Anda di halaman 1dari 20

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT MURID TAHUN 5A MENGENAI

NAMA DAN SIMBOL KOMPONEN ELEKTRONIK MELALUI KAEDAH


PERMAINAN PUZZLE MEMORI.

1.0

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan
Pengkaji merupakan seorang guru pelatih opsyen Reka Bentuk dan Teknologi

(SJKC) ambilan Januari 2013 dari IPG Kampus Tun Hussein Onn yang menjalankan
praktikum fasa 3 di SJKC HN (nama samaran). Murid-murid di sekolah ini terdiri
daripada bangsa Cina, Melayu, India, dan Bumiputera. Sekolah ini merupakan
sekolah Gred B yang dilengkapi dengan infrastruktur asas yang memudahkan saya
melaksanakan penyelidikan tindakan ini. Bilangan murid di sekolah ini adalah
seramai ____orang. Pengkaji ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Reka
Bentuk dan Teknologi bagi kelas 4A, 4B, 5A dan 5B.Menurut guru besar SJKC HN,
mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi tidak begitu dititikberatkan di sekolah ini
kerana kebanyakan waktu RBT digunakan untuk mata pelajaran yang dianggap lebih
penting, contohnya untuk pengajaran Bahasa Malaysia atau Matematik. Oleh itu,
murid-murid sekolah SJKC HN kurang didedahkan kepada bidang RBT.
Usaha negara kita untuk bersaing dengan negara-negara maju menyebabkan
kewujudan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita kehendak
negara (Husin & Abdul Aziz, 2004). Oleh yang demikian, Reka Bentuk dan Teknologi
(RBT) telah diperkenalkan sebagai salah satu mata pelajaran yang baru untuk
menggantikan subjek Kemahiran Hidup pada tahun 2011. Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT) diajar sebagai satu mata pelajaran untuk murid-murid tahap II di
semua sekolah rendah Malaysia. Mata pelajaran ini memberikan penekanan untuk
melahirkan murid-murid yang berpengetahuan dan berkemahiran asas yang
membolehkan mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional
di peringkat menengah nanti serta membentuk murid yang berfikiran kritis, kreatif
dan inovatif. Kemahiran-kemahiran yang dipelajari melalui mata pelajaran ini
diharapkan dapat diaplikasikan oleh murid-murid sepenuhnya untuk membolehkan
mereka berdikari dan menjalani kehidupan secara produktif dalam era teknologi dan
ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah.

Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi dibahagikan kepada enam tajuk
yang utama, iaitu Organisasi dan Keselamatan Bengkel, Asas Teknologi, Reka
Bentuk, Penghasilan Projek, Teknologi Pertanian dan Sains Rumah Tangga.
Subtajuk Mengenali Komponen Elektronik terletak di bawah tajuk Asas Teknologi.
Pengkaji memilih untuk menggunakan kaedah permainan Puzzle Memori sebagai
tindakan untuk mengatasi masalah mengingati nama dan simbol komponen
elektronik murid-murid tahun 5A.
Menurut Mok (1992 dalam Amirul, 2012), kaedah pengajaran merupakan satu
cara mendekati objektif pengajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun.
Sejauh mana pencapaian objektif pembelajaran sesuatu PdP amat bergantung
kepada kaedah pengajaran yang digunakan. Menurut Hartini & Ribut (2014),
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dilaksanakan melalui kaedah
permainan. Kaedah pengajaran dengan penggunaan permainan memang sesuai
untuk semua peringkat umur. Kaedah ini juga terbukti lebih berkesan dan mampu
menepati objektif pelbagai jenis pengajaran dan pembelajaran. Menurut Saidah
Bahrin (2012), kaedah permainan sesuai digunakan pada semua peringkat darjah di
sekolah. Melalui kaedah ini, subjek kajian berpeluang untuk belajar pengetahuan
baru atau mengukuhkan pengetahuan lama melalui saluran pembelajaran yang
seronok dan bebas tekanan.
Di dalam penulisan laporan penyelidikan tindakan yang dijalankan ini,
pengkaji akan menceritakan dan menunjukkan beberapa bukti dengan sokongan
data-data yang dikumpulkan untuk menunjukkan bahawa kaedah permainan
memberikan kesan yang positif kepada subjek kajian.

