Anda di halaman 1dari 18

4 [LITERASI BAHASA]

PENDAHULUAAN

Literasi Bahasa Melayu merupakan salah satu cabang dalam pengajian


bahasa melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), literasi bermaksud
kebolehan membaca dan menulis. Bahasa pula didefinisikan sebagai sistem
lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia, percakapan yang baik atau bersopan santun. Oleh itu, literasi
bahasa boleh didefinisikan sebagai kebolehan menguasai kemahiran menulis dan
membaca sebagai medium perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia
yang menggunakan bahasa yang sama.

Khairuddin Mohamad (2011) mengatakan literasi bahasa Melayu adalah


proses untuk melihat kemampuan minimum murid membaca dan menulis dalam
bahasa Melayu. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNESCO) mendefinisikan seseorang yang mempunyai keupayaan literasi
ialah seseorang yang dapat membaca dan menulis suatu pernyataan yang pendek
dan mudah dalam kehidupan hariannya. Brozo & Simpson (1999) mengatakan
kegiatan literasi (termasuk kegiatan mendengar, bertutur, membaca, menulis dan
berfikir) dalam sesuatu bahasa ialah satu proses membina makna.

Makna yang dihasilkan daripada proses ini berkaitan dengan minat,


budaya, pengetahuan latar, kemahiran, strategi, motivasi, jenis teks, suasana
persekitaran, aktiviti dalam proses pembelajaran dan beberapa faktor yang lain. Hal
ini bermakna literasi memberikan peluang kepada seseorang murid untuk menikmati
dan menghargai keupayaan berinteraksi dengan teks, persekitaraan dan orang lain.

Pada pendapat kami, literasi bahasa dikatakan sebagai kemampuan


murid menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Kami
juga berpendapat bahawa literasi bahasa membantu pelajar yang mempunyai
masalah pembelajaran.
4 [LITERASI BAHASA]

KONSEP MEMBACA

Menurut kamus Dewan edisi keempat, baca ditakrifkan sebagai


memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan
makna kandungannya. Robert Lado (1964) menyatakan membaca sebagai
mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya manakala Steinberg
(1982) mendefinisikan proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan
tujuannya adalah memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis.

Di Malaysia, Zulkifley Hamid (1994) menyatakan membaca sebagai


proses pembaca mengenal lambang-lambang tulisan, menterjemahkannya kepada
bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan makna bagi bentuk tulisan
tesebut. Marohaini Yusoff (1989) pula telah merumuskan proses membaca sebagai
perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan.

Keseluruhnya membaca didefinisikan dengan satu perlakuan


mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak.
Kemahiran membaca ini melibatkan dua proses iaitu menterjemahkan lambang
bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa dan mendapatkan maklumat atau
makna daripada bunyi-bunyi bahasa yang disuarakan.

Membaca juga merupakan proses mengubah simbol-simbol grafik iaitu


tulisan kepada konsep-konsep intelektual dan proses ini memerlukan daya mental.
Membaca juga merupakan terjemahan daripada bentuk tulisan kepada satu bentuk
bahasa yang membolehkan pembaca menimbulkan makna daripada bentuk tulisan
berkenaan. Di samping itu, membaca merupakan satu cara untuk memahami pola-
pola bahasa daripada bentuknya yang ditulis.

Kesimpulannya, membaca adalah satu proses yang kompleks yang mana


sesuatu isi atau maklumat yang bermakna disampaikan melalui lambang-lambang
bertulis. Hal ini kerana proses membaca terdiri daripada gabungan beberapa proses
yang kompleks, iaitu proses sensori, proses pengamatan, proses bahasa, dan
proses kognitif. Setiap proses memainkan peranan penting dalam proses membaca
secara keseluruhan.
4 [LITERASI BAHASA]

PRA BACAAN

Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca dimana


guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa, iaitu mengenal dan mengecam
huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid
dalammempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi
membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas
ke bawah.

Menurut Abu Bakar (1994) peringkat prabacaaan meliputi kemahiran


pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi
psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan.
Menurut Ismail Zakaria, Salamah Othman dan Elly, Chong (1992) tahap bacaan
merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan kata lain,
makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap
ini murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka
mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Aktiviti prabacaan
terbahagi kepada tiga iaitu pengamatan penglihatan, pendengaran dan pergerakan
mata dan tangan.

