Anda di halaman 1dari 2

KEMAHIRAN MEMBACA

Definisi

Membaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah
pembelajaran. Bacaan juga merupakan sebagai punca utama kegagalan kanakkanak di sekolah. Malah dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan
membawa kepada perlakuan salah laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan
rendah diri (Mercer, 1992). Membaca adalah kemahiran yang kompleks dan banyak
definisi diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Secara asasnya, membaca
mengandungi dua proses asas, iaitu nyah kod (decode) dan pemahaman. Proses
nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan antara huruf-huruf dan
menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa lisan.
Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut perkataan yang
ditulis dengan betul. Manakala poroses pemahaman pula membolehkan seseorang
memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.

Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Harris
dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh
tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala
Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk
mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau
perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah
diketahui,
dan seterusnya
berasaskan pengalaman lalu, memahami dan
mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999). Dua definisi yang diberikan ini
sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu proses
yang kompleks.
Berdasarkan definisi-definisi membaca yang ditelitinya, Marohaini Yusoff (1989) telah
merumuskan proses membaca seperti berikut:
1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan.
Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran
membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran
memahami apa yang dibaca.
2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman
selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya,
untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat
menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna
perkataan-perkataan yang dibacanya.
3.

Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa
yang dibaca.
4. Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan
pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya.

5. Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti


berikut:
a) mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat..
b) mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.
c) menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia
ada di kepala.
d) mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan,dan ayat sehingga menjadi sebuah
idea yang kengkap.
e) mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.
4.

Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah dikatakan bahawa
membaca adalah satu proses yang memerlukan pemikiran yang aktif.

Berdasarkan definisi membaca dan rumusan yang dibuat berkaitan dengan proses
membaca, dapatlah dimengerti bahawa membaca adalah kemahiran yang kompleks
yang melibatkan beberapa kemahiran lain.

Anda mungkin juga menyukai