1.2

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Semasa proses pengajaran dan pembelajaran subtajuk Komponen

Elektronik di kelas 5B, pengkaji telah menetapkan objektif iaitu murid-murid dapat
mengenali nama serta simbol komponen elektronik. Melalui pemerhatian semasa
pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati bahawa murid-murid lebih suka
bermain-main semasa belajar, ada yang termenung dan tidak menunjukkan minat
untuk belajar subtajuk ini. Mereka juga agak sukar mengingati dan mengenali nama
dan simbol fungsi komponen elektronik serta kelihatan keliru dalam membezakan
simbol-simbol komponen elektronik yang berbeza.
Semasa PdP subtajuk Komponen Elektronik dijalankan, murid-murid dilihat
faham akan pengajaran yang disampaikan. Pengkaji mula menyedari masalah ini
sewaktu penilaian secara lisan tentang nama dan simbol komponen elektronik.
Semasa pengkaji menanyakan soalan dengan menunjukkan gambar komponen
elektronik, hanya 4 daripada 14 orang murid dapat menjawab dengan lancar, tetapi
bukan semua tepat. Murid-murid juga mengelirukan simbol komponen elektronik
yang hampir sama, contohnya simbol kapasitor berkutub dan kapasitor tidak
berkutub. Masalah ini menjadi lagi ketara apabila pengkaji menyemak jawapan
lembaran kerja murid-murid yang diberikan sebagai latihan pengukuhan.
Timbul pertanyaan pengkaji, adakah cara pengajaran guru tidak menarik?
Adakah sumber pengajaran yang digunakan tidak cukup menarik? Apakah yang
perlu dilakukan untuk membantu murid-murid? Selepas refleksi kendiri, pengkaji
berpendapat bahawa masalah ini berpunca daripada kaedah pengajaran yang
kurang sesuai dan tidak cukup menarik semasa pengajaran dan pembelajaran
subtajuk ini. Pengkaji telah menggunakan kaedah persembahan multimedia iaitu
tayangan slaid PowerPoint untuk menunjukkan gambar, nama, dan fungsi
komponen.Menurut Hanif (2013), pengajaran dan pembelajaran menggunakan
multimedia dijangka dapat meningkatkan prestasi murid-murid di samping memberi
pendedahan kepada guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi multimedia
sebagai bahan bantu mengajar.Walaupun begitu, bukan semua topik
pembelajaran sesuai menggunakan kaedah ini untuk menyampaikan pengetahuan.
Kaedah yang baru wajar dikaji dan dirancang untuk menyelesaikan masalah yang
timbul ini.

1.3

Pengumpulan Data Awal


Sebelum melaksanakan tindakan, pengumpulan data awal telah dilakukan.

Data awal dikumpulkan melalui pemerhatian, temu bual dan data primer yang
diperoleh daripada skor lembaran kerja yang diberikan.
1.3.1

Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji semasa pengajaran dan pembelajaran

subtajuk komponen elektronik. Aspek yang diperhatikan adalah tahap minat muridmurid terhadap subtajuk ini serta keberkesanan kaedah penyampaian pengajaran
yang digunakan. Didapati murid-murid kurang memberi perhatian kepada pengajaran
pengkaji disebabkan kaedah penyampaian yang kurang sesuai dengan minat muridmurid.
1.3.2. Temu Bual
Pengkaji telah menemu bual dengan guru mata pelajaran RBT Tahun 5 di
sekolah yang berkaitan. Daripada hasil temu bual yang dijalankan, maklumat yang
pengkaji peroleh adalah kebanyakan murid-murid Tahun 5 tidak minat terhadap
topik-topik seperti elektrik, elektronik, dan robotik. Jelas bahawa pengkaji perlu
mewujudkan suatu kaedah yang boleh membendung masalah ini.
1.3.3

Skor lembaran kerja

Pengkaji telah mengenal pasti subjek kajian untuk penyelidikan kajian tindakan ini.
Kesemua subjek kajian merupakan murid-murid Tahun 5A dari SJKC HN. Berikut
merupakan data ringkas subjek kajian pengkaji:NAMA MURID (NAMA

UMUR

JANTINA

SAMARAN)
HAO
ZHONG
CHUAN
HE
MUHAMMAD
ANN
HENG
THIV
CHING
THONG
ROU
ZHENG
JIE

SKOR
LEMBARAN

11
11
11
11
11
11
11
11
11
11
11
11
11

L
L
L
L
L
L
L
L
P
P
P
P
P

KERJA
3/11
5/11
3/11
2/11
2/11
4/11
3/11
6/11
4/11
3/11
5/11
2/11
3/11

11
11

YI
NIAN

P
P

6/11
4/11

Skor paling tinggi adalah 6/11, di mana hanya 2 orang murid sahaja daripada
14 orang mendapat skor ini.