Aktiviti pengamatan penglihatan adalah untuk melatih keupayaan mata


murid-murid mengecamkan, membezakan dan membandingkan bentuk-bentuk,
gambar-gambar, benda maujud dan sebagainya mengikut jenis, warna, saiz, dan
seumpamanya. Kemahiran pengamatan penglihatan dapat dipupuk dalam pelbagai
jenis aktiviti seperti aktiviti memadan dan juga arah. Aktiviti memadan adalah
sebahagian daripada membaca juga. Semasa kita membaca, kita sebenarnya
sedang memadan huruf atau perkataan dengan bunyi yang sesuai. Contohnya,
huruf A boleh memadankan dengan bunyi aa. Pada peringkat permulaan, kanak-
kanak boleh diperkenal dengan memadan bentuk, diikuti corak, huruf dan akhirnya
perkataan. Aplikasi permainan memadan boleh dijalankan dalam kelas, guru boleh
menyediakan gambar-gambar dan mengajar mereka memadan dengan huruf-huruf.
Contohnya, gambar harimau ditunjukkan dan mereka perlu memadankan gambar
dengan huruf H. Manakala aktiviti arah ini lebih merujuk kepada menyesuaikan
kanak-kanak dengan membaca arah ayat dimulakan iaitu dari kiri ke kanan untuk
4 [LITERASI BAHASA]

tulisan rumi. Dalam situasi sebenar kanak-kanak sememangnya tidak tahu ayat
dimulakan dari arah mana. Oleh itu semasa ibu bapa atau guru membacakan cerita
atau ayat, mereka harus menunjuk kepada huruf yang dibaca. Kemudian guru harus
menyoal kanak-kanak dari mana ayat mula dibacakan. Demi menunjukkan
kepentingan membaca dari arah yang betul, guru boleh membuatkan demonstrasi
dengan membaca secara terbalik. Ini adalah untuk menunjukkan kepada pelajar
bahawa apabila ayat dibaca secara terbalik, ayat yang dibaca akan menjadi tidak
bermakna.

Seterusnya ialah aktiviti pengamatan pendengaran. Pendengaran juga


biasa digunakan terutama bersama pengamatan penglihatan. Contoh aktiviti yang
boleh dilakukan adalah memperkenalkan huruf-huruf dengan bunyinya. Aktiviti ini
boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah Fonetik. Ini membolehkan kanak-
kanak mengenal pasti huruf sebelum berkembang untuk membaca perkataan dan
ayat. Cara yang boleh digunakan oleh guru ialah memperkenalkan sebahagian
perkataan yang penting kepada pelajar seperti huruf dalam nama pelajar. Selain itu,
guru harus mengajar huruf bersama-sama dengan ayat. Contoh ialah a untuk ayam,
b untuk bola. Kami perlu elakkan menggunakan huruf besar kerana ia akan
mengelirukan anak murid. Selain itu, cara yang paling langsung untuk memahirkan
kanak-kanak dengan bertutur dengan mereka. Aktiviti pengamatan pendengaran
boleh dibahagikan kepada enam komponen, iaitu, diskriminasi pendengaran,
penerimaan pendengaran, perkaitan pendengaran, ingatan pendengaran,
melengkapkan pendengaran dan pencantuman pendengaran.

Yang terakhir adalah aktiviti pengamatan mata dan tangan. Aktiviti ini
perlu dijalankan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran asas
menggerakkan tangan secara kemas, berpandu dan sistematik. Kemahiran ini boleh
menguasai oleh murid dengan menjalankan aktiviti seperti mewarna atau melukis
pelbagai bentuk. Perkembangan motor tangan adalah amat penting kerana pada
peringkat awal, motor halus kanak-kanak belum matang lagi. Guru harus
mengalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kreativiti untuk melukis dan
mewarna mengunakan peralatan yang berbeza.
4 [LITERASI BAHASA]

PEMULIHAN PEMBACAAN

Membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang


bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Harris dan Sipay, 1980).
Proses membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang itu mengecam bentuk
visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui
melalui pengalaman dan akhirnya berupaya mentafsirkan maksudnya

Empat masalah utama dalam bacaan adalah di peringkat bentuk huruf,


suku kata, kesukaran dalam pengamatan, dan kesukaran membaca peringkat ayat.
Masalah mengenal bentuk huruf adalah seperti tidak boleh mengenalpasti bentuk huruf
besar dan huruf kecil manakala bagi peringkat suku kata, pelajar tidak boleh
membunyikan dengan betul setelah mengeja ataupun membatang suku dan tidak boleh
membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata. Bagi masalah kesukaran
dalam pengamatan pula, murid mungkin menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam
perkataan, boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan, dan boleh membatang suku
kata tetapi gagal menyebut. Kesukaran membaca di peringkat ayat melibatkan masalah
seperti pembalikan perkataan.

