Anda di halaman 1dari 71

MENTAKSIR BACAAN

(KEMAHIRAN MEMBACA)
MJ

Tutorial :
Mengaplikasikan teknik botom up bagi
membantu murid membaca ayat mudah.
Mengaplikasikan teknik top-down bagi
membantu murid memahami petikan.
Membina petikan bacaan bertajuk faedah
membaca (bina soalan secara literal dan
inferens bagi petikan tersebut)
Membincangkan cara pentaksiran dalam
membaca.

DEFINISI MEMBACA
Membaca
Satu cara untuk mendapatkan informasi dari sesuatu yang
ditulis.
Melibatkan pengenalan simbol yang menyusun sebuah bahasa
(http://id.wikipedia.org/wiki/Membaca)
Membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang
bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis
(Harris & Sipay,1980)
Bacaan adalah keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk
visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau
perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau
makna yang telah diketahui dan seterusnya berasaskan
pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya.
(Kenedy, 1981)
Membaca adalah pelakuan yang kompleks dan tidak dapat
diperhatikan. (Morohaini Yusoff, 1989)

Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam (1985;137)


membaca dianggap sebagai menggabungkan
beberapa kemahiran iaitu kemahiran
penglibatan yang diskriminatif (untuk mengenal
& membezakan bentuk-bentuk huruf),
kemahiran mengingat, mendengar, &
membezakan bunyi-bunyi yang dilambangkan
oleh huruf-huruf, menggabungkan penyebutan
bunyi-bunyi itu untuk membentuk perkataan &
berkebolehan pula memindahkan lambanglambang yang dibacanya itu kepada sistem
saraf pusat untuk menterjemah & memahami
apa yang dibaca.

Membaca bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada


suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa
yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan
kepada suara, jika tidak memahami apa yang disuarakanmaka
murid itu tidak dikira pandai membaca.Pumfrey (1977)
Satu proses pemikiran yang membina Zulkefli Hamid (1994)
Ketika seseorang itu membaca ia sebenarnya sedang
berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan bahan
bacaannya.
Deboer dan DallmanMembaca melibatkan pemahaman dan
interpretasi idea tang dilambangkan melalui penulisan

Juriah Long (1990) pembaca yang cekap hanya


memberi perhatian pada perkataan-perkataan yang
penting sahaja. Ia juga memberi tumpuankepada
kebolehan memproses bagi mendapatkan makna
dengan menggunakan strategi anlisis dan sintesis dalam
bacaan.
KPM (1998) para pelajar harus cekap membaca dan
memahami pelbagai bahan dengan kritis dan analitis.
KAMUS DEWAN membaca ialah suatu yang tertulis
atau tercetak dengan teliti dan mengetahui sebutan
perkataan mengikut penyukuan kata.

KESIMPULAN
- Satu proses kompleks yang perlu seseorang
menguasai sub-kemahiran yang berkaitan
dengan asas-asas bacaan
- Sebelum pelajar menguasai kemahiran
membaca, mereka perlu menguasai, mengenal
huruf-huruf yang menjadi lambang kepada bunyi,
mengenal sistem ejaan dan mengetahui sebutan
perkataan mengikut penyukuan kata.
- Membaca adalah asas pembentukan diri ke
arah mendapatkan ilmu pengetahuan yang boleh
menjadikan individu sebagai rujukan sama ada

KAEDAH-KAEDAH MEMBACA
Kaedah Fonik
Kaedah mengajar membaca yang menekankan bunyi
huruf
Kaedah Abjad
Kaedah mengajar membaca yang menekankan
hafalan huruf
Murid diajar menghafal nama huruf, vokal, konsonan,
suku kata, mengeja perkataan dan latihan membaca
ayat-ayat pendek

Kaedah Pandang dan Sebut (Kaedah seluruh


perkataan (whole language)
- Dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan
bukannya huruf atau suku kata
- Perkataan dicerakinkan
- Proses yang sama diulang
Aktiviti utama: memandang & menyebut

- Kaedah VAK
- Kaedah VAKT

TEORI PROSES MEMBACA


Membaca adalah satu proses membina
jambatan antara maklumat yang terdapat pada
permukaan bertulis dengan maklumat yang
terkandung dalam pemikiran membaca.
Pemahaman boleh berlaku apabila pembaca
mendapat banyak maklumat ketika
membaca. Sekitar awal abad ke-20,bidang
pendidikan yang berkaitan dengan membaca
dan proses menguasai maklumat.

