Anda di halaman 1dari 13

HBEF2303

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER JANUARI 2015
Sejarah perkembangan teknologi maklumat yang dibahagikan kepada lima zaman bermula
pada awal 1940 dan telah banyak memberikan manfaat kepada kehidupan manusia dari aspek
pendidikan.
a) Hasilkan sebuah jadual garis masa (timeline) bagi menjelaskan perkembangan
teknologi maklumat dari skop teknologi Internet, seiring dengan lima zaman
perkembangan teknologi maklumat tersebut.
(40 markah)
Name

: Noor Rulhuda Binti Mohd Samjis

Matric number

: 840726135564001

NRIC

: 840726-13-5564

Telephone number : 013-3992617


E-mail address

: huda_idz@yahoo.com

Nama Tutor: En. Isa bin Safie


Learning Centre: OUM Mentakab

September 2013 Semester

HBEF2303

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

KANDUNGAN MUKA SURAT

A)

JADUAL GARIS MASA

1.0

JADUAL GARIS MASA SEJARAH KOMPUTER

2.0

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DARI

SKOP TEKNOLOGI INTERNET SEIRING DENGAN


SEJARAH PERKEMBANGAN KOMPUTER LIMA ZAMAN.

B) RANCANGKAN KERTAS CADANGAN


1.0

PENGENALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BERBANTUKAN KOMPUTER

7-8

1.1

RASIONAL DAN OBJEKTIF

1.2

TARIKH PERLAKSANAAN

2.0

CADANGAN KAEDAH SISTEM PENYAMPAIAN PPBK

9-12

3.0

CADANGAN PERKAKASAN DAN BAJET

12

3.1

ANGGARAN PERBELANJAAN

12

3.2

SUMBER KEWANGAN

12

4.0

RUMUSAN

13

5.0

RUJUKAN

14

A) 1.0

JADUAL GARIS MASA


Garis Masa Perkembangan Komputer lima zaman

John NapierAlogaritma

ABAKUS
TERAWAL

1600
2

HBEF2303

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

Komputer Digit Elektronik Pertama

1835
1939
IBM
STRETCH

1940

Enjin
AnalitikalCharles

Complex
Number
Calculator

GEN
1

Tiub
Vakum
ENIAC

1959
GEN
2

1960

DEC PDP1

GEN 2

ILLIAC

1966
GEN
3

1974

XEROX
ALTO
SCELBOI

GEN
3

1979
GEN 3

ATARI 400
DAN 800

1984
GEN
4

APPLE
MACINT
OSH

1998
iMAC

GEN 4

2010
GEN 4

MASA
DEPAN
GEN 5

iPA
D

MASA
DEPAN
GEN
5

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dari semasa ke semasa telah


menjadikan seseorang itu maju dalam era globalsasi. Kegunaan teknologi maklumat juga
sangat meluas dalam aspek kehidupan manusia seharian. Tanpa teknologi maklumat juga,
seseorang itu tidak dapat memperolehi maklumat terkini mengenai isu-isu luaran. Sejarah
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ini telah dibahagikan kepada lima zaman
iaitu Generasi pertama (1940-1959), Generasi Kedua (1959-1964), Generasi Ketiga (19641980), Generasi Keempat (1980-kini) dan Generasi Kelima (masa depan).

