Anda di halaman 1dari 11

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

OUMH1103
LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS

ASSIGNMENT TITLE
What are the attributes that will help you to be a successful learner in an online learning
environment?

Name

: Noor Rulhuda Binti Mohd Samjis

Matric number

: 840726135564001

NRIC

: 840726-13-5564

Telephone number : 013-3992617


E-mail address

: huda_idz@yahoo.com

Tutors name: Dr. Nasarudin Bin Abdullah


Learning Centre: OUM Mentakab

September 2013 Semester

OUMH1103

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0
2.0
3.0
4.0

5.0

6.0
7.0

1.0

PENGENALAN
TAKRIF PERKATAAN YANG DIGUNAKAN
IMBASAN LITERATUR
CIRI-CIRI PELAJAR ATAS TALIAN YANG BERJAYA
4.1
PENGURUSAN MASA
4.2
MOTIVASI DIRI

3
4
4
5
5
6

4.3
KEMAHIRAN ICT
4.4
PENGUASAAN BAHASA INGGERIS
CADANGAN UNTUK MENJADI PELAJAR ATAS TALIAN
YANG BERJAYA.
5.1
KEMAHIRAN BERFIKIR
5.2
MENGAMBIL KURSUS ICT
5.3
MENYEDIAKAN JADUAL WAKTU PERSENDRIAN
5.4
PENGENDALIAN TEKANAN
KESIMPULAN
RUJUKAN

7
7
8
8
9
9
10
11
11

Pengenalan
Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi, e-pembelajaran menjadi satu
istilah yang popular dan mempunyai pelbagai persepsi dari sudut tafsirannya. Namun
begitu Secara umumnya, e-learning atau pembelajaran atas talian ini adalah merupakan
sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN,
2

OUMH1103

WAN, Internet serta Intranet) untuk penyampaian isi kandungan serta interaksi. Selain
itu, ia ditakrifkan sebagai satu proses pembelajaran yang menggunakan sistem atau
komponen elektronik bagi mempelbagaikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan
kebolehcapian dan keberkesanan pembelajaran (Kamaludin Ahmad, 2006). Horton
(2006), mendefinisikan e-pembelajaran sebagai penggunaan maklumat dan teknologi
komputer untuk membina pengalaman pembelajaran. Internet, Intranet, satelit, pita
rakaman, audio/video, televisyen interaktif, faks, telefon dan CD-ROM adalah
sebahagian dari media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini. Sepertimana
yang kita ketahui, bahan yang digunakan ini mempunyai ciri-ciri multimedia seperti
audio dan video, teks, animasi serta grafik. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk
perbincangan di dalam kumpulan dan bantuan professional isi pelajaran secara dalam
talian.
Selain itu, e-pembelajaran ini juga sangat membantu dalam proses pembentukan
pembelajaran sepanjang hayat seperti yang diharapkan oleh dasar pendidikan Negara
(dasar e-pembelajaran Negara). Ianya juga dapat dicapai pada bila-bila masa sahaja dan
ianya juga disampaikan secara elektronik. Para pelajar perlu mendapatkan pelbagai
informasi untuk memperolehi pelbagai maklumat secara maya ini bagi memantapkan
pembelajaran mereka. Azwan dan Rozita (2002), menyatakan bahawa e-pembelajaran
merupakan pembelajaran menggunakan sistem talian sebagai medium perantaraan antara
pengajar dan pelajar. Menurut Piskurich, (1993), mendefinisikan pembelajaran arahan
kendiri kepada enam perspektif iaitu menerangkan pembelajaran arahan kendiri sebagai
latihan (training), pembelajaran kontrak (contract learning), pakej pengarahan kendiri
(self-instructional packages), pengajaran individu (individual instruction), pengajaran
audiotutorial (audiotutorial instruction), dan pengajaran jarak jauh (distance instruction).
E-pembelajaran adalah sebagai informasi yang terkini terhadap pelajar atas talian.
Mereka mendapatkan segala maklumat di dalam portal myVLE. Justeru itu, pelajar
memperolehi pelbagai ilmu dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran belajar samada
dalam bentuk formal atau tidak formal. Dengan adanya portal myVLE setiap pelajar
diberi bantuan dari segi mengakses bahan pembelajaran tambahan, mengakses soalan
tugasan dan penyelesaiannya serta soalan-soalan peperiksaan akhir semester lepas,
mendapatkan bahan-bahan tambahan kepada perbincangan sidang video secara atas talian
iaitu bersama pensyarah atas talian, perbincangan dari segi soalan peperiksaan dan format
3