Ujian bacaan hendaklah dijalankan secara berterusan supaya maklumat


yang diperolehi dapat memberi gambaran sebenar kelemahan murid. Masalah bacaan
sebenar murid penting supaya guru dapat menilai semula rancangan pemulihan bacaan
dan boleh membantu guru menentukan objektif pengajaran bacaan seterusnya. Kaedah
dan teknik mengajar membaca perlu dipelbagaikan bagi mengelak kebosanan.

Dalam program pemulihan bacaaan, guru boleh memberikan bahan bacaan yang
sesuai dengan tahap kebolehan murid di samping menjalankan program bacaan
tambahan supaya murid mempunyai lebih banyak masa untuk menguasai kemahiran
membaca yang betul dengan bimbingan guru yang bertauliah. Di samping itu, proses
kemahiran membaca juga perlu dibuat secara berperingkat daripada yang senang ke
susah bagi murid yang amat lemah. Dua kaedah yang boleh digunakan dalam pemulihan
bacaan adalah kaedah fonetik dan kaedah abjad.
4 [LITERASI BAHASA]

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Penggunaan kaedah pandang dan sebut dalam pengajaran bacaan


bermula pada tahun 1970-an. (ABD. AZIZ ABD. Talib, 2000) kaedah ini dianggap
moden dan baik oleh ahli-ahli bahasa.

Menurut Juriah Long (1994) perkataan diperkenalkan kepada murid-murid


dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad imbasi,murid-murid
menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah
gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar dan yang disebut ialah
perkataan pada bahan yang ditunjukkan.

Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-


perkataan yang biasa diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan
kita seperti saya, minum, kopi, sepak, bola emak, bapa, adik, abang, kawan, dan
sebagainya. Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan
menyebutnya berulang-ulang. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar
dan murid belajar secara pandang (visual) dan mengecam perkataan. Kaedah ini
tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.

Konsep kaedah pandang dan sebut ialah memandang dan menyebut.


Kaedah ini memerlukan murid melakukan aktiviti menyebut perkataan,
menceraikinkan perkataan supaya menjadi suku kata. Seterusnya, murid
dikehendaki membina dan membaca ayat. Dalam pelaksanaan pengajaran kaedah
pandang dan sebut, murid terlebih dahulu diperkenalkan dengan latihan menyebut
perkataan berdasarkan gambar. Murid diminta menyebutnya beramai-ramai atau
dalam kumpulan dan diikuti dengan secara individu. Setelah murid mampu
menyebut perkataan-perkataan yang ditunjukkan, guru bolehlah mencerakinkan
perkataan tersebut menjadi suku kata agar mudah difahami oleh murid-murid.
Apabila murid sudah dapat menyebut dan mencerakinkan perkataan berdasarkan
gambar, guru bolehlah membimbing murid-murid membina ayat yang mudah
berdasarkan perkataan-perkataan yang telah pun dipelajari.
4 [LITERASI BAHASA]

Selain itu, terdapat juga kelebihan dan kelemahan dalam kaedah


pandang sebut ini. Antara kelebihan kaedah pandang sebut ini ialah menjimatkan
masa sebab tidak perlu belajar mengeja perkataan dahulu. Selain itu, murid tidak
perlu menghafal nama huruf yang abstrak sebab murid didedahkan dengan gambar
atau bahan konkrit. Kaedah terpantas mempelajari kemahiran membaca. Murid juga
berpeluang memahami maksud perkataan semasa menyebut.

Kekurangan kaedah pandang sebut pula ialah kemahiran mengenal huruf


yang membentuk perkataan tidak muncul dengan cepat. Murid membaca bukan
berdasarkan huruf tetapi berdasarkan gambar. Murid juga gagal menyebut bunyi
perkataan baharu sebab tiada pendedahan. Perbendaharaan kata murid terbatas
dan hanya sesuai untuk murid-murid pandai sahaja.