HBEF2303

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

Teknologi maklumat didefinasikan sebagai satu kaedah yang boleh menyebar,


memindah dan memapar sesuatu maklumat, menyimpan dan memproses maklumat yang
dikehendaki. Garis masa di atas telah di hasilkan berdasarkan lima zaman perkembangan
teknologi maklumat dari Generasi Pertama hingga Generasi Kelima. Antara jenis-jenis
komputer yang didapati daripada sumber internet adalah seperti Sumbangan Terawal Sebelum
Tahun 1940 ialah Abakus yang berasal dari Cina, pada tahun 1617, Alogaritma iaitu jadual log
pertama mula dicipta oleh John Napier. Pada tahun 1620, mistar gelongsor mula dicipta oleh
Robert Bissaker di mana penggunaannya boleh mengira dan menyelesaikan sesuatu pengiraan
yang rumit dengan pantas berbanding manual. Begitu juga pada tahun 1642, mesin
penghitung mekanikal yang pertama yang dikenali sebagai Blaise Pascal. Ianya dicipta oleh
seorang ahli Matematik yang berasal dari Perancis iaitu Pascaline di mana tujuannya mencipta
alat ini adalah untuk membantu ayahnya seorang pegawai percukaian. Mesin ini boleh
melakukan penambahandan penolakan sahaja pada semua nombor ianya agak mahal dan
hanya beliau sahaja yang boleh membaiki alat ini. Contoh gambar Balise Pascal ialah seperti
di bawah:-

Gambarajah 1.1: Blaise Pascal


Pada tahun 1835, Enjin Analitikal mula dicipta oleh Charles Babbage. Beliau juga digelar
Father of Computer. Pada tahun 1939 pula, komputer digit elektronik pertama mula
dicipta. Pencipta alat ini ialah Dr. John V Atanasoff dan Clifford Berry.
Sejarah komputer generasi pertama mula tercipta selepas sumbangan awal iaitu
bermula pada (1940-1959). Antara contoh komputer pada generasi pertama ini adalah seperti
Complex Number Calculator (1940) yang dicipta oleh George Stbitz. Beliau menggunakan
mesin teletaip yang berfungsi untuk menghantar arahan bagi set masalah dari modelnya di
Kolej Dartmouth ke Mesin Kira Nombor Rumit (Complex Number Calcultor) di New York
serta boleh menerima balasan yang sama. Teletaip ini disambung sistem output pada
komputer kerana ia diminati oleh Agensi Projek Penyelidikan Maju. Pada tahun 1962,
Jaringan Intergalaktik mula diperkenalkan dan ia merupakan awalan pada Arpanet iaitu
jaringan yang pertama dicipta. Pada tahun 1946, Tiub Vakum ENIAC (Electronic Intergrator
And Calculator) mula dicipta oleh Dr. John Mauchly dan Presper Eckert. Ia hanya digunakan
4

HBEF2303

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

oleh ahli sains dan jurutera sahaja. Ia mempunyai berat sehingga 30 tan dan luas sebanyak
140 meter persegi, 130 kilowatt tenaga dan menggunakan 18000 unit tiub vakum. Ia berfungsi
untuk melakukan 5000 penambahan dan 300 pendaraban sesaat yang dapat mengatasi
komputer-komputer lain. Antara contoh-contoh mesin yang lain yang dicipta selepas ENIAC
ini adalah MARK II, MARK III, EDSEC, UNIVAC I dan II, IBM 650 dan ADVAC.
Justeru, generasi kedua (1959-1964) mula dicipta antara contoh yang didapati
komputer generasi ini adalah seperti IBM STRETCH (1959) dan DEC PDP-1 (1960) seperti
di dalam garis masa di atas. Tiub vakum telah diganti dengan menggunakan transistor dan
diod yakni lebih murah dan kecil. Pada zaman ini juga pencetak, disket dan memori mula
diperkenalkan. Antara ciri-ciri komputer zaman ini adalah seperti program diperbuat dengan
menggunakan Assembly Language, Common Business Oriented Language (COBOL),
ALGOL dan FORTRAN. Ia juga menjadi dikenali sebagai mini komputer. Antara sifat-sifat
komputer era kedua ini ialah tidak banyak mengeluarkan haba panas, prosesnya lebih cepat,
mula terkenal dengan tele processing dan mempunyai kapasiti yang besar untuk menyimpan
maklumat. Antara contoh-contoh jenis komputer yang lain pada era ini ialah IBM 1620, IBM
1401, IBM 7070, IBM 7080, Ibm 7094, UNIVAC III, CDC 6600/7600 Super, HONEYWELL
400, BURROGHS 5500 dan PDP-5.
Komputer generasi yang ketiga mula diperkenalkan dari 1964-awal 80-an. Transistor
yang sebelum ini dianggap tidak efisyen lagi penggunaannya maka manusia pada era ini telah
mula mencipta sistem operasi yang boleh menjalankan pelbagai program. Antara contoh
komputer zaman ini ialah seperti ILLIC IV (1966), XEROX ALTO SCELBOI 8H (1974),
ATARI 400 dan 800, UNIX dan WINDOWS. Antara ciri-ciri komputer pada era ini ialah
komponennya berbentuk chip, program menggunakan bahasa tingkat tinggi, mula
diperkenalkan dengan mikrokomputer, boleh berkomunikas dengan telefon, bentuk komputer
lebih murah dan kecil dan memperkenalkan konsep time sharing. Begitu juga dengan sifatsifat komputer pada era ini iaitu menggunakan teknologi small and medium scale integration,
mempunyai kapasiti yang lebih besar, memproses data dengan pantas, mempunyai software
dan hardware dan telah mula dikenali dengan Multi Programming dan Multi Processing.
Justeru, komputer generasi keempat ini adalah komputer yang sering kita jumpa dan
guna pakai pada zaman sekarang iaitu sekitar tahun (1980-kini). Ia masih menggunakan
mikrochip dan mempunyai ukuran dan bahan yang berbeza dari zaman sebelum ini. Antara
contoh-contoh jenis komputer zaman ini ialah seperti APPLE MACINTOS (1984), iMAC
(1998) dan iPad (2010). Antara ciri-ciri komputer era ini ialah mula menggunakan Metal
Oxide Semiconductor (MOS), menggunakan bahasa program BASIC, PASCAL dan COBOL,
5

