Anda di halaman 1dari 7

NAMA

Yugen A/L

Mohan
TINGKATAN

GURU
MATAPELAJARAN

3 Ixora

Pn.Amelia

BIODATA SAYA
Nama

Yugen a/l Mohan

No. Kad Pengenalan

000810-05-0297

Tarikh Lahir

10.8.2000

Umur

15

Kewarganegaraan

Malaysia

Bangsa

India

Agama

Hindu

Kelas

3 Ixora

Cita-cita

Doktor pakar jantung

Hobi

Membaca buku cerita

Makanan Kegemaran :

Nasi lemak

Minuman Kegemaran :

Milo ais

Cita-cita saya
Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang doktor pakar jantung yang
berjaya. Saya memilih cita-cita ini sejak kecil lagi, kerana saya amat kagum melihat
para doktor memeriksa dan memberi ubat kepada pesakit. Ibu bapa saya juga
pernah berkata bahawa pekerjaan doktor adalah suatu pekerjaan yang mulia kerana
hanya doktor yang boleh meyelamatkan nyawa orang lain. Serangan jantung
merupakan salah satu penyakit yang amat berbahaya. Oleh hal yang demikian, saya
ingin menjadi seorang doktor pakar jantung yang mampu merawat penyakit-penyakit
seperti tersebut.

Bidang yang diceburi oleh saya


Bidang yang diceburi oleh saya ialah bidang perubatan. Perubatan
merupakan salah satu cabang sains berkenaan menjaga dan mengekalkan
kesihatan. Perubatan juga boleh dikatakan sebagai sains untuk mencegah dan
menyembuhkan penyakit. Walaubagaimanapun, istilah ini lebih banyak digunakan
untuk perkara yang berkaitan doktor dan doktor bedah. Perubatan meliputi
pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat pelbagai jenis
cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu seperti
kepakaran jantung (cardiology) bagi organ jantung dan sebagainya. Sains perubatan
ialah pengetahuan mengenai sistem badan dan penyakit. Amalan perubatan moden
merupakan campuran antara seni merawat serta berbagai-bagai sains. Perubatan
mempunyai hubungan terus dengan sains kesihatan dan bioperubatan. Dalam
konteks lebih luas, "perubatan" hari ini merujuk kepada bidang-bidang perubatan

klinik, penyelidikan perubatan, pembedahan, lantasnya mengatasi masalah penyakit


dan kecederaan.

Tokoh-tokoh dalam bidang perubatan


1. Dr. Abdul Aziz bin Omar
2. Dr. Abdul Karim bin Nawab Din
3. Dr. Abdul Latiff bin Abdul Razak
4. Dr. Abdul Majid bin Ismail
5. Dr. Abdul Wahab bin Mohamed Ariff
6. Dr. Abdul Wahab Khan bin Muhammad Lal Khan
7. Dr. Abdullah bin Ahmad
8. Dr. Abu Bakar bin Ibrahim
9. Dr. Ahmad Ezanee Merican
10. Dr. Ali Othman Merican
11. Dr. Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Noor
12. Dr. Ariffin bin Ngah Marzuki
13. Dr. Awang bin Hassan
14. Dr. Carleel Merican
15. Dr. Che Lah bin Md. Joonos
16. Dr. Hafeezudin Sirajuddin Moonshi bin Hakeem Abdul Hamid
17. Dr. Hamzah bin Md. Taib
18. Dr. Ismail bin Abdul Rahman
19. Dr. Ismail Mohamad Ghows
20. Dr. Kamil Mohamed Ariff bin Kadir Mastan
21. Dr. Latifah Bee Ghows
22. Dr. Mahathir bin Mohamad
23. Dr. Megat Khas bin Megat Omar
24. Dr. Mohamed bin Taib