Kesimpulanya, kaedah pandang dan sebut melibatkan dua aktiviti utama


iaitu membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan gambar dan
membunyikan ayat berdasarkan gambar yang mengandungi cerita.
4 [LITERASI BAHASA]

THISHANTINI RAVIDARAN

FOKUS BAHAN BANTU BELAJAR

AKTIVITI 1

Nama: Puzzle

Fokus: Pemulihan

Kemahiran: Membaca

Objektif: Menyebut perkataan

Nama aktiviti

Nama aktiviti saya ialah "puzzle. Selalunya untuk aktiviti ini menggunakan kad
imbas sahaja. Tetapi untuk aktiviti ini saya mencuba bahan bantu mengajar yang lain
supaya murid-murid seronok untuk menyebut perkataan. Apabila murid menyusun
puzzle mereka senang memahami gambar dan perkataan lalu mereka menyebut
perkataan dengan senang.

Pelan aktiviti latihan mencerakinkan perkataan

1) Saya memberi satu kad yang mempunyai gambar dan perkataan kepada murid.

1. 2) Murid akan membaca perkataan yang ada dalam kad tersebut.


bola
4 [LITERASI BAHASA]

2. 3) Berdasarkan gambar itu, murid akan menyusun puzzle.

4. Selepas menyusun puzzle tersebut, murid akan membaca sekali lagi


perkataan itu dengan bantuan gambar.

bola
4 [LITERASI BAHASA]

Kos bahan keseluruhan

Nombor Bahan Kos bahan


1 Kardboard 2.90 4 =11.60
2 Kertas berwarna 1.00 4 = 4.00
3 Polistrin 2.00 1 = 2.00
JUMLAH RM 17.60

THAAMARAI MARIMUTHU

FOKUS BAHAN BANTU BELAJAR


4 [LITERASI BAHASA]

AKTIVITI 2

Nama: Adik cuba ceraikinkan saya

Fokus: Pemulihan

Kemahiran: Membaca

Objektif: Menceraikinkan perkataan menjadi suku kata

Nama aktiviti

Nama aktiviti saya ialah adik cuba ceraikinkan saya. Saya memilih nama tersebut
sebab namanya saling berkaitan dan mampu menarik perhatian murid-murid. Selain
itu, murid juga senang memahami nama aktiviti ini sebab perkataan yang
digunakannya adalah ringkas dan mudah untuk faham.

Pelan aktiviti latihan mencerakinkan perkataan

1. Pertamanya, saya akan memainkan lagu untuk menarik perhatian


murid-murid. Lagu yang dimainkan adalah lagu kanak-kanak.

2. Selain dari lagu, papan yang saya gunakan untuk aktiviti ini mampu menarik
perhatian dari murid-murid sebab ianya berbentuk rama-rama dan berwarna
warni.

3. Jumlah perkataan yang terdapat dalam papan tersebut ialah 20 perkataan.


Saya secara kreatif membuat kad perkataan yang mempunyai perkataan dan
gambar di depan dan belakang.
4 [LITERASI BAHASA]

Kertas
berwarna yang
mengandungi
perkataan

Tap hitam

Gambar 1: Menunjukkan papan yang dibentuk

sebagai rama-rama.

depan belaka
ng

Gambar 2: Menunjukkan satu kad perkataan yang

mempunyai gambar dan perkataan di

depan dan belakang.

4. Setiap perkataan di papan terdapat nombor yang tersendiri.

5. Seterusnya, murid perlu memilih atau mengambil salah satu kertas yang dilipat
dalam bekas yang disediakan. Dalam bekas tersebut terdapat 20 kertas yang
bernombor untuk dipilih oleh murid.
4 [LITERASI BAHASA]

6. Apabila murid berjaya mengambil salah satu nombor dalam bekas, maka murid
tersebut perlu mencerakinkan perkataan pada papan yang mempunyai nombor
yang dipilih.

7. Saya akan mengambil keluar perkataan tersebut dari papan dan melekat pada
polisterin. Saya akan menggunakan double tap untuk tampal perkataan tersebut.

