Anda di halaman 1dari 2

Bincangkan lima cara bagaimana guru berupaya mewujudkan komunikasi

berkesan dalam bilik darjah.


Komunikasi bermaksud berhubung di antara satu sama lain yang melibatkan pihak yang
berkomunikasi, ruang, jarak dan medium yang digunakan. Dalam konteks bilik
darjah, komunikasi berlaku di antara guru dengan murid, murid dengan murid dan murid
dengan sumber (BBM yang bersifat interaktif).
Komunikasi yang berkesan dapat memastikan suatu sesi Pengajaran dan pebelajaran yang
efektif, aktif,menyeronokkan, dan mencapai hasil pembelajaran. Perancangan P&P yang
baik patut disampaikan dan dilaksanakan melalui kamahiran komunikasi yang
baik. Komunikasi yang berkesan bermaksud mesej yang disampaikan adalah jelas, tepat
dan difahami oleh si penyampai dan si penerima.
Guru mestilah mempunyai kemahiran komunikasi terutama melibatkan murid yang
pelbagai latar belakang. Guru penting mengetahui latar belakang murid agar mudah
menyesuaikan laras bahasa dan isu yang akan dikemukakan. Dengan pengetahuan
tersebut, isu sensitive dapt dielakkan. Guru juga tahu tentang kebolehan dan penguasaan
bahasa muridnya. Di pihak guru pula perlulah menggunakan bahasa yang mudah
difahami murid. Arahan guru mestilah jelas, tepat, padat dan ringkas
Guru perlu bersikap dan berfikiran positif. Lihat kepada persamaan murid. Anggap
perbezaan sebagai kelebihan. Hindarkan sikap pilih kasih atau diskriminasi. Sebaliknya
bersikap demokratik dan melayan sama rata. Beri motivasi dan pujian serta rangsangan
kepada murid. Pembelajaran akan jadi lebih seronok.
Guru juga bersikap ramah, mesra dan beremosi stabil. Tunjukkan air muka yang manis,
tersenyum dan berkeyakinan. Ini akan menjadikan murid yakin, selesa, berani dan
bermotivasi untuk memberi respon.
Hormatilah pandangan dan idea yang murid berikan. Jangan cepat menyangkal. Bagi sesi
soal jawab, jawapan murid yang kurang baik boleh dikembangkan dengan menanya
soalan kepada murid lain pula. Bagi jawapan yang baik, berikan pujian.
Guru perlu menjadi pendengar yang aktif apabila murid memberikan pandangan. Berikan
dorongan minima seperti ooh, hmmm, ya, teruskan, mengangguk, memek muka yang
penuh minat dan gerakan tangan yang ringkas (gesture). Ini akan menggalakkan murid
terus bercerita atau menjawab soalan.
Berikan jeda (pause) di antara 3-5 saat sebaik sahaja habis bertanya supaya murid
mempunyai masa untuk berfikir dan menyusun idea. Jangan mendesak atau segera
mahukan jawapan. Kajian menunjukkan bahawa sedikit masa senyap yang diberi selepas
bertanya soalan akan menghasilkan jawapan yang lebih tepat, lebih banyak, lebih
panjang dan lebih komunikatif.
Seterusnya untuk meningkatkan lagi komunikasi efektif segala masalah atau halangan
komunikasi mestilah dielakkan sama sekali. Misalnya suara yang kurang jelas,

kedudukan penutur terlindung di sebalik objek, bunyi bising, guru melabel murid dengan
gelaran negative, guru mengkritik, autokratik atau mengeksploitasi perbincangan, memek
muka yang serius ataubersifat mengancam.

Anda mungkin juga menyukai