2.0

FOKUS KAJIAN

2.1

Huraian Fokus Kajian


Berdasarkan refleksi yang dibuat, pengkaji mendapati murid-murid susah

mengingati nama dan simbol komponen elektronik dalam subtajuk Komponen


Elektronik walaupun telah diajar dengan menggunakan kaedah multimedia. Oleh itu,
pengkaji berpendapat bahawa sesuatu perubahan mesti dilakukan terhadap kaedah
pengajaran yang sedia ada ini. Masalah ini timbul kerana kaedah pengajaran dan
aktiviti pembelajaran yang tidak berupaya menarik minat murid-murid.
Pengkaji mula melihat timbulnya masalah apabila menanyakan murid-murid
secara lisan nama dan simbol komponen elektronik dengan menunjukkan gambar.
Murid-murid kelihatan terpinga-pinga dan tidak yakin untuk menjawab soalan guru.
Lembaran kerja yang diberikan juga tidak dapat dijawab dengan tepat. Fenomena
yang jelas dilihat adalah murid-murid gagal untuk menyebut nama komponen
elektronik dengan tepat
Mengikut pengalaman pengajaran pengkaji semasa Praktikum Fasa 2
yang lepas dalam mata pelajaran RBT, walaupun setiap komponen elektronik
mempunyai banyak maklumat yang perlu diberi perhatian oleh murid-murid
termasuklah nama, rupa sebenar, fungsi, simbol, ciri-ciri, cara penyambungan dan
sebagainya dalam subtajuk ini , fokus hanya diberi kepada mengingati dua aspek
sahaja iaitu nama dan simbol secara ringkas dan padat.
Masalah kesukaran mengingati nama dan simbol komponen elektronik ini
merupakan masalah yang mesti diberikan perhatian dan tidak boleh dipandang
ringan. Pengkaji bercadang untuk menggunakan kaedah permainan untuk
menyampaikan pengajaran subtajuk tersebut.

2.1.2

Tindakan
Menurut McBride & Schostak (1994 dalam Saifuddin, 2015) , kajian

tindakan merupakan refleksi tentang pengajaran sendiri yang dilakukan dalam satu
putaran perubahan, di mana fokus utama adalah untuk memperbaiki amalan kendiri.
Suatu kajian tindakan bermula dengan satu idea bahawa suatu perubahan atau
penambahbaikan diperlukan dalam amalan guru. Idea tersebut akan terbit daripada
rasa prihatin guru terhadap sesuatu perkara praktikal berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran yang dilakukan, di mana suatu masalah sedang dihadapi. Untuk
melaksanakan penyelidikan tindakan, terdapat beberapa model yang boleh dirujuk.
Pengkaji telah memilih untuk menggunakan Model Stephen Kemmis) sebagai
panduan sepanjang kajian tindakan.
Pengkaji memilih Model Stephen Kemmis kerana model ini menggunakan
konsep Model Lewin tetapi telah diubah suai dengan memberikan perhatian yang
khusus kepada penyelidikan pendidikan dan sesuai digunakan sebagai garis
panduan dalam merancang kaedah PdP yang sesuai bagi membantu murid-murid
Tahun 5A mengingati nama dan simbol komponen elektronik. Model ini terdiri
daripada lima langkah kajian, iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian, refleksi, dan
semak semula perancangan.