HBEF2303

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

telah mula diperkenalkan dengan jaringan komputer local yang dinamakan ARCNET (Attach
Research Computing Network) dan rangkaian kapasitinya boleh mencapai sehingga 100.000
komponen chip. Antara sifat-sifatnya pula ialah menggunakan Data Base Management
System (DBMS), mempunyai ukuran yang lebih kecil dan masih menerapkan Multi
Programming dan Multi Processing. Contoh lain yang boleh disebut untuk jenis komputer era
ini ialah PC APPLE II, INTEL i386, Dal Core dan QUAD Core. Komputer pada zaman ini
yakni zaman sekarang telah berkembang pesat dan mudah digunakan di dalam bidang industri
teknologi maklumat dan jaringan yang kian maju.
Akhir sekali ialah komputer generasi kelima iaitu pada masa akan datang. Komputer
masa depan ini memiliki Artificial Intelligence (AI) yang dapat memberi respon kepada
kehendak manusia. Antara ciri-ciri komputer pada masa depan ialah ia masih lagi berada pada
tahap perkembangan dan belum ada banyak penggunaannya yang ada hanya lah di negara
Jepun, menggunakan komponen elektronik yang paling baru dan chip VLSI, programnya
dibuat dalam bahasa PROLOG (Programming Logic) dan LISP (List Processor) dan ia lebih
berfokuskan kepada AI iaitu Artifial Intelligence yang mana sesuatu yang menghubungkan
pada komputer bagi menghasilkan tugas-tugas analog tingkah laku manusia. Antara sifatsifatnya ialah boleh mendengar dan melaksanakan perkataan atau ayat perintah yang diberi,
dapat membuat pertimbangan logistik, menterjemahkan pelbagai bahasa dan menyusun
program untuk diri sendiri. Antara contoh yang lain komputer generasi kelima ini ialah seperti
di bawah:-

Gambarajah 1.2: Komputer masa depan.