TEORI AHLI SAINS KOGNITIF


Kajian berkaitan minda dan kecerdikan
manusia. Bidang falsafah, psikologi,
kepintaran artificial, sains saraf, linguistik
dan antrapologi digabungkan bagi
memahami cara manusia memperoleh
kecerdikan menerusi fungsi otak.

PROSES MENGENAL SIMBOL


Bagi proses mengenal huruf sebagai
simbol ketika aktiviti membaca dijalankan
pancaindera penglihatan sangat penting.
Simbol bertulis dibuat penulis melalui idea,
maklumat,dan pesanan. Seterusnya,
ditukar kepada bentuk simbol huruf atau
proses pengekodan.

PENGHANTARAN SIMBOL
Dihantar kepada pembaca dalam bentuk
kertas bercetak atau paparan elektronik.
Tugas pembaca ialah menerima kod-kod
tersebut dan cuba memecahkan kod-kod
dalam bentuk bahasa yang difahami.
Proses ini dikenali sebagai mendekod dan
asas dalam memahami apa yang ingin
disampaikan oleh penulis.

PROSES MEMECAHKAN KOD


Mengenal pasti jenis simbol yang dicatat
pada permukaan bertulis iaitu bentuk
huruf, format penulisan dan bahasa yang
digunakan. Aktiviti membaca akan
berhenti apabila pembaca tidak dapat
memecahkan kod.

KEMAHIRAN MEMECAHKAN KOD


Boleh membaca dengan cepat, tidak teragak-agak, boleh
membaca dengan serta-merta & tidak memerlukan masa
yang panjang untuk membaca.
Boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada
bantuan orang lain seperti guru dan sebagainya.
Melibatkan bacaan mekanis iaitu membunyikan tulisan
dengan sebutan yang jelas dan terang dengan intonasi,
nada dan gaya membaca yang betul.
Bacaan mekanis biasanya dilaksanakan di tahap satu atau
di peringkat kelas permulaan.
Ia merupakan salah satu cara untuk melatih murid
membunyikan perkataan, menyebut, nada & intonasi suara
dengan sempurna.

KEFAHAMAN

> Dalam aktiviti membaca, murid boleh memahami. Dalam


erti kata lain, murid dapat menangkap dengan pantas makna
tentang sesuatu perkara yang dibacanya itu.
> Murid-murid juga dapat memberikan pendapat sendiri &
boleh menggunakan perkataannya sendiri dalam menghurai
apa yang dibacanya itu.
> Melibatkan bacaan senyap atau mentalis, iaitu bacaan yang
disuarakan di dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada
maknanya tanpa mengeluarkan suara.
> Bacaan ini lazimnya lebih pantas daripada bacaan mekanis
kerana tidak memerlukan nada suara, sebutan yang jelas dan
sebagainya.

Kecekapan Membaca
Kuasai kemahiran lisan (blh menyebut
bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa, kenal
huruf lambang pada bunyi/fonem,
menginati bunyi dan gabungkan
membentuk perkataan, farasa dan ayat.
Perlu kuasai cara penyebutan perkataan
mengikut penyukuan kata yang betul,
menguasai penyebutan ayat-ayat dengan
intonasi, tekanan, hentian dan nada yang
betul dan kepantasan yang sesuai.

Kefahaman bacaan
Tahu makna (konsep tersendiri @ ikut ayat)
Faktor yang mempengaruhi keluasan
perbendaharaan kata dan penguasaan istilahistilah teknikal.
Ciri ketatabahasaan menyebabkan perkataan
berubah, khususnya perkataan mengalami
proses morfologi, cth membezakan makna
perkataan menuruni dan menurunkan,
masakan dan masakkan, keterangan dan
penerangan.

- Satu proses komunikasi (penulis dan


pembaca, tetapi agak pasif berbanding
lisan)
- walaubagaimanapun mental pembaca
bergerak aktif

LANGKAH MEMAHAMI
Pembaca mempunyai latar belakang dan
pengalaman yang banyak dalam hidup.
Apabila pembaca mempunyai asas
pengetahuan yang tinggi, banyak
interprestasi bahan yang dibacanya.
Pembaca juga lebih memahami teks
sekiranya kandungan teks tersebut banyak
dikaitkan dengan pengalaman latarnya.