REFLEK
REFLEK

REFLEK
REFLEK

RANCANG
RANCANG

PEMERHATIAN
PEMERHATIAN

PELAKSANAAN
PELAKSANAAN

RANCANG
RANCANG

PEMERHATIAN
PEMERHATIAN

PELAKSANAAN
PELAKSANAAN

REFLEK

Proses kajian tindakan Stephen Kemmis bermula dengan guru


menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang
hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk
mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang
dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru memerhati kemajuan tindakan
yang dijalankan itu.
Model Stephen Kemmis terdiri daripada dua lingkaran yang ditunjukkan
pada Rajah 6.1 di atas. Pada lingkaran pertama, pengkaji perlu membuat refleksi
terlebih dahulu daripada pengajaran dan pembelajaran atau pemerhatian ke atas
tingkah laku murid untuk mengenal pasti masalah yang sebenar. Apabila isu dan
masalah yang ingin difokuskan telah dikenal pasti, pengkaji perlu membuat
perancangan tindakan atau pelan tindakan intervensi untuk mengatasi masalah yang
dihadapi. Setelah perancangan dibuat, pengkaji perlu melaksanakan tindakan
intervensi tersebut mengikut empat fasa iaitu permulaan, perkembangan, penilaian
dan penutup. Hasil daripada dapatan kajian dianalisis dan langkah refleksi dibuat
untuk melihat sejauh mana keberkesanan tindakan intervensi yang dilaksanakan.
Hasil daripada refleksi dan perbincangan dapatan, pengkaji perlu membuat
penambahbaikan kepada perancangan tindakan untuk memberikan hasil dapatan
yang lebih baik. Langkah yang sama dibuat seperti mana lingkaran pertama
sehingga ke peringkat terakhir iaitu refleksi.
Cara pengkaji menggunakan Model Stephen Kemmis yang terperinci
adalah seperti berikut:
Fasa 1: Reflek kepada amalan pengkaji
1. Apakah isu keprihatinan guru?
2. Mengapa guru prihatin terhadap isu ini?
3. Apakah yang difikirkan boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut?
Fasa 1/ Gelung 1:
1. RANCANG:
2. TINDAKAN:
3. PEMERHATIAN:
4. REFLEK:

Fasa 2:
1. MERANCANG SEMULA:
2. MELAKSANA SEMULA TINDAKAN:
3. PEMERHATIAN SEMULA:
4. MEMBUAT REFLEKSI SEMULA:

3.0

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1

Objektif Kajian

3.1.1

Meningkatkan kemahiran mengingat murid Tahun 5A mengenai nama dan


simbol komponen elektronik melalui kaedah permainan Puzzle Memori.

3.1.2

Meningkatkan minat murid Tahun 5A terhadap subtajuk komponen


elektronik melalui kaedah permainan Puzzle Memori.

3.2

Soalan Kajian

3.2.1

Sejauhmanakah kaedah permainan Puzzle Memori dapat

meningkatkan kebolehan mengingat murid Tahun 5A mengenai nama dan simbol


komponen elektronik?
3.2.2

Adakah kaedah permainan Puzzle Memori dapat meningkatkan minat


murid Tahun 5A terhadap subtajuk komponen
permainan Puzzle Memori?

elektronik melalui kaedah

4.0

PESERTA KAJIAN
Penetapan kumpulan sasaran yang sesuai adalah penting dalam satu

proses penyelidikan. Kajian ini melibatkan 15 orang murid-murid Tahun 5A yang


terdiri daripada 8 orang lelaki dan 7 orang perempuan.
NAMA MURID (NAMA

UMUR

JANTINA

SAMARAN)
HAO
ZHONG
CHUAN
HE
MUHAMMAD
ANN
HENG
THIV
CHING
THONG
ROU
ZHENG
JIE
YI
NIAN

SKOR
LEMBARAN

11
11
11
11
11
11
11
11
11
11
11
11
11
11
11

L
L
L
L
L
L
L
L
P
P
P
P
P
P
P

KERJA
3/11
5/11
3/11
2/11
2/11
4/11
3/11
6/11
4/11
3/11
5/11
2/11
3/11
6/11
4/11

Pengkaji mengenal pasti seramai 15 sebagai responden kajian yang


mempunyai masalah dalam mengingat nama dan simbol komponen elektronik.
Responden yang dipilih mempunyai pencapaian yang sederhana dalam bidang
akademik. Namun begitu, 6 daripada 15 responden yang dipilih merupakan
golongan murid yang tidak berminat terhadap subtajuk komponen elektronik. Mereka
lebih suka bidang masakan dan jahitan. Oleh itu, mereka menunjukkan sikap malas
dan tidak berminat untuk belajar semasa pengajaran subtajuk ini. Mereka
beranggapan bahawa hanya orang dewasa yang perlu mengetahui nama, simbol,
dan fungsi komponen-komponen elektronik tersebut.

5.0

PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

5.1

Langkah-langkah Tindakan
Hasil yang paling penting di peringkat perancangan ialah pelan tindakan

terperinci yang anda bercadang untuk ambil atau perubahan yang ingin anda
lakukan. Siapa yang akan melakukan dan bila? Apakah perubahan yang akan
dipinda pada kaedah yang sedia ada? Bagaimanakah pengkaji akan melaksanakan
kaedah pengajaran yang baru?
Berikut merupakan perancangan tindakan yang dirancang oleh pengkaji:

Tindakan yang aka


Tindakan yang dilakukan oleh pengkaji adalah menggunakan kaedah
permainan puzzle memori untuk meningkatkan kemahiran mengingat murid-murid
Tahun 5A mengenai nama dan simbol komponen elektronik. Alatan/bahan yang
diperlukan untuk aktiviti permainan puzzle memori ini adalah set kad puzzle yang
disediakan oleh pengkaji.
Langkah 1

: 15 murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan, di mana setiap


kumpulan mempunyai 3 orang murid.