OUMH1103

membuat tugasan yang terbaik, mendapatkan artikel motivasi dan petua yang boleh
membantu pelajar dalam kemahiran pembelajaran. Sebagai seorang pelajar atas talian
yang baru, saya turut mempelajari dan mendapatkan informasi terkini di dalam portal
yang disediakan oleh pihak OUM untuk lebih berjaya di dalam bidang ini.

2.0

Takrif Perkataan yang Digunakan.


Takrif yang pertama adalah penggunaan perkataan PJJ iaitu Pendidikan Jarak
Jauh. Manakala takrif perkataan OUM pula adalah bermaksud Open University Malaysia.
Seterusnya, takrif perkataan e-tutor adalah bermaksud pensyarah/tutor atas talian.
myVLE pula adalah sati system rangkaian jaringan yang memudahkan pelajar atas talian
mengakses segala maklumat mengenai pembelajran atas talian.

3.0

Imbasan Literatur
Menurut kajian-kajian lepas dan jurnal-jurnal yang boleh dijadikan sumber yang

dipercayai, terdapat banyak yang takrif mengenai e-pembelajaran ini. Antaranya ialah kajian dari
Yusup (2000), menyatakan bahawa e-pembelajaran merupakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara terarah pengajar
(pendekatan sistem) atau terarah pelajar. Menurut Rosenberg (2001), di dalam bukunya yang
bertajuk E-learning Strategies for Delivering Knowledge in The Digital Age, e-pembelajaran
merujuk kepada penggunaan teknologi-teknologi internet dengan penyebaran yang meluas dalam
mencari penyelesaian untuk peningkatan pengetahuan dan prestasi. E-pembelajaran juga
merupakan satu pendekatan pembelajaran yang menggunakan

media digital dan rangkaian

komputer untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan terutama menggunakan


internet. Pendekatan ini merupakan proses interaksi antara pelajar dengan sistem dan pensyarah.
Pembelajaran arahan kendiri secara jarak jauh dan cross border education didapati lebih
relevan, fleksibel dan memberi kebebasan kepada pelajar untuk memulakan pembelajaran pada
bila-bila masa berdasarkan keperluan peribadi serta kesesuaian dengan komitmen terhadap
keluarga, kerja dan kehidupan sosial mereka (Zoraini Wati, 2008; Rozinah 2007; Rosenberg
2001; Talesra et al 2003, Smith dan Ragan 1993). Kesedaran kendiri (self awareness) pelajar
4

OUMH1103

mengenalpasti identiti dan autonomi mereka. Pelajar yang berautonomi mempunyai nilai dan
kepercayaan sendiri, secara tidak langsung akan mempengaruhi mereka semasa belajar (Candy
1991; Knowles et al., 2005). Pembelajaran terbuka yang memberi masyarakat satu kapasiti untuk
belajar dan terus belajar terutamanya berdasarkan arahan kendiri (Hargreaves, 2004; Aspin et al.,
2001; Gelpi, E. 1995). Menurut Knowles (1975), kesediaan untuk belajar merujuk kepada
tempoh masa yang boleh diajar dan menggariskan satu senarai tugas sepanjang hayat bagi pelajar
muda, berumur sederhana dan tua. Manakala menurut Brockett et al. (1991) pula, kesediaan
pembelajaran arahan kendiri adalah tahap yang mana individu melihat diri mereka mempunyai
kemahiran dan sikap yang sering berkait degan arahan kendiri dalam pembelajaran.

4.0

Ciri-Ciri Pelajar Atas Talian Yang Berjaya.