Model interaktif mencadangkan pembaca membina


makna dengan cara mempunyai kuasa memilih
maklumat daripada semua makna seperti grafem,
fonemik, morfem, sintaksis & semantik tanpa mematuhi
mana-mana set arahan. Pembaca pada masa yang
sama menggunakan semua peringkat proses membaca.
Model ini juga menggunakan cetakan teks sebagai input
& makna sebagai output. Bagaimanapun pembaca yang
menetapkan input dan mereka berinteraksi dengan teks,
memilih menggunakan sedikit isyarat daripada teks bagi
tujuan membina makna.

model transactional
Bill Huitt (1994), peringkat ini mengandungi tiga subkategori, iaitu pelakuan guru, pelakuan murid dan
keadaan kelas yang mana ketiga-tiganya saling
bertindak. Pelakuan guru mengandungi tiga perkara
pokok iaitu, perancangan (planning), pengurusan
(management) dan pengajaran (instruction).
Perancangan ialah segala aktiviti yang dirancangkan
oleh guru untuk berinteraksi dengan murid.
Pengurusan bermaksud kawalan kelas, iaitu
bagaimana guru mengawal pelajarnya supaya semua
terlibat dengan aktiviti pembelajaran. Pengajaran pula
bermaksud panduan sebenar yang diberi oleh guru
semasa menyampaikan isi pelajaran.

Kategori kedua, iaitu pelakuan murid/


pelajar ialah apa-apa sahaja yang pelajar
akan lakukan dalam bilik darjah, seperti
menulis, mendengar, menyoal, bekerja
dan sebagainya. Dan yang dimaksudkan
dengan keadaan kelas ialah sama ada
kelas itu sesuai atau tidak; seperti gelap,
terlalu panas, terlalu sejuk, terlalu bising
atau sebaliknya selesa dan kondusif.

Guru, murid dan kelas sama-sama


memainkan peranan untuk
melahirkan out put yang diharapkan. Jika
ada kekurangan di mana-mana satu
daripada 3 komponen ini, maka akan
menjejaskan output, atau dalam kata lain,
objektif tidak tercapai sepenuhnya.

Perkara ketiga dalam modul ini ialah input. Ia


merujuk kepada keadaan guru dan pelajar
sebelum memasuki kelas. Perkara ini
termasuklah perkara-perkara seperti sikap guru,
pengetahuan, kepercayaan, pemikiran,
kemahiran interaksi, pengalaman, kemahiran
manipulatif dan juga personaliti. Demikian juga,
dengan pelajar. Banyak perkara yang ada pada
pelajar yang memberi implikasi kepada
pengajaran dan pembelajaran, seperti
kebolehan, kemahiran dalam bidang-bidang
tertentu, latar belakang keluarga, personaliti dan
lain-lain.

Mahzan
Arshad (2009). Pendidikan literasi Bahasa Melayu:
Rujukan
Satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Marohaini Yusoff (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan
Kefahaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Radha Nambiar, Noraini Ibrahim & Pramela Krish
(2008). Penggunaan strategi pembelajaran
Bahasa dalam kalangan pelajar tingkatan dua. Jurnal e-Bangi.
Jil 3,Bil 3.
Yahya Othman (2003). Mengajar Membaca: Teori &
Aplikasi Pahang: PTS Publications.
Zulkifliey Hamid (2006). Aplikasi psikolinguistik: Dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kuala Lumpur: PTS
Profesional

Model Membaca

Model Bawah ke Atas (Bottom Up)


Model Atas ke Bawah (Top Down)
Model Interaktif

Gough, 1972,1985
Bottom up model
Pembaca membina teks
daripada unit yang terkecil
bermula daripada huruf,
kemudian menjadi perkataan dan
seterusnya membentuk ayat.
(Yahya 2004)

MODEL BOTTOM-UP(dari bawah ke atas)


Pengajaran membaca bermula dengan guru
membincangkan pengalaman murid tentang
sesuatu isu yang dianggap penting atau terkini.
Guru membincangkan beberapa isitilah yang
dianggap penting dan dapat difahami murid
dengan jelas. Guru juga membincangkan isuisu yang dianggap berkaitan topik
perbincangan dengan lebih terperinci. Murid
membaca teks dan cuba mengaitkan
kandungan teks dengan topik perbincangan
yang telah dijalankan sebelum itu setelah guru
membahagikan teks untuk bacaan.