Langkah 2

: Setiap kumpulan diberikan 1 set kad puzzle memori.


(Gambar 11 jenis komponen elektronik digabungkan dengan simbol

dicetak sebagai 1 set; nama komponen elektronik dicetak sebagai 1 set lagi.
Terdapat 22 keping kad puzzle.)

Langkah 3

: Semua kad disusun secara teratur di atas permukaan rata dan


diletakkan dengan halaman bercetak menghadap ke bawah.

Langkah 4

: Murid A akan mula permainan ini dengan membuka 2 keping kad


secara rawak. Jika 2 keping kad tersebut padan dari segi
gambar/simbol dan nama komponen, maka percubaan ini dikira

berjaya,

2 keping kad tersebut akan dibuka. Jika 2 keping kad tersebut tidak
padan, maka Murid A perlu menutup semula kad dan memberi

peluang

kepada Murid B. Permainan akan diteruskan sehingga semua kad


berjaya dipadan dan dibuka.

Langkah 5

: Murid-murid diberikan lembaran kerja yang sama untuk pengkaji


menilai keberkesanan kaedah yang telah dilaksanakan.

Langkah 6

: Berdasarkan kepada keputusan murid-murid, pengkaji membuat


refleksi terhadap kaedah yang telah dilaksanakan

5.2

Perancangan Kaedah Mengumpul Data


Instrumen pengumpulan data merupakan alat bantu yang dipilih dan

digunakan oleh pengkaji dalam tindakan kajiannya untuk mengumpul data agar
tindakan tersebut menjadi teratur dan sistematik. Pengkaji telah merancang
beberapa instrumen kajian bagi mendapatkan data kajian iaitu ujian pra & pos, temu
bual, soal selidik dan pemerhatian. Hal ini bagi memudahkan instrumen ini untuk
mengukur objektif kajian yang berbeza.
SOALAN KAJIAN
1. Sejauhmanakah kaedah

CARA PENGUMPULAN DATA


Ujian pra & pasca

permainan Puzzle Memori dapat

Pemerhatian tidak berstruktur

meningkatkan kebolehan mengingat


murid Tahun 5A mengenai nama dan
simbol
komponen elektronik?
2. Adakah kaedah permainan Puzzle

Soal selidik

Memori dapat meningkatkan minat

Temu Bual tidak berstruktur

murid Tahun 5A terhadap subtajuk


komponen
kaedah

elektronik melalui

permainan Puzzle Memori?

5.2.1

Ujian Pra dan Pasca

5.2.2

Pemerhatian

5.2.3

Temu Bual

5.3

Perancangan Cara Menganalisis Data


Data yang dipungut dalam sesuatu kajian tindakan perlu dianalisis dan

ditafsir. Dengan menganalisis data, pengkaji dapat melaporkan hasil kajian


berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh daripada responden.
5.3.1

Analisis Ujian Pra dan Pos


Analisis ujian boleh dijalankan melalui cara berikut:

Mengira bilangan dan peratus pelajar yang tidak memahami sesuatu item.
Mengira bilangan pelajar yang lulus atau gagal secara keseluruhan.
Melakukan analisis bilangan pelajar yang mencapai tahap minima.
Melakukan analisis bilangan pelajar yang boleh menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan.
Pengkaji akan menggunakan jadual taburan frekuensi terkumpul untuk
menunjukkan bilangan kali sesuatu skor ujian pra dan pos diperoleh. Contoh jadual
taburan frekuensi terkumpul adalah seperti berikut:Pengkaji juga akan menggunakan carta bar dan histogram untuk
menginterpretasikan data kuantitatif (skor) dengan lebih bermakna dan mudah
difahami. Carta bar juga digunakan untuk menunjukkan perbezaan pencapaian murid
sebelum dan selepas melalui kaedah permainan puzzle memori di kalangan murid
yang terlibat dalam kajian. Contoh carta bar dan histogram adalah seperti berikut:-