4.1
Pengurusan Masa
Seringkali kita perhatikan ramai pelajar-pelajar yang selalu terburu-buru mengejar
masa dan menganggap masa tidak mencukupi bagi mereka. Oleh hal yang demikian, kita
sebagai pelajar haruslah memfokuskan matlamat yang perlu kita capai dan juga strategi
yang boleh digunapakai bagi membantu pengurusan masa kita. Selain itu juga, kita boleh
mempraktikkan sesuatu pengurusan itu antaranya seperti membuat jadual bagi aktivitiaktiviti yang harus kita lakukan, khususnya kita sebagai pelajar. Faktor yang pertama ini
adalah merupakan perkara yang paling utama, di mana setiap pelajar akan mempunyai
kekangan masa untuk belajar atas talian ini terutama bagi yang telah berumah tangga dan
berkejaya (Schilke, 2001). Dalam pada itu juga, kita sebagai pelajar hendaklah
menguruskan masa dengan baik bagi memastikan keutamaan matlamat asal kita sebagai
pelajar tercapai mahupun sebagai seorang yang telah berkeluarga. Mewujudkan sistem
filing dalam menentukan pengurusan masa kita dan kerjasama antara rakan sekuliah. Kita
juga sebagai seorang pelajar perlu memastikan pencapaian pada masa kini adalah berbeza
dan terdapat penambahbaikan dari segi masa berbanding pencapaian terdahulu. Aktivitaktiviti harian kita dalam berkeluarga dan kehidupan mahupun rakan-rakan hendaklah
diseimbangkan bagi memastikan pengurusan masa kita adalah ditahap terbaik. Kita
sebagai pelajar mencuba dengan sedaya upaya untuk menyelesaikan tugasan pada hari ini
tanpa menangguh kerja kita ke hari esok atau sebelum kita meninggalkan tempat kerja.
5

OUMH1103

Tidak mencampur adukkan tugasan pembelajaran ini dengan kerja-kerja di tempat kerja
kerana ia akan menjadikan pelajar itu tertekan. Dengan ini, pelajar akan terus berada
ditangga kejayaan dengan hasil kerajinan diri mengurus masa dengan baik.

4.2

Motivasi Diri
Kegagalan kita sebagai seorang pelajar mahupun dalam berumah tangga

sememangnya bukan kemahuan kita. Musuh utama kecemerlangan bukanlah dari fizikal,
sosial atau ekonomi tetapi mentaliti kita samada berjaya atau gagal. Rajin berusaha
adalah satu motivasi kepada diri kita sendiri dan ianya digunapakai oleh semua individu
yang bergelar pelajar termasuklah pelajar atas talian. Seperti yang kita ketahui, kita
sebagai pelajar hanya ada dua pilihan sahaja untuk berjaya iaitu cuba dan tidak mencuba.
Selain itu, pelajar yang memulakan sesuatu pembelajaran adalah kategori seorang yang
hebat berbanding seorang yang tidak mahu memulakan proses pembelajaran dalam diri
mereka. Oleh yang demikian, tanpa motivasi dalam diri yang kuat, tidak akan ada
kemajuan yang boleh kita capai kerana tiadanya motivasi diri dan secara tidak langsung
tidak akan mengubahkan diri seseorang itu menjadi yang lebih baik. Menurut pakar,
motivasi intrinsik lebih berkesan mendorong pelajar dalam belajar. Oleh hal yang
demikian, motivasi dalam diri adalah satu elemen yang sangat penting dalam diri setiap
pelajar, kerana tanpa semangat dan kemahuan dalam diri kita sebagai pelajar tidak akan
mampu melakukan sesuatu perkara walhal perkara itu adalah sangat remeh. Gagal bukan
kerana mereka bodoh, tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh. Justeru, para
pakar Humanistik menitikberatkan pentingnya motivasi dalam diri sendiri. Tambahan,
mereka menyarankan agar pelajar mendorong diri sendiri agar dapat menimbulkan rasa
ingin tahu dan minat yang semulajadi dalam pembelajaran.
4.3

Kemahiran ICT
Kebolehan pelajar dalam kemahiran ICT adalah satu kebaikan dan satu kelebihan.