Teori Bawah ke Atas memperlengkapkan


pelajar-pelajar dengan alat untuk
memecahkan kod ( crack the code )
dalam prinsip abjad yang membolehkan
mereka untuk mengajar diri sendiri
mendekod perkataan yang mereka tahu
dan perkataan baru serta memahami
pembacaan (Chall, 1979; Flesch, 1955).

Antara

beberapa pendapat
mengenai model ini adalah;
Tujuan pertama membaca
adalah mempelajari kod atau
prinsip abjad. Pembaca mesti
belajar mengubah daripada
bunyi kepada huruf.

Antara beberapa pendapat mengenai


model ini adalah;
Tujuan pertama membaca adalah
mempelajari kod atau prinsip abjad.
Pembaca mesti belajar mengubah
daripada bunyi kepada huruf.

Pembaca memproses unit linguistik yang terkecil


dahulu dan beransur-ansur menyusun unit
terkecil bagi memahami unit yang lebih besar
iaitu binaan ayat. Makna teks diharapkan hadir
secara semula jadi yang diasaskan kepada
pengetahuan lalu pembaca berkaitan perkataan,
makna dan pola sintaksis bahasa itu.
Pendekatan membina (Bawah ke atas)
Pendekatan ini berpegang pada konsep bahawa
pembelajaran harus bermula daripada unsurunsur bahasa yang kecil dan bergerak kepada

MODEL TOP-DOWN(dari atas ke


bawah)
Guru membahagikan teks kepada murid kerana
proses pengajaran bermula dengan teks. Guru
juga perlu meminta murid mengambil perhatian
terhadap istilah-istilah penting yang tidak
difahami oleh murid. Murid akan mencari makna
perkataan yang tidak difahami dalam
kamus. Murid diarah mencari isi-isi penting
dalam petikan dan pemahaman teks diteruskan
dengan membincangkan setiap perenggan agar
keseluruhan petikan dikenalpasti.

Model Atas ke Bawah Top Down Model


Psikolinguistik Goodman (1967,1970) Teori atas
ke bawah memperlakukan bacaan sebagai
psycholinguistic guessing game (Goodman,
1967).

Membaca bukanlah hanya menyentuh


kepada huruf dan perkataan, akan tetapi
interaksi pemikiran dan bahasa yang
membolehkan penekaan terhadap makna
sesebuah teks. Goodman(1967) juga
menyimpulkan bahawa membaca
bukanlah proses mendekod tetapi
merupakan proses semantik dan sintasis
bagi memdapatkan makna daripada teks.

Mengfokuskan kepada peranan pembaca di


mana pembaca memainkan peranan utama
semasa memahami teks yang dibacanya.
Pembaca menggunakan pengetahuan bahasa
bagi meramalkan teks dan mengurangkan
kebergantungannya kepada cetakan teks dan
bunyi bahasa.

Menurut teori ini perkembangan literasi


sepatutnya berlaku dalam persekitaran yang
kaya dengan literasi dengan mengajar
perkataan-perkataan dalam bentuk
kontektual dan secara relavan. Dengan
mengfokus kepada kemahiran mendekod
adalah dianggap sebagai mengganggu dan
menjejaskan perkembangan literasi kerana
ia mengenepikan fungsi literasi dan akhirnya
menghilangkan motivasi terhadap membaca.
(Goodman & Goodman, 1979)

model interaktif
Menurut Yahya Othman (2004) model ini
mngandaikan membaca sebagai proses
yg aktif bg membentuk makna melalui
interaksi antara pembaca dengan teks &
juga sbg pola berbentuk pusingan dgn
maklumat tekstual & aktiviti mental
pemmbaca wujud pada kdua-dua tahap,
atas ke bawah dan bawah ke atas secara
serentak.

Contoh

. Dalam pendekatan ini kanak-kanak diperkenalkan dengan


huruf dan suku kata dahulu sebelum diajar perkataanperkataan yang bermakna. Di antara kaedah yang
menggunakan pendekatan ini adalah: Kaedah abjad
Kaedah gabung kata Kaedah fonetik.