B) KERTAS KERJA
PERMOHONAN PERKAKASAN KOMPUTER DAN BAJET
SEK REN AGAMA AT-TAQWA TEMERLOH
TAHUN 2015
1.0

PENGENALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BERBANTUKAN KOMPUTER
6

HBEF2303

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer (PPBK) ini adalah merupakan proses pembelajaran yang
berpusatkan pelajar yakni salah satu saranan dasar pendidikan dan hasrat Kementerian
Pendidkan Malaysia (KPM) untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Persepsi masyarakat pada masa kini menjadikan pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer ini sebagai satu alternatif bagi mewujudkan generasi yang
berwawasan, kreatif, kritis dan inovatif di masa akan datang. Sejajar dengan sistem
pendidikan yang terkini iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), yang
menyarankan guru-guru dengan penggunaan pengajaran alaf 21 sememangnya pilihan
yang sesuai dengan PPBK ini di dalam bilik darjah. Sebagai contoh pengajaran alaf 21
ialah penggunaan Frog vle (individu), Blog, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT/Hots), penggunaan i-Think (peta pemikiran) dan Multy-Sensory Learning.
PPBK ini juga dapat membantu guru di dalam menyediakan sesi pengajaran
berbentuk latih tubi, simulasi, tutorial dan nota di dalam beberapa laman web yang
diberi sebagai contoh www.primaryresources.co.uk/maths/english.htm di mana
banyak terdapat aktiviti latihan. Terdapat banyak manfaat kegunaan PPBK di sekolah
ini antaranya pelajar akan dapat mencapai salah satu hasrat kerajaan daripada 11
anjakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu anjakan ke7, memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Justeru, ia
juga sebagai satu perisian pendidikan yang mempunyai pelbagai unsur multimedia
interaktif

untuk pelajar belajar contohnya seperti teks, grafik, video, audio dan

animasi serta secara tidak langsung dapat mewujudkan pembelajaran yang aktif dan
efisyen.
PPBK ini juga digunakan pelbagai kaedah pengajaran seperti berasaskan
internet untuk mencapai onjektif pembelajaran yang dibimbing oleh komputer kepada
pelajar. Di sekolah penggunaan wifi sangat menggalakkan kepada pelajar untuk
mengakses maklumat dari internet yang diingini berkaitan dengan topik pembelajaran.
Dengan teknologi yang serba canggih pada dunia hari ini, ramai di kalangan pelajar
kita telah menggunakan kecanggihan internet yang ada seperti Android,
smartphone, dan pelbagai jenis lagi gadjet yang mereka miliki. Terdapat banyak
kekuatan dan keberkesanannya penggunaan PPBK ini kepada pelajar antaranya ialah
perisian isi kandungannya adalah selaras dengan sukatan pelajaran atau standard
kurikulum. Tambahan lagi, ia amat mudah di fahami dan ringkas secara tidak langsung
dapat menimbulkan minat dan keseronokan pelajar di dalam menggunakannya di
7

HBEF2303

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

sekolah. Menurut Yakop (1985), kaedah PPBK ini juga digunakan untuk membantu
pelajar yang mempunyai potensi dan kebolehan yang berbeza. Begitu juga kajian dari
Bostock (1996), yang menekankan tujuan utama penggunaan PPBK ini adalah untuk
menggalakkan aktviti pembelajaran. Kedua-dua pengkaji ini memberi pernyataan yang
positif terhadap penggunaan PPBK di sekolah.
Antara contoh-contoh PPBK yang boleh di laksanakan di dalam kelas adalah
seperti penggunaan slide power point untuk subjek yang ingin disampaikan di dalam
kelas. Selain itu guru juga boleh menggunakan perisian microsoft word untuk
menyampaikan topik pengajaran mereka. secara menyeluruh, di dalam PPBK ini
terdapatnya pelbagai soalan, nota dan latihan ulangkaji yang dibuat oleh guru untuk
pelajar. Penyediaan pengajaran PPBK terpulang kepada guru samada untuk mereka
sendiri dalam komputernya atau mencari bahan pengajaran di dalam laman web yang
ada menyediakan pelbagai topik pengajaran contoh di dalam laman web yang
disebutkan di atas serta banyak lagi laman web yang lain yang boleh dijadikan contoh
kepada guru. Untuk pengajaran kemahiran hidp khususnya yang memerlukan gambargambar setiap topik pembelajarannya boleh di cipta dengan menggunakan internet dan
komputer yang disediakan disekolah. Terdapat banyak slipe pengajaran guru yang
telah tersedia di dalam internet berbentuk power point hanya perlu cari dan simpan
sahaja di dalam komputer peribadi guru untuk disampaikan kepada pelajar.
1.1

