Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, pengertian organisasi merupakan
kesatuan/gabungan yang merangkumi manusia, alatan, kemudahan dan bahan
yang diselaras atau disusun secara sistematik untuk mencapai sesuatu matlamat
yang ditetapkan. Pengurusan pula ditakrifkan sebagai perihal kerja dan
sebagainya. (Contoh: menyediakan sesuatu program, merancang pembahagian
sumber, mengagihkan tugas, mengatur alat dan kelengkapan serta penyelarasan
kewangan).
Keberkesanan sesuatu organisasi adalah sangat bergantung kepada
sejauh mana keaktifan dan kreadibiliti pengurusannya. Sesebuah organisasi
secara umumnya mengandungi aset-aset yang penting dalam pengurusannya,
antara aset-aset yang terdapat dan terlibat dalam organisasi ialah manusia,
alatan, bahan-bahan, serta kemudahan yang sistematik. Untuk memastikan
kesemua aset berada dalam keadaan yang selamat dan jauh daripada bahaya,
pengurusan keselamatan adalah amat penting. Kesemua ini adalah sangat
penting bagi melicinkan semua operasi di dalam organisasi dan seterusnya
menjayakan sesuatu matlamat di dalam organisasi yang dibentuk. Dalam semua
organisasi termasuk industri perkilangan, pengurusan keselamatan memainkan
peranan yang penting untuk memastikan risiko kemalangan dapat dikurangkan
menerusi peranan yang dimainkan antara majikan dan pekerja.
Menurut sumber rujukan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi ke-2,
keselamatan dapat memberi maksud sebagai keadaan selamat, keamanan, dan
kesejahteraan. Menurut konsep keselamatan industri, keselamatan dapat
diinterprestasikan sebagai suatu keadaan di mana manusia, hidupan lain dan
harta benda terlindung daripada bahaya hasil daripada aktiviti-aktiviti pekerjaan
manusia. Keselamatan industri ditafsirkan sebagai aktiviti, kelakuan atau kerja
yang bebas daripada bahaya atau risiko kecederaan dan mengawal kerugian
akibat daripada kemalangan.

Daripada maksud dan tafsiran yang telah diberikan, keselamatan


merupakan aspek utama yang perlu dipatuhi bagi memastikan keselamatan
dan kesihatan seseorang pekerja itu terjamin. Hal ini kerana, keselamatan dilihat
sebagai salah satu punca dalam menentukan keuntungan dan kerugian
sesebuah industri atau organisasi. Sebagai contoh, jika sesebuah industri
tersebut mempunyai ramai pekerja yang mengalami kemalangan, maka industri
tersebut perlu menanggung kerugian dan kos kemalangan terbabit. Pampasan
perlu diberikan kepada pekerja yang mengalami kemalangan tersebut. Hal
sebegini dilihat akan merugikan pihak industri dan dalam masa yang sama,
proses pengeluaran sesuatu produk juga akan berkurangan. Faktor keselamatan
sering dikaitkan dengan faktor proses pengeluran. Oleh itu, keselamatan
merupakan elemen yang penting dan perlu sentiasa dititik beratkan supaya
tiada sebarang masalah yang akan berlaku.
Untuk memperoleh, meningkatkan, dan mengaplikasikan ilmu
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan keselamatan bengkel
degan lebih lanjut lagi, saya telah memilih Sika Kimia Sdn. Bhd sebagai platform
untuk saya mendapat input.

Anda mungkin juga menyukai