Kaedah Abjad Pengenalan abjad Murid diajar nama


huruf secara teratur dalam abjad: a b c... x y z
Rancangan pelajaran harian bermula dengan a
hingga z. Latihan menulis dan pengecaman abjad
dilaksanakan

Murid diajar dengan huruf kecil dahulu


dan diikuti dengan huruf besar. Latihan
memadankan huruf kecil dan huruf besar
Ajar abjad sebagai permulaan perkataan
Contoh a untuk adik, ayam,abang dan
ayah

Murid diajar membentuk dan membaca


suku kata: ba be be bi bo bu hingga za ze
ze zi zo zu Murid di ajar mencantumkan
suku kata dengan sukukata Bu bu Ba ba

Membaca ayat
- Bibi buka buku
- Bibi baca buku
- Buku Bibi baru

Kebaikan
Kebaikan kaedah ini memberi
peneguhan kepada pengenalan abjad. Akan
tetapi sebenarnya kanak-kanak tidak perlu
mengenali semua abjad untuk diajar
membaca. Jika mereka telah mengenali
vokal dan sebahagian konsonan yang kerap
digunakan mereka telah boleh membaca.

MASALAH BACAAN
melalui aktiviti bacaan nyaring, ,
manakala aktiviti bacaan senyap hanya
dapat dilihat melalui aspek bacaan
kefahaman.
Antara masalah bacaan yang dihadapi
oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:

Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan


ditinggalkan ketika membaca, misalnya buah
a)disebut
Membuang/meninggalkan
(omission)
uah, kering disebut kerin.
Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan
semasa membaca, seperti;
Buku itu sangat tebal. dibaca sebagai Buku
itu tebal.
Manakala meninggalkan imbuhan adalah
seperti mengandungi disebut mengandung
dan sebagainya.

b) Ulangan (repetition)
Mengulang-ulang perkataan atau suku
kata semasa membaca dan perbuatan
mengulang ini bukan disebabkan oleh
masalah gagap.

c) Gantian (substitute)
Menggantikan huruf atau perkataan
dalam ayat yang dibaca, misalnya
ladang disebut lalang. Manakala
terdapat perkataan yang digantikan
dengan perkataan lain sehingga boleh
mengubah maksud ayat.

d) Tambahan (insertion)
Bunyi huruf atau perkataan ditambah
semasa membaca, misalnya buah
disebut buwah. Manakala penambahan
perkataan berlaku seperti berikut;
Saya suka makan rojak. dibaca sebagai
Saya sangat suka makan rojak.

e) Pembalikan (reversals)
Huruf, perkataan, atau frasa dibaca
secara terbalik atau songsang. Contoh ;
Bala disebut laba, manakala
pembalikan perkataan dalam ayat berlaku
apabila perkataan diubah kedudukannya,
contoh: Dia makan nasi dibaca sebagai
Dia nasi makan, dan begitu juga dengan
pembalikan frasa.

f) Tidak kenal huruf


Masalah tidak kenal huruf merupakan
punca utama kebanyakan kanak- kanak
gagal membaca dengan baik. Keadaan ini
menyebabkan kanak- kanak akan
menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau
dengan meneka sahaja dan menjadikan
perkataan itu tidak bermakna atau
berlainan makna.

g) Salah sebutan
Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak
tidak mengenal huruf atau tidak tahu
membunyikan sesuatu huruf sehingga
sesuatu perkataan tidak bermakna lagi
dalam konteks ayat berkenaan.

PUNCA MASALAH MEMBACA


Punca masalah membaca adalah rumit
dan sukar hendak ditentukan secara
khusus. Namun Guy L.B. dan rakanrakannya (1994) telah membahagikan
punca masalah membaca kepada tiga
faktor besar , iaitu :
i. Faktor fizikal
ii. Faktor kognitif dan bahasa
iii. Faktor emosi, persekitaran, dan
pendidikan

Faktor Fizikal
Faktor fizikal yang mempengaruhi
masalah bacaan adalah seperti masalah
penglihatan, masalah pendengaran,
masalah pertuturan, masalah neurologikal
seperti kerosakan otak (serebral palsi,
aphasia, terencat akal, dll), dan
bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah
jantung, kurang zat makanan yang serius,
dll).

Faktor Kognitif dan Bahasa


Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya
rendah dan yang terencat akal akan
menghadapi masalah dalam bacaan yang
serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap
kognitif yang rendah sehingga menyebabkan
proses memperolehi kemahiran membaca
menjadi sangat sukar. Manakala faktor bahasa
melibatkan bahasa penerimaan (receptive
language) yang melibatkan keupayaan
semantik dan sintaksis.

Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan

Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktorfaktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap
penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Masalah
penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal
atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan
kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanakkanak kecewa dan menjejas emosi mereka. Faktor
persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti
tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan,
tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas
pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan
membaca. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan
peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian
terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan
kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah,
penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan, dan
sebagainya.