TUJUAN
Penyediaan kertas cadangan ini adalah untuk meminta permohonan dan
pertimbangan pihak yang berwajib atas perkakasan komputer yang dinyatakan
pada lampiran 1 yakni anggaran dan bajet perbelanjaan. Perkara ini juga
penting untuk semua murid dan guru di sekolah ini agar mengakses sumber
atau bahan pengajaran dan pembelajaran berpandukan komputer.

1.2

RASIONAL DAN OBJEKTIF


Perolehan ini adalah untuk:a) Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efisyen dan
kemas terutama di dalam mata pelajaran Teknologi Maklumat dan
komuniksi.
b) Meluaskan peranan guru dan murid melalui penggunaan komputer yang
bersistematik.
8

HBEF2303

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

c) Pendedahan teknologi maklumat khususnya internet kepada murid, guru


dan kakitangan sekolah.
d) Menggalakkan murid dan guru berinteraksi dan berdiskusi berkaitan topik
pembelajaran melalui Frog vle dan blog individu.
e) Menghias dan mencantikkan sudut keceriaan dan menyediakan info
berkaitan komputer.
f) Menyediakan perabot yang lengkap untuk murid dan komputer.

1.3

TARIKH PERLAKSANAAN
Sepanjang tahun.

1.4

KUMPULAN SASARAN
1) Semua murid SRA At-Taqwa.
2) Semua guru dan kakitangan.

2.0

CADANGAN KAEDAH PENYAMPAIAN PPBK


Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ini adalah satu
kaedah sistem penyampaian topik pembelajaran pada masa kini yang kian popular di
kalangan warga pendidik. Dengan teknologi semakin canggih ini, tidak hairanlah jika
semua guru di Malaysia ini menggunakan multimedia dan komputer dalam bilik
darjah sebagai sesi penyampaian pengajaran yang berualiti. Terdapat banyak ciri-ciri
dan kepentingan menggunakan PPBK ini seperti ia dapat membantu ramai guru dalam
permasalahan pengajaran, pelajar tidak jemu malah akan berasa seronok dengan
kaedah ini terutama pelajar yang lemah, Dari sudut PPBK dan melalui internet ini,
para guru boleh melaksanakan pelbagai kaedah sistem penyampaian dengan mudah,
cepat dan ringkas. Antara cadangan kaedah sistem penyampaian yang boleh
dilaksanakan oleh guru adalah seperti:1.) Permainan
Melalui perisian kaedah permainan ini, pelajar akan lebih meminati dan
terhibur dengan isi pengajaran guru. Belajar sambil bermain merupakan satu
aktiviti yang menyeronokan kerana terdapatnya unsur multimedia seperti
memasang video di hadapan pelajar yang dapat mengeluarkan bunyi secara tidak
langsung pelajar dapat memberi tumpuan dengan lebih dalam sesi pengajaran guru
9

HBEF2303

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

di dalam bilik darjah. Dengan wujudnya kepakaran semula jadi guru yang kreatif
lagi inovatif, akan dapat menarik pelajar mempelajari dunia komputer dengan lebih
mendalam lagi dan bukan hanya pergi ke cyber untuk bermain game dalam
komputer. Antara contoh perisian permainan adalah seperti tangram di dalam
subjek Matematik. Begitu juga dengan bekalan berbentuk CD-ROM dari
Kementerian Pendidikan Malaysia ke sekolah yang mempunyai banyak
manfaatnya di dalam subjek Sains dan Matematik. Dengan ini, ia dapat
memperkembangkan

lagi

kemahiran

mental,

pengetahuan,

logik

dan

menyelesaikan masalah terhadap pelajar.