Jika kita menilai dunia pada masa kini, ia semua hanya dihujung jari. Kita sebagai pelajar
mampu membuat satu perancangan yang baik dan konsisten dengan adanya bantuan
daripada sumber ICT. Rangkaian yang meluas dan lebar ini adalah merupakan tempat
penyimpanan segala maklumat. Justeru itu, kita sebagai seorang pelajar haruslah
memanfaatkan sumber-sumber yang kita perolehi dari sumber ICT yang ada sebagai
6

OUMH1103

bantuan dalam proses pembelajaran. Melalui kemahiran ICT juga kita sebagai pelajar
mampu untuk membuat penilaian serta memilih maklumat yang terbaik bagi memastikan
pelajaran yang kita pelajari ini menepati apa yang dikehendaki secara menyeluruh.
Menurut Means, Barbara (ed) 1994, International Society For Technology Education,
(Jossey Bass Publishers, San Fransisco), kemahiran ICT banyak membawa manfaat
kepada pelajar berbanding dengan cara pembelajaran tradisional. Kecekapan teknikal dan
kebolehan menggunakan perkakasan dan perisian ICT ini memberikan satu impak dan
kemampuan untuk mengintegrasi kefahaman serta kemampuan untuk memilih sumber
ICT yang sesuai di dalam pembelajaran harian mengikut kesesuaian. Kefahaman dan
memahami bagaimana ICT dapat membantu dan mencapai objektif adalah sangat
penting, dalam pembelajaran kita sebagai seorang pelajar. Pernyataan ini telah dipetik
dari model Dr. Williams, (1986)
4.4

Penguasaan Bahasa Inggeris


Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, pelajar akan lebih mudah

meneroka ilmu melalui internet. Ini juga merupakan pelaksanaan dasar negara yang
memerlukan pelajar menerapkan bidang Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Justeru, ia juga membolehkan pelajar atas talian mudah meneroka pelayar-pelayar yang
mana kebanyakannya menggunakan perkataan dalam Bahasa Inggeris. Oleh hal yang
demikian, dengan kefasihan Bahasa Inggeris yang ada di dalam setiap diri pelajar atas
talian ini mereka akhirnya akan mengecapi kejayaan yang jitu.

Bahasa pengantar

memainkan peranan yang amat penting bagi menyampaikan dan meneroka pembelajaran.
Guru yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat
(Widad, 1998). Menurutnya, kecekapan dan keberkesanan seseorang guru memainkan
peranan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia akan mempengaruhi
pelajar untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pembelajaran.
Selain itu menurut Fathman (1986), kejayaan seseorang dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris dipengaruhi oleh ciri-ciri individu pelajar itu sendiri. Selain itu, Pelajar
yang Berjaya bukan sahaja kerap mentelaah dan mengkaji latihan di dalam Bahasa
Inggeris malah pelajar meneroka serta memahami pemahaman nahu dan pembinaan ayat
untuk penguasaan Bahasa Inggeris yang dipelajarinya. Kebanyakan pelajar menyatakan
kaedah pengajaran pensyarah/tutor serta pendekatan dalam Bahasa Inggeris yang

OUMH1103

digunakan oleh mereka mudah difahami. Ini menyebabkan tidak timbul masalah
pembelajaran di kalangan pelajar disebabkan oleh pensyarah/tutor. Dengan ini, pelajar
akan dapat meneruskan kejayaan mereka dalam mempelajari pembelajaran secara atas
talian ini dengan kemahiran penguasaan Bahasa Inggeris yang diperolehinya.

5.0

Cadangan Untuk Menjadi Pelajar Atas Talian Yang Berjaya.