Menurut Marohaini Yusoff (1999), Faktor dalaman yang


mempengaruhi masalah pembacaan pembaca dalam aspek
a) Faktor
intelektual
adalahDalaman
seperti kecerdasan, kebolehan berbahasa,
dan pengalaman sedia ada.

i) Kecerdasan
Sekiranya pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan minda
yang tinggi, mudah bagi mereka memberi perhatian dan
memahami sesuatu struktur ayat yang dibaca tanpa perlu
menggulang dan meneliti berulang kali sebaliknya sukar bagi
pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang lebih rendah.
Golongan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang
rendah ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk
memahamkan sesuatu bahan yang dibaca. Kesannya, pelajar
yang mempunyai tahap kemampuan kecerdasan akal yang
rendah akan mengalami kesukaran untuk mengejar dan
bersaing dalam matapelajaran yang dipelajarinya.

ii) Pengalaman Sedia ada

Pengalaman sedia ada yang terbatas juga merupakan salah


satu faktor dalaman pembaca yang mengalami masalah
membaca. Pengalaman sedia ada ini diperolehi daripada
kehidupan seharian pembaca. Kesemua pengalaman dan
pengetahuan sedia ada ini diperolehi di rumah, didikan ibu
bapa, sekolah, sosiobudaya dan sebagainya. Sekiranya
seseorang pembaca itu hidup dalam suasana keluarga yang
mempunyai tabiat membaca, pembaca tersebut akan terdorong
untuk membaca walaupun secara tidak langsung. Pengalaman
menjadi kayu ukur tahap kebolehan membaca dengan lancar
dan mudah fahaman terhadap sesuatu yang dibaca. Kadangkala terdapat juga sebilangan kecil pembaca yang hidup
disuasana budaya membaca namun kemudah fahaman
sesuatu yang dibaca ditahap yang rendah. Hal disebabkan,
tahap kemampuan kognitif pembaca tersebut ditahap yang
rendah untuk menerima dan menilai sesuatu amalan tersebut
khususnya membaca.

iii) Kebolehan berbahasa


Pembaca yang tidak luas tahap pembacaan
dan lemah dalam tatabahasa ditambah pula
dengan kehidupan dalam masyarakat yang
menggunakan bahasa dialek kedaerahan
menambahkan lagi masalah kesukaran
seseorang pembaca untuk membaca. Mungkin
mereka mampu untuk memahamkan diri
mereka apa yang dibaca dan mungkin juga
mereka manghadapi masalah penyampaian
terhadap sesuatu struktur ayat yang dibaca.

b) Faktor Luaran
masalah membaca merupakan faktor
yang bukan berpunca dari dalam diri
seseorang individu tetapi faktor yang
dapat dilihat dan diketahui menyebabkan
seseorang itu mempunyai masalah dalam
membaca. Terdapat beberapa faktor yang
menjadi punca masalah membaca. Ianya
berkaitan dengan faktor fizikal pembaca,
persekitaran dan bahan bacaan itu
sendiri.

Aspek penglihatan

1. Juling
Fokus kedua-dua
mata ke arah yang sama
i) Faktor
fizikal biji
pembaca
mengakibatkan imej yaang sama kelihatan tidak sama saiz dan
bentuknya.
2. Rabun dekat ( myopia) tidak dapat melihat pada jarak yang
jauh
3. Rabun jauh tidak dapat melihat jarak yang dekat
4. Astigmatism penglihatan kabur akibat kurang fokus cahaya
pada salah satu atau kedua-dua hujung retina
5. Amblyopiks satu keadaan imej daripada salah satu biji
mata tidak sampai ke otak.

Aspek pendengaran
1. Kerencatan pendengaran sementara.
2. Kerencatan pendengaran kekal.

ii) Persekitaran
Marohaini Yusoff (1999) menyatakan terdapat beberapa
perkara yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Antaranya
ialah sosiobudaya di rumah, kestabilan sosial, corak interaksi
sesama isi rumah, dan sosioekonomi. Jika perkara- perkara
tersebut berada dalam keadaan baik, murid akan mempunyai
perbendaharaan kata yang lebih baik berbanding murid yang
mengalami latar belakang yang kurang cemerlang
mengurangkan perbendaharaan kara mereka. Ia juga berlaku
terhadap pengalaman sedia ada murid kerana pengalaman
sedia ada juga turut mempengaruhi keberkesanan proses
membaca.
Guru bertindak sebagai pencetus kepada keinginan membaca,
manakala rakan sebaya pula menjadi pemangkin kepada minat
untu terus membaca..