2.) Latih Tubi
Melalui latih tubi yang disediakan oleh guru dalam komputer untuk
pelajar sangat memberangsangkan minda mereka agar berfikir dengan lebih
kreatif, kritis dan inovasi. Pelajar juga dapat memahami konsep topik pengajaran
dengan lebih efisyen. Guru memaparkan slide latih tubi manakala pelajar memberi
maklum balas untuk menjawab soalan tersebut. Bagi pelajar yang lemah akan
menjadi seorang yang pintar setelah menggunakan PPBK ini kerana maklum
balasnya yang cepat setelah pelajar memberi jawapan.
3.) Simulasi
Berdasarkan kaedah penyampaian simulasi ini, pelajar akan lebih fokus
terhadap isi pembelajaran dan tercapainya objektif guru. Sebagai contoh, guru
memasang video mengenai kejadian gerhana bulan, gerhana matahari dan
peredaran planet mengelilingi matahari di mana proses pengajaran yang bersistem
ini dapat mencungkil kebijaksanaan pelajar yang terpendam. Perisian yang boleh
digunakan adalah seperti Phoenix Simulation Software yang terdapat banayak
fakta mengenai sains dan angkasa.
4.) Tutorial
Menerusi kaedah tutorial ini di mana komputer yang dipasangkan
kepada pelajar berfungsi sebagai tutor seolah-olah pengganti guru untuk mengajar
atau memberi penerangan di hadapan. Pelajar hanya perlu mendengar dan melihat
segala isi pembelajaran melalui kaedah ini dengan baik. Antara contoh perisian
yang sesuai digunakan untuk kaedah ini ialah Power Point, MS Word, Publisher,
dan Authorware. Dengan ini, guru dapat menyediakan isi pelajaran yang berbentuk
nota dan latihan dengan menggunakan Power Point kepada pelajar seperti dalam
tajuk pecahan atau peratus di dalam subjek matematik.
10

HBEF2303

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

5.) Ujian
Melalui kaedah ujian pula, guru dapat menyediakan markah
peperiksaan murid mengikut keputusan dalam kelas. Ia juga dapat membantu guru
mengumpul maklumat pelajar dalam sesebuah kelas. Guru dapat menyediakan
ujian dalam bentuk PPBK dengan menggunakan perisian MS Word samada dari
segi kuiz atau online. Dengan ini guru dapat menanda dan menyemak markah
murid dengan pantas.
6.) Penyelesaian Masalah
Dengan PPBK kaedah ini, pelajar dapat membuat sesuatu keputusan
yang tepat di dalam situasi pembelajaran komputer. Ia mendorong pelajar untuk
berkomunikasi dengan komputer dan meneroka sendiri untuk menyelesaikan
masalah di dalam sesuatu topik yang dipelajari.
7.) Tunjuk Cara
Kaedah tunjuk cara atau sering kita panggil demonstrasi adalah
merupakan satu proses prosedur yang ingin disampaikan oleh guru berkenaan
dengan topik pembelajaran. Pelajar akan melihat segala faktor keselamatan atau
berisiko turut ditunjukkan semasa membuat ujikaji atau eksperimen dalam keadaan
sebenar. Setelah faham menonton tunjuk cara, pelajar dapat membuat situasi yang
sebenar tanpa mendatangkan bahaya pada diri. Ia amat sesuai digunakan melalui
PPBK ini, tanpa PPBK guru kekurangan peralatan untuk membuat tunjuk cara
dengan sempurna. Contoh perisian yang digunakan adalah slide Power Point dan
MS Word.
3.0

CADANGAN PERKAKASAN DAN BAJET


ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL

1
2
3
4
5
6
7

PERKAKASAN

BILANGAN
SEUNIT

Komputer Riba
Tetikus
Pembesar Suara
Papan Kekunci
Projektor LCD
Wifi + Pemasangan
Meja Komputer murid dan