5.1
Kemahiran Belajar
Menurut Mayer, (1977) berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu
yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan
masalah. Cadangan yang pertama ialah kemahiran belajar di mana setiap pelajar
mempunyai cara pembelajaran tersendiri. Rasionalnya di sini adalah pelajar mesti
mengetahui istilah belajar cara belajar iaitu pelajar bertanggungjawab terhadap
pembelajaran mereka sendiri. Selain itu, ia dapat melatih pelajar memperolehi maklumat
tambahan di luar waktu kuliah serta ia juga sejajar dengan matlamat pendidikan untuk
belajar seumur hidup di kalangan pelajar. Justeru, objektif kemahiran belajar ini adalah
supaya pelajar berupaya belajar sendiri tanpa guru, pelajar menggunakan pengetahuan
daripada rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran serta pelajar dapat menilai
tahap pembelajaran mereka sendiri. Belajar cara belajar ini didefinisikan proses teknik
pembelajaran samada bersama pensyarah atau tidak. Kemahiran belajar perlu dikuasai
oleh setiap pelajar untuk meraih kejayaan samada di dalam peperiksaan atau kehidupan
yang lain iaitu kemahiran mendengar, kemahiran membaca, kemahiran menulis,
kemahiran mengambil nota dan kemahiran mengingat.
5.2

Mengambil Kursus ICT


Mengambil kursus ICT ini adalah suatu perkara yang sangat memberangsangkan

pelajar kerana dengan menambahkan dan memperbanyakkan ilmu di dalam teknologi


pembelajaran ini pelajar dapat memperkenal, memperkukuh serta menambah kemahiran
lebih mendalam. Justeru, pelajar juga dapat memperkembangkan kebolehan dari segi
mengguna, mengurus dan memahami sumber dari ICT. Menurut Jonassen (1996), adalah
penting bagi pelajar untuk menguasai kebolehan-kebolehan semasa proses pembelajaran
dalam setiap bidang kurikulum. Perkara yang penting dalam kursus ICT ialah setiap
8

OUMH1103

strategi itu harus menjurus kepada keperluan pembelajaran dan sebagai satu cara untuk
pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran atas talian yang bertetapan
dengan objektif.

5.3

Menyediakan Jadual Waktu Persendirian


Strategi yang seterusya ialah, pelajar yang ingin berjaya di dalam pembelajaran

atas talian juga perlu menyediakan jadual waktu persendirian. Dengan adanya jadual ini,
secara tidak langsung pelajar akan memperolehi perancangan yang tersusun dan
sistematik di dalam setiap perancangan harian mereka. Tambahan lagi, jadual waktu
ditakrifkan sebagai pelajar bijak membuat pembahagian masa hari ke hari yang terperinci
dan merangkumi sesi pembelajaran serta aktiviti-aktiviti lain. Menerusi perancangan
pula, pelajar perlu mempunyai pandangan menyeluruh mengenai sesi pembelajaran dan
aktiviti-aktiviti yang lain. Sebagai seorang pelajar yang berjaya, terdapat banyak cara
menghasilkan jadual waktu persendirian antaranya ialah menentukan masa untuk sesuatu
mata pelajaran, memilih keutamaan, penumpuan kepada topik sukar, membuat
pembahagian masa dari hari ke hari, memilih masa yang paling sesuai dan
memperuntukkan masa untuk aktiviti-aktiviti yang lain. Selain daripada belajar mengikut
jadual yang disediakan, pelajar harus mempunyai pembahagian masa untuk beristirehat,
membuat kerja rumah, bersukan, membantu ibu bapa, menikmati aktiviti yang diminati
dan mencurah kasih sayang kepada anak-anak bagi pelajar atas talian yang telah
mendirikan rumah tangga mereka. Justeru, terdapat banyak kelebihan sekiranya pelajar
berjaya menghasilkan jadual mereka antaranya ialah mengurangkan pembaziran waktu,
dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sepenuhnya, lebih teratur dan melatih diri
supaya tidak menangguhkan kerja.

5.4

Pengendalian tekanan
Tekanan ditakrifkan sebagai pelajar atas talian yang menghadapi situasi

kebuntuan atau dibelenggu perasaan tertekan di dalam pembelajaran mereka di samping


menguruskan perkara-perkara peribadi yang lain yang berkaitan dengan persekitaran
mereka. Selain itu, Kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar yang mengalami
9

