran dan pengalaman pelajar
Peralatan yang ada serta sesuai untuk melaksanakan
latihan
Sumber-sumber pengajaran
Bantuan daripada guru lain
Faktor-faktor yang mungkin menghalang serta menjejaskan
pengajaran

4.2.2 Prinsip ansur maju


Guru yang melaksanakan pengajaran gimnastik perlulah menekan
prinsip latihan. Ansur maju adalah amat penting dalam
meningkatkan kemahiran pelajar mempelajari gimnastik.
Strategi pengajaran perlulah
1. Daripada pergerakan kasar kepada pergerakan halus
2. Daripada pergerakan ringkas kepada pergerakan kompleks
3. Daripada pergerakan mudah kepada pergerakan susah
4.2.3 Penilaian
Penilaian merupakan factor penting dalam usaha untuk
mengekalkan tahap kualiti pengajaran yang tinggi. Guru dapat

23

menilai tahap
pelajarnya.

pencapaian

pengajaran

dan

pembelajaran

4.2.4 Keselamatan
Proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya dijalankan dalam
suasana persekitaran yang selamat. Langkah-langkah keselamatan
sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran perlu diberi
perhatian. Antara aspek-aspek keselamatan yang perlu diberi
perhatian ialah
1. Penyeliaan, penggunaan dan penyimpanan peralatan dan
kemudahan
2. Tahap kesukaran aktiviti
3. Penyokong
4. Aktiviti memanaskan badan, aktiviti regangan dan aktiviti
pulihan.
5. Kawalan kelas dan organisasi kelas
6. Faktor-faktor lain yang boleh menjejaskan keselamatan
sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan
pembelajaran.
4.3

Contoh Format
Pembelajaran
Nama ahli

Penyediaan

Rancangan

Pengajaran

dan

Tajuk kemahiran:
Objektif

GERAK KERJA

AKTIVITI

Memanaskan
badan
(5 minit)
Gerak kerja kelas
(14 minit)
Permainan Kecil
(8 minit)
Penutup
(3 minit)

24

PENGELOLAAN

Sila berbincang dengan pensyarah anda dalam


penyediaan rancangan P&P gimnastik ini !!!

25

Anda mungkin juga menyukai

  • Soal Selidik
    Soal Selidik
    Dokumen6 halaman
    Soal Selidik
    Anonymous GhGHtOKfpm
    Belum ada peringkat
  • Topik 3
    Topik 3
    Dokumen21 halaman
    Topik 3
    Anonymous GhGHtOKfpm
    Belum ada peringkat
  • Borang Kebenaran Ibubapa Dan Borang Perakuan Kesihatan
    Borang Kebenaran Ibubapa Dan Borang Perakuan Kesihatan
    Dokumen2 halaman
    Borang Kebenaran Ibubapa Dan Borang Perakuan Kesihatan
    Anonymous GhGHtOKfpm
    Belum ada peringkat
  • Topik 10
    Topik 10
    Dokumen20 halaman
    Topik 10
    Anonymous GhGHtOKfpm
    Belum ada peringkat
  • Topik 5
    Topik 5
    Dokumen17 halaman
    Topik 5
    Anonymous GhGHtOKfpm
    Belum ada peringkat
  • PP Ikhtiar Hidup
    PP Ikhtiar Hidup
    Dokumen31 halaman
    PP Ikhtiar Hidup
    Anonymous GhGHtOKfpm
    Belum ada peringkat
  • PL Tali
    PL Tali
    Dokumen107 halaman
    PL Tali
    Anonymous GhGHtOKfpm
    Belum ada peringkat
  • Topik 1
    Topik 1
    Dokumen12 halaman
    Topik 1
    Anonymous GhGHtOKfpm
    100% (1)
  • Topik 2
    Topik 2
    Dokumen22 halaman
    Topik 2
    Anonymous GhGHtOKfpm
    Belum ada peringkat
  • Topik 5
    Topik 5
    Dokumen19 halaman
    Topik 5
    Anonymous GhGHtOKfpm
    Belum ada peringkat
  • Topik 2
    Topik 2
    Dokumen16 halaman
    Topik 2
    Anonymous GhGHtOKfpm
    Belum ada peringkat
  • Topik 4
    Topik 4
    Dokumen19 halaman
    Topik 4
    Anonymous GhGHtOKfpm
    100% (1)
  • Topik 6
    Topik 6
    Dokumen17 halaman
    Topik 6
    Anonymous GhGHtOKfpm
    Belum ada peringkat
  • Topik 5
    Topik 5
    Dokumen24 halaman
    Topik 5
    Anonymous GhGHtOKfpm
    Belum ada peringkat
  • Topik 3
    Topik 3
    Dokumen15 halaman
    Topik 3
    Anonymous GhGHtOKfpm
    Belum ada peringkat