30
30
30
10
3
2
31
11

ANGGARAN
HARGA
SEUNIT (RM)
2,500.00
35.00
10.00
45.00
1900.00
400.00
250.00

ANGGARAN
HARGA KOS
(RM)
75,000.00
1,050.00
300.00
450.00
5,700.00
800.00
7,750.00

HBEF2303

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

8
9
10
11
12
13
14
15

guru
Kerusi Murid
Kerusi Guru
Meja LCD
Meja Pencetak
Pencetak
Pengimbas Tetikus
Papan Putih Magnetik
Rak Peralatan
JUMLAH (RM)

3.1

SUMBER KEWANGAN

30
1
1
1
3
2
1
1

75.00
450.00
70.00
210.00
650.00
60.00
1500.00
2,500.00

2,250.00
450.00
70.00
210.00
1,950.00
120.00
3,000.00
2,500.00
101,600.00

a) Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh


3.2

JAWATANKUASA PELAKSANA
a) AJK Induk mata pelajaram TMK.
b) AJK Keja bilik makmal komputer.

4.0

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, penggunaan PPBK di dalam pengajaran dan
pembelajaran telah mempengaruhi minda manusia agar cekap dan pantas
menggunakan sistem komputer yang membawa kepada perkembangan teknologi yang
tinggi pada era globalisasi sekarang ini. Dengan informasi terkini dalam elemenelemen multimedia yang mana telah dimuatkan ke dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran memudahkan tugas guru untuk melaksanakan pengajaran berbantukan
komputer. Selaras dengan penggunaan internet disekolah dalam PPBK yang memberi
banyak maklumat terkini untuk guru mengaplikasikan sebarang topik pembelajaran
kepada pelajar dengan lebih berkesan dan aktif. Dengan cadangan-cadangan yang
diulaskan ini serta bajek perbelanjaan perkakasan komputer di sekolah, dapat diambil
tindakan sewajarnya agar guru-guru dapat melunaskan pengajaran melalui PPBK
dengan sempurna serta dapat menggarap minda pelajar ke arah minda yang lebih jauh
ke hadapan. Ia juga dapat mencapai hasrat kerajaan untuk membantu murid

12

HBEF2303

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

memperkenalkan pengajaran melalui i-Think di dalam bilik darjah dengan hanya


menunjukkan slide sahaja.
Cadangan ini disokong oleh kajian yang telah dibuat oleh Oduz yang di ambil
dari Norhayati (1999) di mana menujukkan bahawa kadar pemahaman dan
pembelajaran seseorang manusia dapat dipertingkatkan dengan menggunakan cara
yang interaktif di dalam persekitaran pembelajaran. Persekitaran tersebut dapat
merangsang minda seseorang untuk mendengar, melihat, beraksi dan bertindak balas
terhadap sesuatu yang mereka pelajari. Oleh yang demikian, penggunaan PPBK di
dalam pengajran dan pembelajaran disekolah amat sesuai dan berguna baik kepada
guru mahupun pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
................................
(PN. NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS)
GURU TMK DAN RBT
SEK. REN. AGAMA AT TAQWA TEMERLOH.
(2887 patah perkataan)
5.0

BAHAN RUJUKAN
1) http://e-contoh.blogspot.com/2013/12/teknologi-pendidikan-berbantukan.html
2) http://www.harry17.blogspot.com/2014/03/pengajran-pembelajaranberbantukan.html
3) http://kumpulan1kawan.blogspot.com/test.html
4) http://xondis.blogspot.com/2014/01/sejarah-perkembangan-teknologimaklumat.html
5) http://zawinaida.blogspot.com/2010/11/contoh-kertas-kerja.html
6) Ismail Zain, 2002. Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
7) Norhashim Abu Samah, Mazlan Youp & Rosalinda Alias, 1996. Pengajaran
Berbantukan Komputer. Kuala Lumpur: Dewn Bahasa dan Pustaka.
8) Omar Zakaria, etl., (2014). HBEF2303 Teknologi Dalam Pendidikan. Open
Universiti Malaysia.