25. Dr. Mohamed Din bin Ahmad


26. Dr. Mohamed Ibrahim bin Shaik Ismail

Tokoh yang saya gemari dalam bidang


perubatan
Datuk Dr Nik Zainal Abidin Nik Abdul Rahman

Datuk Dr. Nik Zainal Abidin Nik Abdul Rahman

1936 - 2001

Pada tahun 1977, beliau merupakan tenaga pengerak kepada penubuhan Unit
Pembedahan Jantung yang pertama di Malaysia, dan menjadi mentor kepada pakarpakar jantung yang dihasilkan kemudiannya melalui tunjuk ajar dan kepakaran beliau
di Unit Kardiologi, Hospital Kuala Lumpur yang menjadi hospital pelatih kepada
pelajar-pelajar fakulti perubatan pada ketika itu.
Disebalik senyum manis dan kelembutannya, beliau merupakan doktor pakar
kardiologi yang amat berwibawa dan tegas ketika mencurahkan ilmu dan berkongsi
pengalaman. Bagi beliau, bidang kardiologi perlu dikembangkan dengan kemudahan
yang baik agar setaraf dengan negara-negara maju dan memberi manfaat kepada
masyarakat yang amat memerlukan rawatan jantung. Negara perlu melahirkan ramai
pakar pembedahan jantung untuk menampung keperluan masyarakat terhadap
rawatan dan khidmat kepakaran berkaitan kardiologi.
Kisah ketokohannya menjadi perangsang kepada ramai doktor muda agar benarbenar menjadi seorang doktor pakar yang bukan sahaja atas kecemerlangan
peribadi tetapi memberi khidmat bakti kepada anggota masyarakat yang

memerlukan, tambahan pula penyakit jantung antara penyakit yang sering berlaku di
negara kita.

Beliau merupakan anak kelahiran Kg.Banggol, Kota Bahru, Kelantan pada 21


Januari 1942 dan meninggalkan dunia dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Karak
pada 29 Oktober 2007. Kisah tragis kehilangannya memang sukar dipadamkan
daripada ingatan seluruh rakyat Malaysia. Kita telah kehilangan sebutir permata yang
amat bernilai dalam pembangunan bidang kardiologi negara.
Setelah menamatkan pengajian perubatannya pada tahun 1968 di Universiti Monash
Australia, beliau kembali ke tanah air untuk berkhidmat dengan beberapa jabatan
kerajaan sebagai pegawai perubatan di unit Kardiologi sebelum menjadi doctor pakar
bedah jantung yang terkenal. Bukan sahaja kecekapan dan kejituan penelitiannya
terhadap pesakit, sikap ramah dan mesranya juga membuat beliau seorang yang
amat disenangi.
Pada tahun 1980, beliau menjadi amat terkenal setelah berjaya membentangkan
penemuannya dalam pembedahan jantung dalam persidangan Kardiologi Sedunia di
Moscow Russia. Nama beliau disebut antara pakar kardiologi Asia yang paling
berwibawa.
Selepas menamatkan perkhidmatannya dengan kerajaan, Datuk Nik Zainal
meneruskan kerjayanya dalam bidang perubatan sebagai konsultan kardiologi di
Hospital Tawakkal Kuala Lumpur kemudian berpindah menjadi pakar bedah jantung
di Hospital Gleneagles Jalan Ampang Kuala Lumpur. Rakan beliau, pakar bedah
jantung Datuk Dr Rozali Wathooth mengangap beliau sebagai seorang pakar jantung
negara yang tiada ganti. Datuk Dr Nik Zainal merupakan salah seorang pakar yang
terlibat dalam pembedahan pintasan koronari yang pertama di Malaysia pada 22
Oktober 1982 bersama sepasukan pakar bedah yang turut dianggotai oleh Dr Rozali.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, kehilangan Dr Nik
Zainal dirasai oleh seluruh warga perubatan kerana beliaulah pencetus
perkembangan dan pembangunan dalam bidang pembedahan jantung di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican juga menyifatkan Datuk Dr Nik
Zainal sebagai pakar kardiologi yang superior sehingga berjaya mengharumkan
nama negara di mata dunia. Selain itu, kepakaran beliau menjulang nama Hospital

Kuala Lumpur (HKL) sebagai sebuah hospital pakar jantung yang terkemuka di
Malaysia. nama Datuk Dr Nik Zainal Abidin Nik Abdul Rahman akan terus terpahat
dalam lipatan sejarah perubatan negara sebagai tokoh yang banyak berjasa.

Kelayakkan untuk bidang perubatan


Ijazah Sarjana muda di mana-mana institusi yang diiktiraf.
Keputusan SPM yang cemerlang di subjek-subjek sains seperti
kimia, matematik tambahan, biologi, fizik, matematik dan bahasa
inggeris.
Diploma sains hayat atau diploma kesihatan.

Nilaian gred semasa di matrikulasi, tingkatan 6, diploma mestilah


tinggi iaitu sekitar PNGK 3.0-4.0.

Anda mungkin juga menyukai