8. Saya akan bekalkan suku kata dalam bentuk bola bagi semua perkataan yang
digunakan dalam aktiviti ini.

9. Murid hanya perlu memilih suku kata bagi perkataan yang dipilih dan mencantun
pada polisterin.

Kos bahan keseluruhan

Nombor Bahan Kos bahan


1 Kardboard 2.90 4 =11.60
2 Kertas berwarna 0.60 10 =6

3 Tap hitam 1.50 2 =3

RM 20.60

JUMLAH
4 [LITERASI BAHASA]

THISHANTINI RAVIDARAN

FOKUS BAHAN BANTU BELAJAR

AKTIVITI 3

Nama: Mari mencantumakan saya

Fokus: Pemulihan

Kemahiran: Membaca

Objektif: Membina dan membaca ayat

Nama aktiviti

Nama aktiviti saya ialah mari mencantumkan saya. Saya memilih nama tersebut
sebab namanya saling berkaitan dan mampu menarik perhatian murid-murid. Selain
itu, murid juga senang memahami nama aktiviti sebab perkataan yang digunakannya
adalah ringkas dan mudah untuk faham

Pelan aktiviti latihan mencerakinkan perkataan

1. Ayat disusun secara songsang di atas meja.

biru
baju

pakai
bapa
4 [LITERASI BAHASA]

2. Murid perlu menyusun perkataan dan memasangkan perkataan tersebut pada


polistrin.

bapa pakai baju


biru
3. Selepas itu, murid disuruh untuk membaca.

Kos bahan keseluruhan

Nombor Bahan Kos bahan


1 Polistrin 2.00 2=4
2 Kertas berwarna 0.60 10 = 6
JUMLAH RM 10

THAAMARAI MARIMUTHU
FOKUS BAHAN BANTU BELAJAR
AKTIVITI 4

Nama: Jom memancing ayat

Fokus: Pemulihan

Objektif : Membina dan membaca ayat

Kemahiran: Membaca
4 [LITERASI BAHASA]

Nama aktiviti

Nama aktiviti saya ialah jom memancing ayat saya memilih nama tersebut sebab
namanya saling berkaitan dan mampu menarik perhatian murid-murid. Secara
umumnya, murid-murid mempunyai pengetahuan bahawa ayat itu terdiri daripada
beberapa perkataan. Dengan itu, mereka perlu memancing perkataan untuk
membina ayat.

Pelan aktiviti latihan mencerakinkan perkataan

1) Pertamanya, saya akan memainkan lagu untuk mendapat perhatian dari


murid-murid. Lagu yang dimainkan adalah lagu kanak-kanak.

2) Saya akan menyediakan tiga besan besin yang disela dengan kertas berwarna-
warni. Saya akan menghiaskannya dengan gambar ikan dan rumpai laut supaya
nampak seperti kolam.

Gambar 3 : Menunjukkan besen yang

diselaputi dengan kertas

berwarna hijau.
3) Keseluruhan saya telah sediakan 12 jenis ayat.
Satu besan akan mempunyai empat ayat.

4) Separuh daripada ketiga-tiga besan tersebut


dipenuhi dengan air. Dalam besan tersebut terdapat beberapa perkataan.
Sebenarnya, perkataan-perkataan tersebut merupakan satu ayat yang lengkap.

5) Murid-murid dikehendaki untuk memancing semua perkataan dari besan


tersebut. Mereke akan memancing dengan menggunakan rotan. Selepas itu,
4 [LITERASI BAHASA]

mereka perlu menyusun perkataan-perkataan tersebut dan menjadikanya


sebagai satu ayat.

Getah

saya

Gambar 4 : Menunjukkan perkataan yang berlaminate

supaya tidak basah dalam air

6) Semasa murid-murid membina ayat pertama, saya akan meletakan perkataan-


perkataan bagi ayat yang kedua di basen.

7) Murid-murid perlu melekatkan ayat yang dibinanya dengan menggunakan


menggunakan "glu tag" di kertas majong yang saya sediakan.

8) Tujuan saya menggunakan "glu tag" adalah untuk menggelakkan perkataan-


perkataan tersebut terus lekat pada kertas, malah saya akan mengambil balik
perkataan tersebut dan digunakan semula.

9) Seterusnya, murid-murid perlu membaca ayat yang dibinanya.

10) Aktiviti ini boleh dimainkan secara berkumpulan yang terdiri daripada 2 orang.

Kos bahan keseluruhan

Nombor Bahan Kos bahan


1 Besen 2.00 3= 6
2 Kertas berwarna 0.60 10 = 6
4 [LITERASI BAHASA]

JUMLAH RM 12

Anda mungkin juga menyukai