Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUN HUSSEIN ONN


BATU PAHAT JOHOR
KERTAS KERJA:
PERTANDINGAN KUIZ IQ
MINDA TERHANDAL

TARIKH

: 11 HINGGA 24 JULAI 2016

TEMPAT : SJKC HWA NAN


BATU PAHAT, JOHOR

1. PENDAHULUAN
Dalam perkembangan individu, aspek pemikiran kritis dan kreatif
memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan perkembangan
yang seimbang seseorang murid sebagai bakal pemimpin negara. Seorang
yang mempunyai kebolehan untuk memikir secara kritis dan kreatif dapat
menghasilkan idea yang baru dan pelbagai. Hal ini bukan sahaja dapat
membantu seseorang murid dalam pembelajaran, malah dalam aktiviti
kehidupan sehariannya. Dengan itu, saya ingin mengadakan Pertandingan
Kuiz IQ Minda Terhandal dalam kalangan pelajar SJKC HWA NAN.
2. NAMA PROGRAM
Pertandingan Kuiz IQ Minda Terhandal SJKC HWA NAN 2016
3. MATLAMAT
Program ini adalah untuk memupuk minat murid SJKC HWA NAN untuk
berfikir secara kritis dan kreatif. Selain itu, soalan-soalan pertandingan yang
disediakan dapat meningkatkan kebolehan berfikir murid SJKC HWA NAN
secara kritis dan kreatif. Soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan
aras tinggi, HOTS.
4. OBJEKTIF PROGRAM
Memupuk minat murid SJKC HWA NAN untuk berfikir secara kritis dan
kreatif.
Meningkatkan kebolehan berfikir murid SJKC HWA NAN.
Merapatkan hubungan dalam kalangan murid SJKC HWA NAN.
5. TARIKH DAN MASA
Tarikh: 10 JULAI HINGGA 24 JULAI 2016
6. LOKASI
BILIK DARJAH SJKC HWA NAN
7. JENIS KEMAHIRAN
Kemahiran berfikir aras tinggi
8. SASARAN PESERTA

Murid-murid darjah 4, SJKC HWA NAN.


9. JAWATANKUASA
Penasihat

: SOH LIP SOON

Pengerusi

: YAP LAY HOI

Mentor

: TAY WAN KIAN

Setiausaha

: ALYSSA GOH HARN YIING

Pelaksana

: ALYSSA GOH HARN YIING

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BI

BUTIRAN

JUMLAH PENUH (RM)

L
1.
Kertas A4
2.
Pencetakan
3.
Hadiah
JUMLAH (RM)

8.00
5.00
30.00
46.00

11. CARA PELAKSANAAN


Pertandingan ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 minggu. Salinan kuiz
akan diedarkan kepada murid-murid mengikut kelas pada setiap hari Isnin.
Murid-murid akan menjawab soalan yang dikemukakan dalam tempoh masa
yang ditetapkan, iaitu sebelum waktu rehat. Guru akan mengutip semula
kertas jawapan daripada murid-murid pada waktu rehat.
Pada minggu pertama, murid-murid yang mendapat 3/5 jawapan betul akan
layak untuk mara ke peringkat seterusnya.
Pada minggu kedua, murid-murid yang mendapat 4/10 jawapan betul akan
layak untuk mara ke peringat akhir.
Pada minggu ketiga, 3 orang murid yang mendapat skor paling tinggi muncul
sebagai pemenang.

12. PENUTUP:

Semoga

semua

objektif

yang

digariskan

dalam

kertas

kerja

pertandingan ini tercapai di samping dapat meningkatkan kemahiran berfikir


secara aras tinggi dalam kalangan murid SJKC HWA NAN, diharapkan agar
usaha ini mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.

DISEDIAKAN OLEH

DISEMAK OLEH,

-------------------------

---------------------

(ALYSSA GOH HARN YIINGA)

( TAY WAN KIAN)

SETIAUSAHA
DISOKONG OLEH,

MENTOR
DILULUSKAN OLEH,

--------------------

---------------------------

(YAP LAY HOI )

(SOH LIP SOON)

GURU PENOLONG KANAN

GURU BESAR

SJKC HWA NAN

SJKC HWA NAN

Anda mungkin juga menyukai