iii) Bahan Bacaan


Marohaini Yusoff (1999) dipengaruhi juga oleh bahan bacaan
tersebut melalui pelbagai aspek. Antara aspek tersebut ialah
perbendaharaan kata yang terdapat dalam bahan bacaan,
penggunaan ayat sama ada mudah atau abstrak, isi kandungan
bacaan, serta penggunaan bahan grafik untuk menarik minat
pembaca.
Bahan ilmiah yang kompleks memerlukan penerangan yang
lengkap selain sesuatu untuk memberi gambaran supaya
pembaca mudah faham dengan apa yang dibaca. Aspek-aspek
yang dinyatakan memainkan peranan penting dalam
menjadikan bahan bacaan menarik dan mudah difahami.
Dengan daya tarikan serta tahap kemudahan bahan bacaan,
seseorang yang membacanya lebih mudah tertarik untuk
meneruskan bacaan selain memudahkan pemahaman melalui
bacaan tersebut. Dengan pemahaman tentang bahan bacaan,
matlamat proses membaca akan berjalan dengan baik.

Fungsi Mentaksir Kemahiran


Bacaan

Mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam


kemahiran bacaan seperti sebutan, tanda baca,
tatabahasa dan lain-lain.
Mengenalpasti masalah murid dari segi
memecahkan kod, mengenal perkataan,
kelancaran seterusnya kefahaman tentang
bahan yang dibaca.
Guru dapat mengesan aspek kelemahan murid
dan mengambil langkah-langkah pemulihan
yang sepatutnya.

Cara Pentaksiran Kemahiran Bacaan


Senarai semak
Bil

Kemahiran

MEMBACA

4.1

Membina dan membaca suku kata

4.2

Membina dan membaca perkataan dan


rangkaikata

4.3

Menambah perbendaharaan kata

4.4

Membaca dan memahami ayat dalam konteks

4.5

Membaca dan memahami bahan yang


dibaca

4.6

Membaca mengikut arah cara yang betul

4.7.

Bercerita tentang bahan yang dibaca

4.8

Membuat kesimpulan/rumusan

Analisis Ralat

Menguas
ai

Tidak
Menguasai

Catatan

Contoh Langkah-Langkah Mentaksir Kemahiran


Bacaan Menggunakan Senarai Semak
1. Guru menentukan objektif pentaksiran dibuat. Contohnya mengesan
2.
3.

4.
5.
6.
7.

kelemahan murid dari segi kefasihan membaca.


Guru memilih kaedah mentaksir iaitu menggunakan senarai semak
Menyediakan instrumen pentaksiran misalnya borang senarai semak
termasuk kriteria-kriteria yang diuji contohnya peninggalan,penambahan,
penggantian,salah sebutan, teragak-agak, terbalik, meninggalkan tanda
baca dan pengulangan.
Guru menentukan pendekatan yang sesuai contohnya membaca cerita
pendek.
Guru melaksanakan pentaksiran semasa sesi P&P iaitu menanda
kesilapan-kesilapan yang berlaku pada borang senarai semak.
Menganalisis skor atau prestasi murid dalam borang senarai semak yang
telah disediakan
Membuat tindakan susulan.

Contoh Langkah-Langkah Mentaksir Kemahiran


Bacaan Menggunakan Senarai Semak
Guru menentukan objektif pentaksiran dibuat.
Contohnya mengesan kelemahan murid dari segi
kefasihan membaca.
Guru memilih kaedah mentaksir iaitu menggunakan
senarai semak
Menyediakan instrumen pentaksiran misalnya borang
senarai semak termasuk kriteria-kriteria yang diuji
contohnya peninggalan,penambahan,
penggantian,salah sebutan, teragak-agak, terbalik,
meninggalkan tanda baca dan pengulangan.

- Guru menentukan pendekatan yang


sesuai contohnya membaca cerita
pendek.
- Guru melaksanakan pentaksiran semasa
sesi P&P iaitu menanda kesilapankesilapan yang berlaku pada borang
senarai semak.
- Menganalisis skor atau prestasi murid
dalam borang senarai semak yang telah
disediakan.
- Membuat tindakan susulan.

Anda mungkin juga menyukai