13

Anda mungkin juga menyukai

  • MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
    MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
    Dokumen17 halaman
    MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • HBPE3103 Terkini
    HBPE3103 Terkini
    Dokumen12 halaman
    HBPE3103 Terkini
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T2a1 Hbef2803
    T2a1 Hbef2803
    Dokumen7 halaman
    T2a1 Hbef2803
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T2a1 Hbef2803
    T2a1 Hbef2803
    Dokumen7 halaman
    T2a1 Hbef2803
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Hbpe2203 PJ
    Hbpe2203 PJ
    Dokumen17 halaman
    Hbpe2203 PJ
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Penulisan Jurnal Reflektif
    Penulisan Jurnal Reflektif
    Dokumen1 halaman
    Penulisan Jurnal Reflektif
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • HBMT2203
    HBMT2203
    Dokumen14 halaman
    HBMT2203
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • HBMT3103
    HBMT3103
    Dokumen16 halaman
    HBMT3103
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • PK PENJAGAAN KESIHATAN
    PK PENJAGAAN KESIHATAN
    Dokumen8 halaman
    PK PENJAGAAN KESIHATAN
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T2a2 Hbef2803
    T2a2 Hbef2803
    Dokumen6 halaman
    T2a2 Hbef2803
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • JURNAL REFLEKTIF
    JURNAL REFLEKTIF
    Dokumen5 halaman
    JURNAL REFLEKTIF
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T2a3 Hbef2803
    T2a3 Hbef2803
    Dokumen5 halaman
    T2a3 Hbef2803
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T1A1
    T1A1
    Dokumen11 halaman
    T1A1
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Nombor 1000 Simbol
    Nombor 1000 Simbol
    Dokumen106 halaman
    Nombor 1000 Simbol
    Asrina Pannyau
    Belum ada peringkat
  • PENGHARGAAN
    PENGHARGAAN
    Dokumen1 halaman
    PENGHARGAAN
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • 26360
    26360
    Dokumen5 halaman
    26360
    ELYAHWEH kongsi Kebenaran
    Belum ada peringkat
  • MT Y4 P2 Mid Term
    MT Y4 P2 Mid Term
    Dokumen7 halaman
    MT Y4 P2 Mid Term
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Penilaian & Pengukuran
    Penilaian & Pengukuran
    Dokumen25 halaman
    Penilaian & Pengukuran
    manroy
    100% (35)
  • Tugasan Pedagogi Pendidikan Kesihatan Sem Sep 2014
    Tugasan Pedagogi Pendidikan Kesihatan Sem Sep 2014
    Dokumen8 halaman
    Tugasan Pedagogi Pendidikan Kesihatan Sem Sep 2014
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Book 1
    Book 1
    Dokumen2 halaman
    Book 1
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Asgmnt Psy PDDKN
    Asgmnt Psy PDDKN
    Dokumen14 halaman
    Asgmnt Psy PDDKN
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Tugasansosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan 2014
    Tugasansosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan 2014
    Dokumen14 halaman
    Tugasansosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan 2014
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T1A1
    T1A1
    Dokumen11 halaman
    T1A1
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T1A3
    T1A3
    Dokumen7 halaman
    T1A3
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Assignment OUMH1103
    Assignment OUMH1103
    Dokumen11 halaman
    Assignment OUMH1103
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Kertas Kerja Keceriaan 2013
    Kertas Kerja Keceriaan 2013
    Dokumen5 halaman
    Kertas Kerja Keceriaan 2013
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T1A1
    T1A1
    Dokumen11 halaman
    T1A1
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Asgmnt Psy PDDKN
    Asgmnt Psy PDDKN
    Dokumen14 halaman
    Asgmnt Psy PDDKN
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Prinsip Teknologi Pengajaran Hbef3103
    Prinsip Teknologi Pengajaran Hbef3103
    Dokumen6 halaman
    Prinsip Teknologi Pengajaran Hbef3103
    Jamil Ang
    Belum ada peringkat