OUMH1103

tekanan ini adalah di kalangan mereka yang mempunyai kerjaya yang tinggi. Menurut
Atkinson (1998), bebanan kerja terlalu banyak dalam masa yang singkat juga boleh
menyebabkan tekanan. Oleh yang demikian, pelajar harus bijak mengendalikan strategi
tekanan mereka dengan baik agar tidak mengganggu gugat pembelajaran mereka.
Menurut kajian lepas, terdapat beberapa strategi yang telah digunakan oleh responden
apabila menghadapi tekanan iaitu strategi berbentuk interpersonal (pensyarah, rakan
sebaya dan keluarga), tingkah laku, kerohanian, pemikiran dan pemakanan. Dari segi
interpersonal, pelajar lebih mempercayai rakan sebaya daripada keluarga dan pensyarah
untuk berkongsi masalah yang dihadapi dan dijadikan sebagai sumber sokongan sosial
mereka. Justeru itu, pelajar harus bijak dari segi pemilihan rakan sebaya yang bersesuaian
agar dapat menyumbang kepada kecemerlangan pembelajaran. Dari segi kerohanian juga
adalah paling utama kerana ia berkaitan dengan keagamaan di mana pelajar (muslim)
akan mendekatkan diri dengan Allah, mendirikan solat, membaca al-quran, mengambil
dan bertawakkal sekiranya berhadapan dengan situasi tekanan. Pemikiran juga
merupakan peranan yang penting di dalam menangani tekanan, menurut Ellis (2002)
menyatakan bahawa strategi ini adalah berkesan jika ianya dikawal dengan pemikiran
yang rasional dan logikal. Justeru, seseorang pelajar yang berfikiran positif akan berusaha
meningkatkan motivasi dan pencapaian diri mereka di dalam pembelajaran.
6.0

Kesimpulan
Era globalisasi telah membawa arus perubahan kepada corak hidup dan sistem sosial

masyarakat dunia termasuk di Malaysia. Sebagai usaha untuk penyesuaian dalam era globalisasi
maka penguasaan ilmu dan pengetahuan baru dapat dilakukan melalui pembelajaran sepanjang
hayat. Dengan adanya kesemua ciri-ciri pelajar yang berjaya dalam diri seseorang, maka pelajar
itu merupakan pelajar yang cemerlang di dalam bidang yang diceburinya terutama sekali di
dalam bidang pembelajaran atas talian ini. Oleh yang demikian, pembelajaran atas talian ini
sangat berguna dan terkini kepada semua golongan tidak kira umur dan pangkat semuanya
memerlukan pembelajaran ini kerana tempoh pengajiannya yang separuh masa dan bukan
sepenuh masa. Kesediaan belajar pembelajaran atas talian sehurusnya menepati dalam diri
pelajar dari segi mental dan fizikal agar segala tugasan dan cara pembelajaran dapat di tangani
dengan baik dan sistematik. Penekanan di sini adalah para pelajar perlu tinggal di kawasan yang

10

OUMH1103

mempunyai jaringan internet supaya mudah untuk mencari maklumat terkini samada di dalam
pelayar google.com atau pun portal myVLE yang disediakan oleh pihak Open Universiti
Malaysia (OUM). (2736 patah perkataan).
7.0

Rujukan
1) Anderson, E.D. and Cole, B., (1988). Stress Factors to Reported AcademicPerformance
and Burnout. Journal of Education. 108: 497-504
2) Awang Had Salleh, (1986). Ke Arah Pencapaian Akademik Yang Cemerlang Di
Kalangan Pelajar Bumputera Melalui Kaunseling. Kertas Kerja Seminar Ke-2
Kaunseling Pulau Pinang: USM.
3) http://www.e-journal.um.edu.my
4) http://www.elearning.gunadarma.ac.id/index
5) http://www.eprints.utm.my
6) http://www.id.m.wikipedia.org/wiki/pembelajaran-elektronik
7) http://www.jaserve.blogspot.com
8) http://www.satudunia.net/content
9) http://www.scribd.com/doc
10) http://www.oocities.org/usrafidi/motivasi.html
11) Jurnal Kemanusiaan bil.9, Jun 2007.
12) Means, Barbara (ed) 1994, International Society For Technology Education, (Jossey Bass
Publishers, San Fransisco).
13) Rosenberg (2001), E-learning Strategies for Delivering Knowledge in The Digital Age.