5.3.2

Analisis Pemerhatian tidak Berstruktur

5.3.3

Analisis data temu bual

5.3.4

Analisis Data Soal Selidik

5.4

Perancangan Cara Menyemak Data


Penyemakan data merupakan sebahagian daripada penyelidikan tindakan

yang sangat penting bagi meningkatkan kredibiliti data kualitatif yang dikumpul serta
menggambarkan situasi yang dikaji. Dalam kajian Lisah (2011), proses triangulasi
boleh meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu data. Menurut
Merriem (dalam Taylor & Wallace, 2007), triangulasi merupakan salah satu kaedah
yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu penyelidikan kualitatif.
Pengkaji bercadang untuk menggunakan 2 teknik triangulasi, iaitu triangulasi kaedah
dan triangulasi sumber.
Pengkaji akan mewujudkan satu borang matriks untuk melaksanakan
triangulasi kaedah. Triangulasi kaedah membolehkan pengkaji mengesahkan data
yang diperoleh daripada pelbagai kaedah yang berbeza dalam pengumpulan data
kajian tindakan.

5.5
5.5.1
Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9

10

5.5.2
Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13

5.5.3

Jadual Pelaksanaan Kajian dan Anggaran Pembelajaran


Jadual Pelaksanaan Kertas Cadangan Kajian Tindakan
Perkara
Mengenal pasti masalah
Mengumpul data awal
Menganalisis data
Mengenal pasti fokus kajian
Mengenal pasti kumpulan sasaran
Menetapkan fokus kajian
Mula menulis kertas cadangan kajian
Merancang langkah tindakan yang sesuai
Merancang cara pengumpulan data
Merancang cara menganalisis data
Merancang cara menyemak data
Menyediakan jadual pelaksanaan kajian tindakan &
anggaran perbelanjaan
Pemurnian kertas cadangan kajian tindakan

Tarikh Pelaksanaan
28.1.2016
1.2.2016
2.2.2016
14.2.2016
14.2.2016
18.2.2016
20.2.2016
25.2.2016
27.2.2016

7.3.2016

Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan


Perkara

Cadangan Tarikh
Pelaksanaan

Mengenal pasti masalah


Tinjauan awal / Pengumpulan data
Menjalankan ujian Pra
Analisis data tinjauan awal
Analisis skor Ujian Pra
Merancang dan menyusun tindakan intervensi
Melaksanakan tindakan intervensi
Melakukan pemerhatian dan perekodan data
Menjalankan ujian Pos
Mengedarkan borang soal selidik
Menganalisis data ujian Pos
Menganalisis data soal selidik
Menyediakan laporan hasil analisis data
Menulis refleksi kajian dan cadangan
Mengemas kini laporan, memastikan kajian adalah
lengkap
Pembentangan dapatan kajian
Menjilid kajian dan bersedia untuk dihantar

Carta Gantt Pelaksanaan Kertas Cadangan Kajian Tindakan

BI

AKTIVITI

JAN

FEB 2016

MAC

201

2016

6
M4
1

Mengenalpasti masalah dan


pengumpulan data awal
Merumuskan masalah yang
dikenalpasti daripada refleksi
pengajaran dan pembelajaran
yang lalu.
Berbincang mengenai hasil
dapatan dengan rakan.
Membuat pembacaan tentang
penulisan proposal kajian
tindakan dan merancang
intervensi.
Menentukan kumpulan sasaran
murid yang akan dikaji dan
merancang pelaksanaan kajian.
Menentukan prosedur

pengumpulan data
Menganalisis dan menghurai

3
5

10

data
Pembentangan, perbincangan
dan pelaporan draf kajian
tindakan
Mengubahsuai dan

11

penambahbaikan draf kajian


Merangka Jadual Pelaksanaan

12
13
14

5.5.4

Kajian Tindakan
Menyediakan anggaran kos
kajian dengan amat terperinci
Menghantar kertas cadangan
yang telah siap diubahsuai
Kajian Tindakan dilaksanakan.

Anggaran Pembelajaran

/
/

/
/

/
/
/

/
/
/
/
/

Bil
1.
2.
3.
4.
5.

Jenis Alatan/Bahan
Kertas A4/ 70gsm
Kad Manila
Laminating Film
Dakwat Pencetak
Photostat Bahan & Laporan Kajian RM

Kos Seunit Kuantiti


RM 13.00 1
RM 0.60
6
RM 0.60
20
RM 25.00 RM 15.00 -

6.

15.00
Buku Catatan Guru

RM 3.00

Kos
RM 13.00
RM 3.60
RM 12.00
RM 25.00
RM 15.00

RM 3.00
Jumlah RM 80.40

6.0

BIBLIOGRAFI

Anda mungkin juga menyukai