11

Anda mungkin juga menyukai

  • Hbpe2203 PJ
    Hbpe2203 PJ
    Dokumen17 halaman
    Hbpe2203 PJ
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T2a1 Hbef2803
    T2a1 Hbef2803
    Dokumen7 halaman
    T2a1 Hbef2803
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • HBPE3103 Terkini
    HBPE3103 Terkini
    Dokumen12 halaman
    HBPE3103 Terkini
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Assigemnt Kumpulan en Jamalulai Terkini K.huda
    Assigemnt Kumpulan en Jamalulai Terkini K.huda
    Dokumen17 halaman
    Assigemnt Kumpulan en Jamalulai Terkini K.huda
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • PK PENJAGAAN KESIHATAN
    PK PENJAGAAN KESIHATAN
    Dokumen8 halaman
    PK PENJAGAAN KESIHATAN
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • HBMT3103
    HBMT3103
    Dokumen16 halaman
    HBMT3103
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T2a2 Hbef2803
    T2a2 Hbef2803
    Dokumen6 halaman
    T2a2 Hbef2803
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T2a3 Hbef2803
    T2a3 Hbef2803
    Dokumen5 halaman
    T2a3 Hbef2803
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • HBMT2203
    HBMT2203
    Dokumen14 halaman
    HBMT2203
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T2a1 Hbef2803
    T2a1 Hbef2803
    Dokumen7 halaman
    T2a1 Hbef2803
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Penulisan Jurnal Reflektif
    Penulisan Jurnal Reflektif
    Dokumen1 halaman
    Penulisan Jurnal Reflektif
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • MT Y4 P2 Mid Term
    MT Y4 P2 Mid Term
    Dokumen7 halaman
    MT Y4 P2 Mid Term
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Hbef2303 TMDP
    Hbef2303 TMDP
    Dokumen13 halaman
    Hbef2303 TMDP
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T1A1
    T1A1
    Dokumen11 halaman
    T1A1
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Penilaian & Pengukuran
    Penilaian & Pengukuran
    Dokumen25 halaman
    Penilaian & Pengukuran
    manroy
    100% (35)
  • T2a4 Hbef2803
    T2a4 Hbef2803
    Dokumen5 halaman
    T2a4 Hbef2803
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • HBMT 2103 BM Modul
    HBMT 2103 BM Modul
    Dokumen106 halaman
    HBMT 2103 BM Modul
    Asrina Pannyau
    Belum ada peringkat
  • PENGHARGAAN
    PENGHARGAAN
    Dokumen1 halaman
    PENGHARGAAN
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • 26360
    26360
    Dokumen5 halaman
    26360
    ELYAHWEH kongsi Kebenaran
    Belum ada peringkat
  • Tugasansosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan 2014
    Tugasansosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan 2014
    Dokumen14 halaman
    Tugasansosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan 2014
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Book 1
    Book 1
    Dokumen2 halaman
    Book 1
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Tugasan Pedagogi Pendidikan Kesihatan Sem Sep 2014
    Tugasan Pedagogi Pendidikan Kesihatan Sem Sep 2014
    Dokumen8 halaman
    Tugasan Pedagogi Pendidikan Kesihatan Sem Sep 2014
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T1A1
    T1A1
    Dokumen11 halaman
    T1A1
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T1A3
    T1A3
    Dokumen7 halaman
    T1A3
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T1A1
    T1A1
    Dokumen11 halaman
    T1A1
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Asgmnt Psy PDDKN
    Asgmnt Psy PDDKN
    Dokumen14 halaman
    Asgmnt Psy PDDKN
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Kertas Kerja Keceriaan 2013
    Kertas Kerja Keceriaan 2013
    Dokumen5 halaman
    Kertas Kerja Keceriaan 2013
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Asgmnt Psy PDDKN
    Asgmnt Psy PDDKN
    Dokumen14 halaman
    Asgmnt Psy PDDKN
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Prinsip Teknologi Pengajaran Hbef3103
    Prinsip Teknologi Pengajaran Hbef3103
    Dokumen6 halaman
    Prinsip Teknologi Pengajaran Hbef3103
    Jamil Ang
    Belum ada peringkat
  • Dari Everand
    Belum ada peringkat
  • Dari Everand
    Belum ada peringkat